Asmaaul Husna ( اسماء الله الحسنى)

  Download this mp3 from Beemp3.com

Daiso Bukit Indah Johor Bahru


Hari ni... seperti biasa aku bersama-sama anak menjalankan aktiviti rutin kami sekeluarga..beriadah dihujung minggu. Antara tempat yang paling aku suka ialah Jusco Bukit Indah Johor Bahru. Tempat ini..selesa sikit...besar...dan salah satu daya tarikannya ialah Daiso Japan... Apa itu Daiso Japan? Bagi sesiapa yang belum mengenalinya..Daiso Japan ialah sebuah kedai yang berpengakalan di Jepun yang menjual barang-barang pada harga yang rendah, berkualiti, pelbagai, unik...dan yang pentingnya..pelanggan akan berasa seronok dan menakjubkan apabila melangkah ke kedai ini. Segala barang harian, keperluan rumah dan perhiasan dijual di kedai ini...yang menariknya ialah semua barang dijual dengan harga RM5..dari yang besar hinggalah yang kecil...cuma pelanggan perlulah bijak dalam menilai nilai sesuatu barang yang ingin dibeli. Bayangkanlah...kotak perhiasan yang berwarna warni samada kecil mahupun besar...yang sering dijual dikedai-kedai perhiasan atau pusat membeli belah pada harga paling kurang RM8 - RM30...boleh didapati pada harga RM5.

Apabila menjejaki kaki ke kedai ini... yang penting...aku bersama suami dan anak-anak amat gembira...dan kami bebas untuk melihat barang-barang yang dibeli...dan kadangkala hampir 2 jam di dalam kedai pun tidak terasa. Bagi aku... kedai ini hanyalah satu tempat yang mengambarkan betapa sibuknya rakyat jepun...dimana segala produk yang dihasilkan dan dijual dapat memenuhi keperluan mereka...dan produk yang dihasilkan mempunyai nilai komersial, ketahanan, kos yang murah, penggunaan...selaras dengan ciri-ciri/ faktor-faktor sesebuah rekabentuk. Seharusnya...usahawan-usahawan di Malaysia harus mencontohi prinsip ini....agar produk Malaysia boleh dipasarkan di negara luar dengan kos pengeluaran yang rendah disamping kualiti dan mutu yang tinggi. Malaysia Boleh !!!