Binjai
Baru sebut pesal binjai.. terliur dibuatnya..boleh aku bayangkan kesedapan buah tersebut. Tapi masih ada segelintir individu yang tidak menyukai buah binjai ini.. kerana baunya yang agak kuat. Binjai adalah pohon buah sejenis mangga dengan bau yang harum menusuk dan rasa yang masam manis. Buah ini juga dikenal dengan beberapa nama lain seperti bin-yaa, lam-yaa (Th.), belenu (Mly., beluno (Sabah), baluno, bauno, bayuno (beberapa bahasa di Filipina), binglu (Sd.), dan wani (Bl.). Nama ilmiahnya adalah Mangifera caesia.Buah binjai ini ada 2 jenis; ada yang masam dan ada yang manis. Kalau yang manis harganya lebih mahal...bagi aku, aku lebih berminat yang masam....dulu memang senang nak dapatkan buah ini..melambak di sekitar Melaka dan Muar Tangkak. Sekarang ni... nak cari bau pun susah... kalau jual.. sekilo RM9...dulu sebijik 50 sen sahaja. Tapi apa khasiat buah ini...aku tak tau.... yang aku tau... aku makan sahaja.
Faedah buah binjai:-
1) Penambah rasa - rasanya yang masam manis sesuai digunakan untuk dijadikan penambah rasa...ala2 sambal belacan...
2) Dijadikan jeruk buah binjai...memang terangkat habes...
3) Dimasak bersama Sambal Tumis... sambal tumis ikan bilis atau sambal tumis udang....
4) Dimakan begitu sahaja.... macam makan bauh-buahan
Khasiat Kurma
Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50 hingga 57% glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi.
Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air. (Hadis riwayat Ahmad)
Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.
KEBAIKAN KURMA
1)KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN
Mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.
Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.
Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.
2)DISERAP SERTA MERTA
Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
3)TENAGA SERTA MERTA
Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang Maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.
4)KULIT KURMA MENGANDUNGI SERAT DAN SUMBER UTAMA POTAASSIUM
Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi pelbagai zat galian dan yang paling banyak ialah potassium. Potassium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf. Kurma adalah sumber terbaik potassium. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potassium tetapi jumlahnya sedikit.
5) MENGUATKAN INGATAN
Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.
6)PENAWAR RACUN
Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."
7) MEREDAKAN TEKANAN DARAH
Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
8)MENAMBAHKAN TENAGA SEKSUAL
Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
9)KANDUNGAN KURMA
Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.
Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.
Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
10)JUS KURMA
Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetes, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.
Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.
11)KURMA DALAM AL-QURAN
Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, dalam al-Qur'an terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.
Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Nama Anak
Nama aku Nor Ezlin... yang aku tau... Nor sahaja yang ada makna... Ezlin tu...ikut2an sahaja ibu aku bagitau..dulu2 mana ada orang tekankan sangat pasal nama-nama anak ni..janji sedap didengar...Tapi aku bernasib baik..walaupun nama aku Ezlin ni tak de makna ..at least aku berjaya gak...aku bersyukur at least aku ada nama tak seperti anak-anak yang dibuang nama pun tak ada....kesian dan sedih.
Nama atau ‘Ismun’ dalam bahasa arab merupakan perkara paling penting dalam peradaban manusia. Ilmu pertama yang diajar oleh Allah s.w.t. kepada manusiapertama, Nabi Adam a.s. ialah nama.
“…dan Dia mengajarnya kepada Adam, nama-nama benda seluruhnya.” (Al-Baqarah: 31)
Dari ayat di atas, terbukti bahawa nama merupakan asas utama dalam ilmu yang menjadikan kita khalifah di muka bumi. Ayat tersebut juga membuktikan bahawa nama adalah amat penting dan keperluan utama terhadap kehidupan manusia.
Islam merupakan agama yang sempurna. Maka, nama menjadi salah satu perhatian utama sebagai identiti pengenalan umat Islam. Rasulullah bersabda,
“Di antara kewajipan seorang ayah kepada anaknya ada tiga. Iaitu menamakan mereka dengan nama yang baik, mengajarnya apabila berakal, dan mengahwinkan si anak apabila mereka ingin berkahwin.” (Al-Hadith)
Hak memberikan nama anak adalah tanggungjawab ibubapa dan pastinya mereka ingin memberikan nama yang mempunyai maksud yang baik mengikut lunas agama Islam. Namun pada hari ini, memberi nama kepada anak-anak yang baru lahir begitu rumit dan merisaukan ibubapa masa kini. Ada yang telah mencari nama untuk anak-anak sejak disahkan mengandung awal lagi... padahal jantina belum diketahui lagi. Ibubapa hari ini mencari nama anak-anak adalah dari segi nama tapi bukan dari segi penekanan makna nama itu sendiri. Ada sesetengah nama yang tidak membawa maksud yang tidak baik dan tidak membawa sebarang maksud...dan nama yang diberikan kepada seseorang anak merupakan sebahagian dari doa.Dalam memberikan nama anak, jangan kita memandang remeh. Kerana, nama yang kita berikan kepada sikecil inilah yang akan menjadi label untuk dirinya sampai bila-bila. Nama inilah yang akan tercatat dalam sijil kelahirannya, kad pengenalannya, lesen memandunya, sijil-sijil akademiknya, sehingga ke sijil kematiannya.
Menurut Rasullah SAW, kita disarankan memberi nama, mengadakan kenduri akikah, mencukur keseluruhan kepala dan mentahnik anak pada hari ketujuh selepas kelahiran. Tanggungjawab dan kewajipan ibubapa untuk memilih nama yang membawa makna yang baik kepada anak-anak. Rasullah SAW bersabda b ermaksud "Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa kamu, maka gunakanlah nama yang baik".
Di dalam pemilihan nama kepada anak-anak, perkara yang perlu dielakkan ialah :
a) Elakkan memilih nama yang tidak mempunyai maksud atau tiada kaitan dengan Islam
b) Elakkan memberi nama terlalu panjang
c) Elakkan nama panggilan yang tidak mempunyai makna atau lari makna baiknya.
Rasullah SAW bersabda " Sesungguhnya nama yang paling disukai oleh Allah Azza wa Jalla ialah Abdullah dan Abd Rahman".
1) Nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang. Pepatah (Arab) menyebut: ‘Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya’. Hakikat ini diperakui oleh Ibnul Qayyim. Katanya: “Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka”.
2) Waktu memilih nama. Dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu memberi nama. Samada pada hari pertama, atau dalam masa tiga hari pertama, atau pada hari ketujuh. Pilihlah mana-mana yang digemari.
3) Siapakah yang berhak memberi nama? Jika kedua-dua ibu bapa bersetuju dengan satu nama, maka ia suatu yang baik. Tapi, kadangkala mereka berselisih. Dalam situasi ini, yang berhak ialah bapanya. Tapi, jika kuasa veto bapa boleh menjejaskan keharmonian keluarga, eloklah dicari nama yang dipersetujui oleh kedua-duanya. Ataupun meminta orang lain yang memberikan nama yang elok, sebagaimana sesetengah sahabat meminta Nabi SAW meletakkan nama anak-anak mereka.
4) Nama anak mesti dibinkan kepada bapanya, bukan ibunya. Demikianlah arahan Allah Taala dalam surah al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud, “Serulah mereka dengan nama bapa-bapa mereka”.
5) Pilihan nama yang baik. Nama yang baik ialah nama yang sebutannya elok, dan maknanya juga baik. Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.
6) Contoh nama-nama yang digemari syarak ialah;
- Abdullah dan Abdul Rahman
- Nama yang dimulakan dengan ‘Abd’, seperti: Abdul Malik, dan Abdul Aziz.
- Nama para Nabi seperti: Muhammad, Ibrahim, dan Musa.
- Nama orang-orang soleh, seperti nama-nama sahabat.
7) Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram. Seperti:
- Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah, kerana Abd bermaksud ‘hamba’. Maka haram memberi nama: Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain, dan seumpamanya.
- Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.
- Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.
- Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang, seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas (Penghulu segala manusia).
- Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.
8) Elakkan dari menamakan anak dengan nama-nama orang kafir atau nama-nama yang menyerupai nama bukan Islam seperti Jon, Sally, sebagainya.
Alamak...nama anak aku pun panjang... sampai 3 nama.. Yang sulong Mohammad Haziq Izzuddin dan yang nombor dua Nur Fathin Nasyrah..ada yang cakap nama Fatin ni maksudnya penggoda...tak tau le..coz sebelum aku berikan nama anak aku ni..aku dah rujuk nama anak perempuan aku ni di Pejabat Agama...... insyaallah lepas ni kalau aku diizinkan oleh Allah untuk menimang cahaya mata dan meramaikan lagi umat Islam di dunia ini... aku akan cari nama yang pendek sahaja. Adat le....manusia belajar daripada kesilapan...kalau tak buat silap...manusia tidak akan sedar tentang kesalahan yang telah dilakukan.
Nur Fateen Insyirah/Nasyrah
*Fateen Clever, smart
*Fatin Yang Cantik Menawan
*Insyirah Kegembiraan, Kelegaan hati, Kebaikan Hati
*Nur Cahaya
Mohammad Haziq Izzuddin
*Haziq Cerdik, pandai
*Yang Terpuji
*Izzuddin Kemuliaan dan Kekuatan Agama
So kat sini aku letakkan sekali laman web yang boleh dirujuk dalam memberi nama kepada anak-anak kita kelak.
http://name.crazyartzone.com/
http://namanamaislam.com/
http://www.namaislam.ecom.my
Plaster Siling
Hah ni le plaster siling rumah aku... aku ambik yang simple ajer... yang ada bunga2 aku dah tak kenan... mungkin orang lain kenan...tapi mata aku yang tak kenan... tak pe.. semua orang mempunyai citarasa mereka sendiri.
Satu hari ajer ... tokey dah siapkan plaster siling ni. Tapi bab mengecat makan masa 2 hari... sebab dia buat 3 lapisan cat. Lampu kat plaster siling tu... husband aku yang buat... sebab tu memang kepakaran dia...dalam bidang elektrik... bila lagi nak tunjuk hebat depan anak2...anak2 aku ialah pekerja husband aku.
Boleh le.... ni le yang aku mampu... buat bender ni pun nak dekat RM900... padahal murah.....sebab x tau nak buat.. terpaksa le aku order ajer... yang penting duitnya...kalau duit banyak... pilih le design macam mana kita nak... ikutr bajet korang le....
Adenovirus
Di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dua orang pelatih telah meninggal dunia disebabkan virus Adenovirus (Influenza-Like Illness (ILI) .... apa tu? Ada yang baru dengar dan ada yang sudah maklum mengenai virus ini. Nama punya le sedapkan? Wabak Adenovirus pernah dilaporkan di dalam institusi tentera di Amerika Syarikat.
Adenovirus ialah kumpulan virus yang menjangkiti lapisan tisu saluran pernafasan, mata, usus dan saluran kencing. Dari mana punca virus ini ialah Adenovirus boleh menular melalui perhubungan rapat (direct contact) dengan pesakit atau menyentuh permukaan yang tercemar dengan titisan air daripada pesakit yang batuk atau bersin.
Penularan jangkitan Adenovirus boleh dicegah melalui amalan kebersihan diri terutamanya kerap mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan sanitizer, mengamalkan adab batuk dan tidak mengunjungi tempat tumpuan orang ramai terutamanya mereka yang mengalami gejala ILI.
Antara simptom-simtom Adenovirus ialah;
*Demam panas, batuk, cirit, radang paru2, jangkitan saluran pernafasan, jangkitan usus, jangkitan selaput mata, jangkitan pundi kencing dan ruam.
*Simptom kelihatan dalam masa 2 hari hingga 2 minggu.
*Boleh dirawat tetapi bergantung jenis jangkitan.

Kesan Chernobyl
Pagi ini aku terbaca suratkhabar... dan berita yang paling menarik dan mendapat perhatian aku ialah "Jepun ada 48 Jam Elak Chernobyl Baru"...baru baca yang intro ajer cukup menakutkan aku. So aku pun rajin2kan tangan ni untuk mencari maklumat mengenai benda ini....
Asal Chernobyl ini berpunca pada 26 April 1986, dunia mengenang antara peristiwa paling menakutkan dalam abad ke-20 - kebocoran dan ledakan salah sebuah daripada empat reaktor loji nuklear di bandar Chernobyl, di Ukraine, 20 tahun lalu. Ratusan, atau mungkin ribuan, orang dipercayai terkorban akibat bencana itu, yang seolah-olah memberi alamat akan kehancuran Soviet Union, empayar komunis terbesar dunia tiga tahun kemudiannya.Pengajaran Chernobyl amat mencengkam bahawa tiada negara bersedia berdepan dengan sesuatu yang di luar jangkaan.Manusia tidak berani tinggal di sana kerana dihantui radiasi dan sebagainya. Malah Chernobyl dan kota Pripyat bak nisan dan tugu ancaman nuklear untuk dijadikan contoh kepada jagat.
Letupan kuat loji nuklear Chernobyl di Ukraine pada 26 April 1986 menyebabkan 32 orang terbunuh akibat kesan langsung keracunan radiasi sementara 8,000 yang lain mengalami kesan pencemaran radioaktif akibat bahan radioaktif tersebar ke udara sehingga ke barat Eropah. Chernobyl boleh mempengaruhi seluruh sistem dan ekologi bukan sahaja alam sekitar tetapi juga pada sistem badan.
Bila dilihat kesan-kesan akibat nuklear ini..membuat kita semakin takut, sedih dan menginsafkan. Memang le dari lain sudut nuklear mempunyai kebaikan seperti kos efektif bagi penggunaan tenaga...tetapi adakah kita memikirkan kesan-kesan keburukan terhadap manusia dan alam sejagat. Sekukuh mana tembok yang dibuat untuk menahan kesan radioaktif...namun ia masih lagi boleh dirobohkan oleh faktor alam semulajadi... contohnya apa yang terjadi di Jepun.

Tips Pindah Rumah 2 : Tandas
Kebiasaan sekarang... setiap rumah dilengkapi tandas... termasuk juga tandas di dalam bilik tidur. So kat sini aku nak bagi tips yang aku perolehio dari beberapa sumber yang boleh dipercayai dan orang perseorangan yang arif di dalam hal agama... so aku hanya menyalurkan ilmu yang aku perolehi untuk dikongsi bersama.
Tips Penting :
1) Tandas Jangan Mengarah atau Membelakangkan Kiblat (Ini penting)
Dari Abu Ayyub Al-Anshari ra.: "Bahwa Nabi saw. bersabda: Apabila engkau ke tandas, janganlah menghadap kiblat atau membelakanginya ketika buang air kecil atau buang air besar, tetapi menghadaplah ke timur atau ke barat." (Shahih Muslim No. 388)
2) Usahakan seboleh boleh nya agar rumah anda mengarah ke Kiblat. Jika tidak, sebaiknya tempat solat anda tidak mengarah ke tandas.
3) Bilik yang mempunyai tandas didalamnya ( terutama bilik tidur utama )... jangan digunakan tandas untuk membuang air kecil atau besar. Gunakanlah bilik air itu sebagai bilik air yang digunakan untuk mengambil wuduk... Sebaiknya tempat wuduk dipisah dari tandas supaya kita boleh membaca doa sebelum atau sesudah wudlu.(Di larang membaca doa di dalam tandas).Kalau baca doa keluar/masuk tandas sekali pun kena baca di luar tandas. Seboleh- boleh nya jangan buat tandas dalam bilik tidur.Tandas atau jamban ada lah sarang tempat tinggal syaitan.Kalau ada tandas dalam bilik tidur bererti kita sentiasa berada bersama syaitan ketika tidur.Begitu juga dengan tandas atau jamban.Walaupun nampak bersih pada pandangan mata, ia tetap tempat yang tidak suci
Ini pengalaman aku masa sekolah tadika dulu... aku dihantar ibu untuk belajar sembahyang. Kebetulan ustazah meminta aku mengambil Kayu Sugi di dalam bilik air di bilik tidur utamanya...Subhanallah... bilik air dihias beitu indah..siap permaidani lagi...tertanya2 aku " macam mana nak mandi"..habes basah semua permaidani...buat susah ajer.. lantas aku bertanyakan pada ustazah... uztazah menerangkan kepada aku.. tandas itu tidak digunakan untuk tujuan mandi dan membuang air besar atau kecil...tetapi hanya tujuan untuk mengambil wuduk dan membasuh muka sahaja....so bila dah besar dan masuk sekolah baru aku paham apa tujuan ustazah.
Bagi sesiapa yang baru nak berpindah rumah... boleh le mengasingkan tandas yang di dalam bilik utama untuk tujuan mengambil wuduk sahaja...tetapi bagi mereka yang telah lama berpindah dan telah menggunakan tandas di dalam bilik utama... kita boleh le membersihkan tandas yang telah digunakan untuk membersihkan dan mengelakkan dari menggunakan tandas tersebut.
Gempa Bumi dan Tsunami di Jepun 11 March 2011
Tsunami di Jepun Termaktub di dalam Al-Quran
1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4.
Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.
Rujuk di Quran.
1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan
"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".
2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)
so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.
di ambil pula lokasi latititude dan longitude.
3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.
Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53
makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.
3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6
msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..
so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.
4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.
5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.
6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.
7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya
8. WauAllahhu Allam.
Read more at: Tsunami di Jepun Termaktub di dalam Al-Quran http://sepaku.net/nur-addin/44494-tsunami-di-jepun-termaktub-di-dalam-al-quran.html#ixzz1GoehAzSj
Artikel ini juga menunjukkan Islam agama yang sebenar-benarnya... Tiada agama lain yang boleh menggantikannya...
“Sesungguhnya agama di sisi Allah, ialah Islam.” (Surah Ali-Imran ayat 19)
“Barang siapa mencari agama selain Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi” (Surah Ali-Imran ayat 85).
Walau sehebat mana sesebuah negara ...sekiranya Allah mengkehendaki "Jadilah Ia Maka Jadilah Ia "....
Antara tanda-tanda kiamat ialah tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab
Apabila direnungkan...adakah amal ibadat kita sudah mencukupi untuk menempuhi akhir zaman? Bagi kita yang diberi peluang untuk hidup hingga ke hari ini untuk menempuhi hari-hari akan datang, membesarkan anak-anak kita... marilah kita bersyukur ke hadarat Ilahi dan bersama-sama dan berlumba-lumba untuk membuat amal ibadat dan kebajikan sebagai bekalan kita di akhirat kelak....Amin. Insyaallah....
Kebahagian Ibu
Alhamdullillah....kali ni ibu aku dapat gak gie Umrah buat kali ketiga....pada 12 Mac 2011. Alhamdullillah... bagi aku...ini merupakan satu penghargaan kepada ibu aku yang banyak berkorban masa, keringat, wang ringgit untuk kebahagiaan anak-anaknya. Jasa ibu tidak terbalas....sebagai anak kita sepatutnya harus dan wajib membahagia dan mneyenangkan ibu kita... bukan wang ringgit yang ditunggu oleh setiap ibu... tetapi ingatan, doa dan kasih sayang anak-anak terhadapnya... bagi ibu..itu sudah cukup untuk membahagiakan dia.... sekiranya kita mampu..kita boleh memberi lain-lain kelebihan kepada ibu.... setinggi gunung emas yang kita berikan kepada seorang ibu...jasa ibu tetap tidak terbalas.
Ibu Mithali
Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari
Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi
Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga
Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami
Maka dengan ingatan doa ampunan buat mereka bisa menyinari sinar hidayah pada wajah mereka. Ampunkan dosa kedua ibu bapa kami semua ya Allah..amin..
Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud katanya:
Aku telah bertanya kepada rasulullah SAW:”apakah amalan yang amat dikasihi Allah?Jawab Rasulullah s.a.w.: "Sembahyang pada waktunya, kemudian taat kepada kedua ibu bapa kemudian jihad fisabilillah."
Abdullah bin Umar r.a. berkata:
"Seorang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w dan berkata: "Saya ingin berjihad (perang fisabilillah)." Nabi Muhammad s.a.w. bertanya: "Apakah kedua ibu bapamu masih hidup?" Jawabnya: "Ya, kedua-duanya." Sabda Rasulullah s.a.w.: "Didalam melayani keduanya harus berjihad."
Ampunkan dosa ibuku,Hajah Mariah Othman dan ayahku,Abd Razak Hj Awab..amin ya Allah..
Surah Al Baqarah
SURAH al-Baqarah semuanya diturunkan selepas hijrah di kota Madinah secara ijmak. Justeru itu ia dinamakan Surah Madaniah. Terdapat satu ayat, iaitu ayat 281 diturunkan pada masa Hajjatul Wada' dan diriwayatkan sebagai ayat terakhir. Al-Baqarah merupakan surah terpanjang di antara surah-surah al - Quran dan mengandungi 287 ayat. Ayat yang paling panjang iaitu ayat 282 yang berkaitan dengan hutang. Al-Baqarah bermaksud lembu betina seperti yang tercatat di dalamnya .
Kebanyakan ulamak tafsir berpendapat, dinamakan surah ini dengan al-Baqarah atau lembu betina kerana mengingatkan peristiwa mukjizat yang luar biasa berlaku pada zaman Nabi Musa, iaitu seorang dibunuh di kalangan Bani Israel tanpa diketahui pembunuhnya. Mereka bertanya kepada Nabi Musa untuk mengetahui pembunuhnya, lantas Allah mewahyukan kepada Musa supaya mereka menyembelih lembu betina dan dipukul sebahagian belulang tersebut kepada mayat. Selepas itu si mati dihidupkan dengan izin Allah dan mengkhabarkan pembunuhnya. Inilah bukti qudrat Allah boleh menghidupkan makhluk selepas mati.
Surah al-Baqarah juga dikenali sebagai az-Zahrawain sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. daripada hadis Abi Umamah al Bahili. Mengikut ulamak hadis, az-Zahrawain bermaksud dua cahaya, iaitu surah al-Baqarah dan Ali-Imran. Tersebut dalam Musnad al-Firdaus seperti yang dinamakan oleh Khalid bin Ma'dan dengan Fustat al-Quran ( Khemah al- Quran). Ini kerana surah ini terlalu agung dan besarnya kelebihannya. Imam al-Alusi menambah di dalam Ruh al-Maa'ni, terdapat banyak hukum yang disebut di dalam al- Baqarah seperti dinaqalkan daripada sebahagian masyaikh. Sesungguhnya terdapat padanya (surah al-Baqarah) seribu arahan, larangan dan khabar berita. Dikatakan juga padanya terdapat lima belas bidalan. Sebab itulah Ibnu Umar mengambil masa lapan tahun mengkajinya.
INTIPATINYA
Antara sifat surah al-Madaniah ialah pembicaraan tentang kaedah hukum syarak dan menyelesaikan konflik perundangan yang mengatur kehidupan umat Islam. Antaranya:-
1. Hukum-hukum akidah, ibadat, muamalat, akhlak, urusan perkahwinan, perceraian, idah dan lain-lain lagi.
2. Bermula dengan penerangan sifat-sifat mukmin sejati, kafir dan munafiqin dengan penjelasan hakikat iman, kufur, nifak dan bandingan antara golongan yang bahagia dan rugi.
3. Gambaran awal kejadian manusia. Adam daripada pembentukannya hingga kejutan- kejutan ajaib sebagai kemuliaan yang Allah kurniakan kepada manusia dari alam syurga kepada dunia.
4. Iblis sebagai musuh utama manusia dalam penyesatan dan tipu helah.
5. Penjelasan panjang lebar tentang Bani Israel daripada Ahli Kitab kerana mereka berjiran dengan orang Islam di Madinah al-Munawarah. Justeru itu orang-orang Islam diingatkan tentang tipu daya dan perancangan jahat mereka yang disaluti sifat mazmumah seperti khianat, tipu, mungkir janji hingga segala bentuk jenayah dan penyelewengan. Perbincangan tersebut melebihi 1/3 surah ini.
6. Surah al-Baqarah juga membicarakan permasalahan undang-undang kerana orang Islam dalam peringkat permulaan pembentukan Daulah Islamiyah memerlukan kepada Manhaj Rabbani dan Tasyri' Samawi dalam menjalani kehidupan seperti ibadat atau muamalat.
Secara ringkasnya seperti berikut:
a. Hukum puasa secara terperinci.
b. Hukum haji dan umrah.
c. Hukum jihad fi sabilillah.
d. Permasalahan institusi ke keluargaan daripada perkah winan, talak, penyusuan, idah, haram menikahi perempuan musyrikah termasuk bersama isteri dalam haid hingga kepada hukum-hukum yang berkaitan dengan keluarga kerana daripadanya benih pertama dalam pembentukan masyarakat yang lebih besar.
7. Surah ini mengutarakan permasalahan jenayah riba yang menggoncangkan keutuhan masyarakat dengan penegasan amalan riba sebagai pengisytiharan perang daripada Allah dan Rasul kepada mereka yang terlibat dengan amalan riba.
8. Kemudian surah ini membentangkan ancaman pada Hari Akhirat yang menakutkan, manusia dibalas mengikut amalannya; baik dibalas baik dan jahat dengan hukuman jahat. Iaitu ayat yang terakhir diturunkan daripada al-Baqarah.
9. Surah ini dikhatamkan dengan taujih dan gesaan kepada orang mukmin untuk bertaubat dan kembali dengan rendah diri kepada Allah serta sentiasa meminta doa kepada Allah daripada musuh, di akhiri dengan permohonan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Syeikh Muhammad Rasyid Redha dalam tafsirnya, al-Manar mengemukakan khulasah surah al-Baqarah daripada dakwah Islam, hukum-hukum dan kaedah- kaedahnya:
1. Dakwah Islam yang umum dengan mengemukakan pembahagian manusia kepada tiga kumpulan; beriman, kafir dan munafik dengan menyebut natijah hukuman dan mithalan secara lengkap.
2. Arahan kepada umat Islam secara panjang lebar digabungkan antara tauhid dan iman dengan permasalahan cabang fikah. Disebut lebih daripada 21 perkara. Bermula dengan mendirikan solat, mengeluarkan zakat, haram mengerjakan sihir, hukum qisas, wasiat bagi kedua-dua ibu bapa, hukum- hukum puasa hinggalah kepada penutup doa.
3. Kaedah-kaedah syarak yang umum juga dinyatakan melalui surah al-Baqarah sebanyak 33 kaedah. Bermula dengan kaedah mengikut hidayah Allah yang diturunkan kepada rasul mewajibkan kebahagiaan hingga kepada kaedah terakhir, iaitu binaan asas-asas agama dalam akidah dan hikmah tasyri' mengikut akalan yang diistinbatkan daripada kebenaran, keadilan dan maslahat hamba. Beliau menutup perbincangan ini dengan katanya, ``Inilah yang dibuka Allah kepadaku daripada lembaran surah al-Baqarah jika ditadabbur mungkin banyak lagi.''
Menariknya surah ini dimuqadimahkan dengan sifat-sifat mukmin dan dikhatamkan dengan doa orang-orang mukmin untuk menunjukkan kemunasabahan antara permulaan dengan akhiran dan kesemua surah secara keseluruhannya. Maha suci Kalam Allah daripada kekurangan.
FADHILATNYA
Di antara fadilat surah al-Baqarah seperti yang dinaqalkan oleh Ibnu Kathir :
1. Daripada Ma'qal bin Yasar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, Surah al-Baqarah sebagai bonggol al-Quran (puncak seperti di belakang unta yang paling tinggi). (Riwayat Imam Ahmad seperti lafaz ini juga daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Tirmizi).
2. Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, Jangan kamu jadikan rumah-rumahmu seperti perkuburan kerana rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah tidak dimasuki syaitan. (Riwayat Muslim, Tirmizi, an-Nasai' dan Imam Ahmad dalam Musnadnya. Tirmizi berkata, hadis hasan sahih).
3. Daripada Anas bin Malik katanya, Sabda Rasulullah s.a.w., Sesungguhnya syaitan keluar dari rumah apabila mendengar surah al-Baqarah dibaca.
4. Daripada Abu Ubaid daripada Abdullah bin Mas`ud katanya, `` Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang didengar padanya surah al-Baqarah.'' (Riwayat an-Nasai' dalam Al-Yaum wa Lailah, al-Hakim dalam Mustadrak katanya, sahih isnad.
5. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. pernah menghantar pasukan dan dilantik orang yang paling muda menjadi ketua disebabkan beliau menghafaz surah al-Baqarah. (Riwayat Tirmizi, an-Nasai' dan Ibnu Majah).
6. Daripada Asyad bin Khudair katanya, ketika beliau sedang membaca al-Baqarah pada suatu malam, tiba -tiba kudanya yang ditambat melompat-lompat, lantas dia berhenti dan kudanya pun berhenti, sebaliknya apabila dibaca kudanya terus melompat. Kemudian dia melihat ke langit seperti gugusan cahaya lampu. Keesokan pagi dilaporkannya kepada Rasulullah s.a.w., dia ditanya, Adakah kamu tahu itu semua?'' Jawabnya, ``Tidak'' Sabda Rasulullah s.a.w. ``Itulah malaikat yang turun mendengar suaramu, sekiranya kamu membacanya sampai pagi nescaya orang ramai dapat melihat cahaya tersebut. (Riwayat Bukhari).
7. Daripada Buraidah katanya, Aku duduk di sisi Nabi s.a.w. dan mendengar baginda bersabda, Pelajarilah surah al-Baqarah kerana mengambilnya adalah berkat dan meninggalkannya adalah kerugian dan lemah dikuasai oleh tukang sihir atau syaitan. (Riwayat Imam Ahmad).
Sebenarnya terdapat banyak lagi hadis-hadis berhubung kelebihan surah al- Baqarah. Tetapi yang lebih penting adalah amalan bacaan, bukan semata-mata maklumat.
WAJAH MUNASABAH
Imam Rasyid Redha melalui kitabnya, al Manar menyebut, ``Tidaklah perlu menerangkan kemunasabahan antaranya dengan al - Fatihah, sekalipun telah nyata kerana ia tidak diletakkan selepasnya kerana itu.
Imam al-Alusi dalam kitabnya, Ruh al Maani memberi huraian kemungkinan surah al-Baqarah selepas al-Fatihah. Katanya, ``Bahawa surah al-Fatihah terkandung padanya penerangan rububiyyah dan kedua, ubudiyyah dan memohon hidayah dalam maksud-maksud agama, dan ketiga, tuntutan-tuntutan keyakinan. Begitu juga surah al- Baqarah terkandung penerangan berkaitan makrifat Rab. Pertama, pada ayat ketiga dan kedua, ibadat.
Selepas itu permohonan keperluan secara bersegera atau bertempoh. Begitu juga al-Fatihah berakhir dengan permintaan hidayah. Sama juga pada awal al-Baqarah iaitu isyarat kepada hidayah bagi orang yang bertaqwa.
Allah muqadimahkan Fatihah dengan perkara zahir dan setiap yang zahir terdapat bathin. Justeru itu dimuqadimahkan surah ini (al-Baqarah) dengan batin sirnya, iaitu Alif Lam Mim.
Sedutan dari rencana oleh:
¥ DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI
Si Kucing Hitam
Suatu hari ketika di sebuah kedai... ketika membeli barang keperluan dapur... seorang makcik memarahi seekor kucing hitam... " Eee Kucing Hitam ni...syuhh pergi sana le.. baut malang ajer"... terperanjat aku mendengarnya. tergamak dia berkata begitu terhadap binatang yang tidak berdosa dan tidak mempunyai akal itu.
So aku mencari le...info mengenai kepercayaan karut terhadap kucing hitam ini.
Menurut Wikipedia : Saat ini, orang masih percaya bahwa kucing hitam adalah pembawa sial sementara ada yang percaya bahwa kucing hitam justru membawa keberuntungan. Kucing juga masih diasosiasikan dengan sihir. Kucing hitam sering diasosiasikan dengan Halloween. Penganut wicca dan neopaganisme yang lain mempercayai bahwa kucing sebenarnya baik, mampu berhubungan dengan dunia lain, dan dapat merasakan adanya roh jahat.
Namun di dalam agama Islam.. tiada langsung menyebut mengenai Kucing Hitam...
Sampai bilakah masyarakat Islam mahu terpengaruh dengan majal, sial atau khufaraf sebengini. Sabda Nabi s.a.w. :
لاَ عَدْوَى وَلاَ طِيَرَةَ وَلاَ هَامَةَ وَلاَ صَفَرَ
Maksudnya : “Tiada jangkitan, sial burung, sial burung hantu, dan sial bulan safar”.
Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong lengan baju yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan menunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali.
Setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, nabi selalu memegang mueeza dan diletakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah ia selalu men ketika mengeow apabila mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan. Kepada para sahabatnya, nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, layaknya menyanyangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan lucu ini sangatlah serius, dalam sebuah hadist shahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahwa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.
Kucing dan Islam
Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].
Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.
Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.
Manakala menurut periwayatan Hadis Nabi didalam Sahih Bukhari Jilid 3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak memberikan kucing tersebut makanan atau minuman. Maka wanita itu dibalas/dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatan wanita itu.
Justeru, marilah sama-sama kita bermuhasabah kembali, menilai semula adat kepercayaan lama orang Melayu dahulu, apa yang perlu dibuang dan apa yang boleh dikekalkan. Mudahan kita tidak lagi percaya kepada perkara karut sebegitu. Kalau beginilah mentaliti masyarakat melayu dan Islam....apalah nasib kucing-kucing hitam yang berada di atas muka bumi ini. Wallahualam.
Tips untuk Mengelak Anak Derhaka
Si Tanggang....ialah sebuah cerita dongeng masyarakat Melayu yang mengisahkan kehidupan seorang pemuda bernama Si Tanggang yang menderhakai ibunya, dan akhirnya bertukar menjadi batu kerana disumpah oleh si ibu dengan makbul Tuhan.Si Tanggang merupakan antara dongeng yang paling popular dalam kalangan orang Melayu. Ia diceritakan melalui lisan secara turun-temurun. Kanak-kanak akan didedahkan dengan cerita ini. Ini kerana dongeng ini mengandungi pengajaran penting yang merupakan salah satu pantang larang dalam adat Melayu: jangan derhaka kepada orang tua. Pengajaran ini juga selaras dengan ajaran Islam yang menghormati kedudukan ibu bapa. Kanak-kanak yang tidak mahu menurut suruhan ibu atau bapa akan cepat-cepat diusik dengan panggilan "Si Tanggang" untuk mengingatinya mengenai kisah tersebut.
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun . Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)"dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".
Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka .
Tips Utama :
1) Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita
2)Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai.Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa
3)Pastikan hubungan dengan ibubapa sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat.
4) Sayangi kedua-dua ibubapa kita. Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati.
5)Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? Jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.
Tips Lain-lain
1)Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
2)Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3)Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4)Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5)Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6)Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7)Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8)Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9)Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
10)Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya .Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
11)Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
12)Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
13)Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
14)Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
15)Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
16)Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
17)Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
18)Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
SUMBEr: http://pastiperlis.blogspot.com
Mengaji Al Quran
Ini pengalaman aku mengajar anak aku mengaji Iqra... si abang memang tiada masalah untuk mengaji...malahan si abang kini sudah mengaji Al-Quran sehingga juzuk 20... tapi si adik... aduhai mengeluh panjang...tapi sebagai ibubapa kita mesti berusaha agar anak2 kita boleh mengaji dengan sempurna... itu tanggungjawab kita terhadap anak-anak dalam membentuk anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah. Si adik... hampir 4 tempat aku menghantarnya pergi mengaji....masih tidak boleh membaca....namun aku dan husband masih tidak berputus asa....sebagai ibubapa kita tidak seharusnya berputus asa...bukan semua anak sama sifatnya.... setiap anak ada keistimewaannya....Aku dan husband termasuk ibu aku sentiasa berdoa agar si adik suatu hari nanti akan mudah mengaji...Alhamdullillah...Allah SWT memperkenankan doa kami... akhirnya anak aku mengaji di bawah seliaan Imam 1 sebuah masjid di Johor Bahru...Iman yang bergelar Al-Hafiz.... Subhanallah...anak aku dalam masa 2 minggu sahaja boleh mengaji dengan lancar dan beralih ke Iqra 2 dalam masa 2 minggu sahaja. Setiap kesusahan itu, menguji hamba Allah untuk bersabar dan berusaha....dan setiap usaha dan tawakal pasti ada kejayaannya... itu janji Allah pada hambaNya.
Al-Quran sebagai pegangan hidup dan panduan bagi kita yang beragama Islam.
GENERASI muda hari ini banyak terdedah dengan pelbagai jenis budaya hidup tidak menentu hingga ada waktunya mereka sendiri menjadi keliru untuk mengikut rentak budaya itu.Prinsip hidup memerlukan pegangan kuat dan utuh untuk seseorang menyelamatkan diri daripada terjerumus ke kancah kehidupan yang tidak diredai Allah.
Amalan yang boleh mengelakkan seseorang itu khususnya generasi muda daripada terikut gejala tidak sihat yang dibawa budaya asing ialah mendekatkan diri dengan al-Quran. Al-Quran memiliki pelbagai hikmah, pengajaran, sejarah, kisah perjuangan nabi dan perkhabaran ghaib yang menjanjikan kesejahteraan serta kebahagiaan dunia dan akhirat.
Firman Allah bermaksud:
Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya dari Allah dan kitab yang menerangkannya. Dengan kitab itulah Allah memimpin orang yang mengikuti keredaan-Nya. (Surah al-Maidah, ayat 15-16)
Membaca al-Quran dengan penuh penghayatan adalah berbeza dengan membaca tanpa mempunyai matlamat yang tertentu.
Mengenali al-Quran hanya dengan membaca tanpa mengikut hukum tajwid, memahami tafsiran ayat tidak memberi kesan kepada fizikal dan mental orang yang membacanya.
Oleh itu, wajar bagi ibu bapa membimbing anak menjadi generasi celik al-Quran selaras usaha kerajaan melalui program j-QAF (Bahasa Arab dan Fardu Ain) yang kini sedang diajar di sekolah rendah.
Namun, dalam usaha menggalakkan anak mempelajari dan mengenali al-Quran lebih dekat, ibu bapa juga perlu memberi contoh yang baik.
Jika anak muda mudah menghafal lirik lagu, pastinya mereka juga boleh menghafal ayat suci, doa dan zikir jika ini sudah dibiasakan dalam kehidupan harian mereka.
Alangkah indahnya jika ayat al-Quran sentiasa bermain di bibir mereka ketika melakukan aktiviti kegemaran.
Barangkali ramai anak muda hari ini dibelenggu permasalahan diri kerana kealpaan terhadap al-Quran menyebabkan mereka mengambil tindakan bertentangan ajaran agama.
Sehingga ada yang terbabit dengan arak, dadah, pil khayal, lari dari rumah, ponteng sekolah dan kegiatan negatif lain sebagai cara melepaskan diri daripada terus dibelenggu tekanan.
Dalam saat begini mereka sepatutnya kembali mencari ketenangan diri dan kekuatan dengan membaca al-Quran atau paling tidak, mendengar alunan ayat suci itu.
Firman Allah bermaksud:
Dan kami turunkan kepadamu kitab untuk menjelaskan sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang berserah diri kepada Allah.¡¨ (surah al-Nahl, ayat 89)
Membaca al-Quran adalah ibadat dan Allah memberi ganjaran pahala kepada mereka yang memartabatkan isi kandungan kitab suci serta mengamalkannya.
Antara kaedah mudah yang boleh dimulakan oleh ibu bapa untuk mendekatkan diri mereka dan anak dengan al-Quran ialah:
1)Mengkhususkan masa di antara Maghrib dan Isyak untuk duduk bersama ahli keluarga dan bertadarus al-Quran. Selain dapat bersama membetulkan bacaan, ia juga merapatkan hubungan kekeluargaan.
2)Seandainya ibu bapa sendiri tidak mahir membaca al-Quran, dapatkan seorang guru yang mampu membantu ahli keluarga belajar membaca ayat al-Quran dengan betul.
3)Semarakkan kehidupan berkeluarga dengan bercerita kisah nabi dari al-Quran. Setiap ahli keluarga boleh bergilir-gilir bercerita.
4)Jika bermusafir, biasakan mendengar rakaman bacaan ayat suci al-Quran atau alunan zikir.
5)Tidurlah dengan alunan bacaan ayat al-Quran. Biasakan menidurkan anak dengan lafaz ayat suci al-Quran.
Usaha lain yang boleh dilakukan untuk melengkapkan cara mempelajari dan mendalami al-Quran ialah:
1)Melatih anak dan remaja membaca al-Quran dengan sempurna
2)Melatih anak menulis semula ayat yang dibaca.
3)Memberi mereka kefahaman mengenai isi kandungan Al-Quran.
4)Melatih mereka menghafaz ayat al-Quran.
5)Mendidik mereka mendalami al-Quran dalam kehidupan.
Apabila bibir sentiasa dibasahi dengan bacaan al-Quran, ia akan menjadi sebati dengan jiwa, mengalir bersama darah, menjalar ke seluruh urat saraf dan kesannya akan terpamer melalui ketrampilan individu generasi al-Quran itu.
Jubin
Pada tahun 2010, kita terbaca di dada akhbar mengenai lantai jubin meletup di sebuah rumah di Selangor. Pelik...bagaimana lantai jubin boleh meletup...aku pun buat le penyiasatan sedikit mengenai faktor-faktor yang menyebabkan jubin boleh meletup. Almaklum le.... aku pun ada planning gak untuk memasang jubin di tempat letak kereta dan dapur tambahan di rumah baru aku.
Antara faktor-faktor yang aku temui ialah :-
1) Jubin dipasang tanpa menggunakan campuran gam simen (untuk melekatkan jubin perlu menggunakan bancuhan simen yang dicampur dengan gam khas iaitu gam simen).
2) Kepingan ju bin tidak dibasahkan atau direndam terlebih dahulu di dalam air sejuk sebelum dipasang. Sekiranya jubin tidak dibasahkan sebelum dipsang, air didalam simen lama kelamaan akan kering diresapi jubin dan seterusnya jubin mengembang, menggelembung lalu meletup dan pecah.
Kualiti dan mutu jubin tidak memainkan peranan dalam kejadian jubin meletup. Ketika ini... begitu banyak syarikat membuat promosi menjual jubin lantai pada harga yang rendah....so boleh le kita mengambil peluang untuk menjimatkan wang dalam pembelian jubin...ini kerana apabila seseorang mengambil keputusan membeli rumah... mereka perlu menyimpan sejumlah wang yang besar untuk gril, lampu, langsir...itu yang paling asas le...
Tips Mengecat Dinding Rumah
Rumah baru... mestilah banyak perancangan yang ingin dilakukan...antaranya..mengecat bilik, dinding rumah daln lain-lain mengikut warna citarasa pilihan. Tapi ramai dikalangan kita...hanya memilih cat tanpa mengambil kira lapisan pertama cat atau basecoat.
Lapisan pertama cat sangat penting demi memastikan keadaan cat ini kekal cantik, bebas kulat, terhindar daripada keretakan dan terkupas. Lapisan pertama penting membantu menutup segala liang-liang seni atau keretakan yang akan merosakkan bangunan dan menjejaskan pandangan.
Apabila lapisan pertama cat dititik beratkan, kita akan memperolehi permukaan dinding yang tahan lasak dan menjimatkan wang. Lapisan pertama cat tidak hanya digunakan untuk di luar bangunan malahan ia juga digunakan untuk di dalam bangunan.
BISMILLAH 5
1. Bismillahir Rahmanir Rahiim
2. Bismillahish Shaafii
3. Bismillahil Kaafii
4. Bismillahil Mu’aafii
5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim
* Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
* Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
* Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
* Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
* Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Antara fungsi Bismillah 5 ni:
*penawar bisa diri
*penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
*penawar bisa-bisa badan
*penawar bisa batu merian
*boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya
Cara menggunakan Bismillah 5 :
1.letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali kmdn tiup tempt tadi, kemudian baru tiup di air; atau
2.kalau tpt sakit tu tak boleh diletakkan tangan krn sakit atau sukar utk meletakkannya, letakkan tangan di anggota lain dengan penumpuan hati dan perasaan bahwa tempat tersebut adalah anggota yang sakit.
Kesan Sampingan:
Dengan mengamalkan Bismillah Enam dan Bismillah Lima akan menyebabkan segala jenis racun menjadi tawar serta tidak mendatangkan mudharat jika terminum. Gelas yang dipegang oleh pengamal Bismillah Enam dan Bismillah Lima akan pecah pecah dengan sendirinya jika kandungannya mengandungi racun.
sumber : http://doaayatdanzikir.wordpress.com
Sambutan Hari Jadi Mengikut Cara Islam
Hari ini 13 March 2011 ( Ahad )... birthday anak aku yang sulong... Mohamad Haziq Izzuddin... hari ini genap le umur dia 10 tahun...semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan, menjadi anak yang soleh...dan berguna dan bahagia di dunia dan diakhirat. Bagi aku tak de le buat majlis sambutan besar-besaran...sekadar belanja anak aku makan dan membuat sedekah kepada anak-anak kecil atau menghantar makanan ke masjid..itu amalan yang sentiasa aku buat....
Bagi mereka yang ingin membuat masjils sambutan hari jadi...di sini aku selitkan sedikit maklumat untuk dikongsi bersama.
Menurut Islam, seseorang itu boleh menyambut harijadinya atau pun meraikan hari lahir orang lain. Dengan syarat pengisian di dalam majlis itu tidak meniru atau mengagung-agungkan budaya Barat yang menyalahi syariat dan akhlak Islam.
Di mana, tiada percampuran (pergaulan bebas) antara lelaki dan perempuan, meminum arak, tari-menari, pendedahan aurat, mencuaikan solat, pembaziran dan sebagainya. Ingatlah, setiap perkara yang haram akan dilaknat Allah dan berdosa.
Raikanlah harijadi dengan tujuan mensyukuri nikmat Allah, memuhasabah diri dan melahirkan kegembiraan dan kasih-sayang sesama anggota keluarga dan sahabat handai. Di sinilah terbinanya keharusan itu.
Justeru itu, sekiranya kita mahu beroleh keberkatan semasa menyambut ulangtahun kelahiran ataupun perkahwinan wajarlah terlebih dahulu kita memahami dan menghayati syarat-syarat dan adab-adabnya.
Antaranya:
a. Melahirkan rasa syukur dan rasa gembira sebagai tanda mensyukuri nikmat umur yang dikurniakan Allah. Firman Allah: “Dan terhadap nikmat Tuhan-Mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutkannya (dengan bersyukur).” (Ad-Dhuha: 11).
b. Doa-mendoakan antara satu sama lain, lebih-lebih lagi kepada sambutan harijadi seseorang. Seeloknya kita tukarkan nyanyian “Selamat Hari Jadi” dengan ungkapan yang lebih bermakna, lebih berkat dan indah seperti contohnya, Barakallahu fika (atau “fiki” sekiranya perempuan), tiga kali, dengan menggunakan melodi yang sama. Maksudnya, “semoga Allah memberkati hidupmu”. Ucapan-ucapan doa sebegini lebih dituntut dan dianjurkan oleh syariat Islam.
c. Jamuan adalah sinonim dengan apa jua majlis dan sambutan. Menjamu makan dalam Islam adalah satu bentuk sedekah yang sangat digalakkan. Asalkan tidak membazir. Adalah dianjurkan kita menjemput golongan fakir dan miskin ke majlis kita. Sekiranya ada lebihan makanan, eloklah dibagi-bagikan kepada para tetamu sebagai buah tangan. Selain besar pahalanya, ia boleh menyuburkan lagi rasa kasih-sayang sesama keluarga dan sahabat handai.
d. Mengadakan majlis tazkirah (nasihat) ringkas, ataupun mengalunkan bait-bait nasyid, selawat yang berupa untaian nasihat bagi menghiburkan para jemputan disamping mengingatkan hadirin bahawa umur adalah amanah Allah s.w.t yang akan ditanya di Akhirat kelak.
e. Memberi hadiah juga adalah amalan yang sinonim dalam sambutan hari-hari sebegini. Amalan memberi hadiah ini juga dianjurkan oleh Islam kerana ia akan menimbulkan kemesraan dan suasana yang penuh mahabbah (kasih sayang).
Hadiah yang diberikan tak semestinya besar dan mahal, tetapi ia akan menjadi tanda ingatan yang ikhlas, di samping menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sabda Nabi s.a.w: “Hadiah-menghadiahlah, kamu akan berkasih-sayang.”
f. Muhasabah diri (koreksi diri) yang perlu dibuat khasnya pada sambutan ulang tahun ini, ialah dengan menginsafi masa atau umur yang telah berlalu. Renungkan, berapa banyakkah kebaikan amal soleh yang telah kita lakukan. Dan renung pula berapa banyak pula maksiat dan dosa yang telah kita lakukan selama ini.
Sekiranya jawapan itu lebih berat kepada kecuaian dan kealpaan, maka mohonlah taubat kepada Allah. Kemudian susuli dengan niat, azam dan perancangan bagaimana untuk mengisi sisa-sisa umur kita yang berbaki ini. Tentunya baki umur kita semakin hari semakin sedikit, bukannya bertambah. Hasil muhasabah diri ini akan menjadikan kita orang yang terus-menerus berhijrah kepada Allah s.w.t.
Selain itu, insan yang menyambut hari jadi itu elok juga pergi menziarahi kedua ibu bapanya (jika tidak lagi tinggal bersama dengan keduanya), kerana merekalah yang merupakan sebab musabab lahirnya dia ke dunia.
Pada hari itu, si anak sepatutnya mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan sesuatu pada ibu dan ayah mereka. Mudah-mudahan usia kita terus diberkati.
Sumber : Artikel ini datangnya dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my
http://www.hanan.com.my/

Kelebihan Yogurt
Yogurt?...emmm rasanya masam...itu le yang aku jangkakan. Tapi disebalik rasa masam..yogurt terkandung khasiat yang tinggi nilainya.
Kelebihan yogurt...
1) mudah dicerna berbanding dengan susu dan kadar loktosa pada yogurt lebih tinggi sedikit berbanding susu
2) yogurt membantu menyihatkan usus besar kerana mengandungi bakteria baik yang melindungi usus besar. Kandungan kalsium dan mineral dapat mengurangkan risiko kanser usus besar
3) yogurt dapat meningkatkan sistem imunisasi dan menyembuhkan infeksi pencernaan
4) yogurt adalah sumber protein dan dapat membantu menambahkan 20% daripada protein yang diperlukan oleh tubuh setiap hari
5) yogurt mengandungi Lactobacillus Acidhophitis yang tidak berbahaya dan dapat menghalang, pembesaran bakteria pathogens

PAGAR RUMAH SECARA ISLAM
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam.
bagaimanapun, ada cara memagar rumah yang dibolehkan dan digalakkan.
1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk ofis/rumah baru. Ia juga baik bg bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
2. membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yg bermaksud;
"jgnlah kamu jadikan rumahmu spt kubur (hanya utk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."
3. Banyakkan solat dan membaca Al-Quran
Dlm sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yg bermaksud;
"Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)
4. Baca Surah yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, elawat ke atas nabi senayak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
5. Pagar rumah cara Islam.
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut2 tertentu di rumah atau bangunan yg diduduki dgn kepercayaan bhw benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam.Bagaimanapu ada cara yg dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut; ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan2 hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yg terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jarum jam.
Dan beberapa tips lain yang diperolehi dari sumber-sumber yang lain....
1) baca ayat Kursi sebanyak 1 kali dan diniatkan / dibayangkan ada tembok yang tinggi di hadapan rumah kita.
2) kemudian diniatkan pula ada tembok yang besar dan kuat di belakang rumah kita pula sambil membaca ayat Kursi.
3) Begitulah seterusnya dibaca ayat kursi itu untuk setiap arah / tempat seperti kiri, kanan, atas dan bawah.
Kita hanya berikhtiar dan Allah yang menentukan. Yakinlah dengan ayat Allah.
Selamat mencuba!

Pendidikan Khas - Kojohanan Olahraga
Pada 1 Mac 2011 ( Selasa) yang indah dan nyaman... Unit Pendidikan Khas SMK Taman Sutera, Johor Bahru telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah johor Bahru buat kali Pertama. Semua guru dan pelajar-pelajar mengambil bahagian. Kejohanan bermula dengan Perarakan Lintas Masuk oleh Unit Pengakap, Rumah Bendahara, Rumah Nakhoda, Rumah Mahkota dan Rumah Temenggung. Guru-guru menjadi AJK bagi kejohanan yang dirasmikan oleh wakil dari PPD Johor Bahru. Memang happy dan memenatkan... tapi bakat-bakat anak istimewa ini dapat dicungkil untuk ke peringkat yang lebih tinggi. Insan-insan istimewa ini juga mampu bersaing dengan pelajar-pelajar aliran perdana yang lain...seiring dengan motto 1 Murid 1 Sukan... Majulah Sukan Untuk Negara