Asmaaul Husna ( اسماء الله الحسنى)

  Download this mp3 from Beemp3.com

Lailatul Qadar

Dalam surah Al-Qadr menegaskan bawah Al-Quran diturun sepenuhnya dari Luh Mahfuz atau Langit Tertinggi le Langit Dunia iaitu Baitul Izzah pada Malam Lailatul Qadar.

Umat Islam di seluruh dunia menanti-nantikan kedatangan Malam Lailatul Qadar. 10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Subhanaallah betapa mulianya Malam Lailatul Qadar ini. Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah.

1) Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

2) bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain

3) bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Antara sebab-sebab Allah mengadakan Malam Lailatul Qadar
1) Allah SWT Taala yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, amat menyayangi hamba-Nya yang taat beribadat kepada-Nya, ia tidak lain adalah untuk menganugerahkan kepadanya pahala-pahal yang banyak, supaya dengannya dia akan dapat masuk syurga.

2) Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.

3)malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan.

Ramadhan 1431

1 Ogos 2011 merupakan hari pertama umat Islam diseluruh dunia berpuasa. Bagi yang menunggu kedatangan bulan yang penuh mulia, penghargaan dan kenikmati dirasai. Namun masaih ada lagi segelintir manusia yang tidka berpuasa...terutamanya lelaki dewasa. Sewaktu aku menuntut perguruan di Batu Pahat 4 tahun yang lepas... kebanyakkan pekerja kilang terutamanya lelaki dengan tidak segan silu makan tengahari dan pagi digerai-gerai tepi jalan berdekatan dengan kilang sekitar Parit Raja. Kedai-kedai ini pun satu, dah le bukak berniaga waktu pagi...dah tau orang Islam berpuasa jangan dijual makanan kepada orang Islam. Secara langsung dan tidak langsung..kita berkongsi dosa akibat orang yang tidak berpuasa... dah le berpuasa...merokok dengan bangganya... tidak tahu malu dengan orang yang berpuasa.

Satu lagi pengalaman yang aku alami ialah...ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari Batu Pahat. Aku memandu kereta di highway sekitar Sedenak dan Simpang Renggam...sedang asyik memandu...tiba-tiba singgah bungkusan air plastik yang masih lagi berisi air batu di cermin kereta aku. Geram tak geram... aku memintas lori yang sungguh biadap. Ku lihat..pemandunya seorang lelaki melayu siap berkopian bersama dengan pembantunya.

Sedangkan anak-anak kecil sungguh excited untuk berpuasa dan mampu berpuasa...takkan le kita yang dewasa ni yang dikurniakan dengan kudrat yang banyak tidak mampu menahan dugaan ketika bulan puasa. Ibu-ibu yang sarat mengandung juga mampu untuk berpuasa. Aku yang mengandungkan anak kedua aku 7 tahun lepas juga mampu untuk berpuasa selama sebulan...walaupun anak aku dijangkakan lahir pada Hari Raya Kedua. Bagi yang dewasa... tunjukkanlah contoh yang terbaik kepada generasi-generasi akan datang....

Apa agaknya hukuman bagi mereka yang tidak berpuasa? Bagi aku... penggunaan kaedah Van Jenazah bagi mengangkut individu yang tidak berpuasa adalah baik, pengenaan denda dan hukuman juga boleh dipertimbangkan.... dan bagi mereka yang masih berbuat demikian... letakkan sahaja di Bilik Mayat....sebagai hukuman. Pokok pangkalnya..seberapa banyak bentuk hukuman yang dikenakan dan diperkenalkan... jika individu itu tidak mempunyai iktikad dan keazaman serta tanggungjawab terhadap Islam, perkara tidak berpuasa masih terjadi. SELAMAT BERPUASA

Tip Mendidik Anak Berpuasa

Alhamdullillah... hari ini semua umat Islam di seluruh dunia ini diberi kesempatan untuk menunaikan Rukun Islam yang Ketiga...berpuasa selama sebulan. Bukan semua manusia di dunia ini diberi kesempatan untuk menunaikan ibadat yang mulia ini. Seharusnya, kita yang berpeluang untuk berpuasa pada tahun ini..berlumba-lumba untuk mencari seberapa banyak keredhaan, kemuliaan dan pahala pada tahun ini. Kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita untuk menunaikan puasa ini harus diambil peluang untuk memperbaiki sifat rohani dan insaniah serta menghapuskan dosa-dosa yang telah dibuat.

Bagi mereka yang telah berkahwin dan mempunyai anak-anak kecil, pasti memeningkan kepala untuk mencari jalan atau alternatif untuk menggalakkan anak-anak mereka untuk menunaikan Rukun Islam Ketiga ini. Masalah ini juga dialami oleh aku ketika ingin mengajar kedua-dua anak aku untuk berpuasa. Anak-anak aku Haziq dan Nasyrah mula berpuasa penuh ketika 5 Tahun. Yang membanggakan aku, seawal usia 4 Tahun...si abang berpuasa selama 27 hari dan siadik 28 hari gara-gara sekeping roti canai. Aku ingin berkongsi serba sedikit tips atau cara yang diamalkan oleh aku.

1) Amalan puasa sebelum Bulan Ramadhan - aku sering berpuasa sunat mahupun ganti. Apabila anak-anak bertanya, aku akan cakap "Mama Berpuasa Pada Hari Ini". Maka secara tidak langsung, perkataan berpuasa sering didengari oleh anak aku...dan mengikut psikologi pendidikan...apabila anak-anak kecil sering dibiasakan dengan sesuatu perkataan atau perbuatan, ia akan meresap di dalam jiwa anak-anak tersebut. Maka tidak hairanlah, anak-anak aku juga sering ingin mengikuti aku mengerjakan puasa sunat. Alhamdullillah....

2) Bercerita kebaikan Bulan Ramadhan - Anak-anak kecil cukup suka dan berminat dengan cerita-cerita samada Kisah Benar atau Kisah Dongeng. Aku akan bercerita dengan anak-anak aku tentang kebaikan bulan ini dan kepentingan dan manfaat serta keistimewaan orang yang berpuasa. ANak-anak akan berminat. Pastikan keistimewaan bulan ini, diceritakan sebelum bulan puasa.

3) Ketegasan ketika Berpuasa - Aku cukup tegas ketika berpuasa. Ini mungkin disebabkan oleh didikan ibu aku ketika aku kecil-kecil dahulu. Oleh kerana, puasa merupakan Rukun Islam yang wajib ditunaikan kecuali orang-orang yang uzur dari kesihatan atau masalah-masalah lain, maka tiada diskaun dalam hidup aku. Aku menggalakkan anak-anak aku berpuasa penuh.Amalan wajib bagi aku tiada istilah diskaun. Disini ibubapa harus tegas dalam mendidik anak-anak. Sekiranya anak-anak tidak diajar dan diberi ketegasan, maka tidak hairanlah apabila dewasa kelak, anak-anak akan menganggap perkara berpuasa ini amalan remeh temeh.

4) Mencukupi - Ibubapa yang ingin melatih anak-anak berpuasa harus menyediakan makanan yang mencukupi ketika bersahur. Pastikan anak-anak makan dan minum yangs ecukupnya. Digalakkan bersahur ketika hampir waktu Imsak bagi anak-anak yang baru belajar untuk berpuasa. Ketika sahur, galakkan anak-anak makan dan minum dengan banyak bagi tujuan pemberian tenaga. Inyaallah..anak-anak akan berpuasa penuh.

5) Ganjaran - Bagi anak-anak yang baru bermula puasa dan yang telah berpuasa. sebagai ibubapa kita boleh memberi ganjaran kepada anak-anak ini. Sedangkan manusia mengerjakan ibadah puasa ini berlumba-lumba memperolehi ganjaran yang Allah SWT janjikan kepada kita.

6) Kurangkan aktiviti Luar - Ibubapa semua sedia maklum, anak-anak memang lincah dan sangat aktif. Nasihatkan anak-anak agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti luar dan memperbanyakkan aktiviti dalaman. Anak-anak boleh menonton rancangan kartun, membaca dan memain permainan di dalam rumah.

Insyaallah..sekiranya kita sebagai ibubapa mempunyai niat dan maksud yang baik, Insyaallah, Allah SWT akan memakbulkan impian kita ke arah mendidik generasi akan datang betapa pentingnya puasa.

Sakit Kepala

Cuaca yang terlalu panas semenjak 2 minggu ini..menyebabkan aku sering mengalami sakit kepala yang teruk. Rasa macam nak tercabut kepala...dan urat tengkuk putus. Apakah punca sebenar penyakit kepala ini. Kalau bab sakit kepala ni..aku memang kalah..boleh menangis dibuatnya....memang tak tertahan.

Sakit kepala ialah rasa sakit dalam kepala. Ia merupakan masalah kesihatan yang paling lazim berlaku dan paling banyak jenisnya. Terdapat 4 jenis sakit kepala aitu sakit kepala akibat tekanan, sakit kepala akibat migrain, sakit kepala akibat Arteritis Temporal dan sakit kepala akibat keradangan sinus.

Sakit kepala akibat ketegangan ialah sejenis sakit kepala yang biasanya dirasai dibelakang kepala dan leher dan biasanya tidak terhad pada sebelah bahagian sahaja. Sakit mungkin berlarutan selama beberapa hari sehingga beberapa minggu dengan masa lega yang singkat di antara serangan. Walau bagaimanapun tahap keterukkannya mungkin berubah-ubah. Menyerang pada bila-bila masa. Kesakitannya selalu digambarkan seperti satu ikatan kuat yang menekan, tetapi jarang sekali berdenyut-denyut dan tidak pernah disertai dengan demam.

Manakala Sakit Kepala Migrain berlaku apabila saluran darah di kepala menutup
terlalu ketat atau membuka terlalu luas. Sakit dirasai disebelah bahagian sahaja pada satusatu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala. Sakitnyaberdenyutdenyut dan selalunya berlaku secara perlahanlahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam
atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jam atau lebih lama. Sakit mungkin menyerang sekali dalam maasa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung tiada untuk beberapa bulan, Migrain biasanya berlarutan selaman beberapa jam tetapi
jarang melebihi satu atau dua hari. Sakit mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alcohol, atau sesetengah jenis makanan seperti coklat dan seringkali disertai rasa loya dan muntah muntah. Tidur dapat melegakan sakit kepala jenis ini. Sakit ini juga berlaku semasa haid. Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap
migrain juga merupakan faktor penyumbang.

Faktor-faktor Lain yang Menyebabkan Sakit Kepala
⇒ Demam selesema yang biasa, influenza.
⇒ Demam yang disebabkan virus
⇒ Terlalu sedikit atau terlalu banyak tidur
⇒ Makanan seperti pemanis tiruan, pisang, minuman beralkohol, kopi, the, daging yang telah diawet dan monosodium glutamate
⇒ Kecederaan pada kepala / posttraumatic
⇒ Berlaku jangkitan di kepala atau leher
⇒ Pendedahan terhadap bahan kimia atau pencemaran
⇒ Keracunan
⇒ Kesan-kesan sampinagn daripada ubat-ubatan seperti Indomethacin, nitrat dan agen vasodilasi (agen yang menyebabkan salur darah menjadi lebih besar)
⇒ Perubahan hormon contohnya sindrom sebelum haid (PMS)
⇒ Tekanan
⇒ Gigi bernanah
⇒ Kesan-kesan akibat berhenti mengambil kopi, ubat-ubatan simpatomimetik atau ubatubatan lain
⇒ Kesan akibat berhenti daripada mengambil dadah jalanan.
⇒ Pengambilan alkohol yang melampau

Penjagaan Sendiri untuk Mengawal Sakit Kepala
. Cari penyebab atau pencetus sakit kepala anda dan
cuba elakkannya.
• Elakkan daripada mengambil makanan dan minuma yang boleh menyebabkan sakit kepala
• Minta bantuan seseorang untuk mengurut otot-otot
yang tegang.
• Makan ubat penahan sakit seperti Acetaminophen, ibuprofen atau aspirin untuk mengurangkan sakit kepala anda .Berehat dengan menutup mata dan menarik nafas
panjang-panjang dengan perlahan-lahan
• Mandi
• Tutup mata anda dengan kain
basah

Solat Sunat Terawih


Setiap tahun, kita umat Islam berpuasa di bulan Ramadan yang mulia dan selama itulah
juga kita dapati di mana-mana saja dalam kelompok masyarakat Islam di Malaysia
memeriahkan malam-malam di bulan yang mulia ini dengan ibadat sembahyang sunat
tarawih, sunat witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan. Marilah kita bersama-sama menghidup dan memeriahkan malam-malam yang mulia dengan tujuan
mencapai keredhaan Allah dan kelebihan beribadat di malam “Lailatul Qadr” seperti
yang jelas dari firman Allah S.W.T. pada ayat 3, surah al-Qadr yang bermaksud: “Malam
Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan yang lain”
dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. di dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh Muslim yangbermaksud: “Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan
Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segaladosanya yang telah lalu”,


Solat Sunat Tarawih ialah solat pada malam bulan Ramadhan. Nama sebenarnya, seperti yang disebut oleh hadis sahih, ialah solat Ramadhan (Qiyam Ramadhan). Solat sunat terawih ialah solat sunat muakkad berjamaah..antaranya ialah Solat Sunat Hari Raya, Solat Sunat Khusuf dan Kusuf, Solat Sunat Istisqa’.Bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat dan diberikan hikmat, antaranya ialah malam diturunkan Quran dan “lailatul qadar”. Solat tarawih dapat menghapuskan segala dosa yang dilakukan oleh seseorang.

Tujuan solat terawih ialah untuk mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa, disamping memberikan keikhlasan dan ketenangan kepada orang yang sembahyang, khususnya orang yang berumur. Solat ini digalakkan sebagai cara untuk menghidupkan malam bulan Ramadhan. Nabi menggalakkan orang qiyam Ramadhan, tanpa menjadikannya wajib. Baginda bersabda: “Siapa yang qiyam Ramadhan dengan beriman dan cermat(ihtisaban)(2) akan diampuni dosanya yang lalu.” (Riwayat Jamaah)(3)

Cara-cara mengerjakan Solat Terawih ialah :-
Solat sunat tarawih atau qiyam Ramadhan dilakukan selepas solat Isya. Jumlah rakaatnya berbeza-beza antara lapan, dua puluh, tiga puluh dan sebagainya.Solat tarawih dilakukan dengan setiap dua rakaat satu salam. Selepas membaca bacaan wajib iaitu Fatihah, sunat membaca sebarang ayat atau surah daripada Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat. Tidak ada hadis Nabi tentang bacaan surah ini. Sekiranya solat sendirian di rumah, maka bolehlah membaca surah panjang atau ayat Quran sebanyak-banyaknya. Namun sekiranya berjamaah di masjid umum, maka pendapat yang terpilih ialah bacaan imam haruslah ringkas, yang terdiri lima atau enam ayat untuk satu rakaat.

Lafaz niat:

أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
Niat dihati: “Sahaja saya solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”


Rukun Sembahyang Sunat Tarawih
Rukun sembahyang sunat tarawih ini samalah dengan rukun sembahyang yang lain
juga

Rujukan lengkap Panduan Sembahyang Sunat Terawih oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia http:www.jpnns.gov.my

Kaum wanita dibolehkan keluar dari rumah mereka apabila ada keperluan yang sangat mendesak, demikian juga diharuskan bagi mereka pergi ke masjid, asalkan mereka menutup aurat dengan sempurna, tidak memakai wangi-wangian dan tidak memakai perhiasan yang menimbulkan suara gemerincing. Meskipun wanita diharuskan pergi ke masjid, namun Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka melaksanakan solat di rumah-rumah mereka. Rasulullah SAW tidak melarang para wanita pergi ke masjid seperti untuk menuntut ilmu fardu ain (sekiranya suami tidak mampu mengajar……..?), atau wanita-wanita tua yang sudah kurang urusan di rumahnya. Bagi kaum ibu pula, pastikan urusan rumah telah beres dan anak-anak yang ditinggalkan pula selamat (seperti anda mempunyai anak dara dan teruna – pastikan mereka menjaga ibadah solat sepeninggalan anda dan tidak mengundang berlakunya sumbang mahram sepanjang ketiadaan anda.) Bagaimana pula makan pakai suami ?

Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya lebih kurang, “Jihaadukunna fii baitikunna – jihad kamu wahai kaum wanita adalah di dalam rumahtangga kamu”

Sedekah di Bulan Ramadan


Bila tibanya Bulan Ramadan... umat Islam yang kaya mahupun kurang kaya berlumba-lumba untuk melakukan amalan jariah terutamnya bersedekah...bersedekah di masjid, anak-anak yatim, individu kurang upaya, warga tua dan lain-lain. Salah satu amalan-amalan ketika bulan ramadan ialah Memperbanyakkan sedekah. Tidak kira sedekah apa-apapun. Harta, makanan, pakaian atau apa sahaja. Jika tidak mampu, berilah senyuman kerana ia adalah sedekah yang paling ringan.

Sumber : http://www.mukmin.com.my

AMALAN bersedekah yang amat dianjurkan Islam dan akan mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW sentiasa menunjukkan teladan kepada umatnya dalam perbuatan bersedekah. Sabda Rasulullah yang bermaksud, �Jagalah kalian dari neraka, meskipun hanya dengan separuh kurma.� (Hadis Bukhari). Di sini jelas kepada kita bahawa Islam sangat menekankan kepada amalan bersedekah dan nilai sedekah itu tidaklah hanya tertakluk kepada banyaknya yang dihulurkan seseorang, akan tetapi terletak pada nilai keikhlasan niat di hati.

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud, �Barang siapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari hasil yang baik dan Allah SWT hanya menerima sesuatu yang baik saja. Nescaya Allah SWT akan menerimanya dengan tangan kanan-Nya, lalu memeliharanya untuk diberikan kepada pemiliknya sebagaimana salah seorang daripada kalian memelihara anak kudanya hingga (pahala sedekahnya itu) menjadi seperti gunung�. (Hadis Bukhari). Begitulah indahnya ajaran Islam yang menggalakkan umatnya bersedekah dan Allah SWT sendiri menjamin pahala untuk orang yang mengamalkannya sebagai agenda kehidupan mereka.

Menyentuh aspek bersedekah, Islam tidak pernah mengehadkan tempoh masa malahan boleh dilaksanakan pada bila-bila masa saja mengikut kemampuan seseorang. Namun demikian, amalan bersedekah yang paling afdal di sisi Allah SWT ialah ketika bulan Ramadan. Ini dapat kita perhatikan menerusi satu hadis Nabi bermaksud, dari Ibnu Abbas, berkata: �Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan dan lebih besar kedermawannya pada bulan Ramadan ketika Jibril menemuinya. Jibril biasanya menemuinya setiap malam Ramadan, lalu tadarus al-Quran (dengan Nabi SAW). Sungguh Rasulullah ketika ditemui Jibril menjadi orang yang lebih bermurah hati dalam memberikan kebaikan, sehingga lebih banyak daripada tiupan angin.� (Hadis Bukhari dan Muslim) Jadi berasaskan kepada hadis itu dapat disimpulkan bahawa kita sebagai umat Islam sangat dituntut dalam membudayakan amalan bersedekah, lebih-lebih semasa menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan yang penuh berkat itu.

Dalam soal memberi sedekah itu, semua orang mampu melakukannya sama ada dalam kuantiti yang banyak mahupun sedikit. Apa yang utama ialah sikap dan niat kita mesti menjuruskan kepada ikhlas kerana Allah SWT. Banyak yang boleh seseorang sumbangkan sebagai sedekah pada bulan Ramadan ini. Antaranya ialah memberikan makan minum kepada orang berpuasa. Dalam masyarakat Melayu, menyediakan juadah untuk berbuka sentiasa diadakan di masjid, surau mahupun di madrasah. Hal itu sangat mulia dan wajar diteruskan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,� Barang siapa memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, maka ia memperoleh pahala sama dengan orang yang berpuasa; sedangkan pahala orang yang berpuasa itu sendiri tidak berkurang sedikit pun. (Hadis At Tirmidzi) Hadis ini mendorong kita umat Islam supaya tidak mementingkan diri sendiri pada bulan Ramadan, akan tetapi menggalakkan umatnya menjaga kepentingan orang lain.

Alangkah indahnya tuntutan Islam ke atas umatnya kerana dengan pengamalan bersedekah khususnya ketika bulan Ramadan pasti membibitkan rasa kebersamaan dan semangat ukhwah yang mantap dalam kalangan ummah.

Justeru, ketika kita sedang asyik menunaikan ibadah berpuasa di bulan Ramadan ini, segala amalan sunat dan amal makruf seperti bersedekah seharusnya diperbanyakkan dengan satu niat, hanya ingin mendapat reda Allah. Insya-Allah mereka yang pemurah dalam bulan Ramadan itu pasti �dekat dengan Allah� dan Allah SWT meredainya serta diberikan ganjaran pahala yang besar.

Amalan-amalan Sunat Ketika Berpuasa


14 Amalan- Amalan Sunat Ketika Berpuasa
1. Menyegerakan berbuka setelah masuk waktu maghrib. Sunat berbuka dengan kurma dan segelas air.
Hadis Qudsi yang bermaksud;
“Sesungguhnya hamba-hamba- Ku yang paling Aku sukai ialah mereka yang menyegerakan berbuka.” (Riwayat: Imam Ahmad dan Tirmidzi)

“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama ia menyegerakan dalam berbuka.” -HR Bukhari Muslim
“Apabila makanan telah dihidangkan, maka dahulukanlah makan daripada solat Maghrib dan janganlah kamu tergesa-gesa ketika makan makanan malam kamu.” -HR Bukhari Muslim

2. Membaca doa ketika berbuka:
Ertinya;
“Ya ALLAH, untuk Engkau puasaku, dan dengan Engkaulah aku beriman, dan atas adanya rezeki Engkaulah aku berbuka, disertai dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

3. Melambatkan makan sahur. Sebaik-baiknya dua jam sebelum Subuh.
Jabir r.a menegaskan bahawa Nabi SAW pernah bersabda:
“Barang siapa yang akan berpuasa hendaklah dia makan sahur sekalipun hanya sedikit” (Riwayat: Imam Ahmad)

4. Membanyakkan ibadah di malam hari sepanjang berpuasa di bulan Ramadan. Solat tarawih pada setiap malam Ramadan dan witirnya.

5. Mulai malam 15 Ramadan sampai akhir bulan, membaca doa Qunut pada rakaat akhir solat witir.

6. Berdoa dan berzikir setiap malam sesudah witir.

7. Bertadarus samada sendiri atau secara berkumpulan.

8. Beriktikaf di masjid terutama pada 10 hari terakhir Ramadan.
“Pada 10 hari terakhir (di bulan Ramadan), Rasulullah lebih tekun mendirikan solat melebihi hari-hari yang lain.”

9. Membanyakkan ibadah malam terutama di malam 10 yang terakhir di bulan Ramadan.
Dalam suatu hadis yang bermaksud;
“Sesungguhnya Nabi SAW manakala telah memasuki 10 hari terakhir di bulan Ramadan, baginda selalu melakukan solat malam, dan membangunkan ahli keluarganya untuk beribadah bersama.” (Riwayat: Bukhari & Muslim)

10. Memperbanyakkan sedekah. Tidak kira sedekah apa-apapun. Harta, makanan, pakaian atau apa sahaja. Jika tidak mampu, berilah senyuman kerana ia adalah sedekah yang paling ringan.

11. Menjamu orang-orang yang berbuka puasa. Elok jika majlis berbuka dibuat dari rumah ke rumah atau di masjid.
Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:
“Barangsiapa yang memberi makan (untuk berbuka) kepada orang yang berpuasa, maka ia beroleh puasa seperti pahala orang tersebut tanpa mengurangi pahala orang itu sedikit pun.”

12. Menjauhi perkara yang tidak berfaedah.

13. Mendapat keampunan apabila beristighfar sepanjang hari di bulan puasa.

14. Membanyakkan ibadah di bulan Ramadan kerana mengharap keredaan ALLAH SWT.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:
“Barangsiapa yang melakukan ibadah di bulan Ramadan kerana iman dan mencari keredaan ALLAH, maka dosa-dosanya yang lalu akan diampuni.”

Fadilat Solat Terawih


1 Ogos 2011 ( 1 ramadan ) seluruh umat Islam akan berpuasa selama sebulan. bulan ramadan merupakan bulan yang dinanti2kan semua umat islam...ini kerana Bulan ramadan membawa banyak kebaikan dan rahmat.

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru
dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua
ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)

Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih
terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,
Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di
Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah
mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang
terawih poda malam ini.

Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi
‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah
dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi
Muhammad S.A.W.

Malam 10 – Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di
akhirat.

Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu
dilahirkan.

Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan
dan keburukan.

Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada
menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya
supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 – Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan
dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak
pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada
engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19 – Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan
orang-orang solihin.

Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan
(tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga
daripada nur.

Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini,
(elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40
tahun ibadat.

Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas
titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang
mabrur.

Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di
dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta
munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”