Asmaaul Husna ( اسماء الله الحسنى)

  Download this mp3 from Beemp3.com

Kesan Chernobyl

Pagi ini aku terbaca suratkhabar... dan berita yang paling menarik dan mendapat perhatian aku ialah "Jepun ada 48 Jam Elak Chernobyl Baru"...baru baca yang intro ajer cukup menakutkan aku. So aku pun rajin2kan tangan ni untuk mencari maklumat mengenai benda ini....


Asal Chernobyl ini berpunca pada 26 April 1986, dunia mengenang antara peristiwa paling menakutkan dalam abad ke-20 - kebocoran dan ledakan salah sebuah daripada empat reaktor loji nuklear di bandar Chernobyl, di Ukraine, 20 tahun lalu. Ratusan, atau mungkin ribuan, orang dipercayai terkorban akibat bencana itu, yang seolah-olah memberi alamat akan kehancuran Soviet Union, empayar komunis terbesar dunia tiga tahun kemudiannya.Pengajaran Chernobyl amat mencengkam bahawa tiada negara bersedia berdepan dengan sesuatu yang di luar jangkaan.Manusia tidak berani tinggal di sana kerana dihantui radiasi dan sebagainya. Malah Chernobyl dan kota Pripyat bak nisan dan tugu ancaman nuklear untuk dijadikan contoh kepada jagat.


Letupan kuat loji nuklear Chernobyl di Ukraine pada 26 April 1986 menyebabkan 32 orang terbunuh akibat kesan langsung keracunan radiasi sementara 8,000 yang lain mengalami kesan pencemaran radioaktif akibat bahan radioaktif tersebar ke udara sehingga ke barat Eropah. Chernobyl boleh mempengaruhi seluruh sistem dan ekologi bukan sahaja alam sekitar tetapi juga pada sistem badan.





Bila dilihat kesan-kesan akibat nuklear ini..membuat kita semakin takut, sedih dan menginsafkan. Memang le dari lain sudut nuklear mempunyai kebaikan seperti kos efektif bagi penggunaan tenaga...tetapi adakah kita memikirkan kesan-kesan keburukan terhadap manusia dan alam sejagat. Sekukuh mana tembok yang dibuat untuk menahan kesan radioaktif...namun ia masih lagi boleh dirobohkan oleh faktor alam semulajadi... contohnya apa yang terjadi di Jepun.