Tips Berpindah ke Rumah Baru Mengikut Islam



Masa yang terbaik untuk pindah ke rumah baru, maksudnya untuk mendiami / ‘meniduri’ rumah tersebut?

Sepanjang pembacaan kita, tidak ada nash daripada al-Quran dan sunnah mahupun kata-kata ulama yang menentukan masa terbaik untuk pindah ke rumah baru. Walau bagaimanapun Nabi kita Shallallahu ‘alaihi wasallam selalu menganjurkan membuat amalan-amalan pada masa-masa tertentu, umpamanya Baginda suka membuat pekerjaan pada waktu pagi, seperti pergi ke masjid pada waktu pagi. Sementara hari-hari pula, Nabi kita Shallallahu ‘alaihi wasallam menganjurkan puasa pada hari Isnin dan Khamis. Ini menunjukkan hari-hari terssebut ada kelebihan berbandung hari-hari yang lain.

Amalan juga akan berganda-ganda pahalanya apabila dilakukan pada hari jumaat sseperti amalan bersedekah dan amalan-amalan kebajikkan yang lain.

Maka kawan-kawan apa salahnya sekiranya kita juga cenderung untuk berpindah ke rumah baru pada hari-hari yang Nabi suka membuat amalan atau menganjurkan amalan pada hari tersebut.

Apakah doa dan bacaan yang perlu dibaca apabila baru pertama kali mendiami / ‘meniduri’ rumah tersebut?

Abu Malik al-Asy’ari Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ada bersabda:

إذا ولج الرجل بيته فليقل اللهم إني أسألك خير المولج وخير المخرج بسم الله ولجنا وبسمالله خرجنا وعلى الله ربنا توكلنا ثم ليسلم على أهله

(رواه أبو داود)


Maksudnya: “Apabila seorang lelaki hendak masuk ke rumahnya maka hendaklah dia
Berkata: “Ya Allah! Aku memohon kepadaMu ssebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik
Tempat keluar. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah Tuhan kami, kami berserah”. Kemudian hendaklah sesseorang itu membeeri salam ke Atas keluarganaya.”

(Hadis riwayat Abu Daud)


Jika rumah yang hendak dimasuki itu tidak ada orang yang berada di dalamnya, maka berilah Salam ke ataas diri sendiri dengan mengucapkan:

السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين

Ertinya: “Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang sahih.”
Adapun salah satu hikmat membaca atau menyebut nama Allah ketika hendak masuk rumah
Itu adalah supaya mengindarkan syaitan turut masuk dan bermalam di dalam rumah.

Berikut adalah beberapa perkara yang sepatutnya diamalkan serta sesuai dengan ajaran Islam serta sunnah Rasulullah SAW ketika melangkah memasuki rumah baru :-

1. Azan

Melaungkan azan ketika pertama kali masuk opis/umah baru. Ia juga baik bg bangunan yg telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh saper2…
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/umah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-’Ammar) yg suka tinggal di umah yg tidak berpenghuni.

2. membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yg bermaksud;
“jgn lah kamu jadikan rumahmu spt kubur (hanya utk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”

3. Banyakkan solat dan membaca Al-Quran
Dlm sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yg bermaksud;
“Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, elawat ke atas nabi senayak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar rumah cara Islam.
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut2 tertentu di rumah atau bangunan yg diduduki dgn kepercayaan bhw benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bgmanapu ada cara yg dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut; ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan2 hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yg terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jarum jam.
walahualam.