Firman Allah swt di surah An Nisa' ayat 19, | | | " Pergaulilah isterimu dengan baik, sekiranya kamu benci kepada mereka, boleh jadi ada yang kamu benci itu Tuhan akan menjadikan kebaikan yang banyak padanya"
| Dari Ibnu Umar r.a dari Nabi Muhammad saw beliau bersabda yang bermaksud, |
| | " Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talak"
Riwayat Abu Daud dan Hakim
|
Perceraian merupakan suatu perkara yang paling dibenci oleh Allah swt. Agama Islam tidak mengalakkan umatnya bercerai berai, kerana ia akan mengakibatkan implikasi yang negatif kepada pasangan itu sendiri, anak-anak, keluarga mahupun masyarakat amnya.
| | Amanah dan tanggungjawab ini hanya dapat dilaksanakan oleh kedua pasangan suami isteri dengan baik dan sempurna, jika keduanya menjadikan dasar ikatan atau perjanjian yang suci ini dengan bersumberkan iman dan taqwa kepada Allah swt. Selagi kedua pasangan ini menjadikan sumber pegangan mereka berpandukan dengan ajaran Islam, Insya Allah tujuan dan matlamat perkahwinan yang didambakan akan berkekalan hingga ke akhir hayat mereka.
Namun, memang perceraian hadir ditengah-tengah kehidupan tanpa diundang dan tidak diinginkan, sama halnya dengan hidup-mati, nasib dan rezeki manusia. . . . . tiada orang yang tau, manusia hanya bisa berusaha tapi Tuhan yang menentukan. Sama halnya dengan 'perceraian' itu sendiri. Perceraian merupakan suatu proses dimana sebelumnya pasangan tersebut sudah (pasti) berusaha untuk mempertahankannya namun mungkin jalan terbaiknya adalah suatu "perceraian"
Kesan yang paling besar akibat perceraian ialah anak-anak. Anak-anak menjadi mangsa keadaan akibat perceraian ibubapa. Berdasarkan kepada pengalaman yang pernah aku dan adik tempuhi 22 tahun yang lepas..masih terasa dan terpalit di dalam lubuk hatiku ini.Semenjak ibubapa aku bercerai..aku menjadi seorang budak yang pendiam dan segala masalah ku simpan seorang tanpa berkongsi dengan sesiapa. Sehinggalah wujud satu dunia baru buatku.... 'keluarga baru'. Keluarga baru tidak pernah wujud di mata orang ramai...hanya aku sahaja yang merasai kewujudan keluarga itu. Di dalam keluarga itu aku mempunyai sebuah keluarga yang bahagia...yang dihadiri oleh ayah, ibu, abang-abang dan adik. Aku sering berceritakan mengenai keluarga ini kepada kawan-kawan sehinggakan tiada seorang pun yang meraguinya. Secara tidak langsung...aku menjadi seorang yang pendendam kepada individu yang bernama 'Ayah". Sakit hati aku terhadap lelaki ini tidak terkira sehinggakan aku berdendam dengan keluarga di sebalah ayah aku. Aku suka melihat kemusnahan yang berlaku dalam keluarga lelaki ini. Perasaan segan dan malu semestinya ada bagi setiap anak-anak yang ibubapanya bercerai. Kadangkala kami dipandang hina oleh segelintir masyarakat, jiran, cikgu dan kawan-kawan yang lain, Aku sering bertanya....salahkah kami? Adik aku menjadi seorang pemberontak dalam diam, menjadi budak nakal yang dianggap bermasalah dan panas baran. Aku, adik dan ibu tinggal sehelai sepinggang...segala harta bersama ibuku sepanjang perkahwinan habis musnah ditipu lelaki tersebut. Ingatlah wahai lelaki tersebut...mungkin anda bahagia di dunia ini,,,akhirat...hanya ALLAH SWT yang mengetahui.
Wahai ibubapa, fikirlah dulu kesan akibat perceraian kalian. Bagi aku dan adik aku, kami tidak pernah menyalahkan ibu. Ibu yang banyak berkorban demi kejayaan kami, ibu sanggup menepiskan segala kemahuannya...perasaan malunya. Kami tahu ibu sedih...tapi ketahuilah ibi, selagi aku dan adikku masih bernyawa...akan kubahagiakan ibu sepanjang hayatmu ibu. Ya! Allah..kuatkanlah semangat ibuku..ampunilah dosa ibuku, panjangkanlah umur ibu yang ku kasihi, murahkan rezekinya...AMIN. Kepada lelaki yang lupa tanggungjawabnya sebagai seorang ayah....yang memusnahkan kebahagian kami...kami doakan semoga anda bahagia di dunia ini...dan kami berharap anda menginsafi segala kesilapan yang lama..bertaubatlah..dan percayalah bahawa ALLAH SWT sentiasa membuka pintu taubat pada hambaNya.Ya! Allah Kau ampunilah segala dosa ayah kami. Walaupun kami kehilangan kasih sayang seorang ayah, tapi kami memperolehi kasih sayang yang melimpah ruah dari ibuku...dan berkat didikan dan doa ibu, aku dan adik-adikku berjaya. Ketahuilah ibu..setiap air mata ibu yang keluar..merupakan kekuatan dan semangat kepada kami. |
|
|