Pokok Dukung Anak/ Amin Buah dan Khasiatnya
Baru-baru ni kucing kesayangan aku si Aundrey mati kerana penyakit Batu Karang. Pelik..kucing pun ada. Ini merupakan pengalaman kali kedua... kucing aku mati akibat penyakit yang sama...sebelum ini Junior. Aku aktif dalam satu group dalam facebook mengenai kucing2 ni...berkongsi pendapat dan ilmu.
Satu topik yang menarik ialan mengenai Pokok Dukung Anak. Sebelum ini..pokok2 ini aku buang ajer bila dia tumbuh liar dalam pasu bunga aku. Baru2 ni aku berkesempatan balik ke rumah ibu aku... kebetulan aku menolong ibu aku menanam pokok bunga. entah macam mana aku bercerita mengenai pokok ini. Ibu aku meminum air rebusan pokok ini... dan ibu mengakui khasiat pokok ini.
Nama Tempatan : Dukung Anak
Nama Saintifik :Phyllanthus Niruri
Nama Lain :Kelek anak, meniran(indonesia),Bhuaionla, kiranelligida(india)
Famili :Eurphorbiaceae
Lokasi dijumpai:Di tepi longkang , dalam pasu dan dikawasan pertanian
Dikenali dengan nama meniran bagi masyarakat indonesia , tumbuhan in termasuk dalam famili Eurphorbiaceae.Selalunya tumbuh dikawasan yang tanahnya agak keras, seperti dicelah retakan simen. Juga boleh didapati di kawasan kebun-kebun sayur dan tanah terbiar.Daun pokok ini adalah dari jenis majmuk bipinat , daunnya kecil berwarna hijau yang agak gelap dan tersusun berselang seli dengan jarak lebih kurang 6-10mm
Ia adalah herba tahunan(annual) dengan ketinggian lebih kurang 30-60 cm.Ia mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan dan satu tangkai bunga mempunya bunga-bunga kecil yang banyak . terdapat dua jenis bunga; bunga jantan dan betina. Kapsul bijinya sangat kecil, berpermukaan licin dan dari jenis 3-gonous. Kitaran dari satu biji ke biji yang berikutnya adalah 2 hingga 4 minggu. Dukung anak tumbuh di kawasan yang beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia,Thailand. Juga terdapat di China, India dan dalam kawasan antara Filipina dan cuba. Dikebanyakan tempat ia mendatangkan masalah kepada petani kerana selalunya tumbuh di kawasan pertanian dan dianggap rumpai yang sukar dikawal.
Kegunaan:
1. Akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan. Perubatan ayurveda ia digunakan sebagai penghilang dahaga,bronchitis, kusta,anemia, penyakit kelenjar kencing,anuria dan asma.Boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit berak berdarah(dysentery) yang kronik (mengikut kaedah perubatan unani dari India) dan juga cirit birit. Caranya minum air rebusan setiap hari.
2. Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta(scabies) dan kurap.Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning(jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir. Daun yang telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta(scabies). Jika tidak dicampur garam ia boleh ditampal pada luka dan lebam.ia juga boleh digunakan untuk merawat bisa gigitan ular.Tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai tuba(racun) ikan. Kaedah perubatan ayurveda banyak menggunakan tumbuhan ini samaada dalam bentuk tumbuhan ini dikeringkan dan dijadikan serbuk atau terus menggunakan tumbuhan ini dalam bentuk tumbuhan segar.
3. Walaupun masih sukar untuk menentukan apakah kandungan dalam tumbuhan ini yang menyebabkan ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi, ada kajian yang menunjukkan ia memberikan kesan positif untuk mengubati penyakit hepaptitis B.dalam satu kajian, didapati 22 daripada 37 , iaitu sebanyak 59% dari pembawa virus hepatitis B yang dirawat dengan persediaan herba dari tumbuhan ini selama sebulan telah kehilangan antigen hepatitis B setelah di uji selepas 15 hingga 20 hari selepas rawatan selesai.Jika menggunakan rawatan biasa hanya 4% dari pembawa akan kehilangan antigen untuk tempoh yang sama. Persediaan herba ini hendaklah di amalkan selama sebulan atau lebih untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Jika digunakan secara biasa , tiada kesan sampingan didapati setakat ini. Namun anda dinasihatkan mendapatkan pandangan doktor sebelum memulakan rawatan.Walaupun ia membantu mengurangkan jumlah virus hepaptitis B yang dijumpai didalam darah, ia masih tidak dapat menghilangkan kesemuanya, jadi ia bukanlah penawar kepada penyakit ini, namun mengambilannya dapat mengurangkan dan mengawal pertumbuhan dan pertambahan virus hepatitis B. Kajian lanjut masih dijalankan oleh para saintis mengenai kegunaan dukung anak untuk merawat hepatitis B. Caranya ialah mandi/ lap baby dengan air rebusan untuk penyakit kuning hingga baby sihat. Bagi hepatitis b pula..caranya ialah pokok dimasak dengan susu kambing..minum setiap hari.
4. Merawat penyakit keputihan yang dialami oleh golongan wanita... keputihan merupakan salah satu sebab wanita tidak boleh mengandung. Caranya ialah dengan air rebusan pokok sehingga baik
5. Penyakit Batu Karang
6. Pendapat orang Jawa pula mengatakan...pokok ini sesuai untuk bagi mereka yang menghadapi penyakit Darah Tinggi dan Sakit Sendi-sendi Tulang. Caranya juga dengan meminum air rebusan.
7. ubat untuk anak yang baru lahir yang kena demam kuning
8. minum air rebusan selepas dikeringkan utk kesihatan badan dan cuci bahan toksid dari badan
9. akar pokok dukung anak untuk menggurangkan demam anak kecil yang akan tumbuh gigi.caranya rebus secekak akar yg dah dibersihkan dengan segelas air dan minum ketika masih suam. Juga berkesan kurangkan demam panas
10. Mengikut darulsyifa..pokok dukung anak juga boleh digunakan untuk menghalau gangguan makhluk halus. Caranya ialah air tebu + pokok dukung anak + gula batu