Asmaaul Husna ( اسماء الله الحسنى)

  Download this mp3 from Beemp3.com

Tips Pindah Rumah 2 : Tandas


Kebiasaan sekarang... setiap rumah dilengkapi tandas... termasuk juga tandas di dalam bilik tidur. So kat sini aku nak bagi tips yang aku perolehio dari beberapa sumber yang boleh dipercayai dan orang perseorangan yang arif di dalam hal agama... so aku hanya menyalurkan ilmu yang aku perolehi untuk dikongsi bersama.

Tips Penting :
1) Tandas Jangan Mengarah atau Membelakangkan Kiblat (Ini penting)

Dari Abu Ayyub Al-Anshari ra.: "Bahwa Nabi saw. bersabda: Apabila engkau ke tandas, janganlah menghadap kiblat atau membelakanginya ketika buang air kecil atau buang air besar, tetapi menghadaplah ke timur atau ke barat." (Shahih Muslim No. 388
)

2) Usahakan seboleh boleh nya agar rumah anda mengarah ke Kiblat. Jika tidak, sebaiknya tempat solat anda tidak mengarah ke tandas.

3) Bilik yang mempunyai tandas didalamnya ( terutama bilik tidur utama )... jangan digunakan tandas untuk membuang air kecil atau besar. Gunakanlah bilik air itu sebagai bilik air yang digunakan untuk mengambil wuduk... Sebaiknya tempat wuduk dipisah dari tandas supaya kita boleh membaca doa sebelum atau sesudah wudlu.(Di larang membaca doa di dalam tandas).Kalau baca doa keluar/masuk tandas sekali pun kena baca di luar tandas. Seboleh- boleh nya jangan buat tandas dalam bilik tidur.Tandas atau jamban ada lah sarang tempat tinggal syaitan.Kalau ada tandas dalam bilik tidur bererti kita sentiasa berada bersama syaitan ketika tidur.Begitu juga dengan tandas atau jamban.Walaupun nampak bersih pada pandangan mata, ia tetap tempat yang tidak suci


Ini pengalaman aku masa sekolah tadika dulu... aku dihantar ibu untuk belajar sembahyang. Kebetulan ustazah meminta aku mengambil Kayu Sugi di dalam bilik air di bilik tidur utamanya...Subhanallah... bilik air dihias beitu indah..siap permaidani lagi...tertanya2 aku " macam mana nak mandi"..habes basah semua permaidani...buat susah ajer.. lantas aku bertanyakan pada ustazah... uztazah menerangkan kepada aku.. tandas itu tidak digunakan untuk tujuan mandi dan membuang air besar atau kecil...tetapi hanya tujuan untuk mengambil wuduk dan membasuh muka sahaja....so bila dah besar dan masuk sekolah baru aku paham apa tujuan ustazah.

Bagi sesiapa yang baru nak berpindah rumah... boleh le mengasingkan tandas yang di dalam bilik utama untuk tujuan mengambil wuduk sahaja...tetapi bagi mereka yang telah lama berpindah dan telah menggunakan tandas di dalam bilik utama... kita boleh le membersihkan tandas yang telah digunakan untuk membersihkan dan mengelakkan dari menggunakan tandas tersebut.