Ais Oh Ais
Ais... sejuk. Itu le yang terbayang dalam kepala ni. Lagi le dalam musim panas..lebih2 lagi masa bulan puasa..air yang diletakkan dengan ais itu yang menjadi agenda utama. Tapi bila terbaca satu artikel mengenai bahaya ais ni jadi takut plak... tapi minum gak... his his degil betul.
Artikel Mengenai Ais :
Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.
:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!
Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...
Jadi marilah kita bersama-sama menukar amalan meminum ais ni kepada aisr panas atau suam... uwaaa... boleh ke? Berusaha...insyaallah Allah SWT akan membantu.