Binjai
Baru sebut pesal binjai.. terliur dibuatnya..boleh aku bayangkan kesedapan buah tersebut. Tapi masih ada segelintir individu yang tidak menyukai buah binjai ini.. kerana baunya yang agak kuat. Binjai adalah pohon buah sejenis mangga dengan bau yang harum menusuk dan rasa yang masam manis. Buah ini juga dikenal dengan beberapa nama lain seperti bin-yaa, lam-yaa (Th.), belenu (Mly., beluno (Sabah), baluno, bauno, bayuno (beberapa bahasa di Filipina), binglu (Sd.), dan wani (Bl.). Nama ilmiahnya adalah Mangifera caesia.Buah binjai ini ada 2 jenis; ada yang masam dan ada yang manis. Kalau yang manis harganya lebih mahal...bagi aku, aku lebih berminat yang masam....dulu memang senang nak dapatkan buah ini..melambak di sekitar Melaka dan Muar Tangkak. Sekarang ni... nak cari bau pun susah... kalau jual.. sekilo RM9...dulu sebijik 50 sen sahaja. Tapi apa khasiat buah ini...aku tak tau.... yang aku tau... aku makan sahaja.
Faedah buah binjai:-
1) Penambah rasa - rasanya yang masam manis sesuai digunakan untuk dijadikan penambah rasa...ala2 sambal belacan...
2) Dijadikan jeruk buah binjai...memang terangkat habes...
3) Dimasak bersama Sambal Tumis... sambal tumis ikan bilis atau sambal tumis udang....
4) Dimakan begitu sahaja.... macam makan bauh-buahan