Paru-paru Berair

Semenjak dibangku sekolah rendah lagi, aku memang seorang pelajar yang aktif di dalam sukan. Pantang ada masa terluang aku akan menyertai semua sukan yang ada. Kebiasaannya, setelah penat dan bermandikan peluh.. aku akan mandi dan sememangnya orang yang aktif dalam sukan ni, kadar metabolisme mereka sememangnya tinggi. Sampaikan waktu malam pun aku mandi sebelum hendak tidur dan kadangkala tidur di lantai sahaja akibat kepanasan. Walaupun dinasihat dan dimarahi oleh ibu aku, aku buat endah tidak endah sahaja. Ikutkan kepala degil aku sahaja.

Tapi, apabila menjejak umur 30 tahun..satu2 penyakit aku hidapi... dari seorang yang aktif kini aku menpunyai penyakit asthma yang kronik. Setahun 4 kali aku akan diserang demam dan batuk yang teruk.... batuk yang kadangkala memakan masa 3 bulan untuk baik. Menyesal tidak berguna.... kadangkala aku terfikir, adakah ini gejala penyakit Paru-paru Berair. Naik seram aku mendengarnya.

Mengikut satu sumber...Paru-paru berair atau juga dikenali sebagai Pneumonia merujuk kepada semua jenis keadaan di mana air berkumpul dalam paru-paru. Ia berpunca dari pelbagai keadaan. Paru-paru berair merupakan sejenis penyakit radang raru-paru.[1] Biasanya, ia digambarkan sebagai radang parenchyma/alveolar paru-paru dan cecair memenuhi alveolar luar biasa. (alveoli merupakan sak mikroskopik dipenuhi udara dalam paru-paru yang bertanggungjawab bagi menyerap oksigen dalam atmosfera Bumi.) Paru-paru berair boleh berpunca dari pelbagai punca, termasuk jangkitan oleh bakteria, virus, fungi, atau parasit, dan kimia atau kecederaan fizikal kepada paru-paru. Puncanya juga boleh secara tidak rasmi digambarkan sebagai idiopathic—iaitu, tidak diketahui—apabila punca jangkitan telah disingkirkan.

Simptom biasa dikaitkan dengan paru-paru berair termasuk batuk, sakit dada, demam, dan sukar bernafas. Perkakasan diagnosis termasuk sinar-X dan pemeriksaan sputum. Rawatan bergantung kepada punca paru-paru berair

Punca batuk berlarutan

- Radang paru-paru (pneumonia)
- Penyakit tuberkulosis (TB) paru-paru
- Jangkitan kuman atipikal
- Jangkitan kulat di paru-paru
- Paru-paru bernanah
- Lelah (asma) yang belum dikenal pasti sebelumnya
- Penyakit Penyempitan saluran pernafasan yang kronik (COPD)
- Ketumbuhan (Kanser paru-paru, kerongkong atau bronki)
- Paru-paru berair disebabkan oleh kegagalan jantung
- Penyakit refluks gastroesofageal (GERD)

Jika batuk dan demam tidak dirawat pada peringkat awal, ia boleh mengakibatkan komplikasi seperti septisemia di mana kuman merebak ke dalam saluran darah.
Pesakit juga akan mengalami kegagalan fungsi pernafasan, kegagalan organ-organ lain seperti buah pinggang, jantung dan hati sehingga boleh membawa maut.

Oleh itu, adalah penting, jika mengalami batuk dan demam yang berlarutan segeralah berjumpa dengan pakar perubatan untuk mendapatkan rawatan.
Amalan membeli ubat batuk dari kedai ubat atau farmasi tanpa mendapat nasihat daripada pengamal perubatan boleh memudaratkan keadaan.

Pencegahan

Kebanyakan punca batuk dan demam adalah disebabkan oleh jangkitan kuman sama ada kuman virus atau bakteria yang merebak melalui udara.

Contohnya, apabila seseorang penghidap jangkitan paru-paru batuk atau meludah di tempat-tempat awam, dia akan batuk keluar kuman ke udara dalam bentuk titisan air liur.
Titisan ini kemudiannya akan dihidu oleh orang lain yang berada di sekitarnya dan berpotensi untuk menjangkiti kuman tadi.

Oleh itu adalah menjadi amalan yang baik bila kita mempunyai jangkitan saluran pernafasan agar tidak meludah merata-rata, jangan pergi ke kawasan keramaian serta, menutup mulut dan hidung bila batuk di kawasan awam.Begitu juga jika ada sesuatu wabak berlaku, orang awam tidak digalakkan pergi ke kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.

Ada vaksin yang boleh diambil untuk mencegah kita daripada dijangkiti oleh kuman virus tertentu seperti vaksin pneumokokus yang disyorkan kepada bakal-bakal jemaah haji.