Tidur Yang Berkualiti

Ketenangan masa tidur merupakan kualiti tidur yang cari-cari manusia dimuka bumi ini. Gangguan tidur seperti mimpi yang buruk,sakit dada,sukar tidur dengan lena seringkali mengganggu. Aku juga tidak terkecuali .. Tersedak smasa tidur, sakit dada..mengganggu aku. Puas pelbagai kaedah dilakukan..antaranya tidak tidur diwaktu petang, bersukan agar penat..tidak mendatangkan hasil. Akhirnya.. Aku berfikir sebagai umat Allah dimuka bumi ini..kita harus berserah denganNya. Akhirnya..aku mengumpul beberapa ayat seperti ayat kursi.. ayat ruqyah..surah albaqarah.. dan lain-lain. Sebelum tidur aku akan memainkan ayat-ayat ini dan mengulanginya seberapa banyak sehingga ke pagi hari. Alhamdulillah..cara yang diguna pakai ini nampaknya berhasil. Disamping tidur yg lena..nyaman dan tenang..kita dikelilingi oleh ayat-ayat suci yg bertindak sebagai pendinding dari gangguan jin dan syaitan yang durjana..insyaallah..setiap ayat al-quran yang diturunkan mempunyai fungsi dan peranannya yang tersendiri. Bagi mereka yang mempunyai masalah dalam tidur..cuba-cubalah kaedah ini. Insyaallah..ia berkesan.