Asmaaul Husna ( اسماء الله الحسنى)

  Download this mp3 from Beemp3.com

Kesan Bertatu Terhadap Ibadat

Saya nak berkongsi sedikit malumat yang saya perolehi mengenai 'Tatu' yang kini menjadi kegilaan orang ramai dan dianggap satu trend pada masa kini. Mungkin remaja-remaja sekarang beranggapan..tatu merupakan satu ikutan fesyen yang mesti dibuat. Tetapi pernahkah kita berfikir mengenai kesannya terhadap amalan ibadah kita. Pada zaman ini, banyak perkara-perkara yang boleh merosakkan akhlak orang Islam umpamanya dengan menjadikan tatu itu sebagai perhiasan. Ditakuti ada belia remaja yang terpengaruh dengan gejala ini.

Kesan Bertatu Terhadap Ibadat
(Dengan na`ma Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Tatu ialah tanda pada badan yang dibuat dengan melarik,
mencucuk dan memasukkan warna. Menurut Imam an-Nawawi Rahimahullah bahawa tatu itu ialah mencucukkan jarum atau sebagainya di belakang telapak tangan, pergelangan tangan, bibir atau selainnya di tubuh badan sehingga darah mengalir. Kemudian diisi tempat itu dengan celak atau kapur tohor (kapur hidup) sehingga menjadi hijau.
Tatu pada kebiasaannya dijadikan sebagai perhiasan atau adat atau kerana tujuan keagamaan dengan mengukir gambar-gambar, lambang, nama kumpulan atau sebagainya di tubuh badan.

Namun pada hakikatnya, tatu itu boleh memberi kesan yang buruk
kepada kesihatan orang yang bertatu. Kesan-kesannya adalah
seperti berikut:-
(i) Alahan pada jenis pigmen atau pewarna yang digunakan.
Simptom seperti bengkak dan gatal-gatal pada bahagian yang
mempunyai kesan merah akibat mentatu.
(ii) Jangkitan penyakit Hepatitis B.
(iii) Jangkitan HIV dan Hepatitis C boleh berjangkit sekiranya
jarum yang tercemar digunakan. Kesukaran dan kesakitan dalam menghilangkan kesan tatu itu juga tidak dapat dinafikan.

Antara kaedah bagi menghilangkan tatu
tersebut adalah seperti berikut:-
(i) Menggunakan laser yang boleh menghuraikan pewarna
kepada partikel-partikel kecil yang boleh dicerna oleh kulit.
(ii) Excision melibatkan pemotongan bahagian kulit yang
mempunyai tatu.
(iii) Salabrasion yang menggunakan air garam untuk disapukan ke
atas tatu bagi merosakkan kulit.

Hukum Bertatu
Melakukan tatu itu dilaknat oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Ia adalah haram ke atas orang yang minta dibuatkan tatu dan orang yang membuatkan tatu dan ia tergolong dalam dosa-dosa besar.perempuan yang bertatu sama ada orang yang membuat tatu ataupun orang yang minta dibuatkan tatu semata-mata kerana kecantikan adalah dilaknat oleh Allah Subahanhu wa Ta‘ala dan RasulNya. Larangan bertatu itu tidaklah terbatas kepada perempuan sahaja bahkan kepada lelaki juga. Adapun jika kanak-kanak atau orang gila dibuatkan tatu kepada mereka, maka orang itu akan menanggung dosa perbuatannya, sementara kanak-kanak atau orang gila tersebut tidaklah berdosa disebabkan belum ada taklif(kewajipan mentaati suruhan dan larangan agama) ke atas mereka

Tatu Di Tubuh Badan Adakah Wajib Dihilangkan?
Bahawa hukum bertatu itu adalah haram. Namun bagaimana pula
hukum menghilangkan tatu di tubuh badan, adakah ia wajib
ataupun tidak? Dalam perkara ini ada beberapa keadaan seperti
berikut:-
(i) Orang yang mukallaf (baligh dan berakal) bertatu dengan
kehendak atau kerelaannya. Jika dia dapat menghilangkan tatu
itu dengan perubatan atau dengan cara pembedahan walau
menurut doktor ia mendatangkan mudharat seperti hilang
anggota atau fungsinya atau menyebabkan keadaan anggota
zahirnya buruk dan jelik akan tetapi dia tidak takut akan
mudharat tersebut, maka wajib dia menghilangkan tatu itu.
Adapun jika dia takut akan mudharat tersebut, maka tidaklah
diwajibkan ke atasnya menghilangkan tatu itu dan dia tidak
akan berdosa setelah dia bertaubat.
(ii) Orang yang dipaksa untuk bertatu bukan kehendak atau
kerelaannya adalah tidak diwajibkan dia menghilangkan tatu
di tubuh badannya itu.
(iii) Orang yang belum ada taklif ke atasnya seperti kanak-kanak
dan orang gila. Jika seseorang itu bertatu ketika keadaannya
belum ada taklif maka tidaklah diwajibkan ke atasnya
menghilangkan tatu tersebut. (iv) Orang kafir yang memeluk agama Islam. Jika dia bertatu
sebelum Islamnya adalah diwajibkan menghilangkan tatu
tersebut, sebagaimana keadaan orang yang mukallaf bahagian
(i) di atas.

Kesan Tatu Dalam Ibadat
Adapun kesan kepada peribadatan orang yang bertatu itu, antara
lain seperti berikut:-

(i) Bersuci
Orang yang diwajibkan menghilangkan tatunya, jika dia bersuci sedang tatunya belum hilang maka tidak akan terangkat hadatsnya itu. Ini kerana anggota-anggota yang
ditatunya itu mengandungi najis disebabkan darah yang bercampur dengan celak tatu tersebut. Adapun orang yang tidak diwajibkan menghilangkan tatunya, jika dia bersuci maka terangkat hadatsnya. Ini kerana anggotanya yang ada tatu itu dimaafkan najisnya.
(ii) Sembahyang
Orang yang diwajibkan menghilangkan tatunya, jika dia mengerjakan sembahyang sedang tatunya belum hilang maka tidak sah sembahyangnya itu. Demikian juga tidak sahapabila
dia menjadi imam. Adapun orang yang tidak diwajibkan menghilangkan tatunya,
adalah sah sembahyangnya dan dia boleh menjadi imam.
(iii) Urusan Jenazah
Apabila orang yang diwajibkan menghilangkan tatunya itu meninggal dunia sebelum sempat dia menghilangkan tatunya, maka tidak wajib bahkan haram dihilangkan tatu mayat itu. Ini kerana bagi menjaga kehormatan mayat tersebut dan kerana
kewajipannya menghilangkan tatu itu bagi mengerjakan
sembahyang telahpun luput.
(iv) Kesaksian
Salah satu syarat saksi itu hendaklah mempunyai sifat al-‘adalah iaitu tidak fasiq. Orang yang fasiq itu adalah orang yang melakukan dosa-dosa besar atau berterusan melakukan dosa-dosa kecil. Oleh yang demikian, orang yang fasiq tidak
diterima persaksiannya melainkan setelah bertaubat menyesali perbuatannya itu.
(v) Wali nikah
Salah satu syarat wali nikah itu hendaklah juga mempunyai sifat al-‘adalah iaitu tidak fasiq. Oleh yang demikian, orang yang fasiq tidak sah menjadi wali nikah melainkan setelah bertaubat.

G6PD - Ubat Terlarang


Tengok gambar di atas memang menyelerakan. Tapi bagi aku sekeluarga, makanan ini adalah pantang larang. Ini kerana anak aku yang sulong...sangat alah dengan Kacang Parang.

G6PD (Glokosa – 6 – Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang te.rdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.G6PD berfungsi untuk jaga kestabilan membrane/ dinding sel darah merah supaya dapat hidup dalam jangkamasa tertentu..Bila pesakit ada kekurangan G6PD, sel darah merah menjadi terdedah untuk pecah/lysis terutama akibat kehadiran bahan bahan tertentu.

Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang selalunya dialami oleh bayi lelaki.Bayi G6PD ini juga boleh berhadapan keadaan dinamakan “acute hemolysis”, iaitu keadaan wujudnya sel darah merah pecah pada kuantiti terlalu banyak. Ini menyebabkan bayi itu berasa penat dan kelihatan pucat dengan tiba tiba. Simptom lain yang mungkin dialami adalah sakit perut, jaundis, kencing bertukar berwarna gelap dan sakit pinggang.

Keadaan ini berlaku disebabkan jangkitan, memakan kacang parang jenis “fava beans” ataupun memakan ubatan yang boleh meninggikan proses oksidasi. Bukan semua jenis jangkitan akan menyebabkan masalah itu. Sebaliknya jangkitan yang selalu dikaitkan dengan acute hemolysis adalah jangkitan oleh bakteria.

Banyak ubat-ubatan yang tidak dapat diambil oleh mereka yang mengalami masalah G6PD. Senarai ubatan ini panjang dan apa yang perlu dilakukan adalah selalu memberitahu doktor yang merawat anak mengenai masalah anak anda yang mengalami G6PD. Ini dapat mengelakkan mereka menggunakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan komplikasi.

Di antara ubat-ubatan yang boleh membawa komplikasi

Ubat-ubatan penyakit malaria dan antibiotik yang mengandungi kandungan sulfur. Selain daripada ubat, kacang parang jenis “fava beans “ juga boleh menyebabkan oksidasi sel darah merah. Selain itu juga komplikasi G6PD juga dikaitkan dengan penggunaan ubat serangga. Antara bahan yang patut dielak oleh seseorang kekurangan G6PD ialah, ubat tahan sakit seperti ponstan, ubat gegat, kacang parang, ubat ubat anti malaria dan juga antibiotik dari jenis Sulfonamide…dan beberapa ubat lain.

Anak yang kekurangan G6PD, penyakit ni bukanlah penyakit yang serius..cuma kita sebagai ibubapa harus mengambil langkah berhati-hati dalam faktor ubat-ubatan dan pemakanan anak-anak ini.

Paru-paru Berair

Semenjak dibangku sekolah rendah lagi, aku memang seorang pelajar yang aktif di dalam sukan. Pantang ada masa terluang aku akan menyertai semua sukan yang ada. Kebiasaannya, setelah penat dan bermandikan peluh.. aku akan mandi dan sememangnya orang yang aktif dalam sukan ni, kadar metabolisme mereka sememangnya tinggi. Sampaikan waktu malam pun aku mandi sebelum hendak tidur dan kadangkala tidur di lantai sahaja akibat kepanasan. Walaupun dinasihat dan dimarahi oleh ibu aku, aku buat endah tidak endah sahaja. Ikutkan kepala degil aku sahaja.

Tapi, apabila menjejak umur 30 tahun..satu2 penyakit aku hidapi... dari seorang yang aktif kini aku menpunyai penyakit asthma yang kronik. Setahun 4 kali aku akan diserang demam dan batuk yang teruk.... batuk yang kadangkala memakan masa 3 bulan untuk baik. Menyesal tidak berguna.... kadangkala aku terfikir, adakah ini gejala penyakit Paru-paru Berair. Naik seram aku mendengarnya.

Mengikut satu sumber...Paru-paru berair atau juga dikenali sebagai Pneumonia merujuk kepada semua jenis keadaan di mana air berkumpul dalam paru-paru. Ia berpunca dari pelbagai keadaan. Paru-paru berair merupakan sejenis penyakit radang raru-paru.[1] Biasanya, ia digambarkan sebagai radang parenchyma/alveolar paru-paru dan cecair memenuhi alveolar luar biasa. (alveoli merupakan sak mikroskopik dipenuhi udara dalam paru-paru yang bertanggungjawab bagi menyerap oksigen dalam atmosfera Bumi.) Paru-paru berair boleh berpunca dari pelbagai punca, termasuk jangkitan oleh bakteria, virus, fungi, atau parasit, dan kimia atau kecederaan fizikal kepada paru-paru. Puncanya juga boleh secara tidak rasmi digambarkan sebagai idiopathic—iaitu, tidak diketahui—apabila punca jangkitan telah disingkirkan.

Simptom biasa dikaitkan dengan paru-paru berair termasuk batuk, sakit dada, demam, dan sukar bernafas. Perkakasan diagnosis termasuk sinar-X dan pemeriksaan sputum. Rawatan bergantung kepada punca paru-paru berair

Punca batuk berlarutan

- Radang paru-paru (pneumonia)
- Penyakit tuberkulosis (TB) paru-paru
- Jangkitan kuman atipikal
- Jangkitan kulat di paru-paru
- Paru-paru bernanah
- Lelah (asma) yang belum dikenal pasti sebelumnya
- Penyakit Penyempitan saluran pernafasan yang kronik (COPD)
- Ketumbuhan (Kanser paru-paru, kerongkong atau bronki)
- Paru-paru berair disebabkan oleh kegagalan jantung
- Penyakit refluks gastroesofageal (GERD)

Jika batuk dan demam tidak dirawat pada peringkat awal, ia boleh mengakibatkan komplikasi seperti septisemia di mana kuman merebak ke dalam saluran darah.
Pesakit juga akan mengalami kegagalan fungsi pernafasan, kegagalan organ-organ lain seperti buah pinggang, jantung dan hati sehingga boleh membawa maut.

Oleh itu, adalah penting, jika mengalami batuk dan demam yang berlarutan segeralah berjumpa dengan pakar perubatan untuk mendapatkan rawatan.
Amalan membeli ubat batuk dari kedai ubat atau farmasi tanpa mendapat nasihat daripada pengamal perubatan boleh memudaratkan keadaan.

Pencegahan

Kebanyakan punca batuk dan demam adalah disebabkan oleh jangkitan kuman sama ada kuman virus atau bakteria yang merebak melalui udara.

Contohnya, apabila seseorang penghidap jangkitan paru-paru batuk atau meludah di tempat-tempat awam, dia akan batuk keluar kuman ke udara dalam bentuk titisan air liur.
Titisan ini kemudiannya akan dihidu oleh orang lain yang berada di sekitarnya dan berpotensi untuk menjangkiti kuman tadi.

Oleh itu adalah menjadi amalan yang baik bila kita mempunyai jangkitan saluran pernafasan agar tidak meludah merata-rata, jangan pergi ke kawasan keramaian serta, menutup mulut dan hidung bila batuk di kawasan awam.Begitu juga jika ada sesuatu wabak berlaku, orang awam tidak digalakkan pergi ke kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.

Ada vaksin yang boleh diambil untuk mencegah kita daripada dijangkiti oleh kuman virus tertentu seperti vaksin pneumokokus yang disyorkan kepada bakal-bakal jemaah haji.

18 Ogos 2011.....Ibu Oh Ibu

Hancur luluh perasaanku bila dikabarkan ibu kesayangan aku menghidapi sakit yang kronik... 50%..dibulan yang mulia ini. Ya Allah hanya Kau yang mengetahui betapa sedihnya dan kecewanya aku. Demi untuk ibu dan sebagai anak yang sulong aku tabahkan hatiku ini. Ibu yang bersusah payah mengandung dan melahirkan aku ke dunia ini. Membesarkan aku dan adik tanpa keringat seorang suami... memenuhi segala kehendak dan keperluan kami... ibu banyak merana demi kami adik beradik. Tak tergambar kesedihan aku ni... orang nampak aku gembira... tapi hati ini sentiasa mengenangkan nasib ibu...kenapa ibu diduga dengan dugaan yang begitu besar dan membebankan. Setelah ayah mencari insan yang lain... ibu mencurahkan segala kasih sayangnya kepada anak-anak. Dunia ibu hanyalah aku dan adik aku. Ibu sanggup tidak berkahwin lain demi kami adik beradik.

Banyak lagi pengorbanan ibu yang belum aku dan adik tunaikan...takkan habis jasa ibu terhadap kami... sehingga di akhir nyawa kami. Tanpa pengorbanan dan doa ibu..aku dan adik aku takkan mampu menjejakkan kaki ke menara gading dan memegang jawatan yang kukuh. Ya Allah....Kau tabahkan hati aku dan adik...berilah kami kekuatan untuk menghadapi semua ini...Kau kurniakanlah kekuatan dan ketabahan pada ibuku...di dunia ini... hanya ibu, adik, suami dan anak-anak yang kami ada. Ibu sebatang kara... tiada ayah dan mak untuk menumpang kasih...

Aku berjanji pada diri aku... aku akan cuba membahagia dan menyenangkan hati ibu.

Kasihnya Ibu

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia

Nuzul Al Quran

Hari ni 17 Ogos 2011 (Rabu) kebanyakkan negeri bercuti sempena peristiwa Nuzul Al-Quran. Johor tidak mengambil cuti sempena peristiwa ini...kerana Johor telah mengambil Cuti Awal Ramadhan. Sebut pasal Nuzul Al Quran memang le senang...tapi adakah kita faham maksud sebenar di sebalik Peristiwa Nuzul Al Quran ini? Aku pun tau sikit-sikit ajer... so aku meringankan tangan ini untuk mencari maklumat dengan lebih mendalam lagi. So aku terjumpa satu artikel dan info yang aku rasa amat mendalam dan bermakna.

Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

Sejarah al-Quran: Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.

Proses Penurunan al-Quran: Al-Quran diturunkan beransur-ansur dalam masa 23 tahun.13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Kehebatan al-Quran:

1. Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)

2. Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.

3. Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.

4. Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23).

5. Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw.

6. Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam kekal terpelihara hingga kiamat.

7. Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)2

8. Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”

Tuntutan al-Quran: Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya.
1)Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
2)Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
3)Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.

Peringatan kepada semua:
1)Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan.
2)Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
3)Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
4)Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
5)Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).

Sumber : Dr. Abdul Rahman Abdullah, Atase Pendidikan, MSD Washington DC.
http://www.msdwdc.org/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=131:nuzul-al-quran

Tarikh Pembayaran Bonus 2011 Penjawat Awam

Semua sedia maklum..semua kakitangan awam memperolehi bonus setengah bulan gaji atau minimum Rm500. Perdana Menteri mengumumkan berita baik itu pada 8 Ogos 2011. Alhamdullillah... ada juga bantuan yang boleh digunakan untuk menghadapi Hari Raya yang bakal menjelma.

Tarikh pembayaran bonus yang dikabarkan ialah 15 Ogos 2011 (Isnin). Sumber ini aku perolehi dari salah seorang sumber yang boleh dipercayai. Dah masuk bonus tu...berjimat2 le yea kawan-kawan semua...dan jangan lupa mensyukuri nikmat Allah SWT berikan...dan jangan lupa kepada mereka yang memerlukan.

Keracunan Makanan


Berita Harian : Murid mati makan juadah berbuka
Oleh Norrasyidah Arshad

2011/08/10

Enam turut alami muntah, cirit birit (http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Muridmatimakanjuadahberbuka/Article)

Takziah diucapkan kepada keluarga Nurdini Mohamad Ali yang meninggal dunia selepas berbuka puasa dipercayai keracunan makanan. Perkara ini juga terjadi kepada aku, 2 hari yang lepas...selepas berbuka puasa...perut dan tekak menjadi tidak selesa. Simptom muntah, pening kepala, perut sakit semuanya ada... gara-gara pertama kali membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadhan... Roti John dan Mee Hon Goreng sahaja... penyebab aku keracunan makanan. Satu malam tidak tidur. Aku bukan nak salahkan sesiapa, tetapi sebagai peniaga faktor kebersihan perlu dititik beratkan terutamanya peniaga makanan...ini kerana ia melibatkan faktor keselamatan dan nyawa seseorang individu.

Menurut Gaman dan Sherington (1996 : 255-256) yang mengatakan bahwa keracunan makanan adalah gejala yang disebabkan makanan yang beracun atau dihingapi bakteri atau mikroorganisme. Gejala yang paling umum adalah sakit perut, pusing, muntah dan sebagainya.

Faktor-faktor keracunan makanan
1. kaedah penyediaan makanan yang tidak mementingkan kebersihan
2. keadaan persekitaran yang kotor
3. makanan tidak bertutup: – dihinggapi lalat
4. kurangnya kesedaran dalam kalangan masyarakat
5. pengusaha lebih mengutamakan keuntungan
6. kurangnya pemantauan oleh pihak berwajib