Asmaaul Husna ( اسماء الله الحسنى)

  Download this mp3 from Beemp3.com

Bahasa Isyarat








Bahasa Isyarat? Merupakan bahasa perantaraan kepada pelajar2 yang menghadapi masalah pendengaran dan pertuturan.Bahasa isyarat ialah bahasa yang menggunakan komunikasi manual (tangan) selain daripada bunyi dan suara untuk menyampaikan maksud. Komunikasi ini menggabungkan bentuk tangan, orentasi dan pergerakan tangan, lengan, badan, dan eks presi muka untuk menyampaikan isi hati penyampai.

Bahasa isyarat ialah kaedah berkomunikasi yang digunakan oleh golongan bermasalah pndengaran (Ling, 1989). Menurut Clark (1999), bahasa isyarat ialah satu kaedah komunikasi yang menggunakan simbol – simbol tanpa menggunakan ssuara atau dikenali sebagai ’non – verbal communication’. Simbol – simbol yang digunakan boleh merupakan pergerakan tangan dan anggota badan yang lain, mimik muka, gambar, simbol – simbol atau isyarat yang mempunyai makna tertentu dan boleh difahami oleh kedua – dua pihak iaitu penutur dan penerima.

Di Malaysia...od Tangan Bahasa Malaysia (KTBM) merupakan satu-satu bentuk isyarat tangan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai bahasa komunikasi bagi orang yang pekak dan bisu.Kod tangan ini juga dirujuk sebagai Bahasa Malaysia Kod Tangan, iaitu bentuk yang didapati dalam Ethnologue.

Kod tangan ini diambil daripada Bahasa Isyarat Amerika, dengan tambahan beberapa isyarat tempatan, dan isyarat tatabahasa mewakili tambahan kata nama dan kata kerja dalam Bahasa Melayu. Kod tangan ini digunakan dalam sekolah-sekolah khas pekak untuk tujuan mengajar Bahasa Melayu.

First time aku melaporkan diri di sekolah ini..agak tergamam kerana aku ditempatkan disekolah Pendidikan Khas Masalah Pendengaran dan Pertuturan. Takut, sedih, gelisah..semuanya menyelubungi perasaan aku pada ketika itu. Nak berhenti kerja pun ada... kerana cita-cita dan impian aku ialah untuk mengajar sekolah rendah. Tapi mengenangkan..inilah jalan yang aku pilih untuk menjadi seorang pendidik...aku akur dan menerima tanggungjawab ini penuh ikhlas dan dengan semangat cabaran yang kental. Mungkin ada hikmah disebalik penempatan aku di sekolah dan dalam bidang ini.

Setelah setahun aku mengajar di sekolah ini, wujud perasaan suka, gembira dan hati berbunga2 untuk meneruskan pengajaran dalam bidang ini. Bagi aku, tidak semua insan didunia ini berjaya untuk menceburi bidang ini dan mendampingi pelajar-pelajar seperti mereka ini. Di dalam bidang ini,ia mengajar aku..erti kesabaran dan keikhlasan..walaupun kadangkala marah dan panas baran terhadap pelajar ketika P&P itu memang wujud.