Hancur luluh perasaanku bila dikabarkan ibu kesayangan aku menghidapi sakit yang kronik... 50%..dibulan yang mulia ini. Ya Allah hanya Kau yang mengetahui betapa sedihnya dan kecewanya aku. Demi untuk ibu dan sebagai anak yang sulong aku tabahkan hatiku ini. Ibu yang bersusah payah mengandung dan melahirkan aku ke dunia ini. Membesarkan aku dan adik tanpa keringat seorang suami... memenuhi segala kehendak dan keperluan kami... ibu banyak merana demi kami adik beradik. Tak tergambar kesedihan aku ni... orang nampak aku gembira... tapi hati ini sentiasa mengenangkan nasib ibu...kenapa ibu diduga dengan dugaan yang begitu besar dan membebankan. Setelah ayah mencari insan yang lain... ibu mencurahkan segala kasih sayangnya kepada anak-anak. Dunia ibu hanyalah aku dan adik aku. Ibu sanggup tidak berkahwin lain demi kami adik beradik.
Banyak lagi pengorbanan ibu yang belum aku dan adik tunaikan...takkan habis jasa ibu terhadap kami... sehingga di akhir nyawa kami. Tanpa pengorbanan dan doa ibu..aku dan adik aku takkan mampu menjejakkan kaki ke menara gading dan memegang jawatan yang kukuh. Ya Allah....Kau tabahkan hati aku dan adik...berilah kami kekuatan untuk menghadapi semua ini...Kau kurniakanlah kekuatan dan ketabahan pada ibuku...di dunia ini... hanya ibu, adik, suami dan anak-anak yang kami ada. Ibu sebatang kara... tiada ayah dan mak untuk menumpang kasih...
Aku berjanji pada diri aku... aku akan cuba membahagia dan menyenangkan hati ibu.
Kasihnya Ibu
Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada
Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya
Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa
Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia