Nasi Arab...
Setelah mengharung kesesakan lalu lintas di Highway Utara Selatan...selepas bercuti di Cameron Highlands...sudah tentulah cacing di dalam perut ni kelaparan sampaikan masuk angin pun ada agaknya. Apa tidaknya, sepanjang perjalanan, kami terpaksa memandu dalam keadaan hujan dan jalan yang licin.
Kami bersepakat untuk makan Nasi Arab di Restoran Saba Cyberjaya. Ermmm lapooooo nya.
Bagi yang belum perkena nasi ni, aku cadangkan mai le ringan-ringan kaki dan tangan tu singgah di sini. Mari perkena Nasi Arab sepingan dua pinggan ke... banyak-banyak Nasi Arab yang aku dah masuk dalam perut ni, Nasi Arab Restoran Saba ni memang terbaik... Lima Bintang aku bagi. Ni alamat dia kalau nak mencuba.
SABA’ RESTAURANT
4800 SUITE, 0-2 GROUND FLOOR
BLOCK A1, JALAN PERDANA
CBD PERDANA CYBERJAYA
TEL: 03-83202544
Sepinggan Nasi Saba berharga RM15...nampak macam mahalkan? Tapi sepinggan nasi ni boleh di makan bersama 3 orang dewasa. Kuah dia...sure le tomato jeruk dan kuah kari yang disediakan.
Mendapatkan Maklumat CCRIS dan CCTOS
Zaman ini zaman duit...nyanyian M.Nasir. Memang tidak dinafikan. Dan dunia sekarang semakin kejam...banyak cerita mengenai pembeli tidak dapat membeli rumah, membuat pembelian kereta, perabot dan pinjaman peribadi. Kenapa permohonan ini tidak berjaya? Ini semua gara-gara CCRIS dan CCTOS. CCRIS dan CCTOS menyusahkan banyak pihak.
Hari ini aku nak bercerita mengenai CCRIS dan CCTOS.
CCRIS ialah Central Credit Reference Information System atau dalam bahasa melayunya Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat. Berikut pulak adalah apa yg dimaksudkan dengan ccris mengikut definiasi rasi bank negara
Maklumat yang dilaporkan kepada Biro Kredit disimpan dalam sistem pangkalan data berkomputer yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System, CCRIS).
CCRIS memproses data kredit yang diterima daripada institusi kewangan secara automatik dan menggabungkan maklumat tersebut ke dalam laporan kredit. Data ini akan dibekalkan semula kepada institusi kewangan yang memohon untuk mendapatkan maklumat kredit pelanggan
Langkah Mendapatkan Rekod CCRIS :
1. Pandu kereta atau ambil bas dan teksi ke BANK NEGARA MALAYSIA.
Setahu aku Bank Negara selain di Kuala Lumpur, ada juga cawangan di Pulau Pinang, Johor Bahru...yang lain aku tak tau kat mana cawangan dia. Bank Negara beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat kecuali hari cuti umum, 9.00 pagi - 5.00 petang (termasuk waktu makan tengah hari).
2) Jumpa pegawai dan pegawai akan menunjukkan komputer yang boleh digunakan untuk memeriksa rekod CCRIS anda. Masukkan I/C pada alat pengimbas dan letakkan ibu jari anda tak kisah le kanan ke kiri ke untuk pengesahan identiti.
3) Finally, cetak le penyata anda. Percuma ajer.
CCTOS pula ialah Credit Tip Off Service. CTOS Sdn Bhd dan organisasi seumpamanya, mendapat dan mengumpul maklumat jika terdapat bankrupsi dan saman terhadap individu atau syarikat dan maklumat tersebut akan didaftarkan ke dalam pangkalan data elektronik mereka.
Maklumat bankrupsi mengandungi maklumat petisyen terhadap orang perseorangan dan syarikat, yang sedang, atau sudah bebas dari bankrupsi. Laporannya mengandungi maklumat seperti no fail mahkamah, lokasi, tarikh notis atau arahan mahkamah, nama individu, no kad pengenalan, dan jika dalam perbicaraan, tarikh sebut kes di mahkamah.
Maklumat saman pula selalunya mengandungi butiran terhadap individu dan syarikat dimana saman telah di keluarkan, no pemfailan mahkamah, lokasi pemfailan, tarikh notis atau arahan mahkamah, nama individu atau syarikat, jumlah saman (jika ada), no kad pengenalan individu atau syarikat (jika ada) dan tarikh sebut kes di mahkamah.
Langkah mendapatkan CCTOS:
1. Anda boleh mendapatkan laporan percuma CTOS dari:
CTOS Sdn Bhd (209649-U)
Unit A-8-4, 8th Floor, Megan Avenue 1,
No 189, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur,
Malaysia
Tel: 603-2770 8833 Fax: 603-2770 8834
Website: www.ctos.com.my
2. Pergi ke laman web https://ctosid.ctos.com.my , lepas tu buat le Register Online dan hantarkan salinan IC bahagian depan dan belakang samada secara online, melalui mms atau hantar sendiri secara manual.
3. Dah complete...dah boleh semak sendiri dah. Senang cerita. Masa ni le kita tau samada hutang kita dan settle atau belum...atau kena tipu. Bukan apa kadang-kadang ada rekod yang belum dikemaskinikan bertahun-tahun.
Harimau Malaya
Baru 30 minit kekalahan Skuad Harimau Malaya kepada team Thailand dalam mempertahankan Piala AFF Suzuki yang telah dimenangi Malaysia dua tahun lepas.
Aku pun tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan yang penuh kontroversi dan debaran di Restoran Ayub Taman Universiti...perghhh punya le ramai. Kekalahan yang berpunca daripada sikap berat sebelah pengadil dari negara Korea. Selain itu team Malaysia juga telah di beri serangan psikologi semenjak menjejakkan kaki ke negara Gajah Perang tu. Team Harimau telah diberikan keadaan padang untuk berlatih seumpama sawah padi yang kering kontang.
Bila Malaysia kalah sahaja jangan le asyik salahkan Coach sahaja. Banyak faktor yang memainkan peranan dalam kekalahan ini. Aku sebagai anak Malaysia masih berbangga dengan pencapaian team Malaysia yang sebelum ini prestasinya yang amat buruk. Semenjak awal lagi memang telah dicanangkan Thailand akan memenangi Piala AFF Suzuki 2012 ini.
Kepada seluruh warga team Harimau Malaya tahniah diatas pencapaian anda yang boleh dibanggakan...sehingga melayakkan diri ke Separuh Akhir. Kekalahan kepada Thailand di dalam separuh akhir kedua kepada Thailand 2-0 aggapkan sebagai satu cubaan dan landasan pembetulan untuk di masa hadapan