Asmaaul Husna ( اسماء الله الحسنى)

  Download this mp3 from Beemp3.com

Konflik Di Mesir




Mesir? Mesir (Bahasa Arab: مصر Miṣr) merupakan sebuah negara di Afrika Utara. Mesir bersempadan dengan Libya, Sudan, Jalur Gaza dan Israel serta Laut Mediterranean dan Laut Merah. Walaupun Mesir mempunyai keluasan tanah yang besar (1 juta km², kebanyakan penduduknya mendiami kawasan-kawasan tebing Sungai Nil, terutamanya bandar Kaherah dan Iskandariah. Kawasan Mesir merupakan tapak tamadun awal Mesir Purba. Monumen-monumen Mesir Purba seperti Piramid Giza, Sphinx, Kuil Luxor dan sebagainya menjadi tarikan berjuta-juta pelancong luar negeri setiap tahun. Kini, Mesir merupakan antara negara Arab terpenting di Timur Tengah.

Situasi di Mesir semakin getir apabila sekurang-kurangnya 74 orang maut manakala lebih 2,000 lagi cedera selepas puluhan ribu penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan keselamatan pada ‘Hari Kemarahan’ kelmarin. Apakah punca-punca rusuhan ini?

1) Ianya bermula dengan protes maut Mohammed Bouazizi (26).Mohammed Bouazizi ialah seorang graduan sains perkomputeran yang menjual sayur dan buah-buahan di bandar Sidi Bouzid.Kerana menganggur dan kesempitan wang, Bouazizi berniaga di tepi jalan tanpa permit bagi menyara hidup keluarganya. Gerai beliau disita dan dia dilaporkan dikasari oleh pihak berkuasa tempatan. Cubaan beliau untuk melaporkan kekejaman pihak berkuasa tempatan tidak diendahkan. Sebagai tanda protes Bouazizi membakar dirinya pada 17 Disember tahun lalu dihadapan sebuah bangunan kerajaan. Beliau meninggal dunia pada 4 Januari lalu dan kematian Bouazzizi mencetus kemarahan rakyat marhaen.

2) Di Tunisia dianggarkan 1/3 graduan akan menganggur akibat ketiadaan kerja. Kadar pengangguran pula dikatakan setinggi 14%. Masalah ekonomi Tunisia dikatakan berpunca dari amalan korup Presiden Zine el-Abidine Ben Ali (74). Beliau menyimpan harta peribadi di Perancis yang dianggarkan bernilai GBP 3.5 billion! Isteri beliau Leila Ben Ali, dicop sebagai Imelda Marcos negara Arab kerana terkenal dengan hobinya yang suka shopping terutamnya di Dubai.

3) Didalam laporan Wikileaks, keluarga Ben Ali menerbangkan YOGURT dari St Tropez dengan menggunakan pesawat peribadi semata-mata untuk sebuah parti. Keluarga Ben Ali juga dikatakan mencuri sebuah yacht bernilai GBP 2 juta sesuka hati dari seorang ahli perniagaan berbangsa Perancis.

4) Ben Ali mengharamkan semua parti Islam serta pemakaian hijab. Corak pemerintahan sekular beliau direstui kuasa barat terutamanya USA yang mahukan sekutu dalam menentang "extremis Islam". USA memandang sebelah mata penyelewengan keluarga Ben Ali yang digelar "THE MAFIA" oleh rakyat Tunisia. Ben Ali mengamalkan pemerintahan despotik kuku besia. Nisbah pegawai polis kepada rakyat dewasa di Tunisia ialah 1:40

5) Tunisia memenjarakan paling banyak wartawan berbanding negara-negara Arab yang lain. Kebebasan bersuara dan media tidak wujud sama sekali. Tidak seperti di Malaysia yang adil dan saksama.

Revolusi ini ditunjangi golongan muda. 1/4 penduduk Tunisia berumur antara 15-24 tahun. Suara anak muda tidak boleh dipandang enteng dan amarah mereka terbukti menbawa bencana kepada keluarga Presiden yang korup. Presiden Zine el-Abidine Ben Ali pada mulanya melarikan diri ke Perancis untuk bersama dengan anak-anak beliau yang kini menetap disebuah hotel di Disneyland. Kos menetap sehari di hotel mewah ini ialah GBP 300.

Kapal terbang yang membawa Presiden Zine el-Abidine Ben Ali dilarang dari mendarat di Perancis oleh Presiden Sarkozy. Akibatnya gerombolan Presiden dan konco-konco terpaksa berambus ke Jeddah, Arab Saudi. Kapir anti Islam macam Sarkozy pun tak sudi menerima Ben Ali tapi negara Islam sejati sanggup pula memberi perlindungan kepada hamjad ini.

Sebagai rakyat Malaysia dan yang beragama Islam, marilah kita bersama2 mendoakan agar keadaan di sana akan aman tenteram dan kembali damai...serta keselamatan pelajar2 Malaysia di sana....yang kita ketahui bekalan makanan dan ubat2an mereka hanya cukup untuk 3 hari sahaja.