Asmaaul Husna ( اسماء الله الحسنى)

  Download this mp3 from Beemp3.com

Pembayaran Wang Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013

Ni le sifat manusia, dah ada yang baik nak lagi baik....nanti tukar2 terus tak dapat. Siapa yang rugi...hamba dan hangpa le. Semasa pembentangan Bajet 2013, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan berita baik buat pelajar-pelajar kita. Kerajaan amat prihatin terhadap kebajikan pelajar terutama mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah. Kerajaan sentiasa menyediakan peruntukan khusus kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. kerajaan telah mengumumkan bantuan persekolahan 100 ringgit kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah. Bagi meringankan beban persekolahan keluarga berpendapatan rendah dan sederhana. Pemberian yang diberi nama Bantuan Khas Awal Persekolahan RM 100 bagi tahun 2013 akan mula dibayar pada 15 Januari 2013 ( Selasa ). Bantuan RM 100 ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan awal tahun yang ditanggung oleh penjaga murid. Dalam perkeliling , perenggan 7.4(e) menyebut : Pihak sekolah juga disarankan oleh KPM tidak menolak sebarang bayaran dari wang bantuan ini berkenaan PIBG atau bayaran-bayaran tambahan yang lain.Sekolah hendaklah mengagih bantuan secara tunai sepenuhnya. Sebarang pemotongan TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. Syarat untuk mendapatkan Bantuan Persekolahan RM 100.00 Murid warganegara Malaysia Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan 2013 Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan Bersekolah di Sekolah Agama Rakyat (SAR) , Sekolah Agama Negeri ( SAN ) dan Sekolah Swasta ( tidak termasuk sekolah-sekolah antarabangsa/ekspatriat ) yang berdaftar dengan kerajaan. Alhamdullillah bagi mak dan ayah yang mempunyai anak-anak yang bersekolah. Kos persekolahan untuk keperluan alat tulis, baju sekolah dan kelengkapan yang lain bagi seorang pelajar memakan kos yang agak banyak. Semoga bantuan ini dapat meringankan bebas keluarga yang mempunyai anak-anak yang bersekolah