Asmaaul Husna ( اسماء الله الحسنى)

  Download this mp3 from Beemp3.com

Minyak Dagu

Apa itu minyak dagu? ...aku sendiri pun tidak mengetahui dengan lebih lanjut....cuma sering mendengar orang memperkatakan tentang perkara ini..samada benar atau tidak...Ibu pernah memberitahu aku... sekiranya si pemilik minyak dagu ini meninggal dunia..minyak ini akan kering dengan sendirinya, sekiranya berlaku kematian dalam keluarga si pemilik minyak dagu...minyak dagu perlu di tempatkan di tempat lain.... dan minyak ini akan penuh dengan sendirinya ketika bulan penuh....yea ke ? ...maka time-time cuti sekolah....ada masa yang lapang...aku mencari kebenaran mengenai Minyak Dagu ni....dan satu artikel oleh Dr. Amran Kasimin..menarik minat aku...

Minyak Dagu atau Minyak Guna-guna ialah ....bahan untuk menundukkan seseorang adalah termasuk dalam kategori amalan sihir. Sihir bererti seseorang itu menggunakan iblis dan syaitan untuk menguasai minda, pergerakan dan segala-galanya menyebabkan seseorang itu melakukan sesuatu di luar kesedarannya.

Amalan ini termasuk dalam amalan yang diistilahkan sebagai at-tiwalah. Orang yang berbuat demikian termasuk dalam golongan orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik, dan Allah mengampuni dosa selain daripada dosa syirik.

Terdapat banyak cara menyediakan minyak guna-guna ini, antaranya ialah menggunakan minyak dagu orang mati dibunuh atau minyak yang diambil daripada perempuan mati beranak sulung.

Minyak perempuan mati bersalin diambil pada malam hari yang sama ia dikebumikan. Setelah digali, mayat disandarkan di pangkal sebatang pokok. Kedua-dua belah tangan dipegang oleh dua orang. Seorang lagi melayur dagu mayat dengan lilin yang ditadah dengan tempurung jantan di bawahnya.Kerja-kerja ini dimulakan selepas tengah malam. Minyak dibawa balik ke rumah, dimasukkan dalam botol kaca, diperasap dan dipuja sehingga minyak itu berbunyi dan mengeluarkan suara apabila nama perempuan berkenaan dipanggil. Suara tersebut adalah suara qarin yang ikut balik bersama minyak.

Menurut keterangan seorang lelaki, minyak dagu yang paling kuat ialah minyak dagu diambil dari perempuan mati mengandung sulung, di mana anak tersebut juga mati dalam kandungan.

Mereka yang hendak membuat kerja ini mesti berbilangan ganjil, iaitu sama ada tiga atau lima orang dan tidak melebihi tujuh orang. Setelah berkumpul di satu tempat, tidak jauh dari tanah perkuburan, mereka akan dijampi, menyebabkan mereka seumpama terpukau, separuh tidak sedarkan diri dan menjadi berani, patuh pada arahan. Jampi dilakukan oleh orang yang mengetuai kumpulan itu, yang dikatakan mempunyai ilmu batin yang kuat, yang pernah melakukan kerja-kerja seperti ini. Kemudian mereka mesti melucutkan kesemua pakaian dan pergi ke kubur dalam keadaan bogel atau hanya berseluar dalam. Setiap orang dipakaikan tangkal yang diperbuat daripada 12 helai benang mentah yang diikat di dahi masing-masing, sebagai pelindung daripada segala gangguan yang mungkin datang ketika melakukan kerja.

Setelah mayat dinaikkan daripada lubang kubur, bahagian tertentu badan dicucuh dengan lilin putih. Ada lima tempat sahaja yang perlu dilayur, antaranya ialah pada bahagian siku, pipi kanan, pipi kiri dan dagu.

Menurut responden, mayat itu mungkin akan bergerak ketika dilayur dan akan mengganggu orang yang terlibat. Kerana itu, orang yang mengepalai kerja-kerja ini perlu mempunyai ilmu batin yang kuat, boleh membaca doa tanpa henti-henti dan dengan lancar sambil membalingkan bahan yang dibawa ialah beras kunyit dicampur dengan pasir, yang diambil dari tiga pantai dan buah lenga hitam yang digoreng tanpa minyak.

Mereka yang terlibat balik ke tempat asal di mana mereka berkumpul dalam keadaan telanjang membolehkan iblis dan syaitan ikut mereka sama. Sekiranya orang yang terlibat tiga orang, mereka mesti tidur di tempat berkenaan tiga malam, begitulah yang perlu dilakukan sekiranya kumpulan itu terdiri daripada lima orang. Mayat ditinggalkan begitu sahaja di atas kubur.

Setelah dimasukkan jarum, minyak itu ditapakan dalam tanah. Botol hanya boleh ditutup dengan tutup kaca. Penutup lain, seperti gabus tidak boleh digunakan. Minyak akan meletup keluar dan kering, menyebabkan minyak tidak berapa kuat atau hilang langsung hikmatnya.

Orang yang memerlukan minyak ini mengambilnya dengan kapas, digunakan dengan menculiknya kepada orang-orang tertentu dengan jari manis pada bahagian kulit, dimasukkan dalam makanan atau minuman.

Menurut seorang responden, minyak dagu yang diambil daripada mangsa bunuh yang dilakukan oleh orang yang membuat minyak adalah lebih kuat. Selain diambil selepas tengah malam, minyak ini boleh diambil pada waktu maghrib kerana waktu ini adalah waktu segala iblis dan syaitan keluar dari tempat kediaman atau tempat persembunyian untuk mengganggu manusia, tetapi bagi orang yang terlibat mengambil minyak ini, makhluk tersebut adalah sahabat.

Minyak kadang-kadang diambil seorang diri tanpa pembantu untuk mengelak daripada timbul masalah. Minyak yang dicampur dengan abu orang mati adalah lebih kuat kesannya. Selain dicampur dalam makanan atau minuman, dicalit atau disapu pada kulit, bahan ini boleh ditanam di tempat-tempat tertentu, seperti di bawah tangga, di halaman rumah atau di mana-mana tempat laluan mangsa.

Syaitan (qarin) yang berserta atau menunggu minyak dagu dipuja dengan rangkaian jampi dan diberi arahan atau perintah menjelma dalam mimpi, juga menjelma menyerupai orang yang menggunakannya sebaik sahaja mangsa terkejut daripada tidur. Hal demikian menyebabkan pemikiran mangsa, atau orang yang dipuja akan hanya tertumpu pada orang yang berkenaan, menyebabkan ia rasa gelisah tidak menentu dalam semua keadaan. Sukar hendak tidur. Kalau tidur dia terjaga, kalau terjaga rasa gelisah. Dalam keadaan tertentu mangsa terasa seolah-olah ditarik-tarik untuk menemui orang yang memuja, lalu dia menapak dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Pada hakikatnya, perbuatan ini bukan menyebabkan seseorang itu menyayangi pasangannya, tetapi menjadikannya bodoh, seolah-olah dikuasai oleh satu kuasa asing menyebabkannya tunduk melakukan sesuatu di luar kehendaknya.

Selain untuk tujuan di atas, ilmu pengasih jenis ini ada kalanya digunakan untuk menundukkan seseorang, terutama kaum wanita semata-mata untuk tujuan seks, merampas isteri orang, untuk membalas dendam yang dilakukan mungkin kerana pinangan ditolak, perempuan atau lelaki memungkiri janji untuk berkahwin, pihak perempuan menghina atau memandang rendah kepada lelaki tertentu, menyebabkan rasa marah lalu membalas dendam dengan mengenakan sihir jenis ini.

Mangsa ilmu guna-guna jenis ini akan memperlihatkan kelakuan yang aneh dan sering melakukan tindak-tanduk di luar kebiasaan. Orang yang pada asalnya membenci seseorang boleh bertukar menjadi rindu tanpa mempedulikan rintangan, hilang rasa harga diri, tidak peduli nasihat ibu bapa dan sebagainya.

Dalam keadaan tertentu dia akan kembali normal, menyedari siapa dirinya yang sebenar, mengingati keluarga, tetapi dia berasa seolah-olah ada satu kekuatan luar menguasainya menyebabkannya berada dalam keadaan khayal dan terpukau.

Kesan daripada amalan sihir berbeza, bergantung kepada kekuatan roh seseorang dan jenis sihir yang dikenakan iaitu kekuatan syaitan yang terlibat. Ada mangsa yang hilang ingatan sama sekali, tidak tahu apa yang telah berlaku pada dirinya apabila ingatannya pulih kembali. Kebanyakan mangsa tidak menyedari dirinya kena sihir, padahal perubahan besar berlaku pada dirinya.

Iblis dan syaitan berusaha untuk menyesatkan manusia sejauh-jauhnya, agar dapat dibawa bersama terheret dalam neraka bersamanya. Di antara jalan mudah untuk menyesatkan manusia ialah dengan tipu helah, menyebabkan manusia berdampingan dengan jin-jin yang terdiri daripada iblis dan syaitan, menyeru, memanggil dan memuja dengan rangkaian jampi, mantera atau serapah ataupun dengan kata-kata biasa untuk melaksanakan hajat jahat manusia, termasuk amalan menundukkan perempuan atau lelaki agar jatuh kasih kepada si pemuja.

Apabila ini dilakukan oleh seseorang, orang yang berkenaan telah melakukan perbuatan sihir. Salah satu dosa besar yang membinasakan.

Terlalu banyak kaedah untuk menundukkan seseorang, sama ada lelaki atau perempuan selain menggunakan kaedah yang dijelaskan. Apa yang pasti berlaku, amalan seperti ini semuanya melibatkan iblis dan syaitan untuk menyampaikan hajat seseorang.

Biarpun hajat itu baik, untuk menjadikan sebagai teman perempuan yang telah memutuskan hubungan itu kembali mengingatinya, tetapi apabila caranya salah, iaitu menggunakan khidmat jin-jin, maka perbuatan tersebut tetap terlarang dan termasuk dalam golongan orang yang melakukan perbuatan syirik.

Manusia yang berakal tidak akan rela melakukan sesuatu yang menyakiti orang lain, biarpun tujuan asalnya baik. Walaupun demikian, akibat kejahilan diri, manusia yang mempunyai akal waras sekalipun ada kalanya tercebur dengan perbuatan yang menyakiti orang lain.

Dunia sudah maju...namun masih lagi individu masih mempercayai dan menggunakan cara yang salah ini bagi tujuan tertentu...bunga bukan sekuntum..dan kumbang bukan seekor....segala jodoh adalah ketentuan ALLAH SWT...kita manusia hanya mampu merancang sahaja....


Ciri-ciri orang yang kena Minyak
di kesan, dan jika anda mempunyai ciri-ciri di bawah ini :
1. Merasa minat dan kasih yang mendalam kepada si pengamal minyak dagu tersebut.
2. Amalan ibadah kepada Allah semakin kurang, malah kurang penghayatan(tidak khusyuk)
3. Teringat-ingat dan cinta yang mendalam kepada si pengamal tersebut.
4. Tidak mustahil segala duit, harta dan juga maruah diri tergadai angkara minyak dagu.
5. Badan sentiasa sakit menyucuk-nyucuk, anggota terasa panas, bisa seluruh badan atau sebahagian daripada badan, badan terasa kebas dan sebagainya
6. Perasaan menjadi resah dan gelisah, tidak boleh tidur malam, sering bermimpi yang buruk dan mengerikan, terdapat lebam-lebam bewarna biru seperti kena tokok ditempat-tempat tertentu pada badan
7. Orang yang dianiayai akan menjadi gila, hilang ingatan, tidak siuman, mereng dan seumpamanya
8. Sering meracau-racau, ketawa mengilai-gilai atau bercakap seorang diri.
9. Mengalami sakit kepala sebelah samada di sebelah kanan atau kiri.
10. Rahim terasa sakit dan kadang-kala terasa seperti hendak jatuh
11. Badan terasa berat seperti ada benda di atas belakangnya dan kadang-kala terasa seperti ada sesuatu yang mencakar-cakar belakangnya.
12. Kulit gatal/merah ditempat yang dicalit.

Rawatan
1. Minum air zam zam kemudian di bacakan Ruqyah Syariyyah satu sesi selama tiga hari
- Pesakit akan muntah atau pening atau pengsan.
2. Mandi dan minum air kelapa (Air Kelapa ialah penawar segala ilmu pengasih nusantara)
3. Buang semua barang pemberian (minyak wangi, baju, gelang, rantai, surat dll)
4. Pesakit sentiasa mengamalkan surah an-nas 70 kali setiap hari bila-bila masa.
5. Bekalkan zikir kepada pesakit untuk selepas solat (atau bila masuk waktu solat bagi perempuan yang datang bulan) sebanyak 100 kali. Zikirnya:

لَا إِلَه إِلا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُل شَيْء قَدِيْر