Asmaaul Husna ( اسماء الله الحسنى)

  Download this mp3 from Beemp3.com

SUBHANAALLAH

Baru-baru ini.... aku pergi menziarahi ibu mertuaku yang terlantar di sebuah hospital di Johor Bahru.;;kerana penyakit hempedu. Pokok pangkalnya, aku bukan mahu bercerita tentang penyakit ibu mertuaku. Aku mahu menceritakan sesuatu peristiwa bagi aku yang amat menakjubkan bagi ku. SUBHANAALLAH.

Disisi sebuah kedai di hospital tersebut...duduk seorang pakcik di kaki lantai tengah bercakap seorang diri..merepek seorang diri. Kebanyakkan orang dihospital itu mengatakan pakcik itu mengalami sedikit masalah mental. Sedang aku asyik membaca sebuah buku yang bertajuk Himpunan Hadis Pilihan - Kiamat Semakin Hampir...tulisan Harun Arrassyid Hj Tuskan...aku mendegar pakcik itu membaca Surah Al-Fatihah. Ku dengar bacaan pakcik itu..boleh tahan...tiada satu pun yang tertinggal. Selepas bacaan surah itu, pakcik itu memberi ceramah mengenai agama..mengenai kebesaran ALLAH SWT. Terdetik dihatiku... betapa hebat pakcik ini.

SUBHANALLAH...selepas tazkirah dari pakcik yang dianggap ditidak betul itu oleh segelintir orang...aku mendegar pakcik tersebut membaca SUrah Yaassin...tanpa memegang surah tersebut. Kudengari bacaan pakcik tersebut...tiada sebaris ayat pun tertinggal...sehinggalah bacaan surah tersebut selesai. Tergamam aku...aku bercakap dengan anak perempuanku... "Nasyrah tengok atuk tu...walaupun dia sakit... tapi dia hafal dan boleh baca surah yaasin...dan atuk boleh bagi tazkirah...Nasyrah kena jadi macam atuk tu..kita yang sihat...tuhan kurniakan kesihatan ..mesti lagi berusaha dari atuk tu". Sedih aku melihat atuk itu....lantas aku memberi duit sedikit sebagai tanda terima kasih aku kepada pakcik tiu kerana sudi membacakan surah yaasin ketika orang ramai tengah berehat di sekitar kawasan hospital tersebut.

Salah satu petikan ayat dalam SUrah Yaasin.....Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan pabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia. Begitulah beberapa ungkapan ayat-ayat kun [jadi] maka faya kun [jadilah] dalam al-Qura’an.

Peringatan yang sangat dahsyat kepada kita agar jangan sombong, bongkak , jangan tinggi hati, jangan cakap besar dan segala-galanya, kerana Allah SWT boleh berkehendak bila-bila masa dan dimana saja, tiada tempat berlindung dan tiada tempat bersembunyi dari-Nya. Nikmat, kemewahan dan kesenangan yang ada di dunia ini hanyalah pinjaman buat sementara...maka sebagai hamba di dunia ini, sentiasalah beringat.

Sekadar ingatan buat aku juga,...