Asmaaul Husna ( اسماء الله الحسنى)

  Download this mp3 from Beemp3.com

Petua Penjagaan Beras

Bagi aku yang berkeluarga kecil...almaklum le anak baru darjah 4 dan 2, memang pastilah kuantiti beras yang digunakan adalah kecil bilangannya. Kadangkala...beras 10kg tu boleh terlajak nak dekat sebulan lebih atau 2 bulan. Aku nak kongsi beberapa tips mengenai penjagaan beras....Sayangkan kalau beras di rumah rosak...

1) Elakkan beras berkulat - beras yang disimpan terlalu lama akan berkulat. Hindarinya dengan memasukkan bawang putih yang tidak dibuang kulit ke dalam bekas beras. Tutup bekas dengan rapat.

2) Jika beras disimpan lama, tentu banyak bubuk akan ditemui di dalamnya. Untuk mencegahnya ambil daun limau nipis dan masukkan ke dalam beras yang disimpan. Selepas itu alaskan selapis lagi dan taruhkan beras di atasnya. Buat beberapa lapis. Hasilnya beras anda tidak lagi di serang oleh bubuk.

3) Masukkan beberapa tangkai cili kering ke dalam beras untuk mengelakkan bubuk. Sapukan minyak kelapa di sekeliling tempat menyimpan beras supaya tiada semut halus. Tutup beras rapat. Simpan beras di tempat yang kering dan seelok - eloknya jangan simpan beras terlalu lama.