Pada satu ketika semasa Nabi Sulaiman A.S. di atas singgahsana kerajaannya di hadapan manusia, jin dan juga binatang, ia merasai bahawa ia berkuasa memerintah semua makhluk Allah di dunia ini. Dalam keadaan demikian itu, tiba- tiba datang satu Lembaga yang besar lagi dasyat rupanya. Nabi Sulaiman merasa takut dan gementar melihatnya. Lalu ia bertanya siapakah sebenarnya Lembaga itu dan apakah tujuan kedatangannya. Lembaga itu menjawab, ia bernama ” Rihul Ahmar”. Satu penyakit yang merbahaya diantara lain-lain penyakit. Allah mencipta dirinya sedemikian rupa dan diberi kuasa mendatangkan kesakitan kepada anak-anak Adam. Ia boleh meresap di tubuh manusia seperti darah mengalir di dalam urat saraf. Tatkala Allah hendak memberi azab kepada sesiapa yang dikehendakiNya ia memberi kuasa kepadanya supaya masuk ke dalam badan. Jika ia masuk ke dalam otak hilanglah akal seseorang itu. Kalau ia masuk menerusi hidung maka akan lahir penyakit bengkak-bengkak, sembam dan sehingga binasalah keseluruhan anggotanya. Mendengar itu Nabi Sulaiman memerintahkan mereka yang berada di sekelilingnya membunuh dan membakar Lembaga itu. Rihul Ahmar menjawab bahawa tidak ada seorangpun yang dapat menghalangnya berbuat demikian kerana Allah telah menjadikannya sedemikian rupa dan melanjutkan umurnya. Kemudian Lembaga itu pun ghaib hingga ke zaman Rasulullah S. A.W. Telah diriwayatkan bahawa cucu Rasulallah Al-Hassan Bin Ali telah mengidap sakit rongga dan keluar darah daripadanya. Apabila Rasulullah dan sahabat-sahabatnya menerima khabar tersebut Malaikat Jibrail pun datang dan memberitahu bahawa cucu baginda itu terkena sakit Rihul Ahmar. Bila ditanya tentang ubatnya malaikat Jibrail mengatakan ada, lalu ia ghaib sebentar kemudian datang kepada Rasulullah. Jibrail mengatakan bahawa Allah S.W mengurniakan satu hadiah doa yang mustajab kepada sesiapa yang membacanya satu kali seumur hidupnya. Insyallah ia akan selamat daripada penyakit Rihul Ahmar. Rasulullah pun membacanya untuk cucunya. Tiba-tiba ia sembuh ketika itu juga dan bangun berdiri dalam keadaan yang cukup sihat. Rasulullah telah bersabda kepada sahabat-sahabatnya supaya mempelajari doa tersebut dan mengajarnya kepada umatnya yang lain supaya mereka mendapat manfaat serta terpelihara diri dari serangan penyakit Rihul Ahmar (Angin Ahmar). Insyaallah
Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.
Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.
Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.
Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.
Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.
Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.
Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.
Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.
Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. Amiin…
Angin Amar Sudut Perubatan Moden
Strok atau Angin ahmar ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.
Gangguan peredaran darah biasanya terjadi pada sisi arteri peredaran itu, walaupun gangguan ini juga boleh terjadi pada sisi vena. Angin ahmar telah dikategorikan sebagai kecemasan perubatan yang boleh menyebabkan kerosakan saraf yang kekal serta juga kematian jika tidak dikesan dan dirawat dengan cepat.
Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, dan merokok.
Mencegah serangan angin ahmar:
1. Pesakit tekanan darah tinggi perlu melakukan pemeriksaan secara rutin agar tekanan darah terkawal. Pesakit kencing manis juga perlu mengawasi kadar gula dalam darah pada peringkat terkawal. Pengawalan ini boleh mengurangkan risiko diserang strok sehingga 40 peratus.
2. Jauhi stres kerana boleh merangsang kepada serangan angin ahmar.
3. Tidak merokok kerana sikap ini dapat mengelakkan bahaya strok sehingga 33 peratus.
4. Bersenam dengan kadar konsisten. Bersenam boleh menjauhi strok pada kadar 57 peratus.
5. Kurangkan makanan berlemak dengan kolesterol tinggi. Kolesterol menyempitkan saluran darah yang menggalakkan serangan angin ahmar.
6. Makan sayur-sayuran berwarna hijau dan buah-buahan setiap hari untuk mengelakkan serangan strok...

Team Pendidikan Khas
Jom le berkenalan dengan warga pendidik di Bahagian Pendidikan Khas di sekolah aku. Kami ni bilangan tak le seramai pendidik aliran perdana. Walaupun sikit, tapi ukhwah kami amat rapat....walaupun sikit kami mempunyai tanggungjawab yang amat berat sekali bagi memastikan anak-anak istimewa ini diberikan didikan ilmu yang amat berguna. Bagi kami, tahap kesabaran yang perlu ada amatlah tinggi dalam memahami isi hati insan yang tidak boleh berkata-kata ini. Walaupun mereka ini anak2 istimewa, tapi didikan yang diberikan adalah sama macam aliran perdana. Mungkin ini adalah bekalan kami di akhirat nanti. Insyaallah semoga Allah SWT melorongkan kami ke arah kebaikan dan jalan yang diredhai. Amin.
1)En Hamzah Bin Osman - DG44 (GPK Pendidikan Khas)
2)Pn Yuhanis Binti Yusof - DG44 (Guru Cemerlang Pendidikan Khas)
3)En Alihassan Bin Othman - DG41
4)Pn Dian Khadijah Binti Parcho - DG41
5)Pn Effa Hizda Binti Hussein - DG41
6)Cik Fathiyah Binti Mohd Kamaruzzaman - DC41
7)Pn Fauziah Binti Mohamed Salleh - DG41
8)Pn Joei Ong Suk Mei - DG41
9)En Mohd Fauzan Bin Mahazir - DC 41
10)En Mohamad Adha Bin As'ari - DC41
11)En Muhamad Hafizi Bin Said - DC41
12)Pn Nor Ezlin Binti Abd Razak - DG41
13)Cik Norazlina Binti Salimi - DC41
14)Pn Noorhayati Binti Che Ya - DG41
15)Cik Sairulbariah Binti Ali - DG41
16)Cik Sharene Tay Ai Hwa - DG41
17)Pn Siti Nafisah Binti Saleman - DG41
18)Pn Siti Norahizah Binti Mohamed Salleh - DG41
19)Pn Teng Chwee Ling - DG41
Keistimewaan Masjid Al- Haram dan Masjid Nabawi
Allah Ta’ala berfirman tentang Masjid Al-Haram:
وَمَن يُرِدْ فِيهِ بِإِلْحَادٍ بِظُلْمٍ نُذِقْهُ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ
“Siapa saja yang ingin berbuat penyimpangan di dalamnya maka Kami akan merasakan kepadanya siksaan yang pedih.” (QS. Al-Hajj: 25)
Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, bahwa beliau bersabda:
صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ
“Shalat di masjidku ini lebih baik daripada 1000 shalat di tempat lain, kecuali di Masjid Al-Haram.” (HR. Muslim no. 1394)
Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda:
لَا تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلَاثَةِ مَسَاجِدَ مَسْجِدِي هَذَا وَمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَمَسْجِدِ الْأَقْصَى
“Janganlah kalian bersusah payah melakukan perjalanan jauh kecuali menuju ke tiga masjid: Masjidku ini (Masjid Nawabi), Masjid Al-Haram (di Makkah), dan Masjid Al Aqsha.” (HR. Al-Bukhari no. 1115 dan Muslim no. 1397)
Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَا بَيْنَ بَيْتِي وَمِنْبَرِي رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ وَمِنْبَرِي عَلَى حَوْضِي
“Tempat antara mimbarku dan rumahku adalah satu taman dari taman-taman surga. Dan mimbarku berada di atas telagaku.” (HR. Al-Bukhari no. 1888 dan Muslim no. 1391)
Allah Ta’ala mengistimewakan Masjid Al-Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah dengan beberapa keistimewaan yang tidak Allah berikan kepada masjid selainnya. Di antara keistimewaan tersebut adalah:
1. Allah Ta’ala sangat melarang semua bentuk kemaksiatan sekecil apapun di dalam Masjid Al-Haram. Jangankan telah terjadi, orang yang baru sekedar INGIN berbuat penyimpangan di dalamnya, maka Allah Ta’ala telah menyiapkan baginya siksaan yang pedih jika dia tidak menghentikan keinginannya. Karenanya dosa yang dikerjakan di dalam Masjid Al-Haram jauh lebih besar dibandingkan dosa yang dikejakan di tempat lainnya.
2. Satu shalat di Masjid Nabawi lebih baik daripada 1.000 shalat di masjid lainnya kecuali Masjid Al-Haram karena …
3. Satu shalat di Masjid Al-Haram lebih baik daripada 100.000 shalat di masjid selainnya, berdasarkan hadits Jabir bin Abdillah riwayat Imam Ahmad.
4. Tidak boleh mengadakan perjalanan dengan tujuan ibadah dan taqarrub kepada Allah kecuali menuju ke tiga masjid di atas.
5. Satu-satunya taman surga di bumi adalah apa yang ada di antara rumah Nabi shallallahu alaihi wasallam dengan mimbar beliau.
Sebagai umat Islam, rukun Islam ke 5 ada menyatakan Menunaikan Fardu Haji di Mekah kepada mereka yang mampu. Namum kita sebagai umat Islam kita mesti bertanggungjawab dan berusaha untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci ini....kumpul le duit sikit2..."Sikit-sikit Lama Jadi bukit"..sedangkan berjalan ke sana sini...melancong di dalam dan di luar negara mampu dilakukan. Insyaallah kalau ada rezeki, umur panjang dan dikurniakan kesihatan yang baik... sebagai hamba Allah aku ingin menjejakkan kaki di tanah suci ini.... untuk melihat dengan mata sendiri Masjid Al-Haram dan Masjid Nabawi....Masjid Al-Aqsa kita sebagai umat Islam berdoalah agar keselamatan masjid ini dari ancaman Israiel yang kejam dan durjana.

Masjid Nabawi
Ada 3 masjid utama yang tersuci dan dimuliakan umat Islam :
1)Masjidil Haram di Makkah - tempat Ka'bah, kiblat solat umat Islam.
2)Masjid Nabawi di Madinah
3)Masjidil Aqsa di Al-Quds (Jerusalem), Palestin
Ketika Nabi Muhammad saw tiba di Madinah, beliau memutuskan untuk membangun sebuah masjid, yang sekarang dikenal dengan nama Masjid Nabawi, yang bererti Masjid Nabi. Masjid Nabawi terletak di pusat Madinah. Masjid Nabawi dibangun di sebuah lapangan yang luas. Di Masjid Nabawi, juga terdapat mimbar yang sering dipakai oleh Nabi Muhammad saw. Masjid Nabawi menjadi jantung kota Madinah saat itu. Masjid ini digunakan untuk kegiatan politik, perancangan kota, menentukan strategi askar, dan untuk mengadakan perjanjian. Bahkan, di kawasan sekitar masjid digunakan sebagai tempat tinggal sementara oleh orang-orang fakir miskin.
Masjid an-Nabawi (Arab: المسجد النبوي al-Masjid al-Nabawīy) atau Masjid Nabi merupakan masjid kedua paling suci mengikut kepercayaan umat Islam. Di sini juga terdapat Makam Rasullullah S.A.W. Masjidil Haram merupakan masjid paling suci dan Masjid Al Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam. Masjid ini asalnya dibina sendiri oleh Rasullullah sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi. Masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah semasa peristiwa Hijrah ialah Masjid Quba.
Ketika zaman Rasulullah SAW dan Khalifah Ar-Rasyidin, Masjid Nabawi tidaklah memiliki sebarang bentuk menara. Orang yang pertama sekali membina menara Masjid Nabawi ialah Umar bin Abdul Aziz pada tahun 93 Hijrah, iaitu dengan mendirikan empat menara masjid yang berketinggian lebih kurang 27.5 meter pada empat sudut. Kemudian diikuti Qaitbay dengan membangunkan menara kelima di Babur Rahmah. Kelima-lima menara Masjid Nabawi ini terus dipertahankan sehinggalah tiga buah menaranya diruntuhkan untuk memberi laluan kepada projek Perluasan Saudi Pertama. Kemudiannya tiga menara yang diruntuhkan telah diganti dengan dua buah menara baru setinggi 72 meter. Lalu pada Projek Perluasan Saudi Kedua ditambah lagi dengan 6 buah menara Masjid yang setiap satunya berketinggian 104 meter, tinggi hilal 6 meter dan beratnya mencecah 4.5 tan. Sehingga kini Masjid Nabawi mempunyai 10 buah menara masjid. Perlu juga diketahui bahawa tinggi menara Masjid utama ialah 44.53 meter, sedangkan menara di Pintu Salam (Babus Salam) adalah setinggi 38.85 meter.
Tanda-tanda Kiamat
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”.
Lalu Nabi SAW. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
H.R Muslimi
Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
Dabbah-Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerusakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
Gempa bumi di Timur.. Bisa jadi ini mengacu kepada gempa di China, Tsunami di Aceh.
Gempa bumi di Barat. Bisa jadi ini akan terjadi di daerah Mexico, Argentina, Brazilia dan negara-negara Amerika Latin
Gempa bumi di Semenanjung Arab.. Kemungkinan kasus longsor di Mesir sebagai pembukanya.
Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Gempa Bumi di Christchurch, New Zealand
Kemusnahan Gereja
Bila melihat berita di TV3 mengenai gempa bumi di Christchurch, New Zealand selepas gempa bumi dengan kekuatan 6.3 pada skala Richter melanda wilayah itu pukul 12.51 tengah hari waktu tempatan kelmarin (waktu Malaysia pukul 8.19 pagi semalam)....sedih, simpati dan takut pun ada. Melihat banyak mangsa korban, penduduk yang ditimpa bencana dan malapetaka...dan keadaan gempa bumi. Adakah ini tanda-tanda hari kiamat hampir tiba? Sebagai manusia yang masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk menikmati kehidupan di muka bumi ini...marilah kita bersama-sama mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan rukun islam, menjalankan amal kebajikan, meninggalkan segala kemungkaran dan maksiat...dan perbanyakkan membaca Al-Quran, berzikir dan segala bentuk perbuatan yang diredhai oleh Allah SWT. Amin....
Ada dua ayat dalam Al Quran yang langsung menyatakan tentang bencana gempa bumi. Bunyinya demikian: Lalu datanglah gempa menimpa mereka, dan merekapun mati bergelimpangan di dalam runtuhan rumah mereka (Al Quran Surat Al A’raf ayat 78 dan ayat 91).
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”.
Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
Sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk membaca Doa Tolak Bala dan Doa Selamat selepas mengerjakan solat fardu....untuk mengelakkan sebarang bencana dan malapetaka dan tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia ini dan janganlah kita alpa dengan keseronakan di dunia ini. Ini juga sebagai nasihat kepada diri aku dan keluarga. AMIN.
G6PD
Puan... kenal tak benda ni? Seorang doktor menunjukkan aku sebijik Kacang Parang kepadaku.... so Puan kenalkan benda ni....so puan kena hati2... anak puan tidak boleh makan Kacang Parang ni.... anak puan ada G6PD.
Apa itu G6PD? Pada mulanya aku pun tak tau..... G6PD ialah Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase Deficiency.G6PD merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.
Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria.
Kebanyakan pengidap masalah kekurangan G6PD biasanya jarang mengalami sebarang gejala atau kompilasi. Pada penghidap yang terdedah kepada bahan-bahan tertentu seperti beberapa jenis antibiotik dan ubat anti malaria, sel darah merah akan mudah terpecah dengan lebih awal dari tempoh matangnya. Akibatnya pesakit akan mengalami gejala penyakit kekurangan darah (anaemia) seperti pucat, sesak nafas, lemah dan tidak bermaya. Bagi bayi yang baru lahir, mereka mungkin lebih mudah mendapt penyakit kekuningan di seluruh wajah dan tubuh badan (Jaundice).
Rawatan
Pengidap kekurangan G6PD biasanya tidak perlu dirawat melainkan dia telah menunjukkan simptom-simptom atau tanda-tanda komplikasi. Sekiranya anda adalah pengidap G6PD, anda perlu perlu mengelakkan sebarang perkara yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah seperti memakan kacang parang, terdedah kepada ubat gegat dan meminum air kosong dengan terlalu banyak melebihi sejag air dalam sesuatu masa dimana anda tidak bersenam, tidak penat, tidak kehausan, dan tidak berasa kering akibat pengambilan kadar gula atau nutrien yang tinggi pada sesuatu masa. Anda juga harus memberitahu doktor anda tentang status G6PD setiap kali berjumpa doktor anda kerana ada beberapa jenis ubat yang mungkin tidak membolehkan anda mengambilnya.
Status G6PD perlu diketahui sebelum anda dibenarkan untuk mengambil ubat anti-malaria. Di kebanyakan pusat perubatan awam pada masa kini, ujian saringan pengesahan kekurangan G6PD adalah diwajibkan sebelum seseorang mengambil ubat anti-malaria untuk sebarang aktiviti di kawasan tertentu seperti aktiviti di hutan, jungle tracking dan lain-lain lagi. Oleh itu adalah penting untuk anda merancang setiap aktiviti yang hendak anda jalani di kawasan hutan. Ianya perlu dimaklumkan ke Pusat Kesihatan selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh aktiviti. Selain bertujuan untuk menjalani ujian G6PD , dos pertama ubat anti malaria perlu diambil seminggu sebelum tarikh aktiviti dijalankan.
Ujian G6PD tidak perlu dilakukan berulang kali atau setiap kali apabila perlu mengambil ubat anti malaria. Sekiranya anda telah tahu status G6PD anda adalah normal, anda hanya perlu mengambil ubat anti malaria untuk kali ke-2 dan seterusnya tanpa menjalani ujian sekali lagi. Namun anda perlu sentiasa berwaspada kerana apabila anda gagal ataupun menipu mengenai status G6PD anda mungkin boleh mengalami komplikasi yang sukar untuk anda kawal dan meredakannya.
Sejak dari dahulu lagi para askar yang akan memasuki hutan pada tempoh yang lebih dari sebulan akan diperlukan untuk membuat suntikan anti malaria terlebih dahulu sebelum mereka masuk ke hutan, namun ujian G6PD tetap perlu dijalankan sebelum suntikan pertama ubat anti malaria diberi kepada mereka.
Antara bahan yang patut dielak oleh seseorang kekurangan G6PD ialah, ubat tahan sakit seperti ponstan, ubat gegat, kacang parang (fava bean), ubat ubat anti malaria dan juga antibiotik dari jenis Sulfonamide…dan beberapa ubat lain

Petua Hilangkan Penyakit Kuning
Penyakit Kuning....selalunya sering dikatkan dengan bayi yang baru lahir... tetapi dewasa juga boleh menerima penyakit ini. Dulu kecik2 ibu aku selalu bercerita dengan aku.... aku dulu masa baby...kena penyakit kuning yang amat teruk..sampaikan pihak hospital ambil keputusan untuk tukarkan darah aku dengan darah yang baru...tapi Alhamdullillah berkat doa ibu aku... tiba2 aku baik dan sembuh..so x jadi le aku tuko darah yang baru. Tapi anak buah aku si Irfan plak... terkena penyakit kuning ni.... so aku tergerak hati nak bercerita sikit mengenai penyakit ini.
PENYAKIT Kuning di kalangan bayi yang baru lahir adalah warna kuning pada kulit dan putih mata. Penyakit kuning yang kelihatan dialami oleh sepertiga sampai separuh dari bayi normal yang baru lahir.
Apakah penyebab warna kuning?
Dalam tubuh manusia, darah yang baru sedang dihasilkan sepanjang waktu dan darah yang lama sedang dimusnahkan. Salah satu produk darah yang dimusnahkan dikenal sebagai bilirubin. Biasanya bilirubin masuk ke hati dan kemudian meninggalkan tubuh dalam bentuk tinja. Selama beberapa hari pertama setelah lahir, hati bayi tidak berfungsi dengan sama baik dibandingkan waktu kelak, jadi cenderung terjadi longgokan bilirubin dalam darah. Ini mengakibatkan warna kuning pada kulit dan putih mata.
Apakah penyakit kuning berbahaya?
Jika jumlah bilirubin meningkat terlalu tinggi bayi mungkin mengantuk. Tingkat bilirubin yang sangat tinggi dapat mengakibatkan masalah pendengaran dan kerusakan otak. Di rumah sakit, diperhatikan agar tingkat bilirubin tidak terlalu tinggi. Penyakit kuning juga mungkin disebabkan oleh penyakit hati. Oleh karena ini, penting agar Anda menghubungi dokter setempat. Salah satu tanda penyakit hati adalah warna tinja bayi yang pucat dan bukannya kuning tua.
Perawatan
Cukup minum adalah penting sekali untuk bayi yang baru lahir. Penyakit kuning sering lebih parah karena sedikit dehidrasi. Penyakit kuning yang kurang parah pada minggu pertama tidak memerlukan perawatan kecuali minuman. Penyakit kuning yang sedang dirawat dengan meletakkan bayi telanjang (dengan masker perlindungan untuk menutup mata) di bawah lampu cerah atau cahaya yang berwarna biru. Ini dikenal sebagai fototerapi.
Cahaya memecahkan bilirubin dalam kulit dan menjadikan penyakit kuning semakin pudar. Perawatan cahaya ini mungkin mengakibatkan bayi membuang tinja yang cair. Hal ini ditangani dengan meningkatkan jumlah minuman. Terkena cahaya matahari tanpa perhatian mungkin berbahaya dan mengakibatkan kulit terbakar. Dengan penyakit kuning yang parah, bayi mungkin perlu menjalani transfusi darah khusus di mana darah bayi diganti (ditukar) dengan darah yang bersih untuk membuang bilirubin dari tubuh.
Namun begitu terdapat juga beberapa petua untuk menghilangkan demam kuning @ jaundis di kalangan bayi.
a)Menjemur bayi pada sebelah pagi di bawah matahari yang tidak terlalu panas. b)Tutup mata bayi dengan kain supaya tidak terkena silau.
c)Beri bayi lebih air masak atau air zam zam(seelok2nya) supaya kekotoran dan tahap bilirubin yang ada dalam tubuh bayi dapat di singkirkan dengan lebih cepat.
d)Susukan bayi sekerap yang mungkin membolehkan bayi membuang air besar sekerap yang mungkin.
e)Rebus daun bunga raya, daun sirih dan air kelapa. Bilas dan bersihkan ke badan bayi untuk beberapa hari.
f)Tinggalkan dulu pengambilan jamu atau ubat2 yang memanaskan badan anda.
g)Rebus kacang bendi dengan secawan air. Beri bayi minum sekali sehari.
h)Beri bayi minum susu kambing sedikit sahaja kerana susu kambing ini panas.
i)Ambil beberapa sengkuang cina dan di parut untuk di ambil airnya.Beri minum bayi anda satu sudu kecil setiap pagi sehingga penyakit kuningnya hilang.
j)Ambil setengah biji halwa kundur dan di campur dengan air suam kosong. Minum sebanyak 2 kali sehari sehingga sembuh.
k)Ambil beberapa batang pokok dukung anak dan di rebus.Mandikan bayi anda dengan air rebusan ini bila air agak suam sebanyak 2 kali sehari selama beberapa hari sehingga penyakit kuning hilang.
Rujukan daripada Norezena Blogspot dan mysetbersalin.com

Adab Berdoa
Doa adalah satu ibadah. ia merupakan salah satu tanda kerendahan diri hamba terhadap Tuhannya. Ia boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. sesuatu ibadah itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, penuh tawaduk dan tertib. dengan demikian, ia mesti dilakukan dengan cara yang sesuai dengan kehendak syarak. ini bermakna doa tidak boleh dilakukan sebagai suatu acara kebudayaan atau adat yang bertentangan dengan ruh ibadah dan rasa tawaduk kepada Allah s.w.t. Sebagagai suatu ibadah, doa hendaklah dilakukan pada masa yang sesuai, pada suasana yang baik dan dilakukan di tempat yang betul.
Setiap doa yang hendak dibaca hendaklah mempunyai sifat dan tujuan yang baik. Doa yang diucapkan sebaik-baik hendaklah dalam keadaan dan cara seperti berikut.
* Mengetahui tujuan berdoa atau apa yang hendak dipohon dari Allah S.W.T.
* Doa dibaca dengan betul dan tepat sebutan mahrajnya.
* Doa dibaca dengan suara yang jelas dan sederhana ( tidak terlalu laju).
* Doa dibaca dengan suara yang sesuai ( tidak terlalu kuat dan sebaliknya).
* Doa dibaca dengan penuh rasa khusyuk dan tawaduk kepada Allah S.W.T
Pengkid
Pada Khamis yang lalu 17 Februari 2011, tengah asyik dok layan rancangan 999...di TV3, ada satu berita yang menarik minat aku... iaitu Pasangan Pengkid ditahan bersama Pasangannya di Taman Pulai Perdana, Johor Bahru. Masyaallah...dekat benar taman tu dengan rumah aku.Yang syoknya... siap ada album perkahwinan...dan punya le banyak alat-alat yang digunakan oleh pasangan terbabit untuk memuaskan nafsu mereka. Macam mana le diorang boleh berkahwin...mak abah dan family tak tahu ke?
Bagi yang tak tau pengkid tu apo..meh sini aku nak kongsi sedikit info...Pengkid ialah 'tomboy' atau lesbian ,merupakan gaya penampilan perempuan yang maskulin dan kadangkala berorientasi homoseksual.[1].Penampilan mereka termasuk gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, di mana kesemua ciri-ciri ini sering dikaitkan dengan lesbianisme. Golongan ini menonjolkan identiti gender dan seksualiti yang sering dilaporkan sebagai naluri semulajadi mereka
Pandangan Islam
Mengikut sesetengah ulama agama, tindakan dan perbuatan yang berlawanan jantina lahiriahnya dikatakan haram ,iaitu tidak dibenarkan sama sekali oleh Islam. Menurut mereka, tindakan ini dikatakan mengubah fitrah kejadian manusia yang dijadikan Allah . Ia melanggar tabii serta fitrah dan dalam Islam jelas tidak boleh.
Islam menyuruh umatnya mematuhi hukum dan perintah Allah SWT dan Rasul serta menjauhi perkara dilarang. Allah SWT telah menetapkan yang mana halal dan haram. Ini termasuk mengenai cara hidup seseorang. Keputusan Muzakarah Fatwa merujuk kepada larangan (pengharaman) asal Nabi Muhammad SAW terhadap lelaki yang menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki dalam hadis yang bermaksud: "Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki." (Riwayat Bukhari)
Bahaya penyerupaan itu jika dibiarkan tanpa peringatan dan tindakan akan menyumbang kepada kecelaruan identiti, kerosakan akhlak dan kewujudan cinta intra-seksual pada tempat yang salah.
Kita sebagai ibubapa yang mempunyai anak2...didiklah anak2 kita dengan akidah yang betul...ilmu disalurkan dengan ikhlas. Sama2 la kita pelihara zuriat kita agar terhindar dari bayang2 dosa, berdoa dan berusaha la agar anak2 kita menjadi anak yg soleh dan solehah dan sentiasa dekat dengan Allah SWT..Amin!!!

MENGUSIR GANGGUAN MAKHLUK HALUS
Gangguan sihir dengan perantara makhluk ghaib dapat menyerang
sesiapa sahaja. Bila usaha medikal tidak dapat menemukan gejala
klinikal yang kita atau kerabat kita deritai, ada baiknya anda
berkikhtiar, baik untuk diri sendiri ataupun menolong orang lain
dengan kaedah berikut ini.
Untuk diri sendiri.
1. Biasakan menjaga wudhu, setiap ada hal yang membatalkan wudhu
segera ulangi kembali berwudhu. Gangguan makhluk ghaib enggan
kepada sesuatu yang suci.
2. Habiskan waktu lapang dengan berdzikir, mengingat-ingat Allah
SWT. Sesuaikan kaedah zikir dengan suasana hati kita. Bila sedang
senang, maka berzikir Hamdallah (Alhamdulillah). Bila hati sedang
sedih/kecewa atau yang sejenisnya, maka berzikirlah Istighfar
(Astaghfirullah). Bila hati sedang tenteram maka berzikirlah
"Lailahaillallah". Semua zikiran dibaca sekuatnya, sampai ada kegiatan
lain. Dengan sentiasa mengingat Allah, maka sulit bagi gangguan
ghaib untuk dapat menembus kita.
3. Hindari mengerjakan hal-hal yang dapat menjurus kepada maksiat
seperti membuka halaman cabul dalam internet dan sejenisnya.
Kerana, dari situlah pengaruh kekuatan yang terbesar, semakin kita
mengerjakan dosa dan menjauh dari Allah SWT. Semakin mudah
mereka menguasai diri kita dengan pengaruhnya.
4. Jangan menunda solat wajib. Bila mendengar panggilan azan,
segera solat dan usahakan untuk solat berjemaah dimasjid. Solat
adalah cara kita untuk berkomunikasi dengan Allah SWT. Doa diwaktu
solat adalah salah satu doa yang makbul dan Insya Allah segera
diijabah oleh Allah SWT. Mintalah perlindunganNya dari segala
gangguan ghaib mahupun perbuatan zalim yang nyata.
5. Bila gangguan muncul dan dapat anda rasakan, bacalah Ayat Kursi
sebanyak-banyaknya. Bila dirasa gangguan tidak berhenti atau
berkurang, ganti dengan membaca ayat 115-116 Surah AlMukminun
Untuk orang lain.
Bila ada orang lain yang kita yakini terkena gangguan sihir dari makhluk ghaib, maka lakukan perkara yang berikut:
1. Diri kita, sipenyembuh harus dalam keadaan suci dari segala macam hadas.
2. Solat sunat hajat 2 rakaat, dengan niat Taqallah (meningkatkan iman dan taqwa kita kepada Allah SWT.) dan memohon pertolongan
kepada Allah agar sipesakit dapat segera sembuh dari segala jenis gangguan.
3. Selesai solat, lengkapi diri kita dengan membaca zikir Allah Allah... sekurangnya 5 minit, hingga kita dapat merasakan keberadaan Allah SWT dekat dengan kita. 4. Sediakan air segelas, dan zikirkan dengan ayat Kursi sekurangnya 33x, tiupkan ke air setiap habis bacaan.
5. Gunakan air tersebut untuk membasuh wajah sipesakit.
6. Bisikkan ayat 115-116 Surah Al Mukminun ketelinga pesakit di kiri
dan kanan bergantian, hingga pesakit sedar.
Insya Allah, dengan segala niat baik kita. Kaedah tersebut dapamenyembuhkan diri kita sendiri mahupun orang lain. Semua tentu kerana pertolongan dari Allah SWT. Amin.
Sumber : PUSAT RAWATAN QALBUN SALIM Prof. Dr. Hj. Shahrin Abd. Rahman PhD (AM

Berwuduk sebelum tidur elak gangguan syaitan
Berdasarkan hadis; dari Barra’ Bin ‘Azib bahawasanya Rasulullah bersabda: “Apabila kamu hendak ke tempat tidur, maka berwuduklah seperti wuduk kamu untuk menghadiri solat…” (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim). Ia adalah saranan berwuduk ketika hendak tidur. Jika seseorang sudah mempunyai wuduk, maka tidak perlulah mengangkat wuduk lain, kerana maksud saranan itu sudah tercapai iaitu orang Islam perlu tidur dalam keadaan suci dikhuatiri maut menjemput pada ketika itu. Bersuci juga dapat menjauhkan diri daripada gangguan syaitan dan mententeramkan diri daripada perasaan takut ketika tidur.
Oleh itu, antara perkara diajar Islam sebelum tidur ialah: 1.Mengambil wuduk 2.Membaca zikir yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Saiditina Fatimah dan Saidina Ali ketika hendak tidur
hendaklah bertasbih (Subhanallah) sebanyak 33 kali,
bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahu Akbar)
34 kali..
3.Membaca ayat Qursi kemudian menyapu muka serta melurutkan tangan ke arah kaki sekadar capaian tangan dan diulang tiga kali. 4.Membaca Surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An- Naas 5.Bermuhasabah di atas dosa-dosa harian yang dilakukan sepanjang hari lalu memohon ampun kepada Allah dan berazam melakukan perkara lebih baik pada keesokan harinya. 6.Berdoa kepada Allah dengan berserah diri kepada-Nya antaranya doa yang bermaksud: “Ya Allah dengan menyebut nama-Mu aku mati dan hidup”. 7.Mengucap dua Kalimah Syahadah kerana dikhuatiri malam itu adalah tidur terakhir bagi kita. Moga-moga kalimah toyyibah itu
menjadi kalimah terakhir dilafaz dalam perjalanan menemui
Allah SWT.
Umat Islam juga diajar bagaimana menangani persoalan mimpi
seperti diriwayatkan Abdullah bin Abu Qotadah bahawasanya Rasulullah
bersabda: “Mimpi yang baik daripada Allah, sedangkan mimpi yang buruk daripada syaitan, maka apabila salah seorang di antara kamu
bermimpi buruk hendaklah ia meludah ke arah kiri dan mohonlah
perlindungan kepada Allah dari keburukannya, sesungguhnya hal itu
tidak akan memudaratkannya”. (Riwayat Bukhari Muslim)
Apabila bermimpi sesuatu perkara yang baik hendaklah memuji Allah dan
menceritakannya kepada orang yang menyukai, tetapi jika sebaliknya hendaklah
memohon perlindungan kepada Allah, kemudian meludah ke arah kiri tiga kali,
berpindah tempat, solat dua rakaat dan jangan menceritakan kepada seorang
pun supaya tidak timbul andaian dan pandangan yang bukan-bukan yang boleh
menimbulkan ketakutan atau keluh kesah.
Sumber :http://www.bharian.com.my
Pendidikan Khas - Larian Perdana Mahkota
Pada 12 Februari 2011 (Sabtu) pelajar-pelajar dan beberapa guru pendidikan khas berpeluang untuk menyertai Larian Perdana Mahkota di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Aku dan 5 orang guru pendidikan khas yang lain tidak berkesempatan untuk pergi ke sana kerana tuntutan tugas di sekolah yang pada masa yang sama menjalankan aktiviti yang sama.
So kat sini aku lampirkan beberapa keping gambar pelajar2 pendidikan khas yang menyertai Larian Perdana Mahkota tersebut. Ini ialah keistimewaan pelajar-pelajar pendidikan khas yang boleh menyertai banyak aktiviti yang dianjurkan kalau dibandingkan dengan pelajar-pelajar aliran perdana.
ZIKIR HARIAN
HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X )
HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X )
HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )
HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )
HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X )
HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X )

Rabiatul Adawiyah
Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Rabiatul Adawiyah merupakan seorang wanita yang diangkat tarafnya menjadi wali. Punyai suara yang merdu dan wajah yang ayu, namun cinta hatinya tidak mampu dimiliki lelaki. Rabiatul Adawiyah kekal sendiri kerana cinta hati hanya untukNya. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.
Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.
Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.
Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.
Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.
Sumayyah binti Khayyat
Bibir ni sentiasa mengikuti lirik lagu Sumayyah nyanyian Hijjaz...tapi kadangkala kita lupa untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Sumayyah. So at least bila kita dah tahu serba sedikit mengenai Sumayyah....barulah berkesan dilubuk hati kita ni dan secara langsung...kita memahami sejarah2 dalam Islam.So aku kongsi serba sedikit info yang aku dapat....untuk dikongsi bersama.
Sumayyah binti Khayyat (Arab: سمية بنت خياطّ) merupakan hamba kepada Abu Huzaifah bin Al-Mughirah iaitu seorang pembesar Quraisy dan telah menetap bersama Abu Huzaifah sedari kecil lagi memandangkan beliau seorang anak yatim piatu. Perwatakan beliau yang baik dan taat kepada perintah tuannya sememangnya menjadikan beliau cukup disegani walaupun taraf beliau hanya sebagai seorang hamba yang berkulit hitam. Beliau juga ditakdirkan berkahwin dengan Yasir yang juga bekerja dengan Abu Huzaifah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Ammar ibn Yasir.
Memeluk Agama Islam
Sumayyah sekeluarga merupakan antara individu yang terawal memeluk agama Islam yang dibawa oleh junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. di Mekah. Kisah beliau yang masih dikenang adalah saat beliau sekeluarga ditangkap oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Dengan ketabahan hati Sumayyah sekeluarga serta taat setianya mereka kepada Islam, mereka tidak gentar dengan seksaan-seksaan yang dilakukan oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya.
Dijanjikan Syurga
Nabi Muhammad yang melihat kejadian tersebut juga tidak mampu berbuat apa-apa. Ini kerana, tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh penjuru dunia melalui dakwah dan jihad belum dapat dilakukan. Baginda hanya mampu bersabda, “Bersabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.” Dalil ini menunjukkan jaminan Rasulullah kepada mereka sekeluarga sebagai penghuni Syurga Jannatun Naim. Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, mereka sekeluarga gugur mati syahid dan Sumayyah merupakan wanita pertama Islam yang gugur mati syahid.
Sumbangan Sumaiyah
Sumbangan Sumaiyah amat bermakna dalam mempertahankan kesucian Aqidah Islam. Antaranya:
Pertama, berani menyatakan yang hak.
Kedua, sanggup mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian Aqidah.
Ketiga, memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam soal mempertahankan agama Islam.
Keempat, memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam yang lain untuk meneruskan perjuangan.
Seksaan terhadap Sumayyah sekeluarga
1.Kaki dan tangan mereka diikat dan diheret ke tengah padang pasir yang panas terik
2.Rumah mereka dibakar
3.Dicucuk dengan besi panas
4.Ditikam dengan lembing
5.Dicungkil biji mata
6.Dibenam ke dalam air
Pesanan terakhir Rasulullah (Isi khutbah terakhir Rasulullah)
Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
[sunting]

15 Februari 2011 ni.. Maulidur Rasul. Cakap memang le cakap Nabi Muhammad... tapi adakah kita telah mengenali dengan lebih lanjut mengenai Rasul junjungan umat Islam di seluruh dunia. Bukan ke lebih baik kita mengenali sejarah Nabi Muhammad S.A.W daripada kita mengenali lebih mendalam mengenai artis-artis tempatan dan barat.
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Arab: نبي محمد صلى الله عليه وسلم) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.
Kelahiran
Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.Dalam masa remajanya, Nabi Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.
Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.
Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 6 orang anak (2 lelaki dan 4 perempuan) tetapi kedua-dua anak lelaki mereka, Qasim dan Abdullah meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah Khadijah meninggal pada usia 51 tahun. Seorang lagi anak baginda adalah hasil perkahwinan baginda dengan Mariah Al-Qibtiyyah. Putera baginda bersama Mariah bernama Ibrahim itu juga meninggal semasa kecil.
Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.
Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.
Apabila Rasulullah menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai yang mendengar seruannya. Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari anggota keluarganya dan dari golongan masyarakat bawahan, Antara mereka ialah Khadijah, Ali, Zayd dan Bilal. Apabila baginda memperhebat kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara terbuka agama Islam yang disebarkannya, dengan itu ramai yang mengikutnya. Tetapi pada masa, baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka.
Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di Makkah menganut agama Islam. Antara mereka ialah Abu Bakar, Uthman bin Afan, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi.Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekah, sebahagian orang Islam disiksa, dianiaya, disingkir dan dipulaukan. Baginda terpaksa bersabar dan mencari perlindungan untuk pengikutnya. Baginda meminta Negus Raja Habsyah, untuk membenarkan orang-orang Islam berhijrah ke negaranya. Negus mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah kepada penguasa di Makkah.
Di Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah. Mereka datang dari berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan tradisi mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam. Antara mereka yang tertarik dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang dari Yathrib. Mereka menemui Rasulullah dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama Aqabah secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi Islam, Rasulullah dan orang-orang Islam Mekah.
Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Makkah. Mereka menemui Rasulullah di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul Muthalib, pakcik baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu. Mereka mengundang baginda dan orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke Yathrib. Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seagama. Dialog yang memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan pakcik Rasulullah untuk memastikan mereka sesungguhnya berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekah di bandar mereka. Rasulullah akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu.
Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyah Mekah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke Yathrib. Masyarakat jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan agama mereka ke daerah-daerah yang lain.Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah kecuali Rasulullah, Abu Bakar, Ali dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Mekah kemudian memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Rasulullah akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah'.
Pada tahun kelapan selepas penghijrahan ke Madinah berlaku, Nabi Muhammad berlepas ke Makkah. Tentera Islam yang seramai 10,000 orang tiba di Makkah dengan penuh bersemangat. Takut akan nyawa mereka terkorban, penduduk Makkah bersetuju untuk menyerahkan kota Makkah tanpa sebarang syarat. Nabi Muhammad kemudian mengarahkan supaya kesemua berhala dan patung-patung di sekeliling Kaabah dimusnahkan.
Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkahwin dengan 13 orang perempuan. Sebelas daripadanya pernah bersama dengan Baginda sebagai suami isteri, manakala dua daripadanya diceraikan sebelum mereka bersama.
1.Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2.Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3.Aisyah bt. Abi Bakr r.a
4.Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a
5.Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a
6.Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7.Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8.Safiyah bt. Huyay
9.Zainab bt. Jansyin
10.Raihanah bt. Zaid bin Amrin
11.Maimunah bt. Al-Harith
12.Zainab bt. Khuzaimah
13.Maria al-Qibtiyyah

Junior Kucing Ku - Hachiko: A Dog's Story
Bila akutengok clip video ni...aku sedeh sangat2...lagi diulang lagi banyak aku menangis. Muka anjing ni..ada gak le iras2 kucing aku si Junior. Kucing aku si Junior ni.. anak Aciq dan Tompok. Kucing ni memang le bijak...macam mana aku x cakap dia bijak.. buang air semuanya dalam tandas... pandai ambil hati orang.
Tapi perjalanan hidup kucing aku ni memang sedeh.... Junior pernah dibelasah dengan kayu..oleh manusia yang kejam....sampaikan mulut dan dagunya koyak rabak..habes giginya...ingat lagi aku...husband aku bawa Junior ke Klinik Haiwanh Kerajaan...namun doktor2 tidak mampu untuk mengubatinya... akhirnya aku bawa dia ke Klinik Swasta...Alhamdullillah....doktor mampau membuatnya...walaupun kosnya menelan belanja yang agak mahal....berkat kesabaran kami..dan dengan izin dari Allah SWT...akhornya Junior sihat seperti sedia kala....
Sebelum mkucing kesayangan aku ni...menghembuskan nafasnya..sekali lagi kami dikejutkan...kali ini Junior disyaki mengalami sakit batu karang.... kucing pun ada penyakit ini. Junior dibedah...untuk membuatkan batu karangnya...setiap ahri husband aku memberinya ubat dan menyedut air kencingnya...makanan yang mahal diberikan...akhirnya Junior nampak hampir sihat... tapi...kegagahannya sebenarnya menunjukkan..bahawa dia akan meninggalkan aku buat selama-lamanya. Kesedihan aku atas kehilangannya tidak pernah padam dan putus.... setiap kali aku melihat gambar dia...pasti air mata ini akan mengalir. Mama sayang Junior.
Ada Apa Dengan Hari Memperingati Kekasih
14 Februari 2011 ni..aku tau semua orang ternanti2 untuk menyambutnya..dan lagi... esoknya cuti umum...lagi le sambutan yang dibuat pun luar biasa. Tapi adakah kita ingat bahawa 15 Februari 2011 ialah Sambutan Maulidur Rasul.Bukan ke baik..pada malam 14 Februari 2011 kita perbanyakkan amalan, zikir, mengaji alquran, solat...dan sesiapa yang mempunyai rezeki yang lebih...boleh le bersedekah untuk majlis-majlis Sambulatan Maulidur Rasul yang diadakan. Insyaallah sekiranya niat kita ikhlas kerana Allah SWT...pasti Allah SWT akan mendorong kita ke arah kebaikan. AMIN
Apa itu Valentine Days?
Pasangan kekasih, suami-isteri dan mereka yang berjiwa romantis akan saling bertukar hadiah, kad ucapan, bunga-bungaan atau makan malam...dipelusuk dunia. Tidak kurang berhibur dan menari semalaman di disko dan kelab malam sempena merayakan suatu hari yang dikenali sebagai Saint Valentine’s Day’ atau Hari Kekasih.
Siapakah dia St Valentine dan mengapakah beliau dikaitkan dengan perayaan Hari Kekasih di seluruh dunia ini?Ada pelbagai versi asal asul Hari Kekasih . Pihak gereja Katholik mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga paderi bernama Valentine @ Valentinus yang dikaitkan dengan mitos ini. Ketiga-tiga paderi ini menerima pengakhiran hidup yang sama iaitu mati dibunuh.Versi pertama menceritakan mengenai St Valentine yang dikatakan sebagai seorang paderi yang berkhidmat dengan kerajaan Rom pada kurun ke-3 Masihi. Maharaja Claudius III mengeluarkan arahan melarang pemuda berkahwin dengan alasan pemuda bujang dapat memberi komitmen, taat setia dan khidmat yang lebih baik sebagai tentera Rom. St Valentine menganggap arahan Maharaja tidak adil. Lalu, secara rahsia terus mengahwinkan pasangan muda-mudi yang bercinta. Apabila kegiatan paderi ini terbongkar, Maharaja Claudius III memerintahkan beliau dihukum bunuh.Versi kedua pula menyebut bahawa St Valentine dibunuh atas cubaan membebaskan tahanan beragama Kristian daripada kekejaman dan keganasan penjara kerajaan Rom. Sewaktu di penjara, dia bersahabat rapat dengan seorang gadis anak kepada pegawai penjara itu. Sebelum dibunuh, St Valentine menulis surat kepada kekasihnya itu dan menandatanganinya dengan ungkapan From Your Valentine.
Mengapakah 14 Februari dipilih sebagai merayakan perayaan hari memperingati kekasih ini?Tanggal 14 Februari 269 Masihi adalah tarikh St Valentine dijatuhi hukuman mati. Lalu, untuk mengingati dan menghormati dirinya yang dianggap sebagai wira cinta, tokoh yang dikaitkan dengan sifat kasih sayang serta sanggup berkorban demi persahabatan, Pope Gelasius, pada 496 Masihi mengisytiharkan 14 Februari sebagai ‘St Valentine’s Day’.Sejarah St Valentine telah lama berlalu walaupun masih terus diselubungi misteri. Namun, sesuatu yang pasti, sambutan Hari Kekasih ini berkait rapat dengan tradisi penganut agama Kristian dan kepercayaan masyarakat Rom kuno. Sambutan hari memperingati kekasih tidak ada kena mengena dengan adat resam dan budaya Melayu atau tata susila orang Timur. Jauh sekali bersumber daripada ajaran agama Islam yang suci. Malangnya, orang Islam pada hari ini, terutama remaja, hatta pasangan suami isteri, begitu ghairah dan tanpa usul periksa membudayakan sambutan Hari Kekasih dalam kehidupan mereka. Keseronokan ini disemarakkan lagi oleh pelbagai pihak yang mengambil kesempatan meraih keuntungan.
Renungi firman Allah bermaksud: “Orang Yahudi dan Nasara (Kristian) tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, ‘Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).’ Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keadaan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Surah al-Baqarah, ayat 120)
Daripada Anas, Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: “Tiga sifat yang sesiapa memilikinya akan merasakan kelazatan iman. “Pertama, jika dia mencintai Allah dan Rasulullah lebih daripada lain-lainnya. Kedua, jika dia mencintai sesama manusia semata-mata kerana Allah. Ketiga, enggan kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah daripadanya, sebagaimana enggan dimasukkan ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menyatakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.
Para mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang lalu.
Islam menyeru seluruh umat Islam khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya.
Berikut adalah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih :
1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.
2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.
3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.
4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.
5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.
Namun, segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati untuk mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya.
Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syara’ kerana ianya juga menyumbang berlakunya perkara maksiat dan zina. Firman-Nya:“ Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan.” 9Surah Al-Isra’ ;32)
Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk mengawasi anak-anak mereka agar tidak meraikan hari tersebut dan melalukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah dan institusi pengajian tinggi juga agar lebih proaktif untuk memastikan tidak wujud program sambutan kepada hari tersebut serta aktiviti bertukar-tukar bunga ros, kad-kad ucapan dan sebagainya.
Secara kesimpulannya, Islam memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, sahabat dan sesama masyarakat boleh dilakukan setiap hari dan tujuh golongan manusia yang akan mendapat lindungan `Arasy ialah salah satunya mereka yang berkasih sayang ( bertemu dan berpisah ) kerana Allah SWT.
Firman Allah SWT : 'Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.' Surah al-Ghaafir: 39

Kontractor Penipu
Aku ingin berkongsi pengalaman yang dilalui oleh adik aku. Tahun lepas bulan Mei 2010..adik aku telah mengupah seorang Kontraktor yang dikenali Abang Man di sekitar Salak Tinggi untuk mengubahsuai rumah yang baru dibelinya.
Biasa le..adat manusia...bila ingin mendapat sesuatu urusniaga semuanya ok saje. Perbincangan dan perjanjian yang telah dibuat kos mengubahsuai sekitar RM46,000 sahaja dan percuma membuat Table Tap di dapur. Yang aku herannya..adik aku ni jenis orang yang detail...entah macam mana...first perbincangan ajer terus setuju.
Sampai le bulan 9, rumah yang diubahsuai x siap2 juga...sedangkan rumah emak aku yang diubahsuai dengan amaun RM12,000 ambil masa 2 bulan sahaja hendak siap. Februari 2011, rumah yang diubahsuai oleh adik aku tidak siap jugak...tanya punya tanya..baru lah aku tau...kontractor tu penipu... kos dari RM46,000 dah jadi RM83,000...perghh boleh buat rumah banglo sebijik. Dah le segala tile...beli sendiri...kalo ditengok keadaan rumah x macam RM83,000...macam RM40,000 ajer.
Selidik punya selidik... kontraktor ni dah banyak buat taik.... rumah seorang ustaz yang berkos RM65,000 asalnya..telah menjadi RM120,000 tapi masih terbengkalai....dia sibuk cakap buat rumah lain...rupa2nya...dia ubahsuai rumah sendiri. Dah le gaji pekerja tak bayar berbulan2.... pekerja yang buat rumah... tidak disediakan rumah...malahan kena membayar sewa sendiri...ramai gak yang dah terkena dengan dia ni.
So kat sini aku uploadkan sikit gambar rumah yang diubahsuai oleh kontraktor tu... wahai le kontraktor berkenaan... insaf le sikit...x baik makan duit dengan cara haram..orang yang ditipu tu susah payah mencari duit....dan tidak berkat hidup anda apabila menipu orang lain dan pekerja anda. Allah SWT itu Maha Adil.
Aku kat sini... berkongsi pengalaman untuk dijadikan iktibar kepada kita semua...hopefully lepas ni kita kena selidik dulu latar belakang orang yang kita buat perjanjian urusniaga tu. Memang le niat dihati nak menolong sesama bangsa..orang Melayu...
Menghias Rumah Mengikut Perspektif Islam
Rumah baru...Pindah rumah...semua orang akan teruja dan gembira untuk berpindah ke rumah baru. Mesti di dalam kepala otak ni berserabut untuk memikirkan hiasan yang akan dibuat di dalam rumah. So aku kongsi sedikit tips mengenai cara-cara menghias di dalam rumah.
RUMAH adalah tempat yang dipakai seseorang untuk melindungi kebiasaan-kebiasaan tabiat dan dapat melepaskan diri dari ikatan-ikatan masyarakat sehingga dengan demikian tubuh ini bisa istirahat dan jiwa bisa tenang.
Untuk itulah Allah berfirman dalam hubungannya dengan mengetengahkan kenikmatannya kepada manusia:
"Allah menjadikan untuk kamu rumah-rumah kamu sebagai tempat ketenangan." (an-Nahl: 80)
Rasulullah s.a.w. senang sekali rumah yang luas, dan dimasukkan sebagai unsur kebahagiaan duniawi.
Maka sabdanya:
"Empat hal yang membawa kebahagiaan, yaitu perempuan salehah, rumah yang luas, tetangga yang baik dan kendaraan yang enak." (Riwayat Ibnu Hibban)
Dan doa yang sering diucapkan Nabi ialah:
"Ya Allah! Ampunilah dosaku, luaskanlah rumahku, berilah barakah dalam rezekiku! Kemudian beliau ditanya: Mengapa doa ini yang banyak engkau baca, ya Rasulullah? Maka jawab Nabi: Apa ada sesuatu yang lain yang kamu cintai?" (Riwayat Nasa'i dan Ibnu Sunni)
Perkara yang dilarang
1) Islam mengharamkan membuat bejana dari emas atau perak dan seperei-seperei sutera murni dalam rumah seorang muslim. Nabi sendiri memberikan ancaman keras terhadap orang yang cenderung kepada cara-cara ini.Perhiasan berupa pinggan mangkuk yang diperbuat daripada emas dan perak tidak dibenarkan.
- Ini kerana boleh menimbulkan sifat riak atau sombong atas kelebihan yang dimiliki oleh seseorang.
2)Islam mengharamkan dalam rumahtangga Islam meliputi masalah patung. Sebab adanya patung dalam suatu rumah, menyebabkan Malaikat akan jauh dari rumah itu, padahal Malaikat akan membawa rahmat dan keridhaan Allah untuk isi rumah tersebut.
Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
"Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya ada patung." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
3)Gambar berupa penyanyi yang mendedahkan aurat tidak dibenarkan.
- Ini kerana ia melambangkan keagungan dan perasaan memuja-muja manusia.
Rumah yang ada hiasan patung serupa macam kuil.Malaikat rahmat tidak akan masuk kerumah yang ada patung.Sebaliknya jadi sarang syaitan tempat berteduh.
Ibnu Abbas pernah solat tempat ibadah agama lain kecuali tempat ibadat mereka yang ada patung di dalamnya.[HRBukhari]
4)Jangan Memelihara Anjing
Hadis riwayat Ibnu Umar ra., ia berkata : "Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa memiliki anjing selain anjing penjaga ternak dan anjing pemburu maka setiap hari pahala amalnya berkurang dua qirath." (Shahih Muslim No.2940)
Perkara yang digalakkan
1) Perhiasan yang dibenarkan merupakan gambar-gambar yang memaparkan pemandangan alam atau tulisan khat.
- Gambar dan tulisan khat ini boleh menyuntik perasaan insaf akan kebesaran dan keagungan ciptaan Allah s.w.t.
2)Islam mengharuskan kita memaparkan foto orang alim atau orang yang mempunyai kelebihan dari ketokohan dan kelebihan ilmu Islam.
- Gambar-gambar ini diharuskan kerana ia boleh dijadikan contoh dan akan memberikan semangat kepada orang lain yang memandangnya.
3)Gambar keluarga untuk kenangan dan haiwan yang diambil secara fotografi dibenarkan dalam Islam.
4)Bekas acuan atau bekas-bekas kuih raya yang berbentuk haiwan seperti acuan kuih dibenarkan
5)Perhiasan seperti permaidani yang berlatar belakangkan gambar haiwan dibenarkan, kerana permaidani diletakkan dikedudukan yang rendah atau atas lantai, yang dipijak setiap hari dan tidak membayangkan ianya diagungkan.
6)Tanamlah Pokok agar Teduh dan Sejuk - Tanamlah pokok dan pokok hiasan di rumah anda sehingga rumah anda teduh dan mendapat udara segar dari oksigen yang dikeluarkan pohon tersebut. Kenyamanan naungan pohon ini digambarkan Allah sebagai berikut:
"Dan naungan (pohon-pohon Syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya." [Al Insaan:14]
Jika rumah anda luas mungkin anda boleh menanam pokok besar yang kuat. Jika sedang, anda boleh menanam pohon ukuran sedang seperti rambutan atau mangga. Hindar menanam pokok besar yang rapuh dan berbahaya seperti pokok sena.