Asmaaul Husna ( اسماء الله الحسنى)

  Download this mp3 from Beemp3.com

Kursus CPD DG41 - Hotel New York Johor Bahru

24-28 September 2013 Kursus CPD DG41 Siri ke-7 di New York Hotel. Hah...kursus lagi...mak ehh 5 hari tu.. New York tu...jauh sungguh perjalanan aku...ke New York. Aku bukan nak cerita pesal kursus yang wajib bagi setiap DG41 ni...yang aku nak cerita ialah tentang suasana hotel tempat aku menginap ni...berkongsi pengalaman.... Hotel New York Johor BAhru ni terletak di kawasan yang agak sibuk di Johor Bahru ni. Mostly pelanggan hotel ini terdiri daripada pelancong asing yang datangnya dari Thailand..Taiwan...China...Jepun...dan Indonesia. Bilik yang aku dapat memang puas hati...besar. Apa yang aku boleh cakap memang ekslusif dan boleh berkampung le...boleh bawak anak isteri dan suami. Memang besar berbanding hotel2 lain yang pernah aku pergi. Tapi yang x bestnya...bilik air yang aku dapat tu, pam tandasnya rosak...dah le jadi pomen aku dan roomate aku ni tiap2 hari...injap tandasnya x naik-naik. Hotel ini juga menyediakan kemudahan kolam renang. Tapi yang aku nak ceritakan bukan mengenai kolam renang...tetapi bab makanan. Dari sarapan, lunch dan dinner... memang hotel ini yang terbaik le aku rasa. Sarapan dah x boleh masuk perut rasanya....bila sampai bab lunch aduhai...lagi le... Kambing Golek pun ada... udang? sebesar udang diberinya...nasi ayam le...lauk campur le...banyak sungguh.... Dinner pun apa kurangnya. Memang sedap.... tak rugi hadiri kursus kat sini. 5 hari bertapak kat Hotel New York ni...aku rasa berat badan semua naik...ini juga diakui kawan2 sekursus aku. Tak percaya... cuba le sendiri. Cuma...duduk dihotel ni dah macam kat China Town aku rasa..... aircond..air panas..semua tip top.