Tips Mendidik Anak Mengikut Kata


Aku dan husband aku kalau tak jadi tarzan dalam satu hari memang tak sah....macam mana tak jadi tazan...ni baru dua anak...yang abang kuat meyakat...yang adik tak boleh dicuit...abang buat adik...adik buat abang... pergi balik tang tu jugak.

Aku pun cuba2 le mencari seberapa maklumat dalam Kaedah Menjaga Anak. Kita yang tidak berpengalaman ni...mestilah selalu mencari peluang untuk menuntut ilmu walau di mana saja dan dalam keadaan apa pun....

1) Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.
Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak. Doa setiap kali solat.



2)Memperbanyakkan zikir 'Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati. Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.

3)Pastikan rezeki yang di bawa balik ke rumah untuk anak-anak adalah dari sumber yang HALAL. Rezeki yang datang dari cara yang syubhah boleh menyebabkan hati anak keras.

4)Pamerkan kasih sayang antara suami dan isteri kepada anak-anak. Ini akan mententeramkan hati anak-anak. Ibu bapa yang sering bertengkar atau bercakaran akan membuatkan jiwa anak memberontak.

5_Setiap kali semasa anak-anak sedang tidur ayam, bacakan surah berikut di ubun-ubunnya surah al-Fatihah, ayatul kursi(supaya syaitan dan jin tidak mengganggu fikiran dan hati) dan al-insyirah (supaya fikiran anak tenang dan lapang). Amalkan ini sepanjang hayat anak selama dia belum bernikah, bukan setakat semasa kecil sahaja.Amalan ini turut baik untuk suami lakukan ke atas isteri untuk mengharmonikan rumah tangga.

6)Hindarkan menyebut perkataan negatif di dalam rumah.Hindarkan menyebut perkataan yang demotivate anak.

Petua Penjagaan Beras

Bagi aku yang berkeluarga kecil...almaklum le anak baru darjah 4 dan 2, memang pastilah kuantiti beras yang digunakan adalah kecil bilangannya. Kadangkala...beras 10kg tu boleh terlajak nak dekat sebulan lebih atau 2 bulan. Aku nak kongsi beberapa tips mengenai penjagaan beras....Sayangkan kalau beras di rumah rosak...

1) Elakkan beras berkulat - beras yang disimpan terlalu lama akan berkulat. Hindarinya dengan memasukkan bawang putih yang tidak dibuang kulit ke dalam bekas beras. Tutup bekas dengan rapat.

2) Jika beras disimpan lama, tentu banyak bubuk akan ditemui di dalamnya. Untuk mencegahnya ambil daun limau nipis dan masukkan ke dalam beras yang disimpan. Selepas itu alaskan selapis lagi dan taruhkan beras di atasnya. Buat beberapa lapis. Hasilnya beras anda tidak lagi di serang oleh bubuk.

3) Masukkan beberapa tangkai cili kering ke dalam beras untuk mengelakkan bubuk. Sapukan minyak kelapa di sekeliling tempat menyimpan beras supaya tiada semut halus. Tutup beras rapat. Simpan beras di tempat yang kering dan seelok - eloknya jangan simpan beras terlalu lama.

Konflik Di Mesir




Mesir? Mesir (Bahasa Arab: مصر Miṣr) merupakan sebuah negara di Afrika Utara. Mesir bersempadan dengan Libya, Sudan, Jalur Gaza dan Israel serta Laut Mediterranean dan Laut Merah. Walaupun Mesir mempunyai keluasan tanah yang besar (1 juta km², kebanyakan penduduknya mendiami kawasan-kawasan tebing Sungai Nil, terutamanya bandar Kaherah dan Iskandariah. Kawasan Mesir merupakan tapak tamadun awal Mesir Purba. Monumen-monumen Mesir Purba seperti Piramid Giza, Sphinx, Kuil Luxor dan sebagainya menjadi tarikan berjuta-juta pelancong luar negeri setiap tahun. Kini, Mesir merupakan antara negara Arab terpenting di Timur Tengah.

Situasi di Mesir semakin getir apabila sekurang-kurangnya 74 orang maut manakala lebih 2,000 lagi cedera selepas puluhan ribu penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan keselamatan pada ‘Hari Kemarahan’ kelmarin. Apakah punca-punca rusuhan ini?

1) Ianya bermula dengan protes maut Mohammed Bouazizi (26).Mohammed Bouazizi ialah seorang graduan sains perkomputeran yang menjual sayur dan buah-buahan di bandar Sidi Bouzid.Kerana menganggur dan kesempitan wang, Bouazizi berniaga di tepi jalan tanpa permit bagi menyara hidup keluarganya. Gerai beliau disita dan dia dilaporkan dikasari oleh pihak berkuasa tempatan. Cubaan beliau untuk melaporkan kekejaman pihak berkuasa tempatan tidak diendahkan. Sebagai tanda protes Bouazizi membakar dirinya pada 17 Disember tahun lalu dihadapan sebuah bangunan kerajaan. Beliau meninggal dunia pada 4 Januari lalu dan kematian Bouazzizi mencetus kemarahan rakyat marhaen.

2) Di Tunisia dianggarkan 1/3 graduan akan menganggur akibat ketiadaan kerja. Kadar pengangguran pula dikatakan setinggi 14%. Masalah ekonomi Tunisia dikatakan berpunca dari amalan korup Presiden Zine el-Abidine Ben Ali (74). Beliau menyimpan harta peribadi di Perancis yang dianggarkan bernilai GBP 3.5 billion! Isteri beliau Leila Ben Ali, dicop sebagai Imelda Marcos negara Arab kerana terkenal dengan hobinya yang suka shopping terutamnya di Dubai.

3) Didalam laporan Wikileaks, keluarga Ben Ali menerbangkan YOGURT dari St Tropez dengan menggunakan pesawat peribadi semata-mata untuk sebuah parti. Keluarga Ben Ali juga dikatakan mencuri sebuah yacht bernilai GBP 2 juta sesuka hati dari seorang ahli perniagaan berbangsa Perancis.

4) Ben Ali mengharamkan semua parti Islam serta pemakaian hijab. Corak pemerintahan sekular beliau direstui kuasa barat terutamanya USA yang mahukan sekutu dalam menentang "extremis Islam". USA memandang sebelah mata penyelewengan keluarga Ben Ali yang digelar "THE MAFIA" oleh rakyat Tunisia. Ben Ali mengamalkan pemerintahan despotik kuku besia. Nisbah pegawai polis kepada rakyat dewasa di Tunisia ialah 1:40

5) Tunisia memenjarakan paling banyak wartawan berbanding negara-negara Arab yang lain. Kebebasan bersuara dan media tidak wujud sama sekali. Tidak seperti di Malaysia yang adil dan saksama.

Revolusi ini ditunjangi golongan muda. 1/4 penduduk Tunisia berumur antara 15-24 tahun. Suara anak muda tidak boleh dipandang enteng dan amarah mereka terbukti menbawa bencana kepada keluarga Presiden yang korup. Presiden Zine el-Abidine Ben Ali pada mulanya melarikan diri ke Perancis untuk bersama dengan anak-anak beliau yang kini menetap disebuah hotel di Disneyland. Kos menetap sehari di hotel mewah ini ialah GBP 300.

Kapal terbang yang membawa Presiden Zine el-Abidine Ben Ali dilarang dari mendarat di Perancis oleh Presiden Sarkozy. Akibatnya gerombolan Presiden dan konco-konco terpaksa berambus ke Jeddah, Arab Saudi. Kapir anti Islam macam Sarkozy pun tak sudi menerima Ben Ali tapi negara Islam sejati sanggup pula memberi perlindungan kepada hamjad ini.

Sebagai rakyat Malaysia dan yang beragama Islam, marilah kita bersama2 mendoakan agar keadaan di sana akan aman tenteram dan kembali damai...serta keselamatan pelajar2 Malaysia di sana....yang kita ketahui bekalan makanan dan ubat2an mereka hanya cukup untuk 3 hari sahaja.

Hujan Oh Hujan



Johor Bahru... start dari hari Sabtu sampai le Isnin hujan tak henti2....baru hari ni Selasa...matahari mula menampakkan bayangannya...walaupun awan still mendung. bila sepanjang hari hujan.... yang kasihan of course le...rumah2 orang yang berdekatan dengan sungai dan parit atau tali air. Di Johor Bahru sahaja...dah seramai 8 ribu lebih.... dah dipindahkan...hopefully semuanya selamat...Teringat aku kembali..peristiwa banjir yang berlaku pada 2006 bulan Disember....masa tu kereta habis jugak le menjadi mangsa banjir di Highway Pasir Gudang....suratkhabar hari ni menyatakan kemungkinan banjir pada tahun ini lagi teruk berbanding tahun 2006.

Bagi yang menjadi mangsa banjir... banyak2 bersabar..itu semua dugaan dari Allah SWT..mungkin ada hikmah disebaliknya..Insyaallah. Bagi yang bukan menjadi mangsa banjir...kena kenalah banyak2 bersyukur...tapi bagi pemandu..berhati2 di jalan raya...masa hujan2 ni..kalo boleh speed kereta atau motor tu..turun2kan lah sikit....ingatlah keselamatan orang lain...

Semalam ajer..on the way aku nak hantar dan jemput husband aku balik kejer...3 accident aku terserempak... semuanya melibatkan motor dan kereta. Naik gerun aku dibuatnya...rata2 yang aku nampak semuanya berpunca dari sikap kecuaian dan tergesa2 pemandu...dan juga keadaan jalan raya di johor bahru yang berlubang sana berlubang sini... dah le aku belom lagi sakit dari penyakit misteri aku ni... penyakit mudah terperanjat...dan lemah semangat. Kat sini aku kongsi Doa Naik Kenderaan...

My Lovely Cats

Ni antara kucing2 yang pernah aku pelihara.... semenjak aku start berkahwin dengan husband aku. Sebenarnya banyak,..sampai x terkira...tapi ini sahaja gambar yang kami dapat tangkap..sebelum2 ni... tak terpikir nak tangkap gambar kucing2 ni....almaklum le orang tua cakap jangan ambik gambar kucing...nanti kucing cepat mati...punya le sayangkan kucing2 ni... ikutkan sahaja.

Insyaallah By Maher Zain - Malay Version



Best jugak si Maher ni nyanyi lagu Insyaallah dalam Bahasa Melayu....ini salah satu cara berdakwah dan mengajar islam dalam lagu....sampaikan anak2 aku si Haziq dan Nasyrah pun boleh hafal semua lagu mamat ni.

Kucingku Beranak Lagi


5.1.2011 yang lalu..kucing aku si Topeng telah melahirkan anak sebanyak 5 ekor...empat ekor berwarna hitam dan sekor kelabu. Anak2 kucing ni membesar dengan baik... tapi entah kenapa....bila aku start sakit....kucing2 ni pun sakit...akhirnya semuanya mati. Yang syoknyer..selalunya husband aku jadi "Undertaker" untuk kucing2 ni...tapi agaknya mak kucing ni kesiankan husband aku... habes dibaham semua anaknya. Dah selesai tugas husband aku.

Hari ini.... 31.1.2011...kucing aku seeko0r lagi.. si Dubuk Kuning melahirkan anak yang begitu comel... warnanyer memang cute. Hopefully kucing2 ni hidup dan membesar dengan baik...bagi aku kucing2 ni membawa rezeki.. dan sebagai amal kita di dunia ini...salah satu cara nak dapat pahala. Bukan susah pun nak cari pahala... bagi makan yang cukup...tempat perlindungan... dan sebaginya. Kucing juga salah satu terapi untuk tidak membiarkan rumah kita dalam keadaan kosong....

Ni ada sekor lagi tunggu turn nak bersalin....hai tak tau le...bila lagi. Rasa2nya dan dekat dah ni.....

Pendidikan Khas SMK Taman Sutera






SMK Taman Sutera
Jalan Pahlawan 4
Taman Ungku Tun Aminah
81200 Johor Bahru.

Dari luar..nampak sekolah ni bising mengalahkan sekolah tadika... tapi jangan tak percaya..dicelah kebisingan pelajar-pelajar sekolah ini... ada seramai 69 orang pelajar pendidikan khas masalah pendengaran dan pertuturan dengan diterajui oleh seorang Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, 18 Guru Pendidikan Khas dan 4 orang Pembantu Pengurusan Murid.

Tahun ini..aku dipertanggungjawabkan menjadi guru Kelas 2 Khas 2... students aku 5 orang saje...3 lelaki dan 2 perempuan...Alhamdullillah..bebudak ni semuanya ok. Tahun ini gak.. aku kena ajar subjek biasa aku le.. Maths F2, F3, Geografi yang sememangnya aku pajak... semua kelas F2, Kemahiran Hidup F2..yang sememangnya subjek opsyen aku masa di maktab...dan subjek baru... B.Inggeris F2.

Students aku ni kalo ditengok betul2... perghh memang le hensom dan cantek. Kuasa Allah SWT..walaupun mereka ini mempunyai kekurangan..namun Allah Maha Adil... tidak semua manusia dilahirkan tidak sempurna... masih ada kelebihan yang Allah kurniakan kepada mereka ini.

Bagi sesiapa yang berminat dengan kod tangan.... jom2 le kita belajar bahasa isyarat yang sungguh menakjubkan ini. Post aku yang lepas aku ada selitkan kod tangan bagi A-Z dan 1-10.,,,yang penting kita kena tahu asas yang paling utama ini disamping minat yang tinggi untuk mempelajari bahasa isyarat yang unik dan indah ini.

SUBHANAALLAH

Baru-baru ini.... aku pergi menziarahi ibu mertuaku yang terlantar di sebuah hospital di Johor Bahru.;;kerana penyakit hempedu. Pokok pangkalnya, aku bukan mahu bercerita tentang penyakit ibu mertuaku. Aku mahu menceritakan sesuatu peristiwa bagi aku yang amat menakjubkan bagi ku. SUBHANAALLAH.

Disisi sebuah kedai di hospital tersebut...duduk seorang pakcik di kaki lantai tengah bercakap seorang diri..merepek seorang diri. Kebanyakkan orang dihospital itu mengatakan pakcik itu mengalami sedikit masalah mental. Sedang aku asyik membaca sebuah buku yang bertajuk Himpunan Hadis Pilihan - Kiamat Semakin Hampir...tulisan Harun Arrassyid Hj Tuskan...aku mendegar pakcik itu membaca Surah Al-Fatihah. Ku dengar bacaan pakcik itu..boleh tahan...tiada satu pun yang tertinggal. Selepas bacaan surah itu, pakcik itu memberi ceramah mengenai agama..mengenai kebesaran ALLAH SWT. Terdetik dihatiku... betapa hebat pakcik ini.

SUBHANALLAH...selepas tazkirah dari pakcik yang dianggap ditidak betul itu oleh segelintir orang...aku mendegar pakcik tersebut membaca SUrah Yaassin...tanpa memegang surah tersebut. Kudengari bacaan pakcik tersebut...tiada sebaris ayat pun tertinggal...sehinggalah bacaan surah tersebut selesai. Tergamam aku...aku bercakap dengan anak perempuanku... "Nasyrah tengok atuk tu...walaupun dia sakit... tapi dia hafal dan boleh baca surah yaasin...dan atuk boleh bagi tazkirah...Nasyrah kena jadi macam atuk tu..kita yang sihat...tuhan kurniakan kesihatan ..mesti lagi berusaha dari atuk tu". Sedih aku melihat atuk itu....lantas aku memberi duit sedikit sebagai tanda terima kasih aku kepada pakcik tiu kerana sudi membacakan surah yaasin ketika orang ramai tengah berehat di sekitar kawasan hospital tersebut.

Salah satu petikan ayat dalam SUrah Yaasin.....Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan pabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia. Begitulah beberapa ungkapan ayat-ayat kun [jadi] maka faya kun [jadilah] dalam al-Qura’an.

Peringatan yang sangat dahsyat kepada kita agar jangan sombong, bongkak , jangan tinggi hati, jangan cakap besar dan segala-galanya, kerana Allah SWT boleh berkehendak bila-bila masa dan dimana saja, tiada tempat berlindung dan tiada tempat bersembunyi dari-Nya. Nikmat, kemewahan dan kesenangan yang ada di dunia ini hanyalah pinjaman buat sementara...maka sebagai hamba di dunia ini, sentiasalah beringat.

Sekadar ingatan buat aku juga,...

Surah Yaasin

FADHILAT SURAH YASIN

At-Tirmizi mengikhraj hadis dari Anas RA dari Nabi SAW, beliau bersabda:

"Sungguh bagi tiap sesuatu adalah jantung sedang jantung al-Quran adalah surah Yasin; maka Allah mencatat untuknya sebab bacaan surah Yasin tersebut senilai bacaan al-Quran sepuluh kali."

Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Barangsiapa mengamalkan bacaan surah Yasin setiap malam lalu ia meninggal maka ia mati Syahid."

"Barangsiapa membaca surah Yasin pada malam hari maka di pagi hari ia terampun dosanya."

"Siapa saja, orang muslim, tatkala akan meninggal di bacakan surah Yasin maka turunlah untuk setiap satu huruf sepuluh malaikat; mereka berdiri berbaris di hadratnya memohonkan rahmat dan keampunan untuknya, pula menyaksikan di mandikan jenazah, menghantarnya, mennyembahyangkannya juga ikut hadir di dalam pemakamnya.

Dan siapa sahaja, orang islam, membaca surah Yasin ketika sakratulmaut tidak hendak mengambil rohnya sehingga kehadiran Malaikat Ridwan dengan membawa seteguk minuman Syurga dan di minumkan kepadanya di atas pembaringannya dan dirasakan kesegarannya ketika di ambil nyawanya juga kesegaran kelak di dalam kubur dan ia tidak memerlukan telaga para nabi, hingga masuk Syurga ia selalu merasakan kesegaran."

Dari Yahya ibn Katsir, katanya: "Samapi kepada bahawa sesiapa membaca surah Yasin di waktu pagi hari maka ia selalu di dalam kegembiran hingga petang hari dan siapa membacanya diwaktu petang hari maka ia selalu dalam kegembiraan hingga pagi hari."

Dengan isnad sahih diriwayatkan dari Au akar dan Ibnu Abbas RA maksudnya" Barangsiapa membaca surah Yasin, sampai pada ayat "Iz JAA aHal mursaluun" berdoa memohon kepada Allah, maka dikabulkan permohonannya.

Di dalam hadis di sebutkan:

"Surah Yasin itu di baca untuk maksud apa saja."

KERBERKATAN YAASIIN (DARI KACAMATA DR FATMA ELZAHRAA)

Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi Senang

Ø Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

Ø Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.

Ø Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ø Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ø Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ø Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.

Ø Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ø Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allahs.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ø Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.

Ø Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ø Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ø Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ø Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ø Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.

Ø Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ø Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ø Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ø Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ø Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.

Ø Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba

Ø Tiupan ke-dua - Hancur

Ø Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ø Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ø Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ø Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan. Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ø Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?” (Ayat 78 dan 79) - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.

Ø Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ø Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat

Wallahualam.

-----------------------------------------------------------------

1. Selepas sembahyang subuh

2. 3 Jumaat berturut-turut

3. Ayat 1 - Yassin baca 7x

4. Ayat 38 - 12x

5. Ayat 58 - 7x

6. Ayat 82 - 14x

7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.

8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.

9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.

Selalu-selalulah amalkan membaca Surah Yaasin. Bagi aku, setelah membaca surah ini,,hati dan jiwa aku akan tenang setenangnya...elok diperdengarkan selalu terutamnya kepada anak-anak kecil. Walaupun mereka masih belum boleh membaca dengan lancar...lama kelamaan mereka boleh membaca dengan lancar atau lebih menakjubkan lagi mereka boleh menghafal surah ini suatu hari nanti..INSYAALLAH. Bagi kita yang telah dewasa...surah ini selalulah di amalkan dan diperdengarkan dan secara langsung ia boleh membetulkan cara pembacaan kita.

ALAM MAHSYAR

Sekadar berkongsi ilmu pengetahuan yang diperolehi dari teman-teman. Ilmu yang ada perlu dikongsi....bukan susah manusia ni nak cari pahala...selagi masih ada individu yang membaca dan mempraktikkan ilmu yang disalurkan...insyaallah. AMIN

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk
besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail &
beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat
yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan
siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri
menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha
Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha
Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup
sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas
bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak
berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi"
yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak
pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.
Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan
bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang
menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan
kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak
dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap
manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah
huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu
turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk
terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga
dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka.
Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari
Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi
kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh
mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan
masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama
Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin
sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika
diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi
empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum
dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari
embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7
golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya
kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia
tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka
terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi
mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi
Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga
ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu
kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi
Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya
mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang
lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala.
Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga
menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu
terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat
yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil
bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4
orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana
yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya.
Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang
dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil
dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang. Dalam bahasa mudah ia umpama
singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan
timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun
dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah
ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis
oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing.
Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap
pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan
amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama
kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan
mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan
tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan
mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah
dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk
menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab
untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka
seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan
ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata,
kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di
adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai
untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara
sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi
titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan
hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh
Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000
orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang
terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai
rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang
mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun.
5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk
yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban
dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka
sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk
yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang
Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.
Pustaka Nasional Singapura 2004.

Emosi Anak-anak Akibat Perceraian


PERCERAIAN DI DALAM ISLAM
....................................................

Firman Allah swt di surah An Nisa' ayat 19,

" Pergaulilah isterimu dengan baik, sekiranya kamu benci kepada mereka, boleh jadi ada yang kamu benci itu Tuhan akan menjadikan kebaikan yang banyak padanya"


Dari Ibnu Umar r.a dari Nabi Muhammad saw beliau bersabda yang bermaksud,

" Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talak"

Riwayat Abu Daud dan Hakim



Perceraian merupakan suatu perkara yang paling dibenci oleh Allah swt. Agama Islam tidak mengalakkan umatnya bercerai berai, kerana ia akan mengakibatkan implikasi yang negatif kepada pasangan itu sendiri, anak-anak, keluarga mahupun masyarakat amnya.
Amanah dan tanggungjawab ini hanya dapat dilaksanakan oleh kedua pasangan suami isteri dengan baik dan sempurna, jika keduanya menjadikan dasar ikatan atau perjanjian yang suci ini dengan bersumberkan iman dan taqwa kepada Allah swt. Selagi kedua pasangan ini menjadikan sumber pegangan mereka berpandukan dengan ajaran Islam, Insya Allah tujuan dan matlamat perkahwinan yang didambakan akan berkekalan hingga ke akhir hayat mereka.

Namun, memang perceraian hadir ditengah-tengah kehidupan tanpa diundang dan tidak diinginkan, sama halnya dengan hidup-mati, nasib dan rezeki manusia. . . . . tiada orang yang tau, manusia hanya bisa berusaha tapi Tuhan yang menentukan. Sama halnya dengan 'perceraian' itu sendiri. Perceraian merupakan suatu proses dimana sebelumnya pasangan tersebut sudah (pasti) berusaha untuk mempertahankannya namun mungkin jalan terbaiknya adalah suatu "perceraian"

Kesan yang paling besar akibat perceraian ialah anak-anak. Anak-anak menjadi mangsa keadaan akibat perceraian ibubapa. Berdasarkan kepada pengalaman yang pernah aku dan adik tempuhi 22 tahun yang lepas..masih terasa dan terpalit di dalam lubuk hatiku ini.Semenjak ibubapa aku bercerai..aku menjadi seorang budak yang pendiam dan segala masalah ku simpan seorang tanpa berkongsi dengan sesiapa. Sehinggalah wujud satu dunia baru buatku.... 'keluarga baru'. Keluarga baru tidak pernah wujud di mata orang ramai...hanya aku sahaja yang merasai kewujudan keluarga itu. Di dalam keluarga itu aku mempunyai sebuah keluarga yang bahagia...yang dihadiri oleh ayah, ibu, abang-abang dan adik. Aku sering berceritakan mengenai keluarga ini kepada kawan-kawan sehinggakan tiada seorang pun yang meraguinya. Secara tidak langsung...aku menjadi seorang yang pendendam kepada individu yang bernama 'Ayah". Sakit hati aku terhadap lelaki ini tidak terkira sehinggakan aku berdendam dengan keluarga di sebalah ayah aku. Aku suka melihat kemusnahan yang berlaku dalam keluarga lelaki ini. Perasaan segan dan malu semestinya ada bagi setiap anak-anak yang ibubapanya bercerai. Kadangkala kami dipandang hina oleh segelintir masyarakat, jiran, cikgu dan kawan-kawan yang lain, Aku sering bertanya....salahkah kami? Adik aku menjadi seorang pemberontak dalam diam, menjadi budak nakal yang dianggap bermasalah dan panas baran. Aku, adik dan ibu tinggal sehelai sepinggang...segala harta bersama ibuku sepanjang perkahwinan habis musnah ditipu lelaki tersebut. Ingatlah wahai lelaki tersebut...mungkin anda bahagia di dunia ini,,,akhirat...hanya ALLAH SWT yang mengetahui.

Wahai ibubapa, fikirlah dulu kesan akibat perceraian kalian. Bagi aku dan adik aku, kami tidak pernah menyalahkan ibu. Ibu yang banyak berkorban demi kejayaan kami, ibu sanggup menepiskan segala kemahuannya...perasaan malunya. Kami tahu ibu sedih...tapi ketahuilah ibi, selagi aku dan adikku masih bernyawa...akan kubahagiakan ibu sepanjang hayatmu ibu. Ya! Allah..kuatkanlah semangat ibuku..ampunilah dosa ibuku, panjangkanlah umur ibu yang ku kasihi, murahkan rezekinya...AMIN. Kepada lelaki yang lupa tanggungjawabnya sebagai seorang ayah....yang memusnahkan kebahagian kami...kami doakan semoga anda bahagia di dunia ini...dan kami berharap anda menginsafi segala kesilapan yang lama..bertaubatlah..dan percayalah bahawa ALLAH SWT sentiasa membuka pintu taubat pada hambaNya.Ya! Allah Kau ampunilah segala dosa ayah kami. Walaupun kami kehilangan kasih sayang seorang ayah, tapi kami memperolehi kasih sayang yang melimpah ruah dari ibuku...dan berkat didikan dan doa ibu, aku dan adik-adikku berjaya. Ketahuilah ibu..setiap air mata ibu yang keluar..merupakan kekuatan dan semangat kepada kami.

Madrasah AlJunied




Kita sering mendengar Doa Taubat yang didendangkan oleh pelajar-pelajar Madrasah Aljunied. Jom kita mengetahui serba sedikit mengenai sejarah Madrasah AlJunied. Pengasasnya ialahSyed Omar bin Ali Al Junied ialah seorang pedagang Arab yang datang berdagang dari Palembang ke Singapura.Beliau merupakan seorang yang amat disegani, belaiu telah disayangi oleh Raja Muda Melayu. Syed Omar dikatakan merupakan seorang yang berketurunan Nabi Muhammad SAW. Beliau adalah anak saudara lelaki kepada Syed Mohammed bin Harun Al Junied, yang juga datang dari Palembang ke Singapura beberapa hari sebelum peristiwa Singapura ke arah kemodenan bermula pada tahun 1819. Syed Omar ialah seorang ahli filantropi dan merupakan seorang hartawan yang dermawan. Beliau telah mewakafkan suatu plot tanah yang cukup besar untuk kegunaan Makam Perkuburan Muslim diVictoria Street dan membina Masjid yang dinamai Masjid Al-Junied di Bencoolen Street. Tapak dimana berdirinya Gereja St Andrews sebenarnya turut diberikan oleh beliau bagi mengeratkan hubungan antara penganut beragama Kristian. Beliau dan keluarganya telah memberi sumbangan yang cukup besar dalam pembinaan Hospital Tan Tock Seng. Syed Omar bin Ali Al Junied (meninggal dunia pada tahun 1852).

Dalam tahun 1927, seorang daripada keturunannya yang bernama Syed Abdul Rahman Aljunied, telah membinaMadrasah Aljunied Al-Islamiah berdekatan dengan Makam Syed Omar yang terletak di Victoria Road. Madrasah Aljunied merupakan salah satu pusat pengajian Islam yang telah berjaya melahirkan ramai tokoh ilmuwan Islam dan pemikir falsafah yang terkenal dan handal dalam ilmu pemikiran, fiqh, tasawuf dan pelbagai lagi dalam bidang pengajian Islam yang lain.

Pelesit

Ni nak berkongsi pengalaman, pagi semalam...ketika aku dan husband tengah mengemas rumah.... husband aku ternampak seekor belalang yang amat besar...besarnya lebih kurang jari kelingking orang dewasa. Mak datuk... punya le besar...selama ni aku nampak kecik ajer....husband aku pun terus mengibas pelesit tu dengan penyapu...bila pelesit tu pening2 lalat..husband aku mengambil kain...dan membaca Al-Fatihah dan Ayat Qursi sambil mencabut kepalanya... akhirnya...husband aku membakar pelesit tersebut...Naik jugak bulu roma aku bila melihat pelesit sebesar itu.


Apa itu pelesit? Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya. Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam. Pembela pelesit dikatakan tidak akan mempunyai zuriat kerana ilmunya yang panas akan membunuh janin atau anak kecil yang berdamping dengannya, sekiranya tidak dijaga dengan baik. ia takut dengan tahi besi iaitu (sejenis besi lebihan dari proses peleburan besi) Menurut pandangan pengamal perubatan,rupa pelesit adalah seperti seorang tua yang amat hodoh berabut putih panjang.Cara ia berjalan mirip seekor penguin.Ia menumpang ke badan belalang hijau sebagai tunggangannya.Cara untuk mengenali rupa belalang pelesit adalah dengan melihat di atas kepalanya terdapat tanda merah.Apabila dicabut kepalanya akan nampak juraian rambut yang halus.


Untuk mengelakkan dari gangguan makhluk2 halus dan anasir2 jahat ni...kita wajibkan untuk mendirikan solat 5 waktu..sembahyang ketika waktu masuk...jangan lengah2kan, banyakkan membaca Al-Quran dan berzikir...pokok pangkalnya...bila kita membuat sesuatu..hati dan niat kita mestilah ikhlas....

Rumi ke Jawi

Nur Fathin Nasyrah ( نور فتحين نسيرح )

Mohammad Haziq Izzuddin ( محمد حاذق عز الدين )

Mohamad Faslizan (محمد فاسليزان )

Nor Ezlin ( نور ايزلين )

Bagi sesiapa yang berminat boleh le pergi ke laman web ni http://www.ejawi.net/v3/index.php?e=converter

Faedah Ayat Tiga Puluh Tiga

Hari ni aku nak berkongsi, ilmu yang aku perolehi dari seorang makcik yang kuanggap sebagai guru agamaku. AYAT TIGA PULUH TIGA.

AYAT TIGA PULUH TIGA adalah merupakan ayat-ayat AL-Quran yang terdiri daripada beberapa surah iaitu :-

1. Surah Al-Fatihah
2. Surah Al-Baqarah (ayat 1-5)
3. Surah Al-Baqarah ayat 163
4. Surah Al-Baqarah ayat 164
5. Surah Al-Baqarah ayat 255
6. Surah Al-Baqarah ayat 256
7. Surah Al-Baqarah ayat 257
8. Surah Al-Baqarah ayat 284
9. Surah Al-Baqarah ayat 285
10. Surah Al-Baqarah ayat 286
11. Surah Al-A'raaf ayat 54
12. Surah Al-A'raaf ayat 55
13. Surah Al-A'raaf ayat 56
14. Surah Al-Israa' ayat 110
15. Surah Al-Israa' ayat 111
16. Surah As-Salfaat ayat 1-11
17. Surah ar-Rahmaan ayat 33-35
18. Surah Al-Hasy-r ayat 21-24
19. Surah al-Jinn ayat 1-4

Menurut keterangan dari Saidina Abdullah Ibni Umar r.a

"Barangsiapa membaca ayat ini pada malam hari tiada dimudharatkan dia oleh binatang yang buas dan pencuri yang menganiaya dan diafiatkan pada dirinya, ahli keluarganya dan hartanya hingga bersubuh-subuh ia dan dibentangkan antara orang-orang yang membaca ayat ini dan antara seterunya dengan satu pagar daripada besi. Ayat ini juga dikatakan ubat seratus penyakit, setengah daripadanya ialah penyakit kusta, gila, sopak dan mati anggota".

Cuba amalkan membaca ayat tiga puluh tiga ini. Aku dah amalkan...dan alhamdullillah...hati aku tenang, aman dan damai...segala kekusutan di jiwa dan dibenak hatiku...makin lama makin terkikis...dengan kehendak dan keizinan dariNya. AMIN.

Kanser

Semenjak akhir-akhir ni kita sering mendengar antara punca2 kematian ialah sakit jantung, asthma dan kanser. Hari ini aku nak berkongsi maklumat mengenai kanser. Kanser .... penyakit yang sukar untuk dirawat. Sifat2nya ... bahagian yang kena kanser ni membengkak, bernanah, sakit ... boleh merebak dan membawa maut.

Jenis-jenis kanser :
1. Kanser payudara
2. Kanser ovari
3. Kanser rahim
4. Kanser paru-paru
5. Kanser perut
6. Kanser tulang
7. Kanser otak
8. Kanser mulut dan sebagainya...banyak lagi yang tak mampu disenaraikan.

Rawatan kanser ... secara umumnya ada tiga cara :

1. Surgeri
2. Radioterapi
3. Chemotherapy

Dalam Islam, cara rawatannya berdasarkan apa yang tertulis dalam kitab ialah .....

1. Minum air yang dibacakan Al-Quran.
2. Mandi dengan menggunakan air yang dibacakan Al-Quran.
3. Mendengar bacaan Ayat2 Al-Quran.
4. Menyapu ke tempat bengkak dengan minyak zaitun yang dibacakan Ayat2 Al-Quran.

Adapun Ayat2 yang dibacakan ialah dengan Surah Al-Fatihah tawasul kepada Rasulullah SAW dan diakhiri dengan Surah An-Nas, iaitu mengikut susunan berikut:

1. Surah Al-Fatihah.
2. Lima Ayat permulaan Surah Al-Baqarah.
3. Ayat 163, 164 dan 165 Al-Baqarah.
4. Ayat Al-Kursiy: 255 Al-Baqarah.
5. Ayat 256 Al-Baqarah.
6. Ayat 257 Al-Baqarah.
7. Akhiran Al-Baqarah: Ayat 284, 285 dan 286.
8. Lima Ayat permulaan Surah Al-Imran.
9. Ayat 18 Al-Imran.
10. Ayat 26 dan 27 Al-Imran.
11. Ayat 54, 55 dan 56 Al-A'raaf.
12. Ayat 117, 118 dan 119 Al-A'raaf.
13. Ayat 80, 81 dan 82 Yunus.
14. Ayat 65, 66, 67, 68 dan 69 Taha.
15. Ayat 115, 116, 117 dan 118 Al-Mu'minun.
16. Ayat 21, 22, 23 dan 24 Al-Hasyr.
17. Lima Belas Ayat permulaan Ash-Shaafaat.
18. Ayat 31, 32, 33 dan 34 Ar-Rahman.
19. Ayat 3 dan 4 surah Al Mulk
20. Ayat 51 dan 52 Al-Qalam.
21. Ayat 3 Al-Jinn.
22. Surah Al-Kafirun, Al-Falaq dan An-Nas.

Kemudian dibacakan doa2 berikut dan ditiupkan ke atas air dan minyak, iaitu:

"Hilangkanlah kesakitan, wahai Tuhan bagi seluruh manusia dan sembuhkanlah wahai Engkau, Tuhan yang menyembuh, tiadalah sembuh melainkan dengan kesembuhan engkau, sebagai kesembuhan yang tiada dikhianati oleh kesakitan." (At-Tirmidzi)

Maka dengan izin Allah, penyakit itu akan sembuh. Ingin dinyatakan, sebaik2 air untuk digunakan ialah Air Zam Zam. Kalau tak kedapatan air zam zam, maka gunakanlah air mutlak yang suci lagi menyucikan.

Pastikan bacaan Al Quran itu menuruti makhraj dan tajwid. Sebaik2nya bertaranum kerana keindahan lagu taranum akan membantu menjiwai ayat2 Al Quran.

Hebat dan beruntungkan menjadi umat Islam ... sehingga dalam hal ehwal merawat penyakit yang sukar disembuhkan, AL Quran memberi pedoman kaedah merawat.

Terpulang kepada keimanan umat Islam untuk mempercayai dan meyakininya.

Sumber : Madrasah Darus Syifa

13

13? Kenapa dengan nombor 13? Kenapa ada orang takut dengan nombor 13? Untuk merungkai fenomena ini aku buat kajian sikit untuk pengetahuan aku. Individu yang takut dengan nombor 13 digelar TRISKAIDEKAPHOBIA. Ia diambil dari perkataan Greek, 'Trikaideka’ yang bermakna 13. Masyarakat Barat mempercayai nombor 13 tidak sesuai untuk dipilih kerana dipercayai akan membawa bencana / sial . Pemaju perumahan akan menghilangkan nombor 13 kerana tidak ada pembeli yang mahukan nombor 13.

Bukan saje rakyat bawahan yang mengalami fobia dengan nombor 13 tapi...golongan bijak pandai dan intelektual turut terjebak mempercayai bahawe nombor tersebut sebagai sial. Kepercayaan yang ditahap kronik nie menyebabkan kebanyakan bangunan2 tingi di Amerika terutamenye tak memiliki tingkat 13...bilik bernombor 13...lot parking kete...pintu...atau ape saje yang menjadi ke13 akan cube dielak. Syarikat Microsoft tak akan mengeluarkan perisian Microsoft Office versi ke13. Selain nombor 13...mereka juge fobia terhadap hari jumaat yang jatuh pade 13 haribulan.

Dalam agama Islam, tidak ada sebarang nombor sial atau nombor bertuah. Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al- kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W.T..

Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat..

Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang berlaku syirik terhadap Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud : “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka”. (Surah al-Ma’idah, ayat 72)

Ni nak kongsi le..pandangan aku mengenai nombor 13. Aku berkahwin dengan suami aku pada 13 Mei 2000 (peristiwa 13 Mei), rumah aku no 13...anak aku dilahirkan pada 13.3.2001...buat masa ini..alhamdullillah rumahtangga yang dibina bahagia...dah 11 tahun..anak2 aku pun membesar dengan baik dan beradab...dan rumah aku...aman sahaja..semenjak beli rumah tu...husband aku murah rezeki...kami sekeluarga lebih mendekatkan diri dengan Islam. Insyaallah....AMIN .


Strawberry



Buah strawberry ni boleh dianggap antara buah yang mahal untuk dimakan pada setiap hari. Pada pemerhatian aku... buah ini dijual antara harga RM10.00 bagi 100g dan RM20.00 bagi 250g. Apa kebaikan buah strawberry ni? Dah le mahal... mungkin salah satu buah ini tidak sesuai untuk ditanam di negara ini kerna faktor cuaca di negara kita yang agak panas..kecuali Cameron Highlands sahaja. Warna merah pada strawberry matang sangat beralasan. Warna merah itu disebabkan karena buah ini kaya pigmen warna antosianin dan mengandung antioksidan tinggi. Mendengar kata antioksidan, anda tentu sudah tahu bahwa itu artinya, khasiatnya sangat banyak. Dan anda benar! Buah strawberry menyimpan nutrisi yang luar biasa. Selain antioksidan tersebut, ia juga kaya serat, rendah kalori, dan mengandung vitamin C, folat, potassium, serta
asam ellagic.

Kebaikkannya...

1. Strawberry mampu menyusutkan kadar kolestrol.

2. Strawberry dapat membantu melumpuhkan kerja aktif kanker karena
asam ellagic yang dikandungnya tersebut.

3. Strawberry dapat meredam gejala stroke.

4. Strawberry mengandung zat anti alergi dan anti radang.

5. Konsentrasi tujuh zat antioksidan yang ada pada strawberry lebih tinggi dibandingkan buah atau sayuran lain, sehingga strawberry merupakan buah yang efektif mencegah proses oksidasi pada tubuh (Oksidasi ialah hancurnya jaringan tubuh karena radikal bebas. Oksidasi juga bertanggung jawab pada proses
penuaan).

6. Strawberry yang kaya vitamin C sangat bermanfaat bagi pertumbuhan anak.

7. Strawberry yang hanya sedikit mengandung gula juga cocok untuk diet bagi pengidap diabetes.

8. Strawberry yang dimakan teratur dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit terlihat lebih cerah dan bersih. Khasiat yang terkenal lainnya adalah anti keriput!

9. Strawberry dapat memutihkan atau membersihkan permukaan gigi.

10. Strawberry ampuh melawan encok dan radang sendi.

11. Daun strawberry juga berkhasiat karena memiliki zat astringent.
Tiga hingga empat cangkir air hasil rebusan daun strawberry per hari, dapat efektif menghentikan serangan diare.

12. Kebutuhan vitamin C orang dewasa perharinya dapat dicukupi oleh 8 buah strawberry (98 mg). Kebutuhan serat juga sekaligus bias terpenuhi.

Rama-rama






Akhir cuti sekolah Disember 2010..aku sekeluarga akhirnya menjejakkan kaki ke Taman Rama-Rama yang menjadi kebanggaan rakyat negeri Melaka. Senang sahaja nak mencari lokasi taman ini, keluar sahaja dari Tol Ayer Keroh...kita akan nampak signboard ke taman ini. Bayaran masuk ke taman ini...terlupa le plak... rasa2 aku RM8 untuk dewasa...dan RM4 untuk kanak-kanak serta kamera RM3 sebuah.

Semasa aku datang ke taman ini, susah betul nak nampak spesis rama-rama kerana baru lepas hujan...tapi ada le jugak. Selain rama-rama, ada juga binatang-binatang lain seperti monyet-monyet yang riang ria hatinya, anak dan family cicak yang dipanggil Iguana, batang balak yang bernyawa..BUAYA, 2 ekor harimau yang comel, ikan-ikan yang tenang berenang di kolam, memerang yang bising, ular yang pelbagai warna dan banyak lagi le. Kira puas hati le....penat jugak berjalan.

Tips Berpindah ke Rumah Baru Mengikut Islam



Masa yang terbaik untuk pindah ke rumah baru, maksudnya untuk mendiami / ‘meniduri’ rumah tersebut?

Sepanjang pembacaan kita, tidak ada nash daripada al-Quran dan sunnah mahupun kata-kata ulama yang menentukan masa terbaik untuk pindah ke rumah baru. Walau bagaimanapun Nabi kita Shallallahu ‘alaihi wasallam selalu menganjurkan membuat amalan-amalan pada masa-masa tertentu, umpamanya Baginda suka membuat pekerjaan pada waktu pagi, seperti pergi ke masjid pada waktu pagi. Sementara hari-hari pula, Nabi kita Shallallahu ‘alaihi wasallam menganjurkan puasa pada hari Isnin dan Khamis. Ini menunjukkan hari-hari terssebut ada kelebihan berbandung hari-hari yang lain.

Amalan juga akan berganda-ganda pahalanya apabila dilakukan pada hari jumaat sseperti amalan bersedekah dan amalan-amalan kebajikkan yang lain.

Maka kawan-kawan apa salahnya sekiranya kita juga cenderung untuk berpindah ke rumah baru pada hari-hari yang Nabi suka membuat amalan atau menganjurkan amalan pada hari tersebut.

Apakah doa dan bacaan yang perlu dibaca apabila baru pertama kali mendiami / ‘meniduri’ rumah tersebut?

Abu Malik al-Asy’ari Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ada bersabda:

إذا ولج الرجل بيته فليقل اللهم إني أسألك خير المولج وخير المخرج بسم الله ولجنا وبسمالله خرجنا وعلى الله ربنا توكلنا ثم ليسلم على أهله

(رواه أبو داود)


Maksudnya: “Apabila seorang lelaki hendak masuk ke rumahnya maka hendaklah dia
Berkata: “Ya Allah! Aku memohon kepadaMu ssebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik
Tempat keluar. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah Tuhan kami, kami berserah”. Kemudian hendaklah sesseorang itu membeeri salam ke Atas keluarganaya.”

(Hadis riwayat Abu Daud)


Jika rumah yang hendak dimasuki itu tidak ada orang yang berada di dalamnya, maka berilah Salam ke ataas diri sendiri dengan mengucapkan:

السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين

Ertinya: “Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang sahih.”
Adapun salah satu hikmat membaca atau menyebut nama Allah ketika hendak masuk rumah
Itu adalah supaya mengindarkan syaitan turut masuk dan bermalam di dalam rumah.

Berikut adalah beberapa perkara yang sepatutnya diamalkan serta sesuai dengan ajaran Islam serta sunnah Rasulullah SAW ketika melangkah memasuki rumah baru :-

1. Azan

Melaungkan azan ketika pertama kali masuk opis/umah baru. Ia juga baik bg bangunan yg telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh saper2…
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/umah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-’Ammar) yg suka tinggal di umah yg tidak berpenghuni.

2. membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yg bermaksud;
“jgn lah kamu jadikan rumahmu spt kubur (hanya utk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”

3. Banyakkan solat dan membaca Al-Quran
Dlm sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yg bermaksud;
“Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, elawat ke atas nabi senayak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar rumah cara Islam.
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut2 tertentu di rumah atau bangunan yg diduduki dgn kepercayaan bhw benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bgmanapu ada cara yg dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut; ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan2 hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yg terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jarum jam.
walahualam.

7 (Tujuh = Seven)



Aku cukup suka dengan angka 7. Mungkin kerana dalam hidup aku..banyak sangat angka 7 yang wujud. Aku dilahirkan pada 7.1.1977 pada 17 Muharam 1397 pada jam 8.57 pagi. Kereta aku pun nombor 7. Kalau boleh rumah pun nak nombor 7... tapi apa kan daya.... rumah pertama dapat nombor 14 dan rumah kedua dapat nombor 13 dan kalau ditambah kedua2 nombor dapat jugak 27 (13 + 14).

RAHSIA ANGKA 7 DALAM ISLAM
Asy-Syeikh Al-Imamul-ajallu Abu Zahar Muhammad bin Abdulrohman Alhamdanaani, semoga rahmat Allah berlimpah ke atasnya, ketahuilah bahawa Zat Pencipta, Yang sangat besar kekuasaan-Nya, dan sangat tinggi kalimat-Nya serta bersinambungan nikmat-Nya, telah menghiasi tujuh perkara dengan tujuh perkara, dan menghiasinya pula bagi tiap-tiap yang tujuh perkara itu dengan tujuh perkara yang lainnya, untuk memberitahukan kepada orang-orang yang berilmu bahawanya angka tujuh itu mempunyai rahsia yang sangat besar dan kedudukan yang agung di sisi Allah, Maharaja yang memiliki kemudharatan dan kemanfaatan.

1. Allah menghiasi udara dengan tujuh lapis langit, Firman-Nya yang bermaksud: Dan kami bina di atas kamu tujuh buah langit yang kukuh.(AnNabaa':12). Kemudian Allah menghiasi dengan tujuh bintang, firman Allah yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang di langit, dan Kami telah menghiasinya (langit itu) bagi orang-orang yang memandangnya.

2. Allah telah menghiasi padang yang lapang dengan tujuh lapis bumi. Firman Allah yang bermaksud : Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi.. (Atthalaaq:12). Kemudian Allah menghiasi bumi itu dengan tujuh lautan, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : Dan laut, ditambahkan kepadanya tujuh laut lagi sesudahnya..(Luqman: 27)

3. Allah telah menghiasi neraka dengan tujuh tingkat, iaitu : Jahannam, Sa'iir, Saqar, Jahiim, Hurhamah, Ladhaa dan Hawiyah. Kemudian Allah menghiasinya dengan tujuh ointu, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Ia (neraka) itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari neraka. (Al-Hijr:44)

4. Allah telah menghiasi Al-Quran dengan tujuh surah yang panjang, kemudian munghiasinya pula dengan tujuh ayat pembuka kitab (faatihatul-kitaab). Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : Dan sesungguhnyaKami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Quran yang agung. (Al-Hijr: 87).

RAHSIA Surah Al-Fatihah
“Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al Quran yang agung.” (Q.S. Al Hijr 15: 87).

Sebagian besar ulama menafsirkan bahawa tujuh ayat yang diulang-ulang itu adalah surat Al Fatihah. Hakikatnya memang benar, 7 ayat dalam surat Al Fatihah ini memang diulang-ulang baca oleh seluruh umat Islam ketika melakukan solat. Hakikatnya juga ayat 1 hingga 7 surah Al-Fatihah ini diulang-ulang baca dalam 17 rakaat pada 5 kali solat sehari semalam. Surah inilah yang dibaca ketika berdoa. Surah inilah yang dibaca di majlis-majlis.

Contoh lain pula, apabila kita perhatikan kembali fenomena al-Fatihah dengan 7 ayat yang akan di baca berulang-ulang kali, kita akan bertemu dengan RAHSIA 7 lainnya.

“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Q.S. Al Baqarah 2: 29)

Di dalam ayat tersebut, Allah menyebut tentang adanya tujuh langit. Dan ternyata ayat yang membicarakan tentang tujuh langit di dalam Al Quran jumlahnya juga tujuh ayat iaitu dalam surah:

Al Baqarah 2: 29,
Al Mukminuun 23: 17,
Fushshilat 41: 12,
Ath-Thalaq 65: 12,
Al Mulk 67: 3,
Nuh 71: 15, dan
An Naba’ 78: 12.
“Surah ke 1 jumlah ayat 7 dibaca 17 kali”

5. Allah menghiasi manusia dengan tujuh angggota badan iaitu, dua tangan , dua kaki, dua lutut dan satu wajah. Kemudian menghiasinya dengan tujuh peribadatan iaitu dua tangan dengan doa, dua kaki dengan berkhidmat, dua lutut dengan duduk dan muka dengan sujud. Firman-Nya yang bermaksud: Dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Allah). (Al-'Alaq : 19).

6. Allah menghiasi umur manusia dengan tujuh peringkat. Pada masa lahir disebut "radli", kemudian 'farhim', kemudian 'kuhul', kemudian 'syaikh'. Dan menghiasi tujuh peringkat umur ini dengan tujuh kalimat iaitu : Ucapan Laa Ilaaha Illallaah Muhammad Rasuulullaah. Firman Allah yang bermaksud : Dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa (Laa Ilaaha Illallaah) dan adalah mereka berhak dengan kalimat taqwa itu dan patut memilikinya. (Al-Fath :26)

7. Allah menghiasi dunia dengan tujuh negeri yang besar iaitu : pertama: Hindustan, kedua: Hijaz, ketiga : Bashrah, Badiyah dan Kufah, keempat : Iraq, Syam, Khurasan sampai ke Balakh, kelima: Roma dan Armenia, keenam : Negeri Ya'juj dan Ma'juj, ketujuh : China dan Turkistan. Kemudian Allah menghiasi tujuh negeri itu dengan tujuh hari iaitu Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. Dan Allah memuliakan dengan ketujuh hari itu dari para nabi iaitu Allah memuliakan Nabi Musa a.s dengan hari sabtu, Isa bin Maryam a.s dengan hari ahad, Dawud a.s dengan a.s dengan hari isnin, Nabi Sulaiman a.s dengan hari selasa, Nabi Ya'qud a.s dengan hari khamis dan Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya dengan hari jumaat.

(Kitab As Sabb'iyyaatu Fii Maa'ishi'lbrityaat)