Asmaaul Husna ( اسماء الله الحسنى)

  Download this mp3 from Beemp3.com

Kucing ??




Kucing itu kotor..berak bersepah-sepah...membawa penyakit.. itu le persepsi sesetengah masyarakat terhadap binatang kesayangan Rasullah dan manusia ini. Meh sini.... kawan nak berkongsi sedikit maklumat :-


Menarik, penuh enigma, bijak, comel,manja dan menghiburkan. Kucing merupakan haiwan yang ternyata berlainan dalam alam haiwan. Ia seharusnya disanjung dan dikagumi sebab ia seolah diberkati kuasa luar biasa !

Sains masa kini berjaya menyingkap sesetengah misteri yang menyelubungi haiwan ini. Kajian membuktikan kucing yang kita sayangi dan hargai sebagai teman sebenarnya mendatangkan manfaat yang besar kepada manusia.

* Kucing merupakan teman hebat dan ia kini dijadikan mod terapi, khususnya untuk warga tua dan warga cacat.

* Kanak-kanak yang membesar bersama kucing biasanya lebih berjaya dalam kerjaya dan perhubungan mereka dewasa kelak.

* Kajian di Amerika Syarikat mendapati bahawa 94% daripada ketua eksekutif pernah memiliki haiwan peliharaan semasa kecil dan kanak-kanak yang mempunyai haiwan peliharaan lebih memahami konsep keprihatinan, perkongsian, tanggungjawab dan kasih sayang. Mereka juga lebih berjaya menjalinkan hubungan yang mesra sebagai orang dewasa.

* Aksi membelai kucing telah terbukti berkesan menurunkan tekanan darah. Hasil tinjauan di Australia membuktikan memiliki haiwan peliharaan sama berkesan menurunkan tekanan darah seperti mengurangkan minuman beralkohol atau mengambil kurang
garam.

* Pemilik haiwan peliharaan mempunyai tahap kolestrol darah yang lebih rendah, purata 2% lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.

* Pemilik haiwan peliharaan menanggung risiko penyakit jantung yang jauh lebih rendah berbanding mereka tanpa haiwan peliharaan.

* Memiliki haiwan peliharaan dapat membantu proses pemulihan pesakit daripada serangan penyakit jantung.

Pemilik haiwan peliharaan kurang diserang masalah seperti batuk, selesema, sakit kepala dan sakit belakang.

* Pemilik kucing didapati mempunyai kesihatan psikologi yang lebih baik daripada bukan pemilik kucing. Kucing memberi tuannya sokongan emosi khas dan merupakan teman yang hebat sambil menjauhkan gejala kemurungan keseorangan, kecemasan dan lain-lain.

Kucing sesungguhnya baik untuk kita. Ia menyerlahkan kesihatan dan merupakan teman sejati selain membekalkan anak-anak kita dengan keyakinan dan tanggungjawab agar mereka membesar menjadi orang dewasa yang riang dan seimbang

Kunci Kereta

Kejadian ni baru ajer terjadi... jam 5.50 petang. Aku bersiap sedia untuk mengambil anak di sekolah... cari punya cari kunci... tak jumpa. Akhir sekali...jalan terakhir..aku lihat di dalam kereta. Sah kunci kereta tertinggal di dalam... uwaaaa... anak-anak aku siapa nak jemput. Kunci pendua...aku cari tak jumpa jumpa. Kunci ni..time kita memerlukan time tu le....tak der...time diperlukan... langsung x jumpa.

Aku risau betul... dah le anak aku balik pukul 6.30.... husband aku keluar dari kilang pukul 6.15... dari bandar seri alam ke pulai indah.... memang konpirm x sempat. Aku doa.. anak-anak aku jangan jalan kemana-mana? Duduk sahaja di situ.....menunggu ayahnya datang.

Bila berlaku macam ni... time ni le aku terfikir untuk membeli motor....di saat kecemasan ada gak...kenderaan sebagai galang gantinya.

Sehati Sejiwa



Baru-baru ni genap ler usia perkahwinan aku dan husband 10 tahun...pejam celik ajer... dan birthday husband aku yang ke 37 tahun...so kitaorang planning nak beli sesuatu yang sama...plan punya plan..akhirnya...kitaorang beli handphone yang sama dengan no yang hampir sama...lambang ikatan kasih sayang selama 10 tahun....semoga berkekalan hingga ke syurga..AMIN. Apa yang kitaorg beli...HandPhone Nokia 5800 Music Express... mula2 nak cuba i-phone..tapi husband aku x suka... no... 012---0773 dan 012---0774. Cantekkan?

Lagi satu senang..anak-anak aku x berebut. Kira orait le tepon ni... semua ada..GPRS, Internet, Facebook, Youtube... boleh dikategorikan sebagai Smart Phone

Ketua Guru Bertugas Mingguan

Minggu ini..minggu yang memberi tekanan kepada aku...apa taknya...aku Jadi Ketua Guru Bertugas Mingguan...bawah aku ada le 5 orang cikgu yang membantu.

Alhamdullillah... hari ni hujan lebat selebatnya... so x ade le Perhimpunan Rasmi hari ini..yahooo... tapi nak handle bebudak ni terus masuk kelas... alahai..boleh sakit jantung pagi-pagi. Nasib baik ada bebrapa orang cikgu lelaki datang membantu...senang skit kerja aku ni hah...

Rehat kena pastikan bebudak ni makan mengikut masa yang ditetapkan, letak pinggan dan cawan ditempat yang disediakan... tapi masih ada lagi yang tak paham bahasa....tinggalkan ajer....

Waktu balik kena pastikan bebudak ni balik dengan selamat....aduhai. Kena buat report lagi....apa2 pun itu dah tugas kita...buatkan ajer le....

Nifsu Syaaban


Assalamualaikum w.b.t...


Untuk makluman…sekadar ingat & mengingatkan..!
Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.Julai 2010) malam Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), dimana bermulanya 15 Sya'aban 1431H.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib(15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman &
pohonlah segala yang baik dan munafaat.

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa Nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah al-Ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof d ida lam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw)
: pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berz ina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Oh Belanda Oh Sepanyol...argentina




Kemuncak Piala Dunia 2010 hampir melabuhkan tirainya.. Selamat tinggal...

Pasukan aku...Belanda, Sepanyol dan Argentina. Argentina awal-awal sudah megucapkan selamat tinggal.... tinggal Belanda dan Sepanyol yang akan beraksi di perlawanan akhir.. Dalam dilema aku... dua2 aku sokong. Apa2 pun aku cukup bangga dengan pencapaian ketiga-tiga pasukan ini.

Sedeh memang le bila Argentina kalah...tapi Piala Dunia 2010 tetap hebat dan banyak aku pelajari dari sudut pengetahuan ( terutamanya sign languange )