Asmaaul Husna ( اسماء الله الحسنى)

  Download this mp3 from Beemp3.com

13

13? Kenapa dengan nombor 13? Kenapa ada orang takut dengan nombor 13? Untuk merungkai fenomena ini aku buat kajian sikit untuk pengetahuan aku. Individu yang takut dengan nombor 13 digelar TRISKAIDEKAPHOBIA. Ia diambil dari perkataan Greek, 'Trikaideka’ yang bermakna 13. Masyarakat Barat mempercayai nombor 13 tidak sesuai untuk dipilih kerana dipercayai akan membawa bencana / sial . Pemaju perumahan akan menghilangkan nombor 13 kerana tidak ada pembeli yang mahukan nombor 13.

Bukan saje rakyat bawahan yang mengalami fobia dengan nombor 13 tapi...golongan bijak pandai dan intelektual turut terjebak mempercayai bahawe nombor tersebut sebagai sial. Kepercayaan yang ditahap kronik nie menyebabkan kebanyakan bangunan2 tingi di Amerika terutamenye tak memiliki tingkat 13...bilik bernombor 13...lot parking kete...pintu...atau ape saje yang menjadi ke13 akan cube dielak. Syarikat Microsoft tak akan mengeluarkan perisian Microsoft Office versi ke13. Selain nombor 13...mereka juge fobia terhadap hari jumaat yang jatuh pade 13 haribulan.

Dalam agama Islam, tidak ada sebarang nombor sial atau nombor bertuah. Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al- kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W.T..

Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat..

Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang berlaku syirik terhadap Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud : “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka”. (Surah al-Ma’idah, ayat 72)

Ni nak kongsi le..pandangan aku mengenai nombor 13. Aku berkahwin dengan suami aku pada 13 Mei 2000 (peristiwa 13 Mei), rumah aku no 13...anak aku dilahirkan pada 13.3.2001...buat masa ini..alhamdullillah rumahtangga yang dibina bahagia...dah 11 tahun..anak2 aku pun membesar dengan baik dan beradab...dan rumah aku...aman sahaja..semenjak beli rumah tu...husband aku murah rezeki...kami sekeluarga lebih mendekatkan diri dengan Islam. Insyaallah....AMIN .