Asmaaul Husna ( اسماء الله الحسنى)

  Download this mp3 from Beemp3.com

Angin Amar Sudut Perubatan Moden

Strok atau Angin ahmar ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.

Gangguan peredaran darah biasanya terjadi pada sisi arteri peredaran itu, walaupun gangguan ini juga boleh terjadi pada sisi vena. Angin ahmar telah dikategorikan sebagai kecemasan perubatan yang boleh menyebabkan kerosakan saraf yang kekal serta juga kematian jika tidak dikesan dan dirawat dengan cepat.

Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, dan merokok.

Mencegah serangan angin ahmar:

1. Pesakit tekanan darah tinggi perlu melakukan pemeriksaan secara rutin agar tekanan darah terkawal. Pesakit kencing manis juga perlu mengawasi kadar gula dalam darah pada peringkat terkawal. Pengawalan ini boleh mengurangkan risiko diserang strok sehingga 40 peratus.

2. Jauhi stres kerana boleh merangsang kepada serangan angin ahmar.

3. Tidak merokok kerana sikap ini dapat mengelakkan bahaya strok sehingga 33 peratus.

4. Bersenam dengan kadar konsisten. Bersenam boleh menjauhi strok pada kadar 57 peratus.

5. Kurangkan makanan berlemak dengan kolesterol tinggi. Kolesterol menyempitkan saluran darah yang menggalakkan serangan angin ahmar.

6. Makan sayur-sayuran berwarna hijau dan buah-buahan setiap hari untuk mengelakkan serangan strok...