Minyak Wangi


Pada hari ini...tidak kira lelaki mahupun wanita...pasti menggunakannya sebagai salah satu kelengkapan peribadi yang wajib. Pelbagai lembakan jenama di Malaysia pada hari ini.. DKNY, Issey Miyake, Boss, Adidas... dan sebagainya yang dijual dalam pelbagai harga. Adakah kita dapat membezakan yang palsu dan asli?Dan jangan terpedaya dengan perkataan 'ORIGINAL' yang terdapat di setiap botol minyak wangi yang dibeli... dengan sesuka hati. Pengeluar barang-barang tiruan mempunyai teknik dan peralatan digital moden serba canggih yang boleh menghasilkan cetakan yang baik dan mereka mampu menghasilkan replika yang hampir serupa dengan pewangi berjenama terkenal seluruh dunia dalam pasaran hari ini.

Jika dilihat secara kasar, pewangi tiruan mempunyai nama dan bentuk tulisan yang sama dengan pewangi tulen, botol yang hampir sama serta kotak dan bau yang hampir serupa. Ia boleh didapati daripada pengedar dengan harga yang terlalu murah atau lebih teruk, harganya sama dengan yang tulen. Sebagai pengguna anda mungkin tidak pasti atau tidak tahu langsung bahawa pewangi tersebut adalah tiruan. Jadi berhati-hatilah.
Penghasilan dan penjualan barangan tiruan adalah masalah yang dihadapi di seluruh dunia. Berjuta-juta barangan cetak rompak dikeluarkan dan dijual setiap tahun. Dianggarkan lebih 10% pewangi di dalam pasaran adalah tiruan.

Baru-baru ini aku bersama-sama kawanku...telah pergi ke sebuah gedung membeli-belah yang terkemuka.....dan lumrahnya perempuan..pasti kaunter yang mempamerkan minyak wangi dari pelbagai jenama pengeluar menjadi pilihan dan tumpuan....di sebuah kaunter...berlaku kekecohan antara penjual dan seorang pelanggan...selidik punya selidik...pelanggan menyatakan dia membeli produk minyak wangi dikaunter tersebut...siap resit lagi...selepas pulang ke rumah...dia mendapati minyak wangi yang dibeli adalah palsu....aku tak tau le mana satu yang betul...kebiasaannya minyak wangi yang dijual digedung membeli belah yang terkemuka adalah tulen...atau wanita tersebut..membeli yang produk yang original...tetapi membwa produk yang palsu...beli 1 percuma 1..sekarang ni pelbagai taktik penipuan....

Yang aku nak kongsi...bukan sebab taktik penipuan...tetapi cara-cara untuk mengenalpasti samaada minyak wangi tersbeut adalah tulen atau tidak..agar kita tidak tertipu.....almaklum le...harga minyak wangi ni...bukannya murah...

20 perkara yang harus diambil perhatian:

1.Pastikan penjual mempunyai reputasi dan dipercayai.
2.Pembungkusan. Semak kualiti pembungkusan seperti kotak dan rasai ketebalan dan kejelasan tulisannya. Pewangi yang tulen tulisan jenama (brand) pewangi itu tidak pudar dan hilang walaupun telah lama dipakai. Cuba rasa dengan jari tulisan adalah timbul dan bukan dicop. Walaupun kadangkala cara begini tidak boleh dijadikan ukuran, tetapi kebiasaannya pewangi yang tulen mempunyai kualiti pembungkusan yang sangat bagus.
3.Semak tanda-tanda gam berlebihan untuk melekatkan kotak dan sebagainya. Ini disebabkan pewangi tulen tiada lebihan gam dan pembungkusannya amat teliti.
4.Kotak luaran. Semak kualiti dan bahan yang digunakan - ketebalan dan warna - tanda-tanda lipatan dan pinggiran kotak tersebut.
5.Cetakan. Semak informasi yang dicetak pada luaran kotak. Saiz, negara ia dikeluarkan, salah ejaan, logo dan cap dagang (trademark). Semak cara cetakan - biasanya diembos dan mempunyai kualiti cetakan yang sangat berkualiti dan biasanya pelekat berwarna lutsinar, perak atau tulisan berwarna keemasan, perak dan hitam.
6.Semak Nombor Batch.
7.Dalam kotak. Semak kualiti keseluruhan bahan digunakan. Warna dan saiz.
8.Bentuk botol. Semak kualiti keseluruhan botol. Tinggi, lebar dan reka bentuk botol. Botol yang tulen adalahd sempurna.
9.Kaca botol. Semak keseluruhan kualiti. Ketebalan, kejelasan, bentuk. Kaca botol yang tulen adalah tebal.
10.Tudung botol. Semak saiz, warna dan bentuk.
11.Kepala penyembur. Semak kualiti keseluruhan, warna dan kehalusan atau kelicinan semasa membuat semburan.
12.Tiub dalaman penyembur. Semak kualiti. Ketebalan, panjang dan warna.
Label botol (utama). Semak kualiti cetakan, saiz, reka letak dan cari untuk bentuk yang diembos.
13.Label bawah. Semak kualiti cetakan, saiz dan informasi yang tepat.
14.Kod bar. Semak nombor, saiz dan sama ada ia boleh discan.
15.Warna pewangi. Semak warna pewangi sama ada ia konsisten atau pun tidak.
16.Minyak berlebihan. Pewangi yang tulen kurang berminyak.
17.Bau. Semak bau sama ada ia menyenangkan atau pun tidak, kadang-kadang yang tiruan berbau bahan kimia.
18.Tahan lebih lama. Cuba untuk beberapa jam. Sepatutnya bau wangian tersebut tahan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam atau lebih.
19.Tindak balas pada kulit. Semak jika terdapat kegatalan, kemerahan, ruam atau pengelupasan.
20.Semak pada bahagian bawah botol. Biasanya kita akan dapat lihat kualitinya di bahagian bawah botol tersebut seperti tulisan diembos (timbul) dan mempunyai pelekat produk.

sumber: http://www.smartconsumer.my