Asmaaul Husna ( اسماء الله الحسنى)

  Download this mp3 from Beemp3.com

Kanser

Semenjak akhir-akhir ni kita sering mendengar antara punca2 kematian ialah sakit jantung, asthma dan kanser. Hari ini aku nak berkongsi maklumat mengenai kanser. Kanser .... penyakit yang sukar untuk dirawat. Sifat2nya ... bahagian yang kena kanser ni membengkak, bernanah, sakit ... boleh merebak dan membawa maut.

Jenis-jenis kanser :
1. Kanser payudara
2. Kanser ovari
3. Kanser rahim
4. Kanser paru-paru
5. Kanser perut
6. Kanser tulang
7. Kanser otak
8. Kanser mulut dan sebagainya...banyak lagi yang tak mampu disenaraikan.

Rawatan kanser ... secara umumnya ada tiga cara :

1. Surgeri
2. Radioterapi
3. Chemotherapy

Dalam Islam, cara rawatannya berdasarkan apa yang tertulis dalam kitab ialah .....

1. Minum air yang dibacakan Al-Quran.
2. Mandi dengan menggunakan air yang dibacakan Al-Quran.
3. Mendengar bacaan Ayat2 Al-Quran.
4. Menyapu ke tempat bengkak dengan minyak zaitun yang dibacakan Ayat2 Al-Quran.

Adapun Ayat2 yang dibacakan ialah dengan Surah Al-Fatihah tawasul kepada Rasulullah SAW dan diakhiri dengan Surah An-Nas, iaitu mengikut susunan berikut:

1. Surah Al-Fatihah.
2. Lima Ayat permulaan Surah Al-Baqarah.
3. Ayat 163, 164 dan 165 Al-Baqarah.
4. Ayat Al-Kursiy: 255 Al-Baqarah.
5. Ayat 256 Al-Baqarah.
6. Ayat 257 Al-Baqarah.
7. Akhiran Al-Baqarah: Ayat 284, 285 dan 286.
8. Lima Ayat permulaan Surah Al-Imran.
9. Ayat 18 Al-Imran.
10. Ayat 26 dan 27 Al-Imran.
11. Ayat 54, 55 dan 56 Al-A'raaf.
12. Ayat 117, 118 dan 119 Al-A'raaf.
13. Ayat 80, 81 dan 82 Yunus.
14. Ayat 65, 66, 67, 68 dan 69 Taha.
15. Ayat 115, 116, 117 dan 118 Al-Mu'minun.
16. Ayat 21, 22, 23 dan 24 Al-Hasyr.
17. Lima Belas Ayat permulaan Ash-Shaafaat.
18. Ayat 31, 32, 33 dan 34 Ar-Rahman.
19. Ayat 3 dan 4 surah Al Mulk
20. Ayat 51 dan 52 Al-Qalam.
21. Ayat 3 Al-Jinn.
22. Surah Al-Kafirun, Al-Falaq dan An-Nas.

Kemudian dibacakan doa2 berikut dan ditiupkan ke atas air dan minyak, iaitu:

"Hilangkanlah kesakitan, wahai Tuhan bagi seluruh manusia dan sembuhkanlah wahai Engkau, Tuhan yang menyembuh, tiadalah sembuh melainkan dengan kesembuhan engkau, sebagai kesembuhan yang tiada dikhianati oleh kesakitan." (At-Tirmidzi)

Maka dengan izin Allah, penyakit itu akan sembuh. Ingin dinyatakan, sebaik2 air untuk digunakan ialah Air Zam Zam. Kalau tak kedapatan air zam zam, maka gunakanlah air mutlak yang suci lagi menyucikan.

Pastikan bacaan Al Quran itu menuruti makhraj dan tajwid. Sebaik2nya bertaranum kerana keindahan lagu taranum akan membantu menjiwai ayat2 Al Quran.

Hebat dan beruntungkan menjadi umat Islam ... sehingga dalam hal ehwal merawat penyakit yang sukar disembuhkan, AL Quran memberi pedoman kaedah merawat.

Terpulang kepada keimanan umat Islam untuk mempercayai dan meyakininya.

Sumber : Madrasah Darus Syifa