Asmaaul Husna ( اسماء الله الحسنى)

  Download this mp3 from Beemp3.com

Tip Mendidik Anak Berpuasa

Alhamdullillah... hari ini semua umat Islam di seluruh dunia ini diberi kesempatan untuk menunaikan Rukun Islam yang Ketiga...berpuasa selama sebulan. Bukan semua manusia di dunia ini diberi kesempatan untuk menunaikan ibadat yang mulia ini. Seharusnya, kita yang berpeluang untuk berpuasa pada tahun ini..berlumba-lumba untuk mencari seberapa banyak keredhaan, kemuliaan dan pahala pada tahun ini. Kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita untuk menunaikan puasa ini harus diambil peluang untuk memperbaiki sifat rohani dan insaniah serta menghapuskan dosa-dosa yang telah dibuat.

Bagi mereka yang telah berkahwin dan mempunyai anak-anak kecil, pasti memeningkan kepala untuk mencari jalan atau alternatif untuk menggalakkan anak-anak mereka untuk menunaikan Rukun Islam Ketiga ini. Masalah ini juga dialami oleh aku ketika ingin mengajar kedua-dua anak aku untuk berpuasa. Anak-anak aku Haziq dan Nasyrah mula berpuasa penuh ketika 5 Tahun. Yang membanggakan aku, seawal usia 4 Tahun...si abang berpuasa selama 27 hari dan siadik 28 hari gara-gara sekeping roti canai. Aku ingin berkongsi serba sedikit tips atau cara yang diamalkan oleh aku.

1) Amalan puasa sebelum Bulan Ramadhan - aku sering berpuasa sunat mahupun ganti. Apabila anak-anak bertanya, aku akan cakap "Mama Berpuasa Pada Hari Ini". Maka secara tidak langsung, perkataan berpuasa sering didengari oleh anak aku...dan mengikut psikologi pendidikan...apabila anak-anak kecil sering dibiasakan dengan sesuatu perkataan atau perbuatan, ia akan meresap di dalam jiwa anak-anak tersebut. Maka tidak hairanlah, anak-anak aku juga sering ingin mengikuti aku mengerjakan puasa sunat. Alhamdullillah....

2) Bercerita kebaikan Bulan Ramadhan - Anak-anak kecil cukup suka dan berminat dengan cerita-cerita samada Kisah Benar atau Kisah Dongeng. Aku akan bercerita dengan anak-anak aku tentang kebaikan bulan ini dan kepentingan dan manfaat serta keistimewaan orang yang berpuasa. ANak-anak akan berminat. Pastikan keistimewaan bulan ini, diceritakan sebelum bulan puasa.

3) Ketegasan ketika Berpuasa - Aku cukup tegas ketika berpuasa. Ini mungkin disebabkan oleh didikan ibu aku ketika aku kecil-kecil dahulu. Oleh kerana, puasa merupakan Rukun Islam yang wajib ditunaikan kecuali orang-orang yang uzur dari kesihatan atau masalah-masalah lain, maka tiada diskaun dalam hidup aku. Aku menggalakkan anak-anak aku berpuasa penuh.Amalan wajib bagi aku tiada istilah diskaun. Disini ibubapa harus tegas dalam mendidik anak-anak. Sekiranya anak-anak tidak diajar dan diberi ketegasan, maka tidak hairanlah apabila dewasa kelak, anak-anak akan menganggap perkara berpuasa ini amalan remeh temeh.

4) Mencukupi - Ibubapa yang ingin melatih anak-anak berpuasa harus menyediakan makanan yang mencukupi ketika bersahur. Pastikan anak-anak makan dan minum yangs ecukupnya. Digalakkan bersahur ketika hampir waktu Imsak bagi anak-anak yang baru belajar untuk berpuasa. Ketika sahur, galakkan anak-anak makan dan minum dengan banyak bagi tujuan pemberian tenaga. Inyaallah..anak-anak akan berpuasa penuh.

5) Ganjaran - Bagi anak-anak yang baru bermula puasa dan yang telah berpuasa. sebagai ibubapa kita boleh memberi ganjaran kepada anak-anak ini. Sedangkan manusia mengerjakan ibadah puasa ini berlumba-lumba memperolehi ganjaran yang Allah SWT janjikan kepada kita.

6) Kurangkan aktiviti Luar - Ibubapa semua sedia maklum, anak-anak memang lincah dan sangat aktif. Nasihatkan anak-anak agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti luar dan memperbanyakkan aktiviti dalaman. Anak-anak boleh menonton rancangan kartun, membaca dan memain permainan di dalam rumah.

Insyaallah..sekiranya kita sebagai ibubapa mempunyai niat dan maksud yang baik, Insyaallah, Allah SWT akan memakbulkan impian kita ke arah mendidik generasi akan datang betapa pentingnya puasa.