Bahaya Hepatitis B

Apa perasaan kita apabila mengetahui salah seorang ahli kesayangan kita disahkan oleh doktor mempunyai penyakit Hepatitis B. Rasa nak luluh hati ni bila mengetahui orang yang kita kasihi dan sayangi mengidap penyakit ini....kalau boleh nak dijadikan galang ganti. Sungguh besar pengorbanan insan ini terhadap hidup aku...tanpa dia...tiada lah aku dimuka dunia ini.

Hari ini aku nak berkongsi serba sedikit mengenai Hepatitis B. Agar aku boleh mengambil langkah-langkah awal untuk menyelamat insan kesayangan yang berada disekeliling kita. Hepatitis B adalah disebabkan oleh virus Hepatitis B, HBV. Virus ini boleh didapati di dalam darah dan cecair badan orang yang telah dijangkiti dan boleh merebak jika anda terdedah kepada darah, cecair darah(serum) atau cecair dari alat kelamin mereka. Ini boleh berlaku jika anda berkongsi jarum dan picagari atau melalui hubungan kelamin. Wanita yang dijangkiti boleh menyebabkan bayi mereka terdedah kepada virus ini.

Tanda-tanda penyakit ini boleh dilihat dalam masa 45-160 hari dari hari anda mula
dijangkiti. Jika dijangkiti, orang dewasa adalah lebih cenderung untuk mengalami tandatanda dan gejala penyakit ini jika berbanding dengan kanak-kanak.

Tanda-tanda awal dijangkiti Hepatitis B adalah :
• Penat
• Sakit kuning
• Gatal-gatal
• Hilang selera makan
• Hilang berat badan
• Sakit perut
• Sakit-sakit sendi


Pembawa virus hepatitis B yang kronik adalah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti berikut:
Radang hati yang kronik (Chronic hepatitis)
• Cirrhosis hati (Liver cirrhosis)
• Kegagalan fungsi hati (Liver failure)
• Barah hati


Langkah-langkah pencegahan
1. Hepatitis B boleh dielakkan dengan :
o Menghindarkan aktiviti berisiko tinggi contohnya menagih dadah secara suntikan
dan seks secara rambang
o Menghindarkan berkongsi barang-barang persendirian (contohnya pisau
pencukur)
o Mengecualikan pembawa virus Hepatitis B sebagai penderma darah
2. Hepatitis B boleh dicegah dengan efektif melalui vaksin Hepatitis B. Di Malaysia, semua
bayi diberi pelalian untuk HBV.

Hari ini, kami di sekolah dikejutkan dengan kematian ayah salah seorang teman kami yang meninggal akibat penyakit ini. Sesungguhnya..ajal dan maut semuanya terletak di tangan Allah SWT...namun kita sebagai manusia harus mencuba mencegah untuk menghindari penyakit yang merbahaya ini. Namun jangan dipandang hina ..insan yang mempunyai penyakit ini.... kerana penyakit ini tidaklah begitu merbahaya seperti AIDS.