Ketika asyik menonton Berita TV3 jam 8.00 tadi...satu berita yang menyayat hati aku ialah mengenai "Pengesahan DNA yang menyatakan tulang rangka yang dibakar adalah sah kepunyai adik Nuruk Nadhirah". Takziah buat keluarga adik Nurul. Yang menyayatkan hati aku ialah melihat kedaan mak Nurul yang menangis dan meraung-raung. Menurut berita yang sahih..mak adik Nurul ini masih dalam keadaan berpantang selepas melahirkan anaknya. Nak dijadikan sebab ajer mak dia bermain Facebook ketika Adik Nurul pergi ke kedai untuk membeli Maggie. Ajal maut semuanya terletak ditangan Tuhan...manusia sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa dan bertawakal untuk mengelakkannya.
Aku bukan nak bercerita mengenai kematian adik Nurul ni...aku ingin bercerita mengenai Meroyan atau Gila Meroyan. Dikalangan masyarakat melayu..Gila Meroyan ini sering dikaitkan dengan tekanan perasaan selepas bersalin atau ketika masih lagi berpantang. Meroyan sering kali dikaitkan dengan gangguan makhluk halus atau melanggar paraturan ketika berpantang. “Dalam dunia perubatan tradisional, meroyan ini disebabkan makhluk halus. Darah yang keluar itu memang sangat disukai makhluk halus.Ibu yang berada dalam pantang harus membasuhnya sebersih mungkin. Jika tidak makhluk halus suka pada darah nifas.
Gila meroyan atau nama saintifiknya ‘postpartum psychosis’ mula dikenal pasti pada 1850. Ia adalah masalah mental yang serius dan memerlukan rawatan.Penyakit ini terjadi satu dalam 1,000 kes wanita yang melahirkan anak atau 0.1 peratus saja.
Tanda-tanda seseorang mengalami simptom meroyan :
1)pesakit akan kerap menangis
2)berasa keseorangan
3)malu dengan masalah yang dihadapinya
Tindakan seseorang yang meroyan :-
1)Wanita yang menghadapi penyakit ini sangat berbahaya jika dibiarkan sendirian tanpa pengawasan. Pesakit berupaya membunuh anak sendiri kerana selalu merasakan anak itu bukan anaknya.
2)berupaya mencederakan diri atau membunuh diri
Faktor-faktor :-
1) Masalah tekanan perasaan ketika dalam pantang berbeza dengan masalah tekanan perasaan yang dialami orang lain. Ia tidak sama dengan skizofrenia, kemurungan atau tekanan perasaan. Masalah tekanan perasaan dalam pantang hanya dialami wanita dalam pantang
2) gila meroyan juga boleh dikaitkan dengan faktor genetik walaupun ia bukan kemestian.
3) Jika wanita itu secara peribadi pernah berhadapan dengan masalah kemurungan, skizofrenia sebelum hamil, ia mungkin akan meningkatkan lagi risiko mengalami gila meroyan.
4) Masalah yang dihadapi sepanjang kehamilan seperti masalah rumah tangga, kewangan atau tekanan kerja di pejabat boleh menyumbang kepada faktor terjadinya tekanan perasaan.
Cara Mengawal:-
1) wanita dalam pantang seharusnya pandai mengawal emosi.
2) penjagaan makanan seperti pengambilan makanan berprotein tinggi bagus untuk menambah darah dan mengembalikan kecergasan tubuh.
3) Berurut untuk mengembalikan tenaga - wanita yang menghadapi masalah gila meroyan berpunca daripada keletihan dan tidak menjaga pantang. Urut badan penting kerana ia memberi tubuh keselesaan.
4) Wanita berpantang juga jangan abaikan pengambilan ubat-ubatan tradisional. Jangan pandang ringan segala pantang larang ketika berpantang. Kesannya mungkin tidak nampak sekarang tetapi dalam tempoh jangka panjang.