Asmaaul Husna ( اسماء الله الحسنى)

  Download this mp3 from Beemp3.com

Belikat Nabi Muhamad SAW






Pernah tak kita melihat? Aku sering melihatnya...dirumah-rumah...tapi kebanyakkanya..dalam bentuk salinan sahaja. Baru-baru ini...ibu aku pergi ke rumah...dah aku memesan ibu aku untuk membeli Belikat ini...namun difahamkan...pihak kerajaan ARab Saudi..tidak membenarkan ia di bawa keluar...dan sesiapa yang mempunyainya..akan dirampas oleh pihak berkuasa di sana.. Kenapa dan Mengapa aku sendiri tidak mengerti....

Tanda Khatamun Nubuwwah pada diri Nabi Muhammad S.A.W menunjukkan Nabi S.A.W adalah penamat/penutup segala Nabi dan Rasul.Tanda ini berada pada belikat Rasullullah S.A.W. Para ulama berbeza pendapat mengenai bentuknya. Yang paling masyhur tanda itu seperti telur burung merpati, iaitu berbentuk gumpalan daging yang menonjol disebelah kiri di bahagian atas, memancarkan cahaya, tampak berwibawa dan berbau wangi.”

Antaranya sesiapa yang menjadikan tanda Nubuwwah Nabi S.A.W ini sebagai perhiasan di rumah, maka ahli rumah tersebut akan terpelihara ALLAH daripada penyakit taun dan wabak, terhindar dari kebakaran dan kecurian sepertimana sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Saidina Ali R.A di dalam Kitab Mahamatnainiah, yang bermaksud:

“Sesiapa yang menjadikan lukisan KHATAMUN-NUBUWWAH aku perhiasan, dipelihara oleh Allah baginya daripada penyakit taun dan wabak dan tidak mati melainkan mati dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab.”

Dan di dalam hadis yang lain yang diriwayatkan daripada Anas R.A Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Bermula rumah yang ada lukisan KHATAMUN-NUBUWWAH AKU di dalamnya, maka dipelihara oleh ALLAH baginya daripada kebakaran dan kecurian, dan daripada tiap-tiap musuh, dantidak dimatikan melainkan tempatnya di Syurga dan diluaskan oleh ALLAH kuburnya dan diterangi olehnya dengan cahaya.”

MasyaALLAH, TabarakALLAH.

Amalan Khatamun Nubuwwah
Antara faedah yang ada dari pengamalan Khatamun Nubuwwah ini adalah sebagai pagar diri selain 1001 faedah yang lain. Cara beramal adalah diwaktu pagi dan petang serta semasa keluar rumah. Caranya adalah:

(1) Makrifatkan kalimah dibawah di atas kening kita



Allah jualah tuhan yang tunggak tiada bersekutu baginya

(2) Makrifatkan kalimah di bawah di atas dada kita


Muhammad itu hambanya dan utusannya

(3) Makrifatkan kalimah dibawah di atas bahu kanan


berhadaplah engkau ke mana-mana sahaja yang engkau kehendaki

(4) Makrifatkan kalimah dibawah di atas bahu kiri

maka sesungguhnya engkaulah yang mendapat pertolongan (kemenangan)

Menurut mafhum hadis yang dipindahkan daripada Imam At-Tarmizi r.a katanya:

“Sesiapa melihat KHATAMUN NUBUWWAH dalam keadaan berwuduk;
1. Pada waktu Subuh nescaya dipelihara oleh Allah akan dia hingga ke petang.
2. Pada waktu Maghrib terpeliharalah dia hingga ke pagi.
3. Ketika berjalan atau bermusafir maka jadilah sepanjang perjalanannya berkat dan selamat.
4. Sesiapa yang mati dalam tahun tersebut, maka dimatikan dalam iman.’

Sumber : http://miorbiz.com/khasiat-khatamun-nubuwwah/