Asmaaul Husna ( اسماء الله الحسنى)

  Download this mp3 from Beemp3.com

Kebahagian Ibu




Alhamdullillah....kali ni ibu aku dapat gak gie Umrah buat kali ketiga....pada 12 Mac 2011. Alhamdullillah... bagi aku...ini merupakan satu penghargaan kepada ibu aku yang banyak berkorban masa, keringat, wang ringgit untuk kebahagiaan anak-anaknya. Jasa ibu tidak terbalas....sebagai anak kita sepatutnya harus dan wajib membahagia dan mneyenangkan ibu kita... bukan wang ringgit yang ditunggu oleh setiap ibu... tetapi ingatan, doa dan kasih sayang anak-anak terhadapnya... bagi ibu..itu sudah cukup untuk membahagiakan dia.... sekiranya kita mampu..kita boleh memberi lain-lain kelebihan kepada ibu.... setinggi gunung emas yang kita berikan kepada seorang ibu...jasa ibu tetap tidak terbalas.



Ibu Mithali

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami

Maka dengan ingatan doa ampunan buat mereka bisa menyinari sinar hidayah pada wajah mereka. Ampunkan dosa kedua ibu bapa kami semua ya Allah..amin..


Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud katanya:

Aku telah bertanya kepada rasulullah SAW:”apakah amalan yang amat dikasihi Allah?Jawab Rasulullah s.a.w.: "Sembahyang pada waktunya, kemudian taat kepada kedua ibu bapa kemudian jihad fisabilillah."

Abdullah bin Umar r.a. berkata:

"Seorang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w dan berkata: "Saya ingin berjihad (perang fisabilillah)." Nabi Muhammad s.a.w. bertanya: "Apakah kedua ibu bapamu masih hidup?" Jawabnya: "Ya, kedua-duanya." Sabda Rasulullah s.a.w.: "Didalam melayani keduanya harus berjihad."

Ampunkan dosa ibuku,Hajah Mariah Othman dan ayahku,Abd Razak Hj Awab..amin ya Allah..