Asmaaul Husna ( اسماء الله الحسنى)

  Download this mp3 from Beemp3.com

Israk Mikraj

Hari ini... 29 Jun 2011 (Rabu) umat Islam di Malaysia menyambut Israk Mikraj. Sempena mengambil keberkatan hari yang istimewa ini.... aku berpuasa pada hari ini. Alhamdullillah... cuaca pada hari ini.. tidak panas dan tidak hujan.. mendung tidak bererti hujan...

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

Maut : Gangguan Syaitan

Syaitan dan iblis peranan kedua-dua makhluk ini amat mudah...iaitu untuk menyesatkan anak-anak dan keturunan adam di muka bumi ini untuk menghuni neraka jahanam. Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.

Rombongan 1

Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2

Akan datang Syaitan kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t., matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3

Akan datang Syaitan mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).

Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t.. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4

Akan datang Syaitan merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5

Akan datang Syaitan merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Syaitan, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”

Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6

Akan datanglah Syaitan merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Syaitan yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”

Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”

Berkata ulamak Syaitan: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah s.w.t. hendaklah kamu patuh kepada kami.”

Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Syaitan bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu:

“Bagaimanakah Zat Allah?” Syaitan merasa gembira apabila jeratnya mengena .

Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. “

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

Berkata Syaitan: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”

Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”

Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7

Rombongan Syaitan yang ketujuh ini Syaitan terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad s.a.w. bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.

Ketahuilah bahawa Syaitan itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Syaitan dan Iblis yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.

Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”

Sumber : http://irwan007.wordpress.com/dakwah-kristian/gangguan-syaitan-ketika-menghadapi-sakaratul-maut/

Kes Rogol di Malaysia

Kes rogol di Malaysia semakin berleluasa...penulisan aku pada hari ini bukan untuk mengaibkan mangsa atau keluarga..tetapi sebagai simpati dan secara langsung memberi info kepada masyarakat di luar agar sana agar berhati-hati...kepada keluarga mangsa..ucapan takziah didahulukan.

18 Mei 1999 Audrey Melissa Bathinathan, 17 tahun telah dijumpai berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur, tempat beliau belajar. Hasil bedah siasat mendapati mangsa telah dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya

Noor Suzaily Mukhtar, 24 tahun telah ditemui di Taman Bukit Tinggi pada 7 Oktober 2000 Klang. Mangsa telah dirogol dan bunuh dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya dicampak di sebuah jalan di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang.


23 Oktober 2000 Nor Shuhada Barak, 6 tahun ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis townhouse di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan. Mangsa dipercayai telah dirogol sebelum dibunuh.

Nurin Jazlin, kanak-kanak yang diculik lalu dibunuh dengan kejam oleh seorang manusia yang ternyata lebih kejam dan zalim dari Syaitan. Perogol dikenali sebagai "Lelaki Kucing"

Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani dirogol, diliwat sebelum dibunuh di pondok pengawal stesen pencawang Tenaga Nasional Berhad Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor. Mayatnya ditemui berbogel tersandar pada dinding tandas pondok pengawal terbabit dalam keadaan mencangkung.

Canny Ong Lay Kian dilarikan dari tempat letak kereta Bangsar Shopping Centre di ibu negara. Mayat mangsa ditemui separuh rentung di dalam longkang di tepi Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Jenayah, kekejaman manusia, perilaku keji dan hina, jiwa kacau yang ganas, kebinatangan manusia, kemaksiatan dan keburukan akhlak, dan segala perilaku Syaitan merupakan faktor yang menyebabkan kegiatan merogol semakin berleluasa.

Sebagai seorang Muslim di muka bumi yang ALLAH SWT pinjamkan buat sementara kepada kita...kita jangan berputus asa...dan panjatkan doa kepada ALLAH yang SATU. Semoga doa yang dipanjatkan akan dimakbulkan oleh ALLAH SWT. Semoga muslimah sentiasa mengamalkan doa pencegahan.

Doa:

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
DALAM sebutan rumi :BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Pemandu Bas dan Rogol

Berita TV3 pada hari ini..menarik minat aku. Isu pemandu bas awam atau ekspress merogol penumpang muncul kembali. Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak perempuan..mestilah perasaan bimbang dan gusar memikirkan keselamatan anak. Adakah sistem pengangkutan awam pada hari ini selamat?

Kisah 1:

Nur Suzali (Hanafi Mat Hassan)seorang gadis berusia 24 tahun dirogol dan dibunuh pemandu bas ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Mangsa dirogol dan dibunuh di antara Lorong Pegaga, Taman Chi Liung dan tapak pembinaan projek perumahan di Taman Bukit Tinggi, Klang di antara jam 8.50 pagi hingga 9.15 pagi pada 7 Oktober 2000.Bekas pemandu bas ekspres, Hanafi Mat Hassan, yang didapati bersalah merogol dan membunuh jurutera komputer, Noor Suzaily Mukhtar,digantung sampai mati.

Kisah 2 :
JASIN - Perbuatan biadap seorang pemandu bas ekspres warga Indonesia yang memasang video lucah sebelum cuba merogol seorang penumpang di atas lantai kenderaan itu memakan diri apabila dia ditahan dalam kejadian di Bukit Kajang, Bemban di sini kelmarin.

Kejadian pukul 10.45 malam itu disedari oleh anggota polis yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah selepas berasa pelik melihat sebuah bas ditinggalkan dalam keadaan enjinnya tidak dimatikan di tepi jalan, manakala pemandu dan penumpang tidak kelihatan.Sebaik didekati, anggota berkenaan terkejut apabila terdengar suara wanita menjerit. Pemandu bas tersebut...ditangkap keadaan berbogel.

Kisah 3:
Melaka - Seorang pemandu bas sekolah Ibrahim Sali, 26 dihukum penjara 14 tahun dan 14 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah merogol pelajar sekolah di dalam bas empat tahun lalu. Tertuduh didapati merogol seorang pelajar sekolah berumur 13 tahun sembilan bulan di dalam sebuah bas sekolah di hadapan Taman Muhibbah, Merlimau kira-kira jam 3 petang pada bulan April 2007.

Ayat Tujuh

Aku mula mengamalkan ayat ini ketika aku menghadapi masalah penyakit badi mayat awal tahun ini. Ayat ini merupakan pemberian seorang ustazah....Ayat Tujuh merupakan gabungan dari ayat-ayat Al-Quran yang terdiri dari beberapa surah. Ayat ini diamalkan selepas solat subuh dan selepas solat maghrib, atau sebelah siang sekali dan malam sekali.

Faedah-faedah Ayat Tujuh:-
1) Menurut ulama-ulama yang mutabar, barangsiapa yang mengamalkan ayat ini, tiada kuasa seseorang itu memberi mudharat kepadanya. Dan sekiranya jikalau tertutup langit dan bumi sekalipun, insyaALLAH terlepas ia dengan izin Allah swt.
2) Barangsiapa mengamalkan membacanya di pagi dan petang, insyaALLAH akan merasa aman sentosa daripada segala kebinasaan dan terpelihara daripada pedaya musuh dan bala dengan izin Allah.
3) InsyaALLAH juga Allah akan memudahkan rezekinya, dipanjangkan umur, terpelihara dari gangguan jin, syaitan, fitnah dan dikasihi hamba-hamba Allah serta dimudahkan atau dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya.

Ayat ini lazimnya diamalkan dengan mengharapkan redha Allah S.W.T, dan moga-moga Allah swt melepaskan atau memberi kemudahan dari sebarang kesulitan dan kesusahan. Sebagai hambaNya, kita hanya mampu merancang..hanya ALLAH yang akan menentukan dan dengan perkenanNya...barulah seseorang hamba dapat manfaatnya. Yang penting kita haruslah yakin dengan kebesaranNya. Alhamdullillah...penyakit aku beransur pulih...dengan izin dariNya.


Terjemahan Ayat Tujuh :
1. Katakanlah: Tiadalah akan menimpa kami selain daripada apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami dan hendaklah orang2 beriman itu menyerahkan segala urusan kepada Allah. At-Taubah:51

2. Dan jika Allah menimpakan kesusahan kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia. Dan jika Tuhan menghendaki kebaikan kepadamu, tidak ada yang dapat menghalangi kurnia Tuhan yang diberikannya kepada sesiapa yang disukaiNya dari hamba2Nya Yunus: 107

3. Tidak ada binatang yang melata di muka bumi ini melainkan Allah yang menanggung rezkinya, dan Dia mengetahui kediamannya (bumi) dan tempat menyimpannya (alam kubur). Semuanya jelas termaktub di dalam Kitab yang terang. Hud: 6

4. Aku menyerahkan diriku kepada Allah, Tuhanku juga Tuhanmu. Tidak ada makhluk yang hidup melainkan Dia yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku itu di atas jalan yang lurus (memberi pimpinan yang benar pada manusia) Hud: 56

5. Dan berapa banyaknya binatang yang tidak membawa rezkinya sendiri! Allah yang memberi mereka rezki (termasuk kamu) dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Al-Ankabut: 60

6. Rahmat yang dibukakan Allah kepada manusia tidak ada seorang pun yang akan dapat menahannya. Dan apa yang ditahan Allah tidak akan ada seorang pun yang dapat menganugerahkannya selain daripadaNya. Dan Dia Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana. Fatir: 2

7. Sekiranya kamu bertanya kepada mereka: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab : Allah! Katakanlah: Bagaimana fikiranmu terhadap apa yang kamu seru selain Allah; jika Allah hendak mendatangkan kepadaku kesusahan dapatkah pujaanmu itu menghilangkannya? Atau Allah mau memberikan kurnia kepadaku; dapatkah pujaanmu itu menolak rahmatNya? Katakanlah: Cukuplah Allah untukku! KepadaNyalah oarang2 yang menyerahkan diri dan urusan mereka itu berserah (dengan penuh keyakinan). Az-Zumar: 38

Toksik dan Pencegahan

Baru-baru ini...aku singgap sekejup di SOBB di Pulai, Johor Bahru. Bukan apa mencari koyok kaki...sejak kebelakangan ini... hampir setiap hari aku diserang astma, batuk dan badan terasa lemah sangat...agak2nya...toksik di dalam badan terlalu banyak. Bagaimana toksik di dalam badan boleh berlebihan? Toksik berlebihan mungkin berlaku di sebabkan pemakanan, pengambilan ubat-ubatan, persekitaran, tekanan dan sebagainya.Toksin merupakan bahan buangan yang beracun yang terkumpul dalam badan kita. Toksin bukan saja menghancurkan fungsi-fungsi pencernaan kita secara normal, tetapi juga dapat mengikuti peredaran darah ke bahagian-bahagian organ tubuh kita, lalu merosakkan system sirkulasi (pembuluh-pembuluh darah), organ-organ penyaring (system hati dan ginjal), dan organ-organ pengeluaran (system gastrousus).

Antara simpton yang dikaitkan dengan toksik berlebihan adalah:-
Kerap pening/sakit kepala.
• Kemurungan
• Keletihan
• Alah kepada wangian
• Sengal/sakit sendi
• Alergis (alahan)
• Mudah berjangkit
• Mudah lupa
• Cepat marah
• Selalu Demam
• Selalu rasa gelisah/tidak senang
• Kepucatan/tidak bermaya

Apabila toksik di dalam berlebihan, maka serangan penyakit-penyakit akan senang berlaku...sepert penyakit jantung, buah pingang, kencing manis, buasir, kanser dan sebagainya....dan boleh disimpulkan bahawa...segala penyakit yang berlaku di dunia ini adalah kesan toksik yang berlebihan.Sakit adalah kegagalan tubuh manusia menyingkirkan bahan buangan

Berbalik kepada kisah aku... aku biasanya mencuba koyok kaki yang diimport dari korea... yang dijual pada harga RM15 untuk 10 keping koyok. Bila dah lama tidak menggunakan...punya le penat badan ni... macam orang kerja buruh binaan pun ada...nak angkat mata dan badan pun tidak mampu. Dah namanya koyok kaki...mestilah ditampal pada kaki....dan digunakan dalam tempoh 6-10 jam...dan biasanya ditampal ketika tidur.

Antara faedah menggunakan koyok kaki selain membuang toksik di dalam badan ialah :-
- Badan menjadi lebih segar dan bertenaga
- Mengurangkan alergik
- Meningkatkan kadar metabolisma dalam badan
- Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi
- Mengurangkan sakit sendi
- Meningkatkan sistem imunisasi badan
- Melancarkan perjalanan darah
- Mendapatkan tidur yang lena
- Boleh mengurangkan berat badan
- Mengurangkan bau kaki

Cara membuang toksin (Nyahtoksin) :



1) Menggunakan koyok kaki yang berfungsi sebagai ‘agen’ pencuci yang ‘mengikis’ dinding usus yang terlekat dengan sisa buangan yang tidak pernah dibuang dalam tempoh yang sepatutnya.
2) Senaman merupakan aktiviti yang paling baik untuk membuang toksik di dalam badan..dimana toksik akan dibuang melalui perkumuhan (peluh)
3) Refleksologi..iaitu rawatan atau urutan kaki. Kebanyakkan toksik akan mendap didi bahagian kaki. Menurut perubatan Cina, kaki adalah umpama jantung kedua dengan mempunyai lebih 60 titik akupuntur. Melalui titik-titik ini, toksin akan disedut keluar.
4)Berpuasa bagi umat Islam. Berpuasa bukan sahaja rukun Islam tetapi berpuasa juga mempunyai banyak kelebihan. Nabi Muhammad SAW bersabda “Sumber dari segala penyakit adalah perut, perut adalah gudang penyakit dan berpuasa itu adalah ubat” (H.R. Muslim)

Syaaban...Nifsu Syaaban

Tidak lama lagi...bulan Syaaban bakal menjelma...tidak sabar rasanya menunggu kedatangan bulan yang penuh dengan kebaikan ini. Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.Apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya, “Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Amalan-amalan yang digalakkan ketika bulan Syaaban ialah :-
1) Memperbanyakkan puasa sunat. Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain...bagi sesiapa yang belum menganti puasa pada tahun lepas terutamanya bagi golongan wanita...perbanyakkan puasa pada bulan ini.Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
2)Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit.
3) Bertaubat . Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Sumber : http://www.al-azim.com/masjid

Di bulan Syaaban...pada malam ke 15 ialah malam Nifsu Syaaban. Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: Rasullah SAW telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya . Pada malam Nifsu Syaaban... Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”. Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

SUBHANAALLAH... sungguh besar fadhilat bulan Syaaban... marilah kita melengkapkan buku amalan kita pada tahun ini sebelum ia ditutup dan diangkat ke langit. Sebagai manusia yang sering melakukan kesilapan, masih ada lagi ruang untuk kita mengerjakan amalan dan memperbanyakkan amalan pada tahun ini...masih lagi belum terlambat.

E-Coli : Tauge





Hari ni berita dalam dada akhbar menyatakan punca wabak E-Coli menular di Jerman adalah akibat sayur tauge....eee mengerunkan le plak. Mengikut kenyataan pegawai pertanian di Jerman, ujian awal menunjukkan cambah dan tauge yang dihasilkan sebuah ladang organik di Jerman adalah penyumbang kepada penularan wabak ini. Sebelum ini..tomato, salad dan terung dianggap sebagai penyumbang kepada wabak yang amat merbahaya ini yang telah mengorbankan banyak nyawa.

Walaupun di Malaysia..masih belum ada korban nyawa akibat wabak E-Coli ini...kita perlu mengambil langkah-langkah berjaga dan pencegahan. Beringat-ingat sebelum terkena....buat masa ini kurangkan memakan sayur yang diimport dari negara luar....bagi yang sangat-sangat mempercayai kualiti sayur-sayuran dari negara luar atau sayuran organik...apa kata kita mencuba sayur-sayuran yang ditanam di negara ini. Beli le Barangan Buatan Malaysia

Puding Sagu

Banyak-banyak desert yang aku suka... ini aje le...desert zaman atu nenek kita dahulu. bagi le aku puding roti ke... laici ke... bagi aku desert ni paling aku suka. Walaupun manis...aku tetap menyukainya...patut le..kencing manis aku makin tinggi.


Bahan-Bahan:
300 gm sagu biji
1 biji kelapa (ambil santannya)
3 ketul gula melaka
Air
Garam
Cara:
Bahan Puding
1. Didihkan air hingga menggelegak.
2. Masukkan sagu biji.
3. Rebus sagu hingga kembang.
4. Tuskan sagu di dalam penapis.
5. Masukkan sagu ke dalam acuan.
6. Biarkan sagu mengeras.

Bahan kuah.
1.Masak gula melaka dengan air hingga hancur semuanya.
2. Perah santan,ambil patinya sahaja dan campurkan garam untuk melemakknya.

Cara menghidang.
1. MAsukkan puding ke dalam mangkuk dessert.
2. Tuangkan santan pekat.
3. Tuangkan air gula melaka.
Cadangan Hidangan:
Enak dihidangkan sejuk.

Ayat Rukyah

Malam tadi... tepat pukul 12.oo malam... beberapa ekor anjing saling menyahut dan menyalak antara satu sama lain....agak lama juga... lebih kurang 1 jam...sehinggalah aku tertidur dalam keadaan ketakutan. Aku terbangun pukul 4 pagi... kerana ribut dan angin kencang dan disertai dengan hujan yang agak lebat...masih lagi...anjing menyalak dan menyahut satu sama lain. Hiss kenapa macam tu...malam itu juga... kami terjumpa sepasang katak betina dan jantan yang sedang mengawan di depan rumah....aku cakap dengan husband aku... kalau jumpa katak...orang tua2 dulu sring berpesan agar menghalau katak....keluar dari rumah... alasannya...aku pun tak tau.

Pagi tadi...aku melayari satu laman web dari seberang..mengenai mitos berkenaan katak dan anjing. Mengikut mitos berkenaan..sekiranya katak memasuki rumah... seisi keluarga akan kesempitan wang ringgit...manakala anjing menyalak di tengah malam menandakan ada dikalangan keluarga dan sanak saudara akan mengalami kesusahan atau kemalangan. Hiss yea ke....?

Mengikut satu lagi laman web yang aku baca.... kali ni lebih islamik sedikit...dari sudut perubatan islam... katak sering dikaitkan dengan seseorang yang ingin membuat jahat dan hasad dengki kepada rumah yang dituju dalam bentuk haiwan dan sebagainya. Ada sebahagian daripada mereka yang menggunakan khidmat makhluk Allah yang lain seperti bunian atau jin atas alasan memohon bantuan daripada seorang ‘kawan’. Meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan adalah haram hukumnya.Hiss seram jugak dibuatnya....hati manusia lain-lain...apa=apa boleh terjadi.

Bila aku ceritakan benda ni pada ibu aku....dan bertanyakan pada seorang ustazah... jawapan yang aku dapat cukup mudah dan ringkas... jangan lupa bersembahyang lima waktu dan memohon dari ALLAH SWT agar diberi perlindungan seisi keluarga...berzikir...dan perbanyakkan membaca surah-surah di dalam al-quran...dan sering perdengarkan ayat-ayat rukyah di rumah. Ustazah juga berpesan... jangan keluar malam kerana waktu malam adalah waktu yang amat disukai oleh syaitan dan Jin. Sebab itu...Islam sering mengalakkan kita membuat ibadat di malam hari....dengan perbanyakkan bacaan al-quran serta zikir dan wirid.

Ditulis oleh Asy Syaikh Muhammad bin Abdillah Al-Imam : Definisi ruqyah secara istilah (syar’i) adalah berlindung diri dengan ayat-ayat Al Qur’an dan dzikir-dzikir serta doa-doa yang diajarkan oleh Nabi Shallallohu ‘alaihi wasallam.

Syarat-syarat rukyah ialah :-
1. Ruqyah tersebut dilakukan dengan menggunakan kalamullah Subhaanahu wata’ala, dengan nama-namaNya dan sifat-sifatNya.
2. Ruqyah dilakukan dengan menggunakan bahasa arab atau dengan sesuatu yang diketahui maknanya dari selain bahasa arab.
3. Meyakini bahwa ruqyah itu tidak memberikan pengaruh dengan sendirinya tetapi dengan izin Allah Subhaanahu wata’ala.

- Jika ruqyah dan permintaan perlindungan diri ini dilakukan dengan sesuatu yang diketahui maknanya dan dengan sesuatu yang dibolehkan dalam Islam dimana seseorang boleh mengucapkan kalimat tersebut, berdoa kepada Allah Subhaanahu wata’ala serta dzikir kepada-Nya dan Allah Subhaanahu wata’ala membolehkan untuk melakukannya. Jika demikian keadaannya, maka boleh bagi dia untuk meruqyah orang yang kerasukan dengan menggunakan cara-cara ini.
Telah tsabit dalam Ash Shahih dari Nabi Shallallohu ‘alaihi wasallam bahwa beliau Shallallohu ‘alaihi wasallam membolehkan untuk meruqyah selama tidak mengandungi kesyirikan.


- Jika dalam meruqyah itu terdapat kalimat-kalimat yang diharamkan seperti kalimat yang mengandung kesyirikan atau kalimat tersebut tidak diketahui maknanya dan kemungkinan mengandung kekufuran, maka tidak boleh bagi seseorang untuk meruqyah, tidak boleh berkeinginan keras dan tidak boleh pula bersumpah untuk menggunakan kalimat tersebut walaupun kadang-kadang jinnya benar-benar keluar dari orang yang kerasukan. Karena sesungguhnya apa-apa yang diharamkan oleh Allah Subhaanahu wata’ala dan RasulNya Shallallohu ‘alaihi wasallam itu lebih besar mudharatnya daripada manfaatnya.

Ketentuan mengenai ayat rukyah ialah :-
1. Ruqyah tidak mengandungi unsur kesyirikan.
2. Ruqyah tidak mengandungi unsur sihir.
3. Ruqyah bukan berasal dari dukun, paranormal, tukan telek dan orang-orang yang segolongan dengan mereka, walaupun secara zahir mereka memakai sarban, jubah dan sebagainya. Kerana bukan penampilan yang menjamin seseorang itu terbebas dari perdukunan, sihir dan kesyirikan.
4. Ruqyah tidak mempergunakan ungkapan yang tidak bermakna atau tidak difahami maknanya, seperti tulisan abjad atau tulisan yang tidak difahami.
5. Ruqyah tidak dengan cara yang diharamkan seperti dalam keadaan junub, di kburan, di kamar mandi, di bilik yang gelap dan sebagainya.
6. Ruqyah tidak mempergunakan ungkapan yang diharamkan, seperti celaan, cacian, laknat dan lain-lainnya.



ALLAH SWT akan sentiasa membantu hambaNya yang yakin dengan kekuasaanNya. Oleh itu umat Islam harus percaya dan yakin dengan Kebesaran ALLAH SWT. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." ( HR. Muslim ) Dan yakinlah bahwa tidak ada yang mampu menyembuhkan sesuatu penyakit melainkan hanya Allah SWT. Maka di antara cara yang paling tepat efektif dan mujarab untuk menghilangkan sesuatu penyakit dan menangkal mara bahaya adalah dengan memfungsikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pengubatan.Rasulullah SAW juga mempergunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa untuk penjagaan dan perlindungan diri.

Kemasan Dinding



Time cuti sekolah ni idea melambak2...nak buat apa dengan rumah baru aku ni...rasanya semua dah lengkap..kecuali kabinet dapur yang tak siap2....Masa pindah dua bulan lepas..aku tidak bercadang untuk mengecat dinding...tapi bila dah pindah...terasa kekurangan sesuatu...iaitu penyeri rumah. Ingatkan nak biar rumah berwarna putih sahaja agar rumah tampak luas dan bersih.... aku pun ringan2kan tangan ini mencari serba sedikit mengenai maklumat berkenaan kemasan dinding....dan aku sharekan bersama dalam blog ini agar dapat dikongsi bersama.

Kemasan dinding...membolehkan kita tinggal sempurna dalam rumah...secara langsung dan tidak langsung ia menarik minat kita untuk pulang ke rumah setelah penat bekerja sehari suntuk dalam kehidupan harian .Pilihlah kemasan dinding yang sesuai dengan rumah kediaman...rumah adalah tempat yang paling tepat sekali untuk beristirehat dan menikmati keindahan. Pilihan kemasan dinding adalah tidak sukar sekiranya kita tahu kesesuaiannya selain memenuhi konsep ruang. Kriteria yang perlu diambilkira ialah :-
1) Fungsi - Selamat, selesa, tahan lasak, mudah dibersihkan, dijaga serta dibaiki, darjah ketahanan tinggi terhadap kebakaran dan kesesuaian dari segi nilai akustik.
2) Estetika - Keindahan dari segi warna dan keadaan semula jadi sesuatu kawasan, tekstur sesuatu bahan yang memberi kesan visual dan rekaan corak.

Jenis kemasan dinding
Kebanyakan bangunan kini dibina daripada batu-bata yang dikemaskan dengan simen lepa sebelum diturap pula dengan kemasan kedua. Antara kemasan biasa ditonjolkan adalah:
Kemasan lembut meliputi cat air dan minyak, kertas dinding dan panel fabrik.
Kemasan keras membabitkan jubin seramik, jubin batu seperti marmar dan granit, tanah liat (terracotta), simen dan batu pasir serta panel kayu. Kemasan keras dan semula jadi sesuai bagi dinding luar kerana tahan cuaca.

Peranan dinding bukan setakat melindungi pandangan luar tetapi berfungsi pembahagi ruang dalam rumah. Dinding dalam rumah menjurus kepada kemasan serta nilai estetika berbanding di bahagian luar yang bertindak sebagai pelindung kesan cuaca seperti hujan, angin dan sinar matahari.

Kertas Hiasan DInding

Kini pemilik rumah kediaman lebih meminati Kertas Dinding iaitu salah satu alternatif mengantikan kemasan dinding lain seperti cat. Walaupun pemasangannya agak sukar kerana membabitkan bahan pelekat tetapi kemasan ini menjadi pilihan kerana keunikan warna, tekstur dan corak yang menarik. Kertas dinding kebanyakannya diperbuat dari bahan seperti vinil dan tekstil dan juga bahan daripada fabrik. Pilihan terhadap jenis bahan kertas dinding itu dibuat bergantung kepada kesesuaian dinding,
kegunaan ruang, pilihan terhadap corak yang ada pada kertas dinding dan yang penting sekali adalah kos.

Kelebihan menggunakan kertas dinding.
1) Warna, corak dan tekstur banyak pilihan dan boleh tukar bila dirasakan tidak sesuai atau sudah ketinggalan zaman. Kertas dinding boleh mendapat kesan atau menyerupai kesan kemasan lain seperti kemasan batu, kayu, batu bata dan jubin dengan nilai harga lebih murah tetapi kesan visual yang sama.
2) Kos yang pelbagai iaitu daripada murah hingga ke mahal bergantung kepada harga bahan itu dan cara pemasangannya boleh dilakukan sama ada orang yang mahir dan atau anda sendiri.
3) Kertas dinding fabrik yang berbentuk 3 dimensi boleh menyerap bunyi dan memberi kesan senyap dan damai dalam ruang dalaman. Selain berfungsi memberi nilai baru kepada dinding, kertas dinding boleh menutup kesan retak atau cat lama pada dinding atau menutupi kecacatan pada struktur fizikal dan bangunan.
4) Dengan cara kerja pemasangan kering, kertas dinding boleh menyediakan kerja dekorasi mudah siap yang cepat dan menyediakan kelebihan dari segi kecantikan dan karakter pada ruang. Bukan saja pada dinding, kertas dinding boleh disesuaikan pada keseluruhan konsep ruang dan fabrik yang digunakan kerana kertas dinding digunakan sebagai latar belakang pada keseluruhan ruang. Kertas dinding fabrik bukan dipasang secara rata tetapi boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti secara berlipat, tergantung, atau berlapik. Pelbagai cara dibuat untuk mengembangkan kreativiti bagaimana corak fabrik, warna dan tekstur boleh digunakan dan digabungkan.

Bagi aku...samada menggunakan cat, bahan binaan lain atau kertas dinding..pokok pangkalnya berbalik kepada kedudukan kewangan seseorang individu...dan juga citarasa individu tersebut. Bukan mudah untuk memuaskan mata dan hati setiap orang... pokok pangkalnya...terpulang kepada individu tersebut.

E-Coli


E-Coli? Apa tu? Aku pun mula mencari info mengenai wabak ini...setelah menonton dan membaca suratkhabar tenang kebimbangan penduduk sedunia mengenai wabak ini. Kita manusia yang dikurniakan oleh ALLAH SWT dengan akal fikiran perlu berusaha untuk mengetahui sesuatu perkara. Kemudahan teknologi moden pada hari ini.... memudahkan kita mencari sesuatu maklumat....maklumat dihujung jari anda. So aku kongsi serba sedikit maklumat yang aku perolehi...Sebagai umat Islam kita melihat bencana yang menimpa merupakan satu ujian yang Allah berikan demi untuk menguji keimanan dan kesabaran kita..

E-Coli merupakan suatu wabak bakteria Escherichia coli O104:H4 telah bermula di Jerman pada bulan Mei 2011. Wabak telah bermula selepas beberapa orang telah dijangkiti bakteria membawa kepada sindrom hemolitik-uremik di Jerman, jelasnya selepas memakan terung.Mangsa pertama wabak ini ialah seorang wanita berusia 50 an telah meninggal dunia di hospital di Sweden. berusia Terdapat kes-kes seumpama itu juga dilaporkan di beberapa negara termasuklah Switzerland, Poland, Belanda, Sweden, Denmark, United Kingdom dan AS.Sindrom hemolitik-uremik (HUS) adalah satu kecemasan perubatan dan memerlukan rawatan segera. Di Jerman, 17 orang telah mati dan sekitar 500 sudah dimasukkan ke hospotal dengan HUS disebabkan oleh wabak yang memburuk.Jerman pada mulanya telah menuduh timun yang diimport dari Sepanyol merupakan menyebab kepada awabak ini...dan ini menimbulkan kemarahan kepada kerajaan Sepanyol.

Sangkaan pada mulanya berasal dari terung..telah meleret kepada tanaman-tanaman lain seperti timun dan tomato dan juga daun salad. Tanaman-tanaman ini yang telah dijangkiti dengan bakteria merupakan penyebab kepada wabak yang merbahaya dan telah merangut banyak nyawa ini. 25 peratus daripada kes terbaru membabitkan kes HUS yang menyebabkan komplikasi darah dan buah pinggang akibat jangkitan E.coli.wabak penyakit ini adalah satu sindrom dengan ciri-ciri darah merah pecah dan menyebabkan anemia (menyebabkan kekurangan jumlah pigmen hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah), kegagalan ginjal akut dan kekurangan sel darah pembeku.

Tanda-tanda seseorang telah dijangkiti wabak E-Coli ialahsakit perut, muntah-muntah dan cirit-birit berdarah. Orang ramai yang mengunjungi Eropah sejak 1 Mei lepas dan pada masa yang sama mempunyai gejala cirit-birit berdarah dinasihatkan untuk menjalani ujian pemeriksaan kesihatan di pusat-pusat kesihatan yang berhampiran. Gejala penyakit ini dapat dilihat dengan ketara dalam tempoh tiga hingga lapan hari. Selalunya mangsa akan sembuh dalam tempoh 10 hari dan tanpa sebarang komplikasi selepas dijangkiti wabak penyakit ini.

Bagi sesiapa yang mempunyai tanda-tanda tersebut..cepat2 le pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan...walaupun wabak ini bermula di Eropah...tapi kita kena mengambil langkah berhati-hati dan berjaga-jaga. Di Malaysia...seorang pesakit telah mendapat gejala ini setelah pulang dari bercuti di Eropah. Kita sebagai hamba Allah di muka bumiini kena yakin bahawa setiap penyakit ada ubatnya. Sabda Rasulullah SAW yang berbunyi: Sesungguhnya Allah tidak akan menurunkan penyakit (kepada manusia), melainkan Allah menurunkan bersamanya ubat. (Riwayat Imam Bukhari). Hadis ini menyatakan bahawa tidak ada penyakit yang datang kecuali bersama penawarnya. Pencegahan itu adalah lebih utama dari mengubati penyakit yang di timpa. Pencegahan merupakan penawar yang efektif bagi banyak penyakit .

Bala dan Malapteka

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan peristiwa Tsunami di Jepun, Puting Beliung di Amerika...dan yang paling menyayatkan hati ialah peristiwa tanah runtuh di Hulu Klang yang mengorbankan banyak nyawa......begitu sayu hati aku melihat anak-anak yatim yang tidak berdosa menjadi mangsa keadaan.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Sebagai makhluk Allah SWT di muka bumi yang dipinjamkan buat sementara buat kita...bersama-sama le kita kembali kepada amalan dan perkara yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat. Ya, Allah loronglah kami ke arah jalan yang benar dan jalan yang diredhai....dan peliharalah kami di bawah hidayahMu.

Penggunaan Tinted di Rumah


Rumah baru....mesti banyak planning yang ingin dibuat...sekiranya rumah yang dibeli menghadap matahari terbit dan matahari tengelam... penggunaan Cermin Tinted dirasakan amat sesuai bagi mengatasi haba panas masuk berlebihan ke dalam rumah. Tinted pula boleh diperolehi dalam pelbagai warna...kelabu, hitam, hijau, biru, coklat dan sebagainya.

Tinted terbahagi kepada pelbagai jenis antaranya normal tinted dan juga frosted tinted. Kebanyakkan rumah bnyak menggunakan normal tinted . Frosted tinted pula banyak digunakan untuk mencantikkan pemandangan ruang tingkap anda dengan pelbagai corak yang direka khas untuk ruang tingkap anda ia juga boleh mengurangkan haba masuk dengan berlebihan. Tiinted yang baik adalah tinted yang boleh menahan haba masuk dengan peratusan yang berkurangan dan ketebalan tinted itu juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan anda mendapat tinted yang baik untuk ruang tingkap anda.

Oleh kerana grill rumah baru aku berwarna putih...so aku ambil tinted yang berwarna...silver..kelabu ala2 silver gitu..dengan tujuan agar rumah aku nampak luas dan besar....penggunaan tinted ni ada kelebihan dan kelemahannya.....kelebihannya..ia dapat menghalang kemasukan haba yang berlebihan, orang luar tidak nampak keadaan di dalam rumah ketika siang..dan nampak cantik itu sahaja...kelemahannya pula apabila malam.... orang luar boleh melihat keadaan rumah dari luar....tuan punya rumah x nampak apa2 pun dari dalam rumah...bagi sesiapa yang penakut disarankan untuk menggunakan tinted.....

Pada pendapat aku... penggunaan tinted ini hanya le sebagai satu aksesori atau opsyen sahaja...kerana sudah pasti setiap rumah dilengkap dengan fabrik langsir yang menarik...penggunaan langsir juga sudah mampu untuk menghalang kemasukan haba panas...Tidak semua orang mempunyai citarasa yang sama.

Rejab

Tinggal lagi 2 bulan lebih... seluruh umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan yang penuh rahmat...bulan Ramadan. hari ini aku nak berkongsi mengenai Bulan Rejab. Bulan Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

Rasulullah Saw juga bersabda: “Bulan Rejab adalah bulan Allah Yang Maha Agung, tidak ada bulan yang menandingi kemuliaan dan keutamaannya. Di dalamnya diharamkan berperang dengan orang-orang kafir, karena bulan Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku. Barangsiapa yang berpuasa sehari di dalamnya wajib baginya memperoleh ridha Allah, dijauhkan dari murkanya, dan diselamatkan dari semua pintu neraka.”

Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kiraan taqwim Hijriyyah. Bulan ini termasuk salah satu di antara bulan suci dan dinamakan sebagai bulan Allah. Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud:"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku."

Bulan Rejab juga dianggap bulan istimewa kerana pada bulan ini berlaku peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam.

Di antara amalan yang baik diamalkan di bulan Rejab ialah puasa dan bersedekah. Banyak hadis-hadis Nabi Sallallahu `alaihi wasallam menyebutkan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab. Antaranya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud : ("Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : " Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan).")

Dalam hadis yang lain telah dikeluarkan oleh al-Khallal, daripada Abu Sa`id (secara marfu') bermaksud: ("Bulan Rejab adalah di antara bulan-bulan haram, hari-hari di dalamnya ada tertulis di pintu-pintu langit yang keenam, maka apabila seseorang berpuasa sehari daripadanya (bulan Rejab) dan menyempurnakan puasanya dengan penuh ketaqwaan kepada Allah, bercakaplah pintu dan hari tersebut seraya berkata: "Tuhan ampunkan baginya (dosanya)" dan jika dia tidak menyempurnakan puasanya dengan ketaqwaan kepada Allah, maka pintu dan hari itu tidak akan memohonkan ampun baginya, dan dikatakan padanya: "Kau telah ditipu oleh dirimu.")

Niat puasa bulan Rejab ialah :

Maksudnya : "Sahaja aku puasa sunat bulan Rejab kerana Allah Ta'ala".


Demikianlah satu amalan yang baik untuk diamalkan di bulan Rejab, bulan terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. Sama-samalah kita merebut peluang ini dan semoga amalan kita akan diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

Kelebihan Bulan Rejab

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

Berzina


"Berzina Dengan Ikhlas" ( sumber :http://webblog.myjodoh.net)
Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah: Dr. Danial yang dihormati. Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot.


Massyaallah... berzina pun ada yang ikhlas ke? Inilah dunia zaman sekarang..yang haram dihalalkan....aku yang mempunyai anak pun takut dengan situasi sebegini...takut nanti dipersalahkan oleh anak2 mengatakan ibubapa berotak kolot dan ketinggalan zaman.... ibubapa pada hari ini mempunyai tanggungjawab yang amat besar dan berat dalam mendidik anak-anak untuk menempuh dunia yang kian mencabar..adakah ilmu yang kita bekalkan sudah mencukupi bagi bekalan anak-anak kita? Ibubapa zaman sekarang...banyak yang terlepas pandang dan menyerahkan segala tanggungjawab ini kepada institusi2 pendidikan....tanggungjawab mendidik anak2..merupakan tugas bersama bagi setiap masyarakat..dan setiap masyarakat memainkan peranan yang amat penting agar aktiviti berzina ini tidak menjadi amalam hidup anak-anak di masa akan datang.... Takut peristiwa Kaum Nabi Luth berulang kembali....

“Zina ialah seseorang bercampur dengan seorang wanita tanpa melalui akad yang sesuai dengan syar’i.Allah swt berfirman:“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (QS al-Israa’: 32)

”Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)

Perundangan Islam menganggap bahawa setiap persetubuhan haram itu ialah zina dan dikenakan hukuman ke atas yang melakukannya sama ada oleh orang yang sudah kahwin ataupun belum kahwin.

Allah swt berfirman:
“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.” (QS An-Nuur: 2).

Jika yang berzina adalah orang merdeka, muhshan, mukallaf dan tanpa paksaan dari siapa pun, maka hukumannya adalah harus dirajam hingga mati.Muhshan ialah orang yang pernah melakukan jima’ melalui akad nikah yang shahih. Sedangkan mukallaf ialah orang yang sudah mencapai usia akil baligh....

Barangsiapa yang berzina dengan mahramnya, maka hukumnya adalah dibunuh, baik ia sudah pernah nikah ataupun belum. Dan apabila ia telah mengawini mahramnya, maka hukumannya ia harus dibunuh dan hartanya harus diserahkan kepada pemerintah....Dari Ibnu Abbas ra bahwa Rasulullah saw bersabda,

“Barangsiapa yang menyetubui binatang ternak, maka hendaklah kamu bunuh dia dan bunuh (pula) binantang itu.” (Hasan Shahih: Shahih Tirmidzi no: 1176, Tirmidzi III: 1479, 'Aunul Ma'bud XII: 157 no: 4440, Ibnu Majah II: 856 no: 2564).....

Apabila seorang laki-laki memasukkan penisnya ke dalam dubur laki-laki yang lain, maka hukumannya adalah dibunuh, baik keduanya sudah pernah menikah ataupun belum.
Dari Ibnu Abbas ra bahwa Rasulullah saw bersabda: “Siapa saja yang kalian jumpai melakukan perbuatan kaum (Nabi) Luth, maka bunuhlah fa’il (pelakunya) dan maf’ulbih (korbannya).”


Apabila zina telah berleluasa, maka kebajikan pun hancur dan azab siksa Allah Ta’ala mendekati semua. “Daripada Maimunah Radhiallahu Anha beliau berkata : “Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah ‘Azza wajalla akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.

Kaum Lut hancur kerananya.
Kota Pompei hancur kerananya.
Empayar Rom juga hancur kerananya.
Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.

Hukum Ber"Tattoo"


Pagi ni aku menonton...rancangan Soal Asyraf di Astro 106...satu topik yang menarik minat aku ialah "Tatu". Aku lihat sekarang ni..baik yang muda dan yang tua berlumba-lumba untuk menambahkan aksesori ini di badan mereka....apabila disoal selidik kenapa mereka membuat tatu..ada yang berkata.. "nampak cantik", untuk kemegahan....nampak macam kuat...dah le buat tatu ni sakit...org yang buat tatu ni semuanya org kuat...ada jugak yang bercakap... "saje" nak buat....dan kebanyakkannya menyatakantidak mahu ketinggalan dengan trend semasa
Bukan nak mengata dan mengutuk....jiran aku pun mempunyai tatu di badannya...almaklum le orang Singapore...akhir2nya malu sendiri dengan jiran tetangga...walaupun kita berprangsangka baik.. tetapi apabila tetamu2 datang ke rumah kita...dan ternampak... ia menjadi bualan juga....hanya Allah yang mengetahui...

Bagi yang baru nak merancang buat "tatu"...aku nak kongsi sikit info yang aku perolehi...Hukum bertatu adalah haram ke atas lelaki dan wanita...bila dah kata haram..berdosa besarlah kerana mengubah ciptaan ALLAH SWT....ALLAH telah mencipta semua umatNya sebaik-baik umat...jangan le kita mempertikai ciptaan ALLAH....sepatutnya..kita harus bersyukur dengan kurniaan yang telah diberikan. Namun hari ini kita dapat melihat bahawa bertatu ini menjadi satu trend di kalangan remaja dan segelintir orang dewasa.

Bertatu bukan dari budaya orang Islam malahan budaya jahiliah. Sebab itulah Rasulullah saw mengharamkan amalan jahiliah ini. Nas yang dijadikan sandaran bagi pengharaman tatu pertamanya daripada hadis Rasulullah SAW daripada Abdullah bin Umar: Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah. (riwayat al-Bukhari) Walaupun di dalam hadis ini menyatakan kaum perempuan...bukan bermakna kaum perempuan sahaja yang haram... lelaki juga termasuk yea...

Di dalam al-Quran, Allah SWT menyuruh kita bersegera kepada seruan Allah dan Rasul-Nya SAW.

Maksud firman Allah: Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. (al-Nur: 51).

Ada pula di kalangan orang Islam apabila ditanya kenapa bertatu diberi alasan tidak tahu bahawa tatu itu haram.Beginilah sikap manusia yang sering mencipta alasan untuk menghalalkan cara.

Ramai orang bertanya..sekiranya seseorang individu itu telah bertaubat adakah tatu tersebut perlu dibuang....berdasarkan bacaan yang telah dibuat... sekiranya ia memudaratkan seseorang...tatu tersebut tidak perlu dibuang... tetapi kesan yang akan diterima ialah..pandangan masyarakat dan fitnah terhadap individu tersebut..dan secara tidak langsung menjatuhkan martabat dan darjat seseorang....dan ramai yang berkata..."mula-mula buat tatu x sakit... takkan nak buang takut?" Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa...Sekiranya ukiran tersebut bentuk objek makhluk atau bentuk berhala maka hendaklah dibuang. Namun sekiranya tatu itu sekadar ukiran corak yang tidak membentuk makhluk terpulang kepada lelaki tersebut sama ada ingin buang atau tidak.Pada masa yang sama sekiranya proses membuang tatu boleh memudaratkan nyawa atau boleh mengundang masalah lain pada kesihatan, tidak perlu dibuang biarpun tatu itu berbentuk makhluk.

Namun, jangan pula didedahkan atau ditayangkan tatu itu kepada orang lain. Di dalam kepesatan teknologi perubatan ada di sana pencapaian teknologi perubatan yang tidak perlu menggunakan asid. Malahan tatu boleh dihilangkan dengan menggunakan sinar infra merah seperti yang dinyatakan melalui petikan berikut: "Pada tahun 1991, Dr. Tolbert Wilkinson dari San Antonio, Texas telah mengemas kini sejenis prosedur yang menggunakan sinar infra merah yang tidak memberi kesan parut yang ketara serta kurang mahal..."

Proses membuang tatu adalah rumit dan memakan masa. Prosedur tradisional seperti dermabrasion atau pembedahan akan meninggalkan kesan parut. Justeru itu prosedur tersebut sudah jarang digunakan hari ini.

Penyingkiran tatu menggunakan laser pula adalah pendekatan paling umum. Tetapi ia memerlukan kepakaran profesional dan adalah agak mahal khasnya bagi penduduk di negara Dunia Ketiga. Untuk membuang tatu mesti mendapatkan bantuan nasihat daripada doktor dan jangan bertindak menjadi doktor kerana dikhuatiri akan timbul masalah yang lain pada kulit, ini sebab tisu kulit sangat sensitif.

A Shoulder To Cry On

Setiap orang mempunyai sahabat baik mereka sendiri selain husband, wife, ibu, ayah, adik beradek dan sebagainya. Sahabat baik...merupakan insan yang boleh berkongsi suka duka, susah senang...tidak kira lelaki mahupun perempuan. Lagu ini aku tujukan kepada sahabat2 baik aku... "7 Serangkai" dan husband aku... you are the best friends... in the world...dan sebagai seorang Muslim... sahabat sejati bagi manusia ialah ALLAH SWT yang senantiasa berada di sisi kita tidak kira pagi mahupun malam....panjatkan doa kepadaNya.



Life is full of lots of up and downs,
And the distance feels further when you're headed for the ground,
And there is nothing more painful than to let you're feelings take
you down,
It's so hard to know the way you feel inside,
When there's many thoughts and feelings that you hide,
But you might feel better if you let me walk with you
by your side,

And when you need a shoulder to cry on,
When you need a friend to rely on,
When the whole world is gone,
You won't be alone, cause I'll be there,
I'll be your shoulder to cry on,
I'll be there,
I'll be a friend to rely on,
When the whole world is gone,
you won't be alone, cause I'll be there.

All of the times when everything is wrong
And you're feeling like
There's no use going on
You can't give it up
I hope you work it out and carry on
Side by side,
With you till the end
I'll always be the one to firmly hold your hand
no matter what is said or done
our love will always continue on

Everyone needs a shoulder to cry on
everyone needs a friend to rely on
When the whole world is gone
you won't be alone cause I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be the one you rely on
when the whole world's gone
you won't be alone
cause I'll be there!

And when the whole world is gone
You'll always have my shoulder to cry on...

Mayumi Itsuwa


Bagi generasi muda...mungkin janggal dengan nama ini. Aku mengenali empunya nama yang begitu cantik ini..ketika aku belajar bermain Organ di Yamaha School...guru organ aku.. Miss Amy..amat menyukai dengan lagu ini dan ia merupakan lagu wajib yang akan dimainkan sebelum kelas bermula atau ketika waktu rehat. Bagi yang meminati lagu jepun...pasti meminati lagu ini.

Mayumi Itsuwa ialah...penyanyi, penulis muzik dan lirik pemain keybord yang dilahirkan pada 24 Januari 1951. Beliau melancarkan albumnya yang pertama pada 1972 bertajuk Shoujo yang telah direkodkan di Los Angeles dan dipasarkan oleh GRAMMY Award winner John Fischbach


"Ribaibaru" lyrics:

Furishikiru ame no naka o
Ashibaya ni toori sugita
Natsu no hi no inazuma no you ni
hakanaku kieta futari no koi
Aaaaahhhh...
Are hodo hageshiku moeta
Kokoro ga ima wa hai iro no ribaibaru
Aaaaahhhh...
Kurikaesu dake no omoide wa
yomigaeranu kako no monogatari
Yukizuri no hito naraba
Wasuraremo suru keredo
Namida gumu rasuto shin dewa
Ai no fukasa ni kizuite ita
Aaaaahhhh...
Arehodo yasashikatta anata no
Omokage ga ima wa aozametari ribaribaru
Aaaaahhhh....
Kurikaesu dake no omoide wa
Asu wo shiranu kako no monogatari
Aaaaahhhh...
Are hodo hageshiku moeta
Kokoro ga ima wa hai iro no ribaibaru
Aaaaahhhh...
Kurikaesu dake no omoide wa
Asu wo shiranu kako no monogatari
Aaaaahhhh...
Are hodo hageshiku moeta
Kokoro ga ima wa hai iro no ribaibaru
Aaaaahhhh....
Kurikaesu dake no omoide wa
Asu wo shiranu kako no monogatari


Revival (Translation)

In the downpouring rain
Quick-footed down the street
The shape of the summer day lightning
Our love disappearing, dying
Aaaaahhhh...
That severe extent blazing up
Now my heart worships the love revival
Aaaaahhhh...
If the passing person
Reads the legend of the past
Then repeat only those memories
But to forget too
Moved to tears in the last scene
The depth of love pulled along
Aaaaahhhh...
That tender extent of yours
The revival of the image now turning pale
Aaaaahhhh....
Then repeat only those memories
The past of tomorrow, the legend of the mysterious lights
Aaaaahhhh...
That severe extent blazing up
Now my heart worships the love revival
Aaaaahhhh...
Then repeat only those memories
The past of tomorrow, the legend of the mysterious lights
Aaaaahhhh...
That severe extent blazing up
Now my heart worships the love revival
Aaaaahhhh....
Repeat only my memories
The past of tomorrow, the legend of the mysterious lights

Sajak Kisah Manusia - JM Aziz


Sajak : Kisah Manusia

Aku berkolek di dada laut
Dengan jala, jala gelama
Ku tebarkan dengan sepenuh tenaga
Memburu hidup, memburu hidup

Aku bersajak di tangga pondok
Dengan mata, mata si pena
Ku kabarkan kisah manusia
Dipintu mahu di pintu mahu

Aku berkolek dan aku bersajak
Dari pantai timur ke kuala selut
Mencari penawar turunlah angin selatan
Soronglah kolek ku ke pelabuhan kelam


Masa di sekolah rendah dulu di SRK KING GEORGE V, Seremban dulu...aku pernah terbaca sajak ini...susunan ayat yang begitu puitis...mengasyikkan...yang aku tau penulisnya ialah JM Aziz....selebihnya aku tidak tahu....Tapi bila mendergar kembali nyanyian dari Sham Visa...dalam filem Debu-debu Kasih...mengingatkan aku kembali tentang sajak ini...dan terkenang cikgu Bahasa Melayu aku.. Cikgu Maimun...

Bila meningkat dewasa.... barulah aku berpeluang mengetahui sejarah hidup penulis ini.Nama penulis sajak ini.. ialah JM Aziz. Nama sebenarnya Abdul Aziz bin Abdul Rahman dilahirkan pada 3 November 1934 di Kampung Hujung Tanjung, Tanjung Luang, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Anak kelima dalam keluarga enam orang adik beradik. Mendapat pendidikan awal sehingga darjah lima di Sekolah Melayu Seberang Takir sebelum meneruskan pelajarannya di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Kuala Terengganu bagi mendalami penguasaannya dalam Bahasa Inggeris selama hampir 3 tahun dan berhenti disebabkan kesempitan kewangan oleh keluarganya.Selepas itu bekerja sebagai nelayan dan pada tahun 1951 beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan Polis Khas Tanah Melayu, setahun kemudian 1952 beliau bertukar ke jawatan Polis Hutan

Perjalanan hidupnya setelah kembali ke Seberang Takir menjadi semakin mencabar dan dijalani dengn penuh keperitan. Kembali menjadi nelayan disamping menarik beca dan sempat bekerja sebagai buruh pelabuhan di Kuala Terengganu. Pada tahun 1965 beliau disahkan mengidap penyakit kusta dan di rawat di Pusat Pemulihan Penyakit Kusta di Sunga Buloh, Selangor. Akibat daripada itu beliau tidak dapat melihat dan sebahagian daripada anggotanya cacat.

Beliau mula menulis pada tahun 1952 dalam bidang penulisan rencana dan juga cerpen tetapi sehingga kini genre puisi telah menjiwai dirinya kerana menurutnya, alam puisi adalah hati dan perasaan serta jiwanya sendiri.