Asmaaul Husna ( اسماء الله الحسنى)

  Download this mp3 from Beemp3.com

Jubin


Pada tahun 2010, kita terbaca di dada akhbar mengenai lantai jubin meletup di sebuah rumah di Selangor. Pelik...bagaimana lantai jubin boleh meletup...aku pun buat le penyiasatan sedikit mengenai faktor-faktor yang menyebabkan jubin boleh meletup. Almaklum le.... aku pun ada planning gak untuk memasang jubin di tempat letak kereta dan dapur tambahan di rumah baru aku.

Antara faktor-faktor yang aku temui ialah :-
1) Jubin dipasang tanpa menggunakan campuran gam simen (untuk melekatkan jubin perlu menggunakan bancuhan simen yang dicampur dengan gam khas iaitu gam simen).

2) Kepingan ju bin tidak dibasahkan atau direndam terlebih dahulu di dalam air sejuk sebelum dipasang. Sekiranya jubin tidak dibasahkan sebelum dipsang, air didalam simen lama kelamaan akan kering diresapi jubin dan seterusnya jubin mengembang, menggelembung lalu meletup dan pecah.

Kualiti dan mutu jubin tidak memainkan peranan dalam kejadian jubin meletup. Ketika ini... begitu banyak syarikat membuat promosi menjual jubin lantai pada harga yang rendah....so boleh le kita mengambil peluang untuk menjimatkan wang dalam pembelian jubin...ini kerana apabila seseorang mengambil keputusan membeli rumah... mereka perlu menyimpan sejumlah wang yang besar untuk gril, lampu, langsir...itu yang paling asas le...