Tips Mendidik Anak Mengikut Kata
Aku dan husband aku kalau tak jadi tarzan dalam satu hari memang tak sah....macam mana tak jadi tazan...ni baru dua anak...yang abang kuat meyakat...yang adik tak boleh dicuit...abang buat adik...adik buat abang... pergi balik tang tu jugak.
Aku pun cuba2 le mencari seberapa maklumat dalam Kaedah Menjaga Anak. Kita yang tidak berpengalaman ni...mestilah selalu mencari peluang untuk menuntut ilmu walau di mana saja dan dalam keadaan apa pun....
1) Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.
Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak. Doa setiap kali solat.
2)Memperbanyakkan zikir 'Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati. Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.
3)Pastikan rezeki yang di bawa balik ke rumah untuk anak-anak adalah dari sumber yang HALAL. Rezeki yang datang dari cara yang syubhah boleh menyebabkan hati anak keras.
4)Pamerkan kasih sayang antara suami dan isteri kepada anak-anak. Ini akan mententeramkan hati anak-anak. Ibu bapa yang sering bertengkar atau bercakaran akan membuatkan jiwa anak memberontak.
5_Setiap kali semasa anak-anak sedang tidur ayam, bacakan surah berikut di ubun-ubunnya surah al-Fatihah, ayatul kursi(supaya syaitan dan jin tidak mengganggu fikiran dan hati) dan al-insyirah (supaya fikiran anak tenang dan lapang). Amalkan ini sepanjang hayat anak selama dia belum bernikah, bukan setakat semasa kecil sahaja.Amalan ini turut baik untuk suami lakukan ke atas isteri untuk mengharmonikan rumah tangga.
6)Hindarkan menyebut perkataan negatif di dalam rumah.Hindarkan menyebut perkataan yang demotivate anak.