Asmaaul Husna ( اسماء الله الحسنى)

  Download this mp3 from Beemp3.com

Hukum Ber"Tattoo"


Pagi ni aku menonton...rancangan Soal Asyraf di Astro 106...satu topik yang menarik minat aku ialah "Tatu". Aku lihat sekarang ni..baik yang muda dan yang tua berlumba-lumba untuk menambahkan aksesori ini di badan mereka....apabila disoal selidik kenapa mereka membuat tatu..ada yang berkata.. "nampak cantik", untuk kemegahan....nampak macam kuat...dah le buat tatu ni sakit...org yang buat tatu ni semuanya org kuat...ada jugak yang bercakap... "saje" nak buat....dan kebanyakkannya menyatakantidak mahu ketinggalan dengan trend semasa
Bukan nak mengata dan mengutuk....jiran aku pun mempunyai tatu di badannya...almaklum le orang Singapore...akhir2nya malu sendiri dengan jiran tetangga...walaupun kita berprangsangka baik.. tetapi apabila tetamu2 datang ke rumah kita...dan ternampak... ia menjadi bualan juga....hanya Allah yang mengetahui...

Bagi yang baru nak merancang buat "tatu"...aku nak kongsi sikit info yang aku perolehi...Hukum bertatu adalah haram ke atas lelaki dan wanita...bila dah kata haram..berdosa besarlah kerana mengubah ciptaan ALLAH SWT....ALLAH telah mencipta semua umatNya sebaik-baik umat...jangan le kita mempertikai ciptaan ALLAH....sepatutnya..kita harus bersyukur dengan kurniaan yang telah diberikan. Namun hari ini kita dapat melihat bahawa bertatu ini menjadi satu trend di kalangan remaja dan segelintir orang dewasa.

Bertatu bukan dari budaya orang Islam malahan budaya jahiliah. Sebab itulah Rasulullah saw mengharamkan amalan jahiliah ini. Nas yang dijadikan sandaran bagi pengharaman tatu pertamanya daripada hadis Rasulullah SAW daripada Abdullah bin Umar: Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah. (riwayat al-Bukhari) Walaupun di dalam hadis ini menyatakan kaum perempuan...bukan bermakna kaum perempuan sahaja yang haram... lelaki juga termasuk yea...

Di dalam al-Quran, Allah SWT menyuruh kita bersegera kepada seruan Allah dan Rasul-Nya SAW.

Maksud firman Allah: Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. (al-Nur: 51).

Ada pula di kalangan orang Islam apabila ditanya kenapa bertatu diberi alasan tidak tahu bahawa tatu itu haram.Beginilah sikap manusia yang sering mencipta alasan untuk menghalalkan cara.

Ramai orang bertanya..sekiranya seseorang individu itu telah bertaubat adakah tatu tersebut perlu dibuang....berdasarkan bacaan yang telah dibuat... sekiranya ia memudaratkan seseorang...tatu tersebut tidak perlu dibuang... tetapi kesan yang akan diterima ialah..pandangan masyarakat dan fitnah terhadap individu tersebut..dan secara tidak langsung menjatuhkan martabat dan darjat seseorang....dan ramai yang berkata..."mula-mula buat tatu x sakit... takkan nak buang takut?" Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa...Sekiranya ukiran tersebut bentuk objek makhluk atau bentuk berhala maka hendaklah dibuang. Namun sekiranya tatu itu sekadar ukiran corak yang tidak membentuk makhluk terpulang kepada lelaki tersebut sama ada ingin buang atau tidak.Pada masa yang sama sekiranya proses membuang tatu boleh memudaratkan nyawa atau boleh mengundang masalah lain pada kesihatan, tidak perlu dibuang biarpun tatu itu berbentuk makhluk.

Namun, jangan pula didedahkan atau ditayangkan tatu itu kepada orang lain. Di dalam kepesatan teknologi perubatan ada di sana pencapaian teknologi perubatan yang tidak perlu menggunakan asid. Malahan tatu boleh dihilangkan dengan menggunakan sinar infra merah seperti yang dinyatakan melalui petikan berikut: "Pada tahun 1991, Dr. Tolbert Wilkinson dari San Antonio, Texas telah mengemas kini sejenis prosedur yang menggunakan sinar infra merah yang tidak memberi kesan parut yang ketara serta kurang mahal..."

Proses membuang tatu adalah rumit dan memakan masa. Prosedur tradisional seperti dermabrasion atau pembedahan akan meninggalkan kesan parut. Justeru itu prosedur tersebut sudah jarang digunakan hari ini.

Penyingkiran tatu menggunakan laser pula adalah pendekatan paling umum. Tetapi ia memerlukan kepakaran profesional dan adalah agak mahal khasnya bagi penduduk di negara Dunia Ketiga. Untuk membuang tatu mesti mendapatkan bantuan nasihat daripada doktor dan jangan bertindak menjadi doktor kerana dikhuatiri akan timbul masalah yang lain pada kulit, ini sebab tisu kulit sangat sensitif.