Ni nak berkongsi pengalaman, pagi semalam...ketika aku dan husband tengah mengemas rumah.... husband aku ternampak seekor belalang yang amat besar...besarnya lebih kurang jari kelingking orang dewasa. Mak datuk... punya le besar...selama ni aku nampak kecik ajer....husband aku pun terus mengibas pelesit tu dengan penyapu...bila pelesit tu pening2 lalat..husband aku mengambil kain...dan membaca Al-Fatihah dan Ayat Qursi sambil mencabut kepalanya... akhirnya...husband aku membakar pelesit tersebut...Naik jugak bulu roma aku bila melihat pelesit sebesar itu.
Apa itu pelesit? Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya. Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam. Pembela pelesit dikatakan tidak akan mempunyai zuriat kerana ilmunya yang panas akan membunuh janin atau anak kecil yang berdamping dengannya, sekiranya tidak dijaga dengan baik. ia takut dengan tahi besi iaitu (sejenis besi lebihan dari proses peleburan besi) Menurut pandangan pengamal perubatan,rupa pelesit adalah seperti seorang tua yang amat hodoh berabut putih panjang.Cara ia berjalan mirip seekor penguin.Ia menumpang ke badan belalang hijau sebagai tunggangannya.Cara untuk mengenali rupa belalang pelesit adalah dengan melihat di atas kepalanya terdapat tanda merah.Apabila dicabut kepalanya akan nampak juraian rambut yang halus.
Untuk mengelakkan dari gangguan makhluk2 halus dan anasir2 jahat ni...kita wajibkan untuk mendirikan solat 5 waktu..sembahyang ketika waktu masuk...jangan lengah2kan, banyakkan membaca Al-Quran dan berzikir...pokok pangkalnya...bila kita membuat sesuatu..hati dan niat kita mestilah ikhlas....