Hari ni aku nak berkongsi, ilmu yang aku perolehi dari seorang makcik yang kuanggap sebagai guru agamaku. AYAT TIGA PULUH TIGA.
AYAT TIGA PULUH TIGA adalah merupakan ayat-ayat AL-Quran yang terdiri daripada beberapa surah iaitu :-
1. Surah Al-Fatihah
2. Surah Al-Baqarah (ayat 1-5)
3. Surah Al-Baqarah ayat 163
4. Surah Al-Baqarah ayat 164
5. Surah Al-Baqarah ayat 255
6. Surah Al-Baqarah ayat 256
7. Surah Al-Baqarah ayat 257
8. Surah Al-Baqarah ayat 284
9. Surah Al-Baqarah ayat 285
10. Surah Al-Baqarah ayat 286
11. Surah Al-A'raaf ayat 54
12. Surah Al-A'raaf ayat 55
13. Surah Al-A'raaf ayat 56
14. Surah Al-Israa' ayat 110
15. Surah Al-Israa' ayat 111
16. Surah As-Salfaat ayat 1-11
17. Surah ar-Rahmaan ayat 33-35
18. Surah Al-Hasy-r ayat 21-24
19. Surah al-Jinn ayat 1-4
Menurut keterangan dari Saidina Abdullah Ibni Umar r.a
"Barangsiapa membaca ayat ini pada malam hari tiada dimudharatkan dia oleh binatang yang buas dan pencuri yang menganiaya dan diafiatkan pada dirinya, ahli keluarganya dan hartanya hingga bersubuh-subuh ia dan dibentangkan antara orang-orang yang membaca ayat ini dan antara seterunya dengan satu pagar daripada besi. Ayat ini juga dikatakan ubat seratus penyakit, setengah daripadanya ialah penyakit kusta, gila, sopak dan mati anggota".
Cuba amalkan membaca ayat tiga puluh tiga ini. Aku dah amalkan...dan alhamdullillah...hati aku tenang, aman dan damai...segala kekusutan di jiwa dan dibenak hatiku...makin lama makin terkikis...dengan kehendak dan keizinan dariNya. AMIN.