Asmaaul Husna ( اسماء الله الحسنى)

  Download this mp3 from Beemp3.com

Nama Anak


Nama aku Nor Ezlin... yang aku tau... Nor sahaja yang ada makna... Ezlin tu...ikut2an sahaja ibu aku bagitau..dulu2 mana ada orang tekankan sangat pasal nama-nama anak ni..janji sedap didengar...Tapi aku bernasib baik..walaupun nama aku Ezlin ni tak de makna ..at least aku berjaya gak...aku bersyukur at least aku ada nama tak seperti anak-anak yang dibuang nama pun tak ada....kesian dan sedih.

Nama atau ‘Ismun’ dalam bahasa arab merupakan perkara paling penting dalam peradaban manusia. Ilmu pertama yang diajar oleh Allah s.w.t. kepada manusiapertama, Nabi Adam a.s. ialah nama.
“…dan Dia mengajarnya kepada Adam, nama-nama benda seluruhnya.” (Al-Baqarah: 31)

Dari ayat di atas, terbukti bahawa nama merupakan asas utama dalam ilmu yang menjadikan kita khalifah di muka bumi. Ayat tersebut juga membuktikan bahawa nama adalah amat penting dan keperluan utama terhadap kehidupan manusia.
Islam merupakan agama yang sempurna. Maka, nama menjadi salah satu perhatian utama sebagai identiti pengenalan umat Islam. Rasulullah bersabda,
“Di antara kewajipan seorang ayah kepada anaknya ada tiga. Iaitu menamakan mereka dengan nama yang baik, mengajarnya apabila berakal, dan mengahwinkan si anak apabila mereka ingin berkahwin.” (Al-Hadith)


Hak memberikan nama anak adalah tanggungjawab ibubapa dan pastinya mereka ingin memberikan nama yang mempunyai maksud yang baik mengikut lunas agama Islam. Namun pada hari ini, memberi nama kepada anak-anak yang baru lahir begitu rumit dan merisaukan ibubapa masa kini. Ada yang telah mencari nama untuk anak-anak sejak disahkan mengandung awal lagi... padahal jantina belum diketahui lagi. Ibubapa hari ini mencari nama anak-anak adalah dari segi nama tapi bukan dari segi penekanan makna nama itu sendiri. Ada sesetengah nama yang tidak membawa maksud yang tidak baik dan tidak membawa sebarang maksud...dan nama yang diberikan kepada seseorang anak merupakan sebahagian dari doa.Dalam memberikan nama anak, jangan kita memandang remeh. Kerana, nama yang kita berikan kepada sikecil inilah yang akan menjadi label untuk dirinya sampai bila-bila. Nama inilah yang akan tercatat dalam sijil kelahirannya, kad pengenalannya, lesen memandunya, sijil-sijil akademiknya, sehingga ke sijil kematiannya.

Menurut Rasullah SAW, kita disarankan memberi nama, mengadakan kenduri akikah, mencukur keseluruhan kepala dan mentahnik anak pada hari ketujuh selepas kelahiran. Tanggungjawab dan kewajipan ibubapa untuk memilih nama yang membawa makna yang baik kepada anak-anak. Rasullah SAW bersabda b ermaksud "Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa kamu, maka gunakanlah nama yang baik".

Di dalam pemilihan nama kepada anak-anak, perkara yang perlu dielakkan ialah :
a) Elakkan memilih nama yang tidak mempunyai maksud atau tiada kaitan dengan Islam
b) Elakkan memberi nama terlalu panjang
c) Elakkan nama panggilan yang tidak mempunyai makna atau lari makna baiknya.

Rasullah SAW bersabda " Sesungguhnya nama yang paling disukai oleh Allah Azza wa Jalla ialah Abdullah dan Abd Rahman".

1) Nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang. Pepatah (Arab) menyebut: ‘Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya’. Hakikat ini diperakui oleh Ibnul Qayyim. Katanya: “Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka”.

2) Waktu memilih nama. Dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu memberi nama. Samada pada hari pertama, atau dalam masa tiga hari pertama, atau pada hari ketujuh. Pilihlah mana-mana yang digemari.

3) Siapakah yang berhak memberi nama? Jika kedua-dua ibu bapa bersetuju dengan satu nama, maka ia suatu yang baik. Tapi, kadangkala mereka berselisih. Dalam situasi ini, yang berhak ialah bapanya. Tapi, jika kuasa veto bapa boleh menjejaskan keharmonian keluarga, eloklah dicari nama yang dipersetujui oleh kedua-duanya. Ataupun meminta orang lain yang memberikan nama yang elok, sebagaimana sesetengah sahabat meminta Nabi SAW meletakkan nama anak-anak mereka.

4) Nama anak mesti dibinkan kepada bapanya, bukan ibunya. Demikianlah arahan Allah Taala dalam surah al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud, “Serulah mereka dengan nama bapa-bapa mereka”.

5) Pilihan nama yang baik. Nama yang baik ialah nama yang sebutannya elok, dan maknanya juga baik. Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.

6) Contoh nama-nama yang digemari syarak ialah;
- Abdullah dan Abdul Rahman
- Nama yang dimulakan dengan ‘Abd’, seperti: Abdul Malik, dan Abdul Aziz.
- Nama para Nabi seperti: Muhammad, Ibrahim, dan Musa.
- Nama orang-orang soleh, seperti nama-nama sahabat.

7) Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram. Seperti:
- Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah, kerana Abd bermaksud ‘hamba’. Maka haram memberi nama: Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain, dan seumpamanya.
- Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.
- Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.
- Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang, seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas (Penghulu segala manusia).
- Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.

8) Elakkan dari menamakan anak dengan nama-nama orang kafir atau nama-nama yang menyerupai nama bukan Islam seperti Jon, Sally, sebagainya.

Alamak...nama anak aku pun panjang... sampai 3 nama.. Yang sulong Mohammad Haziq Izzuddin dan yang nombor dua Nur Fathin Nasyrah..ada yang cakap nama Fatin ni maksudnya penggoda...tak tau le..coz sebelum aku berikan nama anak aku ni..aku dah rujuk nama anak perempuan aku ni di Pejabat Agama...... insyaallah lepas ni kalau aku diizinkan oleh Allah untuk menimang cahaya mata dan meramaikan lagi umat Islam di dunia ini... aku akan cari nama yang pendek sahaja. Adat le....manusia belajar daripada kesilapan...kalau tak buat silap...manusia tidak akan sedar tentang kesalahan yang telah dilakukan.


Nur Fateen Insyirah/Nasyrah

*Fateen Clever, smart
*Fatin Yang Cantik Menawan
*Insyirah Kegembiraan, Kelegaan hati, Kebaikan Hati
*Nur Cahaya

Mohammad Haziq Izzuddin
*Haziq Cerdik, pandai
*Yang Terpuji
*Izzuddin Kemuliaan dan Kekuatan Agama

So kat sini aku letakkan sekali laman web yang boleh dirujuk dalam memberi nama kepada anak-anak kita kelak.

http://name.crazyartzone.com/
http://namanamaislam.com/
http://www.namaislam.ecom.my