Asmaaul Husna ( اسماء الله الحسنى)

  Download this mp3 from Beemp3.com

11.1.11

Nombor yang begitu simbolik.... 11111... semua rakyat Negeri Johor bercuti sempena Hari Hol Sultan Johor. Pada hari tu suasana nyaman sekali... angin bertiup dengan kencang...tanda2 hari nak hujan. Seperti biasa...aku mengahntar suami aku ke tempat kerja. Sampai sahaja dirumah..aku bersama2 anakku...tertido. Jam 1.14 aku terbangun...lantas aku menonton berita di TV3...sementara menunggu Sinetron ALisa yang amat digilai oleh aku.

Sedang asyik menonton... aku menerima panggilan telefon yang amat mengejutkan dari ibuku yang mengatakan anak buah yang amat rapat dengan aku telah meninggal dunia akibat kemalangan jam 12.45 tengahari. Aku tidak dapat menerima hakikat...lantas aku menjemput suami aku..dan terus bergegas ke Unit Forensik Hospital Melaka. Tiba di sana... jam 7.00 petang... hampir magrib. Aku sekeluarga bersama adek dan ibu ayahnya...mengiringi jenazah ke Lukut Port Dickson, N.S. jenazah selamat dikebumikan jam 10 malam....

Entah kenapa pada hari tu...aku yang yang memang terkenal dengan panggilan penakut...memberanikan diri untuk menjejakkan kaki ke tanah perkuburan pada waktu malam. Mengenangkan arwah adalah anak buah yang paling rapat dengan aku...aku menggagahkan diri. Selepas pengebumian, malam itu aku tidak dapat lelapkan mata... sehinggalah aku balik ke JB...sama jugak keadaan aku....masih tidak boleh melelapkan mata.... perasaan takut mula menyelubungi aku....lebih2 lagi ketika waktu magrib. Pada sangkaan aku.... mungkin baru lagi. Esok dan esok harinya.... keadaan aku makin teruk dan parah.... sah aku diganggu oleh syaitan yang jahanam untuk menyesatkan manusia.

Aku bersyukur aku... aku dikurniakan seorang suami yang kuat dan tabah...serta sporting. Aku berubat dengan seorang ustaz....sejak itu aku sekeluarga bermandikan limau adalah wajib. Keadaan aku... makin hari makin pulih....insyaallah.

Aku cuma nak nasihatkan pada kawan2 semua... sekiranya kita ni lemah semangat...janganlah kita ni buat2 memberanikan diri...kita mesti sedar akan kemampuan diri kita sendiri....Pada yang memandu.... berhati2 ketika memandu....