Asmaaul Husna ( اسماء الله الحسنى)

  Download this mp3 from Beemp3.com

Korea Korea Korea



Winter Sonata adalah pencetus segala-galanya tentang kegilaan masyarakat Malaysia terhdap cerita Korea...sebelum ini, masyarakat Malaysia...terlalu taksub dengan cerita dari Hong Kong.

Antara yang gilakan cerita korea ini...termasuk le aku. Aku begitu taksub dengan cerita-cerita yang datang dari negara Korea ini. Tapi memang aku dari dulu tidak berminat dengan cerita Melayu...aku lebih prefer cerita dari Hong Kong, Taiwan atau India....kenapa? Maybe aku ni anak cina..so darah yang mengalir dalam badan aku ni tetap mempunyai ciri-ciri cina. Cuma semenjak tahun 2008..aku melihat industri filem telah berkembang maju...kemunculan beberapa pengarah telah mengubah persepsi aku terhadap cerita Melayu...adalah jugak cerita Melayu yang telah aku tonton. Tapi aku masih berminat dengan cerita Korea, Hong Kong, Taiwan dan Jepun...dalam simpanan aku cerita-cerita dari Korea..dah penuh 2 kotak besar..(sanggup membeli yang original...). Malahan aku mempunyai begitu banyak...lagu-lagu dari Korea...dan tidak hairan le aku boleh menghafal kebanyakkan lagu-lagu ini.


Korea :
* Playful Kiss, Boys Over Flower, My Girl, Full House, Silent, Wedding, Winter Sonata, Hello Lady dan banyak lagi yang tak tertulis.

Lain-lain
* Hanakimi, Meteor Garden, My Boss My Hero, Itazura na Kiss and It Started With A Kiss.

Tapi kalo diselami betul-betul mengenai cerita-cerita dari negara ini, sebenarnya ia adalah dari jalan cerita yang hampir sama..kebanyakkannya bermula dari negara Jepun.Oleh kerana aku menonton kebanyakkan cerita-cerita dari negara ini, so aku dapat le melihat beberapa persamaannya.... terutamanya...Boys Over Flower (Meteor Garden), Playful Kiss ( Itazura na Kiss and Drama It Started With A Kiss.)

Berbalik kepada cerita atau drama dari Korea...so disini aku listkan beberapa faktor penyebab mengapa orang (adik-adik, makcik-makcik) berminat sangat dengan cerita dari Korea.

1) Jalan cerita - kebanyakkan drama Korea..merupakan gabungan emosi yang bahagia, sedih dan mengembirakan). Kalau tengok cerita Korea..tidak mengeluarkan air mata memang tidak sah...pengarah pandai memainkan perasaan penonton. Mostly cerita Korea bertemakan cinta..malahan diselitkan unsur kekeluargaan, dendam dan sebagainya.

2) Lagu yang menarik - lagu-lagu dari cerita Korea..kebanyakkan memang syok habes...lagu-lagunya menyentuh perasaan...boleh le dikatakan hampir menyamai lagu-lagu Hindi.


3) Pelakon - aku memang tidak menafikan, antara faktor yang kuat cerita Korea boleh diminati ramai kerana pelakon-pelakonnya yang hensom, cantik, cute....dari yang muda hingga le ke tua....sebut sahaja Kim Hyun Joong and Jung So Min (Playful Kiss), Lee Min Ho and Gho Hye Soon (Boys Over Flower), Lee Dae Hae dan Lee Dong Wook (My Girl), Rain (Full Hause)..dan lain-lain. Sampaikan ada antara ibu-ibu mengandung...yang sebelum ini, tidak meminati cerita Korea...sanggup meluangkan masa menonton cerita ini...gara2..hendakkan anak seperti mereka ini.

4) Set, Latar Belakang yang menarik - Cerita Korea ni aku puji satu le... kebanyakkan drama yang diterbitkan..berlatarbelakangkan... keindahan dan kecantikkan dari negara mereka. Negara Korea ni...beruntung..kerana negara mereka merupakan negara yang mengalami 4 musim...maka secara tidak langsung mereka mempromosikan negara mereka sendiri. Maka tidak hairan le....pelancong yang datang ke Korea semkin hari semakin meningkat...maka ekonomi negara mereka semakin berkembang dan maju. Kebanyakkan cerita Hindi..mengambil keindahan negara-negara lain sebagai latarbelakang cerita mereka. Dalam cerita Korea..kebanyakkan pengarah-pengarah menggunakan produk-produk yang dikeluarkan dari negara mereka....telefon, kereta dan sebagainya.

So no wonder le mengapa ramai dikalangan orang Malaysia meminati cerita Korea...dan CD-CD dari negara ini juga mudah diperolehi... yang original dan cetak rompak. Tapi salah satu taktik negara Korea yang aku puji untuk mengelakkan berlakunya cetak rompak ialah setiap cerita atau drama dari Korea... mempunyai dua version...iaitu cerita/drama dan Drama Special Edition...harga satu cerita korea..antara 100.00 hingga 180.00. Bagi aku...aku mempunyai koleksi cerita yang original...termasuk juga soundtraknya.

Barli



Barli (Hordeum vulgare) merupakan makanan manusia dan makanan ternakan yang penting, tergolong dalam keluarga rumput Poaceae. Barli merupakan tanaman bijirin yang kelima terbesar ditanam di dunia (530,000 km² atau 132 milion ekar). Tempoh percambahannya antara 1-3 hari.
Di Malaysia, bijirin yang dikenali umum sebagai "barli" sebenarnya merujuk kepada satu tanaman lain yang panggil "air mata Nabi Ayub" dalam bahasa Inggeris (Job's Tears, coix lacryma-jobi). Tumbuhan ini sebenarnya berlainan genus dengan barli asli, namun ia seringkali dijual di pasaran dengan nama "barli" atau "barli mutiara Cina".


Barli (saya’ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yang mengidap demam.

Bijirin barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine (Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zink, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti bijirin lain.

Isi rong atau bijirin barli boleh dijadikan tepung, emping dan bran. Batangnya boleh dijadikan kertas dan bahan pembinan manakala keseluruhan tanaman boleh dijadikan sebagai makanan haiwan ternakan.

Pokok barli tergolong dalam keluarga Gramineae dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di negara-negara Barat. Barli ditanam daripada biji sehinggalah ia menjadi pokok yang tinnginya kira-kira satu meter.

Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian. Terdapat dua jenis serat pemakanan iaitu mudah dilarutkan dan tidak mudah dilarutkan. Barli mempunyai kedua-dua jenis serat ini dan merupakan sumber terbaik serat yang mudah dilarut.

Kajian klinikal di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat menunjukkan bahawa serat daripada barli berkesan bagi merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.

Beta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati daripada isi rong. Barli daripada variety 'waxy' lebih tinggi kandungan beta glucan berbanding jenis barli lain. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam variety barli ini dikatakan berperanan dalam meningkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2. Tokotrienol dan tokoferol (tokol) merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi. Antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.

Barli mengandungi tokol yang tinggi dan sumber baik bagi vitamin B dan sesetengah galian. Kromium sebagai contohnya merupakan galian yang merangsang penyejatan glukosa dalam darah. Penyelidik di Englad menyatakab barli mempunyai kromium yang tinggi dan dikatakan merupakan sumber terbaik kromuim. Pesakit diabetes perlu mengawal tahap gula dalam darah dengan berhati-hati. Jika memakan barli dalam jumlah yang signifikan atau dimakan sebagai makanan tambahan, hipoglisemia (gula dalam darah rendah) boleh berlaku.

Tunas bijirin barli bertindak sebagai pelega, pengeluar kahak dan pelembut. Kadang kala ia juga bertindak sebagai bahan yang boleh menyebabkan keguguran. Dikatakan tunas barli boleh digunakan untuk merawat dispepia serta muntah dan kekembungan akibat meminum susu ibu. Sebaik-baiknya tunas bijiran barli ini tidak diberikan kepada ibu yang menyusukan bayi kerana ia mengurangkan pengaliran susu.

Bijirin barli pula bertindak sebagai penghadam, pelega dan dikatakan sesuai dimakan sebagai makanan berkhasiat atau dijadikan air barli ( rebusan air barli dalam air ). Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar. Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan. Air rebusan bijirin barli pula dikatakan mampu diambil sebagai penyejuk badan.

Selain bijirin barli, daun pokok barli yang seakan-akan lalang dan berwarna hijau juga dikatakan berkhasiat. Apabila daun ini mencapai ketinggian sehingga 12 hingga 14 inci, ia mengandungi banyak vitamin, mineral dan protein dan klorofil yang diperlukan oleh manusia.

Malah dikatakan dikatakan jus barli hijau mengandungi 11 kali kalsium daripada susu lembu, hamper 5 kali besi dalam bayam, 7 kali vitamin c dalam oren dan 80 mg vitamin B 12 daripada 100 gram barli.

Bagi penyakit serius seperti atritis dan barah, pengambilan jus ramuan daun barli yang berwarna hijau atau yang telah dikeringkan, yang diambil dalam jangka masa dua jam selepas makan kepada 20 minit sebelum hidangan seterusnya dikatakan mampu membuatkan enzim-enzim digunakan dengan baik. Cara ini dapat membiarkan enzim diambil secara langsung dan sekali gus masuk ke dalam saluran darah di mana ia digunakan bagi memperbaiki dan menyembuhkan tubuh. Jus yang dihasilkan daripada daun barli juga dikatakan mampu merendahkan tahap kolesterol dalam darah. Bahan kimia dalam daun ini dikatakan mampu melambatkan penghasilan kerosakan saluran darah yang disebabkan oleh diabetes.


Khasiat barli:
1. Khasiat barli dipercayai dapat menyejukkan badan, baik untuk melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang.
2. Barli juga dikesan boleh membantu merendahkan kolesterol, meredakan sembelit dan mencegah penyakit kanser.
3. Mengamalkan meminum air barli, dapat mengurangkan risiko kencing manis, menyejukkan badan, memelihara buah pinggang, melawaskan kencing dan membantu untuk sistem penghadaman.
4. Dengan kandungan serat yang tinggi, barli juga pembersih buah pinggang.
5. Pengambilan yang konsisten mampu mengelakkan penyakit jantung.
6. Barli bagus untuk kesihatan usus. Kandungan seratnya yang tinggi menjadi makanan kepada bakteria baik yang tidak berbahaya dalam kolon dan membantu melancarkan pergerakan sistem pencernaan. Secara tidak lansung akan menghalang dari penyakit buasir dan kanser kolon.
7. Asid propionik dan beta glukan dari serat yang tak larut juga membantu mengurangkan kolesterol dan menghalang pembentukan batu karang.
8. Pengambilan barli secara tekal, juga satu langkah pencegahan terhadap penyakit jantung dan sebagainya, selain kandungan serat, ia juga tinggi dalam niasin, vitamin B baik untuk mengurangkan kolesterol.
9. Pesakit diabetes harus mengambil lebih banyak barli sebagai serat yang akan menstabilkan kandungan gula dalam darah dan mengelakkan dari peningkatan yang terlalu tinggi. Ia juga membantu mencegah sembelit atau cirit-birit bagi yang menderita akibat Irritable Bowel Syndrome.
10. Barli kaya dengan selenium yang mana berfungsi mencegah kanser dan melegakan tanda-tanda lelah dan artritis. Ia satu sumber yang baik untuk manganese, copper dan fosforus

Bulan Safar

Tahun hijrah mempunyai dua belas bulan dan purata
kiraan hari bagi setiap bulan adalah dua puluh sembilan
atau tiga puluh hari tetapi lazimnya tidak dalam turutan
yang tetap. Jumlah hari dalam bulan Islam adalah antara
perbezaan besar dengan bulan Masihi. Terdapat dua
sistem iaitu Rukyah dan Falaq untuk menentukan jumlah
hari dalam bulan Islam.

Bulan Safar adalah bulan kedua dalam perkiraan bulan- bulan
Islam. Safar ertinya kosong dinamakan Safar kerana
dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan
rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan
dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka.

Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam
sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa
pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun
ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi’ru Ma’unah)
pada tahun keempat Hijrah.

Menyentuh tentang bulan Safar, umat Islam sekarang
mungkin telah meninggalkan amalan-amalan karut yang
diamalkan oleh generasi lalu dalam bulan tersebut seperti
mandi Safar. Kesedaran ini mungkin timbul daripada
dakwah dan maklumat tentang Islam yang diterima dari
masa ke semasa.

Sesetengah orang Islam yang jahil menganggap bulan
Safar adalah bulan turunnya bala bencana dan mala
petaka. Berdasarkan kepercayaan ini mereka telah
melakukan beberapa amalan bidaah dan khurafat untuk
mengelakkan perkara tersebut. Suatu masa dahulu orang
melayu yang penuh dengan kerpercayaan dan amalan- amalan
tradisi telah mangamalkan beberapa amalan yang
jelas bertentangan dengan Islam. Amalan ini menjadi
popular dan sering diamalkan suatu ketika dahulu
antaranya ialah:

• Upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan
perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan
menolak bala. Amalan ini dinamakan mandi safar.
• Mempunyai kepercayaan pada bulan Safar tidak boleh
mengadakan kenduri kahwin kerana beranggapan bulan
ini adalah bulan bala dan pasangan yang berkahwin
pada bulan ini tidak akan dikurniakan cahaya mata.
Ternyata amalan seperti ini bercanggah dengan syariat
Islam dan boleh merosakkan aqidah. Sesuatu musibah atau
bala adalah ketetapan dari Allah dan amalan manusia
adalah menjadi asbab turunnya bala atau bencana.
Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah At-
Taubah ayat 51 yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali
akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang
telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung
yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan
itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orangorang
yang beriman bertawakal.’’
Menganggap bulan Safar sebagai bulan pembawa
bala dan musibah serta mengadakan amalan-amalan
khurafat jelas satu fahaman yang salah. Bagaimana
boleh Allah SWT yang Maha Penyayang kepada
hambaNya mengaturkan hari yang penuh kemuliaan
dan hari kecelakaan pada sesuatu masa tertentu.
Bahkan amat bercanggah dengan sifat Allah yang Maha
Penyayang itu sendiri. Menyandarkan kecelakaan
pada bulan Safar ternyata satu fahaman yang boleh
mengheret manusia kepada ancaman syirik.
Rasulullah SAW telah mengingatkan kita bahawa orang
yang mempercayai keburukan itu datangnya daripada
sesuatu, bukan daripada Allah SWT adalah syirik,
sebagaimana Baginda bersabda yang maksudnya :
“Menyandarkan keburukan kepada sesuatu adalah
syirik, dan tidak termasuk dalam golongan kami
melainkan (orang-orang yang beriman) sahaja,
dan Allah akan menghilangkan syirik itu dengan
tawakal.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Sebagai umat Islam kita perlu meneliti sehingga benarbenar
tahu samada sesuatu amalan itu dibenarkan atau
ditegah oleh agama. Umat Islam perlu berhati-hati dan
berwaspada sebelum menerima dan mengamalkan
sesuatu amalan. Amalan khurafat dan bidaah boleh
merosakkan aqidah serta menjauhkan kita daripada
rahmat Allah. Hanya kerana sedikit kesilapan, akan
mengakibatkan kita terjerumus ke dalam bahaya
syirik.

Sakit Buah Pinggang

MENGESAN PENYAKIT BUAH PINGGANG

Langkah pertama penjagaan penyakit buah pinggang yang lebih berkesan ialah dengan mengesan penyakit ini pada peringkat awal-awal lagi. Pengesanan awal adalah penting terutama sekali jika anda seorang penghidap diabetes kerana penyakit ini akan menyebabkan anda berisiko tinggi bagi menghidap penyakit buah pinggang. Beberapa tanda-tanda dan gejala penyakit buah pinggang yang harus diberi perhatian termasuklah berat badan menurun tanpa sebab, rasa loya atau muntah, letih lesu atau sakit belakang. Tanda-tanda lain termasuk penukaran kekerapan atau corak urinasi, urin yang mengandungi darah atau rasa pedih ketika urinasi, bengkak pada muka, kaki dan abdomen dan kesukaran untuk tidur malam.

Malangnya, kesemua tanda dan gejala ini kebiasaannya tidak akan kelihatan sehinggalah buah pinggang anda telah mengalami kerosakan yang teruk. Ada juga kemungkinan anda langsung tidak akan mengalami sebarang tanda atau simptom tersebut walaupun buah pinggang anda sudah tidak berfungsi lagi. Oleh sebab itu, anda tidak boleh bergantung kepada kesemua tanda dan gejala tersebut untuk mengesan penyakit buah pinggang dan sebaliknya menganggap yang anda tidak mempunyai penyakit tersebut jika anda langsung tidak mengalami sebarang tanda-tanda tersebut.

Cara yang paling tepat untuk mengesan samaada anda mengalami sebarang kerosakan buah pinggang ialah dengan berjumpa doktor anda dan mengambil ujian urin untuk mengesan mikroalbumin dan protein. Kehadiran mikroalbumin (protein dalam jumlah yang kecil) dalam urin menunjukkan bahawa buah pinggang anda telah rosak. Ini terjadi kerana buah pinggang yang rosak tidak dapat menerima balik kebanyakan protein yang telah ditapis, menyebabkan kandungan protein dalam urin semakin meningkat. Kehadiran protein dalam kuantiti yang banyak dalam urin (makroalbuminuria - satu petanda lewat nefropati diabetes) boleh dikesan dengan satu ujian ringkas dengan mencelup stik pengesan ke dalam urin. Sebaliknya, untuk menentukan kandungan protein dalam urin yang sedikit (mikroalbuminuria) - satu petanda awal kerosakan buah pinggang disebabkan diabetes, memerlukan suatu ujian khas.

Jika ujian menggunakan stik pengesan atau ujian mikroalbuminuria menunjukkan keputusan yang positif, adalah baik jika anda mengikut nasihat doktor dan seterusnya mengambil langkah-langkah yang sewajarnya, seperti tertera di bawah, untuk membantu anda mengelak atau melambatkan penyakit ini daripada menjadi bertambah teruk.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGAWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG YANG DISEBABKAN OLEH DIABETES

#1. Teruskan mengurus diabetes anda dengan baik
Tahap glukosa darah yang tinggi, tekanan darah yang tinggi dan kandungan lemak dalam darah yang tidak normal merupakan faktor-faktor utana yang menyumbang kepada kerosakan berterusan buah pinggang anda. Itulah sebab betapa pentingnya untuk anda mengurus faktor-faktor ini dengan sebaik-baiknya agar dapat mengawal penyakit buah pinggang anda. Dalam kata lain, penjagaan diabetes yang baik boleh melambatkan perkembangan penyakit buah pinggang setelah ianya bermula (atau mengelakkannya dari menjadi bertambah teruk terutama sekali apabila ianya dapat dikesan dari awal!). Berikut terdapat cara-cara untuk menjaga diabetes dengan baik dan lebih berkesan:
Terus memastikan yang anda mencapai tahap sasaran yang disyorkan bagi glukosa darah, tekanan darah dan lipid dengan mengamal pemakanan yang sihat, mengawal pengambilan karbohidrat, melakukan aktiviti fizikal secara kerap dan mengurangkan berat badan yang berlebihan. Anda juga harus, mengambil ubat-ubat (jika dipreskripsikan) dan sentiasa memantau tahap glukosa darah anda di rumah. Keraplah berjumpa doktor anda bagi mendapatkan rawatan susulan terutama sekali untuk memeriksa tekanan darah dan tahap lipid anda.
Sila rujuk jadual di bawah untuk membantu mencapai sasaran penjagaan diabetes anda dengan baik:

Ujian Darah Tahap yang disyorkan
Glukosa darah 3.8 mmol/L - 6.1 mmol/L (ketika berpuasa)
Dan kurang dari 7.8 mmol/L (selepas makan)
HbA1c Kurang dari 6.5%
Kolesterol LDL Kurang dari 2.6 mmol/L
Trigliserida Kurang dari 1.7 mmol/L
Kolesterol HDL Lebih dari 1.02 mmol/L
Tekanan darah 130/80 mmHg atau kurang


#2. Pemakanan Yang Betul
Mengurus diabetes sahaja adalah tidak mencukupi jika anda sudah menghidap penyakit buah pinggang disebabkan diabetes. Anda juga harus memastikan bahawa buah pinggang anda yang rosak itu tidak akan membahayakan badan anda. Salah satu daripada cara untuk anda menjaga kesihatan diri jika telah menghidap penyakit buah pinggang ialah melalui pengawalan pemakanan (diet).

Apabila buah pinggang anda sudah tidak boleh berfungsi dengan betul, sisa buangan dan bahan-bahan lain akan berkumpul sehingga tahap yang membahayakan badan anda. Kawalan diet adalah penting untuk mengawal penyakit buah pinggang untuk mengelakkan pengumpulan berlebihan bahan-bahan ini (contohnya natrium, kalium, kalsium, fosforus, cecair dan bahan buangan protein) di mana buah pinggang yang sihat akan dapat membersihkan darah untuk manjaga keseimbangan badan.

Anda harus bertanya doktor atau pakar diet anda untuk mendapatkan satu pelan diet, di mana ianya akan berfokus kepada nutrien-nutrien berikut:
Protein diperlukan untuk penyelenggaraan, tumbesaran dan pembaikan tisu-tisu badan. Ia juga dapat membekalkan tenaga dan membantu anda melawan penyakit. Protein boleh diperolehi daripada ikan, telur, daging dan ayam. Apabila protein diuraikan dalan badan (proses metabolisma), ia akan menghasilkan bahan-bahan buangan. Salah satu daripada bahan buangannya dikenali sebagai urea. Kandungan urea yang tinggi dalam badan akan menyebabkan rasa loya, muntah dan hilang selera makan. Anda mungkin perlu memulakan diet yang rendah protein (tetapi tidak terlalu rendah) untuk memastikan kandungan bahan buangan masih dalam linkungan tahap yang boleh diterima disamping memastikan badan anda mendapat protein yang ia perlukan.
Natrium membantu pengaturan kandungan cecair dan tekanan darah. Sumber yang paling biasa didapati ialah garam makan, walaupun ia memang terkandung dalam kebanyakan makanan. Natrium yang berlebihan akan mengakibatkan peningkatan cecair dalam badan serta tekanan darah yang tinggi. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan natrium contohnya tidak memakan makanan yang masin dan tidak menambah garam kepada makanan anda.
Kalium diperlukan untuk saraf-saraf dan otot-otot termasuk jantung supaya berfungsi dengan normal. Makanan yang kaya dengan kalium termasuklah kentang, sayur-sayuran berdaun hijau dan pisang. Jika kandungan kalium (potassium) menjadi terlalu tinggi, ia akan menyebabkan kelemahan pada otot dan denyutan jantung yang tidak tetap. Justeru itu, anda perlu mengikuti pelan diet yang mempunyai kandungan kalium yang bersesuaian.
Kalsium dan fosforus diperlukan untuk pembentukan tisu tulang. Walaubagaimanapun, kandungan fosforus yang tinggi pada buah pinggang yang sudah gagal berfungsi boleh menyebabkan kalsium larut lesap dari tulang-tulang anda dan menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh. Inilah sebabnya anda harus menghadkan pengambilan fosforus. Makanan yang mempunyai kandungan fosforus yang tinggi termasuklah susu dan produk tenusu yang lain serta kekacang.


# 3. Mengawal pengambilan cecair
Buah pinggang yang sihat dapat mengelakkan pengumpulan cecair dalam badan anda dengan menyingkirkan cecair berlebihan melalui urin. Itulah sebabnya, apabila buah pinggang anda sudah tidak berfungsi dengan baik, cecair akan terkumpul dalam tisu-tisu badan, saluran darah dan juga paru-paru anda. Ini akan memberi tekanan pada jantung anda, menyebabkan tekanan darah tinggi dan kesukaran untuk bernafas. Anda juga mungkin akan mengalami tukaran dalam corak dan kekerapan urinasi (satu daripada petanda penyakit buah pinggang). Jadi, anda harus mengikuti nasihat doktor jika anda diperlukan untuk menghadkan pengambilan cecair dan merancang pengambilan cecair harian anda.

# 4. Makan ubat-ubatan anda
Doktor anda mungkin akan memberi ubat-ubat yang tertentu sebagai tambahan kepada aturan diet anda. Ubat-ubatan ini akan membantu mengurangkan tekanan darah tinggi anda, meningkatkan kandungan kalsium dalam darah atau membantu keadaan-keadaan lain yang berkaitan dengan penyakit kegagalan buah pinggang. Anda haruslah sentiasa tekun untuk memakan ubat-ubatan anda.

Peringkat akhir kerosakan buah pinggang haruslah dielakkan selagi boleh. Anda boleh mengelakkannya dengan mengawal penyakit diabetes dan penyakit buah pinggang anda secara serentak dan teliti. Dengan mengikuti segala nasihat yang diberikan oleh doktor, anda mempunyai peluang yang baik untuk mengelakkan buah pinggang anda dari menjadi bertambah teruk.

Walaupun anda sudah mengalami peringkat akhir kerosakan buah pinggang dan sedang menjalani rawatan dialisis (rawatan perubatan yang menggunakan mesin dialisis untuk mengeluarkan bahan buangan dan cecair yang berlebihan dalam badan terus daripada darah bagi mereka yang kegagalan buah pinggang), anda masih boleh mengawal penyakit menerusi penjagaan diet, mengawal pengambilan cecair dan mengambil ubat-ubatan yang dipreskripsikan oleh doktor. Ini adalah kerana proses dialisis masih tidak dapat mengeluarkan kesemua bahan buangan dari badan anda. Walau bagaimanapun, keperluan diet, kawalan pengambilan cecair dan ubat-ubatan mungkin perlu sentiasa diteliti dan diubahsuai. Doktor anda akan dapat menasihati anda berasaskan keadaan semasa anda.

SATU PESANAN
Walaupun menghidap diabetes, anda masih boleh menjalani hidup yang bermakna melalui penjagaan yang betul. Ada lagi berita baik: anda mempunyai kuasa penuh untuk mengelak atau mengawal penyakit buah pinggang disebabkan diabetes anda menjadi lebih teruk. Ambillah langkah positif ini untuk memulakan hidup yang sihat. Janganlah tunggu sehingga ianya menjadi sudah terlambat.

Sumber : Oleh Dato' Dr Zaki Morad bin Mohd Zaher
Pakar Runding Kanan Nefrologi

Bisul dan Penawarnya



Bisul... aduh memang memenatkan...dan menyakitkan. Aku baru kena pun sampai demam dibuatnya. So aku cari le info sedikit mengenai bisul ni...

Penyakit bisul merupakan kumpulan nanah terkumpul di dalam rongga yang terbentuk oleh tisu akibat proses jangkitan (biasanya disebabkan oleh bakteria atau parasit) atau sebarang bahan asing (contohnya. luka tikaman/tembakan). Ia merupakan sistem ketahanan diri tisu untuk menghalang penyebaran bahan berjangkit kepada bahagian badan yang lain.

Organisma atau bahan asing yang memasuki sebahagian tisu membunuh sel sekeliling, membebaskan toksin dan mengakibatkan tindak balas keradangan dengan menarik banyak sel darah putih kepada kawasan tersebut dan meningkatkan aliran darah di sekeliling. Dengan itu, nanah adalah kumpulan sel tisu yang mati, sel darah putih, organisma yang berjangkit atau bahan asing dan toksin yang dibebaskan oleh kedua-dua organisma dan sel darah. Sturktur akhir bisul adalah dinding bisul yang terbentuk oleh sel sihat dalam cubaan mendirikan halangan sekeliling nanah yang menghadkan bahan berjangkit dari struktur sekeliling.

Simptom utama dan tanda sebarang proses keradangan adalah kemerahan, panas, bengkak dan sakit. Bisul mampu terbentuk pada sebarang tisu pejal tetapi sering kali berlaku pada permukaan kulit (where they may be superficial pustules or deep skin abscesses), dalam paru-paru, otak, buah pinggang dan tonsil. Komplikasi utama adalah penyebaran bahan nanah kepada tisu berdekatan atau jauh dan tisu mati yang berlaku secara meluas (gangrene). Bisul pada kebanyakan bahagian badan jarang sembuh sendiri, jadi rawatan perubatan perlu apabila bisul disyaki berlaku.
Rawatan pilihan pertama adalah pembedahan untuk mengeluarkan nanah. Amat penting untuk menyedari bahawa rawatan antibiotik tanpa pembedahan untuk membuang nanah jarang berkesan. Bagaimanapun, apabila pembedahan membabitkan kawasan berisiko tinggi (seperti otak), pembedahan mungkin ditangguhkan atau digunakan sebagai pilihan terakhir. Penyingkiran nanah dari bisul paru-paru boleh dilakukan dengan meletakkan pesakit pada kedudukan yang membolehkan nanah dikeluarkan melalui saluran pernafasan respiratory tract. Selepas pembedahan untuk membuang nanah, antibiotik biasanya diberikan untuk mengawal jangkitan. Demah dan meninggikan anggota badan mungkin berguna untuk bisul kulit.

Nanah Perianal terdapat pada pesakit dengan Penyakit Buasir (inflammatory bowel disease), Penyakit Crohn, atau penyakit kencing manis. Sering bisul akan bermula sebagai luka dalaman disebabkan oleh ulser atau najis keras. Luka ini biasanya berjangkit akibat kehadiran najis dalam kawasan dubur (rectal), dan menjadi bisul. Ia sering hadir sebagai tisu bengkak pada dubur yang membesar dan menjadi semakin bertambah sakit.

Penawar Bisul
1) Ambil sedikit kapur makan dan sapukan di tempat yang ditumbuhi bisul. Lakukan selalu, Insya-Allah ia akan hilang dan sembuh

2)Tumbuk bawang putih hingga hancur.Sapukan bawang putih ditempat yang kena bisul dan balutkan supaya bawang putih tidak jatuh. Lakukan beberapa kali hingga bisul itu hilang.

3)Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat.Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh.
Rendam segenggam beras dan beberapa ketul kunyit hidup dengan air sejuk. Kemudian tumbuk hingga hancur. Letakkan pada bisul sehingga ia kering.

4)Asah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada permukaan bisul.

5) Ambil segenggam daun sengkuri. Petik daun muda dan keringkan sebentar, kemudian baru digiling dengan tujuhbiji mata kunyit serta sedikit melukut. Kemudian calitkan sedkit kapur sirih dan sapukan daun yang digiling tadi di atasnya.

6)Sementara untuk menghilangkan bengkak bisul dan bissanya, sapukan cuka dan nila. Petua ini juga boleh menawarkan sakit beguk di leher. Bagi kudis pula, rebus antara 30 helai pucuk daun jambu batudengan dua gelas air. Campurkan secamca garam. Bila mendidih, biarkan ianya suam dan cucilah kudis atau gatal-gatal berkenaaan.

Anjing Diselamatkan Selepas Peristiwa Tsunami 11 Mac 2011 di Jepun

Subhanaallah... itu yang mampu diucapkan oleh aku melihat video klip ini... Kuasa Tuhan tiada sesiapa pun makhluk di dunia ini mampu mengatasinya.

Kucing 1



Ni le kucing aku.. nama dia Hitam Putih... kucing ni dua beradek...tapi si Puteh telah terlebih awal bertemu dengan penciptaNya. Kucing ni....baka tempatan ajer.. jantan...walaupun jantan telah di kasikan terlebih dahulu... kenapa di kasi? Kucing ni kaki bergaduh....habes badannya luka-luka. Maka di sarankan untuk dikasikan.

Walaupun telah dikasikan...masih aktif dan lincah. Walaupun ramai yang berkata...kucing yang telah dikasikan kebiasaannya...bodoh dan kaki tidur. Puteh Hitam... memang kaki tidur....kucing2 ni le tempat aku berkongsi segala suka duka aku....Jom le tengok gelagat manja kucing kesayangan aku ni.