Asmaaul Husna ( اسماء الله الحسنى)

  Download this mp3 from Beemp3.com

Solat Sunat Terawih


Setiap tahun, kita umat Islam berpuasa di bulan Ramadan yang mulia dan selama itulah
juga kita dapati di mana-mana saja dalam kelompok masyarakat Islam di Malaysia
memeriahkan malam-malam di bulan yang mulia ini dengan ibadat sembahyang sunat
tarawih, sunat witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan. Marilah kita bersama-sama menghidup dan memeriahkan malam-malam yang mulia dengan tujuan
mencapai keredhaan Allah dan kelebihan beribadat di malam “Lailatul Qadr” seperti
yang jelas dari firman Allah S.W.T. pada ayat 3, surah al-Qadr yang bermaksud: “Malam
Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan yang lain”
dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. di dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh Muslim yangbermaksud: “Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan
Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segaladosanya yang telah lalu”,


Solat Sunat Tarawih ialah solat pada malam bulan Ramadhan. Nama sebenarnya, seperti yang disebut oleh hadis sahih, ialah solat Ramadhan (Qiyam Ramadhan). Solat sunat terawih ialah solat sunat muakkad berjamaah..antaranya ialah Solat Sunat Hari Raya, Solat Sunat Khusuf dan Kusuf, Solat Sunat Istisqa’.Bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat dan diberikan hikmat, antaranya ialah malam diturunkan Quran dan “lailatul qadar”. Solat tarawih dapat menghapuskan segala dosa yang dilakukan oleh seseorang.

Tujuan solat terawih ialah untuk mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa, disamping memberikan keikhlasan dan ketenangan kepada orang yang sembahyang, khususnya orang yang berumur. Solat ini digalakkan sebagai cara untuk menghidupkan malam bulan Ramadhan. Nabi menggalakkan orang qiyam Ramadhan, tanpa menjadikannya wajib. Baginda bersabda: “Siapa yang qiyam Ramadhan dengan beriman dan cermat(ihtisaban)(2) akan diampuni dosanya yang lalu.” (Riwayat Jamaah)(3)

Cara-cara mengerjakan Solat Terawih ialah :-
Solat sunat tarawih atau qiyam Ramadhan dilakukan selepas solat Isya. Jumlah rakaatnya berbeza-beza antara lapan, dua puluh, tiga puluh dan sebagainya.Solat tarawih dilakukan dengan setiap dua rakaat satu salam. Selepas membaca bacaan wajib iaitu Fatihah, sunat membaca sebarang ayat atau surah daripada Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat. Tidak ada hadis Nabi tentang bacaan surah ini. Sekiranya solat sendirian di rumah, maka bolehlah membaca surah panjang atau ayat Quran sebanyak-banyaknya. Namun sekiranya berjamaah di masjid umum, maka pendapat yang terpilih ialah bacaan imam haruslah ringkas, yang terdiri lima atau enam ayat untuk satu rakaat.

Lafaz niat:

أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
Niat dihati: “Sahaja saya solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”


Rukun Sembahyang Sunat Tarawih
Rukun sembahyang sunat tarawih ini samalah dengan rukun sembahyang yang lain
juga

Rujukan lengkap Panduan Sembahyang Sunat Terawih oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia http:www.jpnns.gov.my

Kaum wanita dibolehkan keluar dari rumah mereka apabila ada keperluan yang sangat mendesak, demikian juga diharuskan bagi mereka pergi ke masjid, asalkan mereka menutup aurat dengan sempurna, tidak memakai wangi-wangian dan tidak memakai perhiasan yang menimbulkan suara gemerincing. Meskipun wanita diharuskan pergi ke masjid, namun Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka melaksanakan solat di rumah-rumah mereka. Rasulullah SAW tidak melarang para wanita pergi ke masjid seperti untuk menuntut ilmu fardu ain (sekiranya suami tidak mampu mengajar……..?), atau wanita-wanita tua yang sudah kurang urusan di rumahnya. Bagi kaum ibu pula, pastikan urusan rumah telah beres dan anak-anak yang ditinggalkan pula selamat (seperti anda mempunyai anak dara dan teruna – pastikan mereka menjaga ibadah solat sepeninggalan anda dan tidak mengundang berlakunya sumbang mahram sepanjang ketiadaan anda.) Bagaimana pula makan pakai suami ?

Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya lebih kurang, “Jihaadukunna fii baitikunna – jihad kamu wahai kaum wanita adalah di dalam rumahtangga kamu”