Kanser Darah



Baru-baru ini nama Adek Faris Nur Daniel menjadi topik perbualan hangat dikalangan masyarakat Malaysia. Berlinang air mata ini membaca kisah menyayat hati seorang kanak-kanak yang sihat tiba-tiba demam panas dan terus disyaki mengidap penyakit yang amat merbahaya. Berat lagi mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Pada 23 Februari 2012..adek Faris telah meninggal dunia. Punca kematian adek Faris ialah di sebabkan Kanser Darah atau Hemophagocytic Lymphohistiocytosis HLH. Terima kasih buat Maizidul Akmar yang sering mengemaskini maklumat terkini tentang adek ini.


Melihat air mata adek ini... sedih aku melihat penderitaan kanak-kanak sekecil ini. Penyakit tidak mengenal usia mahupun tua atau muda....

Kanser Darah atau nama saintifiknya ialah Leukimia. Leukimia ialah sejenis penyakit kanser darah di mana sum-sum tulang tidak dapat berfungsi lagi sebagai pembuat sel-sel darah merah dan pembeku darah (platelet darah). Ini menyebabkan sel-sel darah putih yang tidak normal dan tidak matang dihasilkan dalam tubuh. Penghasilan sel darah putih yang terlalu banyak ini mengakibatkan seseorang menjadi pucat (anemia), pendarahan dan jangkitan yang berselang seli. Leukemia, yang bererti 'barah darah putih,' diambil sempena nama penyakit pengiraan sel darah putih yang tinggi yang terdapat pada kebanyakan pesakit leukemia sebelum menerima rawatan

Jenis-jenis leukimia:
1. Akut
- Acute lymfoblastik leukimia (ALL) (umur < 15 tahun)
- Acute myloid leukimia (AML) (umur > 45 tahun)
2. Kronik
- Chronic lymfositik leukimia (CLL) (umur 35 - 60 tahun)
- Chronic myloid leukimia (CML) (umur > 60 tahun)

Punca penyakit:
1. Bahan-bahan kimia seperti benzene dan derivatives yang memusnahkan sel sum-sum tulang
2. Penggunaan bahan sitotoksik dan agen supersif

Simptom-simptom :
A. Leukimia akut - berlaku dalam tempoh waktu yang singkat dan pesakit biasanya tidak sihat. Boleh menyebabkan kematian dalam masa yang singkat
1. Pucat
2. Rasa letih
3. Hilang selera makan
4. Pendarahan mulut, kulit dan gusi
5. Demam panas
6. Pembengkakan kelenjar leher

B. Leukimia kronik - Sihat pada peringkat awal - pesakit boleh bertahan dalam anggaran 3-5 tahun walaupun tanpa rawatan
1. Pembengkakan pada kelenjar limfa
2. Pembesaran limfa
3. Sakit tulang

Komplikasi:
1. Pendarahan pada kulit
2. Batuk darah
3. Muntah darah
4. Keguguran rambut

Kita sebagai ibubapa..haruslah alert dan sentiasa peka tentang anak-anak kita. Perhatikan sebarang tingkahlaku dan perubahan pada anak-anak kita. Ya.. Allah peliharalah keselamatan dan kesihatan anak-anak aku, aku dan suami aku. Jauhilah kami dari sebarang penyakit yang merbahaya.