Asmaaul Husna ( اسماء الله الحسنى)

  Download this mp3 from Beemp3.com

Adenovirus

Di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dua orang pelatih telah meninggal dunia disebabkan virus Adenovirus (Influenza-Like Illness (ILI) .... apa tu? Ada yang baru dengar dan ada yang sudah maklum mengenai virus ini. Nama punya le sedapkan? Wabak Adenovirus pernah dilaporkan di dalam institusi tentera di Amerika Syarikat.

Adenovirus ialah kumpulan virus yang menjangkiti lapisan tisu saluran pernafasan, mata, usus dan saluran kencing. Dari mana punca virus ini ialah Adenovirus boleh menular melalui perhubungan rapat (direct contact) dengan pesakit atau menyentuh permukaan yang tercemar dengan titisan air daripada pesakit yang batuk atau bersin.

Penularan jangkitan Adenovirus boleh dicegah melalui amalan kebersihan diri terutamanya kerap mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan sanitizer, mengamalkan adab batuk dan tidak mengunjungi tempat tumpuan orang ramai terutamanya mereka yang mengalami gejala ILI.

Antara simptom-simtom Adenovirus ialah;

*Demam panas, batuk, cirit, radang paru2, jangkitan saluran pernafasan, jangkitan usus, jangkitan selaput mata, jangkitan pundi kencing dan ruam.
*Simptom kelihatan dalam masa 2 hari hingga 2 minggu.
*Boleh dirawat tetapi bergantung jenis jangkitan.