Ibu




34 tahun yang lepas...lahirlah seorang puteri kepada pasangan Abd Razak Awab dan Mariah Othman. Tanggal 7.1.1977 bersamaam 17 Muharam 1397 bersamaan hari Jumaat jam 8.57 keluarlah lagi hamba Allah di dunia ini. Puteri ditatang bagaikan puteri bidadari. Selang 3 tahun kemudian... pada 24 September 1980 lahir seorang putera yang sangat comel.Rezeki pasangan suami isteri semakin murah...mereka dikurniakan rezeki yang mampu membuatkan pasangan ini membeli rumah, kereta dan juga kenaikan pangkat dalam pekerjaan. Kurniaan dari Allah S.W.T.

Mungkin kerana kealpaan dalam hidup...genap si puteri berumur 12 tahun dan si putera berumur 10 tahun... rumahtangga pasangan ini dilanda badai ribut taufan. Musuh-musuh Allah... syaitan ketawa dengan girangnya berguling-guling melihat keruntuhan sebuah masjid. Maka si anak-anak ini menjadi mangsa. Sikap tamak dan bongkak si ayah..telah melenyapkan semua hak milik anak dan isteri yang sepatutnya. Hiduplah ketiga-tiga beranak ini dalam kesusahan, kesengsaraan dan malu untuk berhadapan dengan masyarakat sekeliling.

Melihat si ibu yang hidup terumbang ambing...kepayahan... maka si anak-anak menjadi seorang yang pendiam dan pendendam terhadap si ayah. Si puteri menjadi pendendam dalam diam...si putera menjadi pemberontak.

Setelah melalui saat getir dan kepayahan, akhirnya hidup 3 beranak ini berubah...mereka tidak lagi hidup dalam kesusahan, kepayahan dan malu untuk berhadapan dengan masyarakat umumnya. Akhirnya si anak-anak berjaya menjawat jawatan yang penting dalam kerajaan untuk membahagiakan si ibu. Bagi anak-anak, si ibu adalah segala-galanya. Wahai si ibu, dengarlah kata-kata hati anakmu...dari si puteri dan putera...bagi kami..ibu adalah segala-galanya...dan ibu adalah syurga kami. SAYANG IBU.

Jika kita mengambil masa dan waktu yang terluang untuk mengimbas kembali di saat-saat mereka bersabung nyawa ingin melahirkan kita ke dunia, Subhan-ALLAH! Tidak setanding dengan pemberian hadiah yang sudah kita berikan. Tangan yang mengayun buaian tanpa mengenal erti penat adalah untuk kita semata-mata agar dapat merasakan nikmat tidur yang nyaman. Tangan mereka juga tidak pernah kenal erti jemu mengasuh dan mendidik diri kita hinggalah kita bisa melangkahkan kaki ke alam dewasa.

ika kita diberi kesempatan untuk mengendong ibu kita di belakang bahu, lalu mengelilingi kaabah bersamanya sebanyak tujuh kali, belum tentu kita dapat membalas setitik air susu yang diminum kita sewaktu bayi. Masya-ALLAH! Kata-kata ini saya pinjam daripada Dr Haji Fadhillah Kamsah.

Aduhai ibu, pengorbanan dan jasamu itu tidak dapat untukku rasainya. Namun aku cuba memahami perasaan engkau itu, kerana engkau seorang perempuan yang bergelar ibu kepada aku dan adikku. Inilah pengorbanan seorang yang bergelar ibu.

Hanya Tuhan yang maha mengetahui betapa sukarnya hidupmu wahai ibu. Aku mendoakan agar engkau sentiasa diberi petunjuk dan hidayah Allah swt. Ya Allah, Ya Rahman, Engkau ampunilah segala dosaku terhadap ibuku, engkau ampunilah dosa ayahku yang , Engkau ampunilah dosa ibuku dan berikanlah hidayah dan rahmat-Mu kepadanya dan redhailah dia sepertimana dia meredhai hidupku.
amin.....