Asmaaul Husna ( اسماء الله الحسنى)

  Download this mp3 from Beemp3.com

G6PD - Ubat Terlarang


Tengok gambar di atas memang menyelerakan. Tapi bagi aku sekeluarga, makanan ini adalah pantang larang. Ini kerana anak aku yang sulong...sangat alah dengan Kacang Parang.

G6PD (Glokosa – 6 – Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang te.rdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.G6PD berfungsi untuk jaga kestabilan membrane/ dinding sel darah merah supaya dapat hidup dalam jangkamasa tertentu..Bila pesakit ada kekurangan G6PD, sel darah merah menjadi terdedah untuk pecah/lysis terutama akibat kehadiran bahan bahan tertentu.

Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang selalunya dialami oleh bayi lelaki.Bayi G6PD ini juga boleh berhadapan keadaan dinamakan “acute hemolysis”, iaitu keadaan wujudnya sel darah merah pecah pada kuantiti terlalu banyak. Ini menyebabkan bayi itu berasa penat dan kelihatan pucat dengan tiba tiba. Simptom lain yang mungkin dialami adalah sakit perut, jaundis, kencing bertukar berwarna gelap dan sakit pinggang.

Keadaan ini berlaku disebabkan jangkitan, memakan kacang parang jenis “fava beans” ataupun memakan ubatan yang boleh meninggikan proses oksidasi. Bukan semua jenis jangkitan akan menyebabkan masalah itu. Sebaliknya jangkitan yang selalu dikaitkan dengan acute hemolysis adalah jangkitan oleh bakteria.

Banyak ubat-ubatan yang tidak dapat diambil oleh mereka yang mengalami masalah G6PD. Senarai ubatan ini panjang dan apa yang perlu dilakukan adalah selalu memberitahu doktor yang merawat anak mengenai masalah anak anda yang mengalami G6PD. Ini dapat mengelakkan mereka menggunakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan komplikasi.

Di antara ubat-ubatan yang boleh membawa komplikasi

Ubat-ubatan penyakit malaria dan antibiotik yang mengandungi kandungan sulfur. Selain daripada ubat, kacang parang jenis “fava beans “ juga boleh menyebabkan oksidasi sel darah merah. Selain itu juga komplikasi G6PD juga dikaitkan dengan penggunaan ubat serangga. Antara bahan yang patut dielak oleh seseorang kekurangan G6PD ialah, ubat tahan sakit seperti ponstan, ubat gegat, kacang parang, ubat ubat anti malaria dan juga antibiotik dari jenis Sulfonamide…dan beberapa ubat lain.

Anak yang kekurangan G6PD, penyakit ni bukanlah penyakit yang serius..cuma kita sebagai ibubapa harus mengambil langkah berhati-hati dalam faktor ubat-ubatan dan pemakanan anak-anak ini.