Ezlin77
My World
Aprikot...khasiat buah aprikot
Baru2 ini bila rakan sepejabat berceritakan mengenai penyakit kanser yang menimpa sakah seorang ahli keluarganya... timbul perasaan ingin tahu dan mencari jalan penyelesaian. Kita ni kenalah beringat...kita manusia ganya mampu merancang... mungkin hari ni kita sihat...esok lusa mana tau...itu semua urusan Allah SWT. Google puhya google. ?. Dapat le aku info yang sungguh berguna...so aku share sama2 apa yg aku dapat melalui pembacaan...
ANTARA KHASIAT APRIKOT IALAH:
1. Mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit kanser seperti; Leukimia, kanser payudara, kanser Serviks, Kanser Otak, Kanser Hati, Kanser Tulang, Kanser Lympoma, Kanser Uterus,Kanser Perut, Kanser Prostat, Kanser Ovari, Kanser Colon, kanser Paru-paru, Kanser Usus, Kanser kulit dan lain-lain lagi.
2. Mampu merawat penyakit kronik yang lain seperti penyakit Kencing Manis, Jantung, Darah Tinggi, Gout, Parkinson & Asma.
3. Mengurangkan berat badan, tekanan darah tinggi & Kolestrol dalam darah.
4. Mengimbangkan kandungan gula dalam darah.
5. Meningkatkan kesihatan mental & memori.
6. Membersihkan arteri.
7. Mengurangkan masalah sakit sendi.
8. Membantu masalah buasir.
9. Berfungsi sebagai tonic dan antioksidan yang dapat menyingkirkan toksin dalam badan.
10. Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.
11. Menyelesaikan masalah haid tidak teratur dan keputihan.
12. Mampu merawat masalah kulit seperti terdedah kepada sinaran Uv, gatal-gatal & alahan.
13. Menyelesaikan masalah jerawat dan resdung.
14. Menghaluskan kulit.
15. Anti penuaan.
Cuma aku nak bagi info sikit...walau apa pun sakit kita...kita jangan berputus asa...walaupun aku ni ada penyakit kencing manis... prisorisis...asthma...kita kena iktiar...disamping sokongan anak2...suami dan ahli keluarga. Ajal maut semua ditangam Allah S.W.T....
Kursus CPD DG41 - Hotel New York Johor Bahru
24-28 September 2013 Kursus CPD DG41 Siri ke-7 di New York Hotel. Hah...kursus lagi...mak ehh 5 hari tu.. New York tu...jauh sungguh perjalanan aku...ke New York. Aku bukan nak cerita pesal kursus yang wajib bagi setiap DG41 ni...yang aku nak cerita ialah tentang suasana hotel tempat aku menginap ni...berkongsi pengalaman.... Hotel New York Johor BAhru ni terletak di kawasan yang agak sibuk di Johor Bahru ni. Mostly pelanggan hotel ini terdiri daripada pelancong asing yang datangnya dari Thailand..Taiwan...China...Jepun...dan Indonesia.
Bilik yang aku dapat memang puas hati...besar. Apa yang aku boleh cakap memang ekslusif dan boleh berkampung le...boleh bawak anak isteri dan suami. Memang besar berbanding hotel2 lain yang pernah aku pergi. Tapi yang x bestnya...bilik air yang aku dapat tu, pam tandasnya rosak...dah le jadi pomen aku dan roomate aku ni tiap2 hari...injap tandasnya x naik-naik.
Hotel ini juga menyediakan kemudahan kolam renang. Tapi yang aku nak ceritakan bukan mengenai kolam renang...tetapi bab makanan. Dari sarapan, lunch dan dinner... memang hotel ini yang terbaik le aku rasa. Sarapan dah x boleh masuk perut rasanya....bila sampai bab lunch aduhai...lagi le... Kambing Golek pun ada... udang? sebesar udang diberinya...nasi ayam le...lauk campur le...banyak sungguh.... Dinner pun apa kurangnya. Memang sedap.... tak rugi hadiri kursus kat sini. 5 hari bertapak kat Hotel New York ni...aku rasa berat badan semua naik...ini juga diakui kawan2 sekursus aku.
Tak percaya... cuba le sendiri. Cuma...duduk dihotel ni dah macam kat China Town aku rasa..... aircond..air panas..semua tip top.
Bersahur
Alhamdulillah....tahun ini diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk bertemu dengan bulan yang penuh dengan keberkatan. Bila bulan Ramadhan ini, adalah kewajipan bagi kita umatNya untuk menjalankan kewajipan menunaikan Rukun Islam yang ketiga ni. Anak-anak perlu di didik untuk menjalankan ibadat di bulan yang mulia ini.
Antara aktiviti yang perlu dilakukan ialah bersahur. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.
Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”
Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)
Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.”
Antara kelebihan bersahur adalah :-
- Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya bersahur itu adalah berkat
- Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Hendaklah kamu Bersahur kamu kerana ia adalah makanan yang berkat
- Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Perbezaan antara puasa kita orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah kita makan sahur
- Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tudir sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail – hadis dari Ibnu Abbas
- Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur – hadis dari Ibnu Umar
- Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur
- Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu meninggalkannya walau pun dengan meminum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur.
Surah At-Taubah ayat 128-129
kelebihan ayat 128, 129 surah at taubah:
Barangsiapa membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah :
1) Segala kelemahan bertukar kepada kekuatan
2) Kehinaan berganti dengan kemuliaan
3) Segala hutangnya dapat dijelaskan
4) Terhindar dari dukacita
5) Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya
Surah Al-Kautsar
Rahsia Surah Al-Kautsar::
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Ais Oh Ais
Ais... sejuk. Itu le yang terbayang dalam kepala ni. Lagi le dalam musim panas..lebih2 lagi masa bulan puasa..air yang diletakkan dengan ais itu yang menjadi agenda utama. Tapi bila terbaca satu artikel mengenai bahaya ais ni jadi takut plak... tapi minum gak... his his degil betul.
Artikel Mengenai Ais :
Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.
:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!
Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...
Jadi marilah kita bersama-sama menukar amalan meminum ais ni kepada aisr panas atau suam... uwaaa... boleh ke? Berusaha...insyaallah Allah SWT akan membantu.
Pembayaran Wang Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013
Ni le sifat manusia, dah ada yang baik nak lagi baik....nanti tukar2 terus tak dapat. Siapa yang rugi...hamba dan hangpa le.
Semasa pembentangan Bajet 2013, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan berita baik buat pelajar-pelajar kita. Kerajaan amat prihatin terhadap kebajikan pelajar terutama mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah. Kerajaan sentiasa menyediakan peruntukan khusus kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. kerajaan telah mengumumkan bantuan persekolahan 100 ringgit kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah. Bagi meringankan beban persekolahan keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.
Pemberian yang diberi nama Bantuan Khas Awal Persekolahan RM 100 bagi tahun 2013 akan mula dibayar pada 15 Januari 2013 ( Selasa ). Bantuan RM 100 ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan awal tahun yang ditanggung oleh penjaga murid. Dalam perkeliling , perenggan 7.4(e) menyebut :
Pihak sekolah juga disarankan oleh KPM tidak menolak sebarang bayaran dari wang bantuan ini berkenaan PIBG atau bayaran-bayaran tambahan yang lain.Sekolah hendaklah mengagih bantuan secara tunai sepenuhnya. Sebarang pemotongan TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.
Syarat untuk mendapatkan Bantuan Persekolahan RM 100.00
Murid warganegara Malaysia
Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan 2013
Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan
Bersekolah di Sekolah Agama Rakyat (SAR) , Sekolah Agama Negeri ( SAN ) dan Sekolah Swasta ( tidak termasuk sekolah-sekolah antarabangsa/ekspatriat ) yang berdaftar dengan kerajaan.
Alhamdullillah bagi mak dan ayah yang mempunyai anak-anak yang bersekolah. Kos persekolahan untuk keperluan alat tulis, baju sekolah dan kelengkapan yang lain bagi seorang pelajar memakan kos yang agak banyak. Semoga bantuan ini dapat meringankan bebas keluarga yang mempunyai anak-anak yang bersekolah
Subscribe to:
Posts (Atom)