Asmaaul Husna ( اسماء الله الحسنى)

  Download this mp3 from Beemp3.com

Seram Sejuk....

Korang percaya tidak benda-benda tahyul ni? Sebagai Islam... kalo boleh aku tak nak percaya benda yang mengarut ni... lebih2 lagi SAKA. Aku paling benci orang ambik benda-benda bodoh ni... untuk jadi kuat le, cantek le...dan apa2 lagi le. Korang tak percaya dengan kebolehan diri sendiri ke...kebesaran Allah S.W.T. Buat apa nak nak bersekutu dengan syaitan-syaitan yang durjana ni. Kepada mereka yang ada benda-benda ni bertaubat le wahai kamu semua. Dan pada sesiap yang telah ada...dan dalam proses nak membuang tu... buang le cara yang betul... jangan plak hantar bendar tu kepada anak cucu... tak sayang keturunan ke? Kat sini aku nak kongsi sedikit info mengenai SAKA ni...sebagai langkah berjaga-jaga.

Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki.
Jin tersebut oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup, mereka telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama.Nama-nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.

Saka berpindah sebaik sahaja pembawa saka yang terdiri daripada nenek moyang yang membuat perjanjian dengan jin tersebut meninggal dunia. Apabila pembawa saka meninggal dunia, jin saka tersebut tidak mempunyai perumah/pembela maka ia mencari perumah/pembela baru dari kalangan anak cucu tuannya yang telah mati itu tadi.

Mereka yang menjadi sasaran saka
Anak cucu yang sangat cetek pengetahuan agamanya.
Anak cucu yang melazimi maksiat dan sering melanggar peraturan agama.
Anak cucu yang sentiasa meninggalkan ibadat wajib seperti solat dan puasa.
Adakalanya anak cucu yang kuat pegangan agamanya kerana jin dan syaitan sangat mengidamkan supaya orang yang taat berjaya disesatkan.
Anak cucu yang lemah; fizikal dan antibodinya. ini akan memudahkan jin untuk bertapak di dalam badan mangsanya.
Anak cucu yang memang menginginkan sangat apa yang dipunyai oleh nenk moyang mereka. Apabila saka ini diwarisi seolah-olah orang mengantuk disorongkan bantal.
Anak cucu yang memang mengidamkan kehebatan dengan pelbagai kelebihan di hadapan manusia walaupun dengan cara yang mencabar syariat Allah s.w.t.

Tanda Seseorang Itu Mempunyai Saka
Gejala pada waktu tidur:

Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.
Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya erjadi dalam keadaan 'kena tindih'.
Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.
Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.
Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.
Berdiri dan berjalan ketika tidur.
Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
Mimpi berada di tempat sunyi.
Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.

Gejala pada waktu jaga:
Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengean penyakit dan dikatakan penyakit misteri.
Selalu lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
Hilang ingatan dan mungkin mnjadi gila. Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab, orang gila digelar 'majnun'. majnun bermaksud dijinkan iaitu isim maf'ul.
Sering lesu dan malas.
Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.
Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.
Lenguh di sendi-sndi utama.
Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga.
Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkannya sebagai kanser. Perlu diingat kanser berpunca daripada jin.
Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur.
Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.
Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis ilmu.
Mudah marah dan panas baran.
Emosional dan terlalu sensitif.

Cara Rawatan
Tetapi kita disuruh oleh Islam supaya membina pertahanan diri dengan amalan yang fardhu mahupun yang sunat. Banyakkan zikir dan doa yang boleh melindungi kita daripada gangguan syaitan seperti :-

1. Melazimkan diri dengan membaca ayat kursi selepas solat dan sebelum tidur atau ketika diganggu oleh makhluk halus.

2. Lazimmembaca doa mengusir syaitan dalam ayat 97-98 surah al-Mukminun.
2.1. Sentiasa membaca al-Quran terutamanya surah al-Baqarah
2.2. Sering membaca ta’awwuz ketika hendak memulakan sesuatu kerja.
2.3. Amalkan pada setiap pagi dan petang dengan membaca al-Mu’awwizat (surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas) dengan duduk menghadap kiblat sambil menadah kedua belah tangan seperti orang berdoa. Selepas membaca Fatihah dan mu’awizzat tersebut, tiup ke tangan perlahan-lahan hingga habis nafas kemudian raup dua tapak tangan tadi ke muka, kepala dan seluruh anggota badan (yang boleh dicapai oleh tangan). Lakukanlah amalan ini sekali atau 3 kali sebagai perlindungan daripada gangguan jin dan syaitan. Ianya boleh dilakukan untuk diri sendiri atau anak isteri.

3. Bagi melindungi rumah kediaman pula hendaklah kita elakkan menyimpan sebarang patung di dalam rumah, pastikan bacaan al-Quran sering berkumandang di dalam rumah dan amalkan solat hajat beserta bacaan Yasin memohon kepada Allah SWT melindungi rumah kediaman kita.
4. Lazimkan diri untuk qiyammullail kerana syaitan akan kepanasan apabila mendekati manusia yang sentiasa melakukan ibadah di waktu malam.

5. Sentiasa berpuasa sunat pada hari-hari yang disunatkan berpuasa kerana ianya boleh menyempitkan saluran pergerakan syaitan dalam badan manusia.

6. Dapatkanlah rawatan daripada pengamal pengubatan Islam yang berasaskan syariat dan bukannya pengamal perubatan yang berasaskan makhluk halus atau berdampingan dengan jin dan syaitan.

7. Bakar tulisan, buku, tangkal azimat yang diterima.Boleh juga direndamkan ke dalam cuka atau garam dan kemudian dibuang ke sungai atau laut atau ditanam.

8. Jangan sebut nama pewaris atasnya.

9. Jangan jumpa pengamal ilmu saka itu.

10. Ingatlah, manusia hanya berikhtiar dan berusaha, kesembuhan milik Allah SWT. Yang penting jangan putus asa atau rasa jemu untuk terus berikhtiar mencari kesembuhan yang sebenar.